Pages

29 December 2014

Wrap Up 2014

Seperti tahun lepas, tahun ni pun ai buat wrap up secara pukal je lah. Dah malas nak buat satu persatu.

Wrap up pasal family
Tahun ni kalau pasal family, Alhamdulillah, semua macam smooth je. Tahun ni giliran beraya kat Pahang. Tapi, kami balik on d 1st day hari raya. Bes jugak merasa beraya di KL pagi raya. Hihiw.
Mak pun Alhamdullilah sihat. Cuma bulan 8 tu hari yg ayah mertua buat bypass kat IJN tu. Tu pun Alhamdulillah. Ayah dah nampak sihat. Pastu adik ipar (adik myDH) dapat anak lelaki. Anak ketiga dia. Takpe lah kan, biar lah dia menambah bilangan family sementara boleh while us.. (kira termasuk aku, ada 2 beradik myDH yang masih belum ada rezeki), redha dulu dgn rezeki lain Allah beri. Kan?

“Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang-orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”  (An-Nisaa’ : 32)


Wrap up pasal TTC
Huwa.Huwa.Huwa.
Tak tahu menangis ke ketawa tu.
Pasal TTC tahun ni - mmg takde buat apa pun. Tiada. Sesal? Entah. Jadi, takyah la cakap pasal TTC sgt ya. Tahun 2015 kita sambung. Letakkan KPI nya sebagai "usaha sehingga berjaya untuk conceive"
Memang kadangkala, merintih juga hati bila tgk orang senang je conceive. Sekejap je anak dah sekolah. Tp, muhasabah. Ini ujian Allah.
“Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan ganjaran (oleh Allah swt) tanpa ada batasannya” (Surah al-Zumar:10).


Wrap up pasal karier
Karier pun cam biasa. Tahun ni genap 10 tahun berkhidmat. Masih jauh lagi perjalanannya. Cuma, aku puas hati sgt bila selesai penstrukturan semula organisasi tu. Puas hati rasanya bila kita sesama dapat bantu buka peluang utk orang lain naik pangkat. Kalau ada rezeki kita pula, takkan ke mana. Kan? Itu janji Allah.
"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab" (QS Ali Imran [3]: 37).
Selain tu, tahun ni dapat join family day ofis. Buat kat Melaka. Bulan Jun.


Wrap up pasal percutian
Tahun ni, Alhamdullilah.. ada rezeki lebih sket nak bercuti yang best best.
Dimulakan dengan awal Januari, kami dapat bercuti dengan Superstar Libra Star Cruise [link : bercuti dengan cruise]. 4 hari 3 malam. Penang - Krabi - Phuket. Best lah. Satu pengalaman yang berbeza. Serasa tak percaya dapat menikmati keindahan langit dan lautan yang terbentang luas.


"Dan (memerhatikan) langit bagaimana ia ditinggikan, dan (perhatikan) gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan, dan (perhatikan) bumi, bagaimana ia didatarkan." (Al-Ghaasiyah: 18-20)

Lps tu bulan Februari, rehatkan minda jap kat Melaka. Satu hari je pun. Ni pun bukan lah tujuan asal bercuti. Sebab attend wedding member kat Melaka. So, terus lah booking hotel satu malam kan.

Seterusnya, selepas 2 tahun tak pergi Cameron Highlands, bulan Mei kami bercuti satu malam ke sana. Kali ni menginap di Country Lodge Resort [link : Cameron 2014]. Selain dari pergi pasar malam dan petik strawberry (wajib lah kan), takde pergi mana sgt pun. Lagipun sama je. Just pergi utk rehat2.

Then.... long awaited vacation. Semua yang baca blog ni pun tahu. Booking bulan 2, bulan 10 baru pergi. Giler lama menunggu. Ya.. Serasa tak percaya dapat ke Perth. Yieha.. salah satu wish list tempat percutian dah boleh di tick as ✔. Kira cam OZ - checked. Haha. Gitew. Walau a part of OZ, kira kalau dah jejak bumi kanggaroo, dapat bagi makan kanggaroo tu, kira oke dah tu. Hihi. [link : Perth 2014]



Wrap up pasal Blog
Ha kau.. blog aku tetiba hilang. Haa... sapa entah report blog aku ni. Terus blogger 'locked'. Lps tu mujo dapat di selamatkan. Cumanya, follower hilang lah. Makanya, jadi lah blog aku ni cam blog newbie yang ada puluhan follower sahaja. Takpe lah. Menulis kerana minat. Bukan kerana follower kan. 


Wrap up pasal financial
Haha. Tetiba tahun ini berbicara perihal financial pula kan.
Takde lah. Tahun ni financial rasa cam agak stabil. Alhamdulillah. Sbb dapat buat penjimatan sket. Downgrade kan data pakej phone. Dari ratus2, tinggal tiga puluh hengget ja. Pastu yang paling rasa bahagia - dapat terminate kan kad kredit. Satu dah settle. So, next year nak terminate lagi satu. Moga berjaya juga.
Pastu chemerah dah setahun. Last year masa beli aku tak tukar insurans dia dgn kereta lama. Since kereta lama masih tak jual, so tahun ni kita switch kan insurans mereka. Ya. Kereta lama aku masih tak jual. Sayang kot. Taktau la nak kata cemna. Tp aku sayang nak jual kereta tu.
Pastu bila dah cam stabil ni adalah plan lain kan. Itu dalam perancangan lah. Kita carried forward lah utk tahun 2015. Moga tercapai plan yang satu ini.


Wrap up pasal lain-lain
Tahun ni kan macam2 berlaku kat Malaysia.
Memula tu kemarau. Panas. Berlakunya krisis air. Mujo rumah aku tak kena. Alhamdullilah.
Pastu dikejutkan dengan berita kapal terbang hilang - MH370. Yang sampai kini tak tahu apa nasibnya. Sedih btul kalau teringat. Mana lah pergi nya. 
Lepas tu bulan puasa, sekali lagi Malaysia diuji - kapal terbang MH17 pula ditembak jatuh. Yang ni lagi menyentuh perasaan sbb adik kawan masa kat UiTM ada terlibat sama. Dia dalam perjalanan nak balik kg utk menyambut hari raya. Sedih kan. Teringat cemana 'chaos' nya ketika itu walau kita hanya menonton tv. Bila buka FB, aku dapat tgk yang kawan aku tu cam memanggil2 adik dalam FB.
Al-Fatihah utk semua mangsa yang terlibat. Sedih. Sangat.
Then bulan Disember ni skali lagi kita diuji dengan banjir besar. Rumah mak kat kg pun terlibat sama. Cuma mujur lah air tak naik kat rumah. Merasa lah derang bermalam di pusat pemindahan sebagai langkah berjaga-jaga.


Jadi, tercapaikah azam tahun 2014?
Rupanya azam aku tahun 2014 adalah nak kurang cerita di laman sosial [link : Entry sulung tahun 2014]

Umm... kat FB boleh dikirakan berjaya sbb jarang jugak aku update kat sana. Just share2 je. Kat IG tu tak boleh lah. Cemna nak buat entah. Carry fwd lah azam tu untuk tahun ni. Aku private kan IG tu, tp aku nak delete gambar2 sbb dah cecah 2k kot. Then aku nak public kan balik IG tu. 


Azam tahun 2015?
Next year lah cerita. Hihiw.


2 juta komen

alhamdulillah dah bnyk yg tercapai tu... rezeki dalam pelbagai bentukkan ... seronok sgtkan kalau apa yg dlm wish list berjaya kt perolehi ... tahniah.. moga apa yg dihajati thn dpn tercapai jgk...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign