Pages

16 December 2014

Apa Ada Pada 13.12.14

Negara barat sana kata date tu adalah 12/13/14. Terjadi once a lifetime sahaja.
Pandai lah kan. Padahal kita tulis date tu as 13 Disember 2014.
Takpe lah. Sama je pun. 12/13 ke, 13/12 ke. Mendanya adalah sama.
Yang penting, date tu adalah date wedding anniversary saya.
Eceh!
Hahaha.

Anniversary ke enam saya.
Terima kasih pada semua kengkawan yang meng-wish. Hihi.

Alhamdulillah. Sedar tak sedar dah 6 tahun kami berdua.
Mmg "berdua".
Tak sangka kami "calm" sahaja hingga tahun ke-6.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Kami lebih percaya perancangan Allah itu paling baik utk kami.
Jadi, kami mmg keep calm and still loving together each other.
Begitu lah. Hihihi.

Kalau ada orang yang bertanya "eh, buleh ya takde anak sampai enam tahun"
Jawapan kami "boleh. Malah bukan untuk 6 tahun saja, hingga ke akhir hayat kami dengan izin Allah". Jadi, pada yg masih ber-TTC. Worries not. InsyaAllah.. Allah permudahkan rezeki kita walau kita belum ada rezeki utk punyai zuriat sendiri ;)

Sebenarnya, hectic sket anniversary tahun ni. Bukan apa. Sbb lari lari sket plan tu.
Malam sebelum tu, kami tidur lewat. Buat apa kah? Malam anniversary uols. Harus lah celebrate bagai. Haha.
Iye lah tu. Sebenarnya kami ke Big Bad Wolf. Iyer. Ku redah juga BBW tu. Ni nanti kita cerita. Tapi tujuan sebenar nak bawa abang n akak ipar. Depa nak merasa tgk sbb depa duk Perak kan. Jarang la dapat pergi. So, bawak lah. Dekat situ je dah dkt kul 1pagi. Lps tu merambu smpai uptown. Pastu kul 3 pagi baru sampai rumah. Memang berembun btul lah.

Pastu tutup pulak phone. Tup2 pagi tu dalam pukul 9 tgk kat FB, kakak sepupu update status kata kakak sulung dia meninggal. Ya Allah. Terus buka phone, tgk adik sepupu dah w.app. Bagitahu akak dia meninggal. 
[إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ]
Abang n kak ipar aku mmg stay umah aku 4 hari. Tapi masa tu depa dah keluar. Nak shopping kat Sogo plannya. Yang kiterang pulak, nak pergi hi-tea kat Dorsett tengahari tu. Dah dapat berita camni, terus jadi kelam kabut. Call abang aku apa semua - depa pun patah balik ke rumah aku - then terus shoot ke Damansara Damai. Jenazah dimandikan dan disolatkan kat masjid sana. Mujo dekat je kalau nak pergi dari rumah aku tu.
Then dari masjid tu kami shoot balik KL. Hantar abang aku ke Sogo, then kami terus ke Dorsett. Aku dah beli sesiap voucher groupon kan. Tapi, tak berapa best ah Dorsett nih. Boleh tu boleh la. Rasa nak repeat tu, takde lah. Dah la parking sempit. Dia bukan sempit apa tau. Dia cam nak pusing2 naik dari parking tu payah sket nak bajet. Silap haribulan calar balar kereta kena tiang. Dah tu kena bayar 8hinggit plak parking. Kalau parking selesa tak kesah la jugak kan. Tak kuasa dah lah.

Antara yang aku makan.

Ada nasi goreng, pastu kuewteow, pastu ayam masak merah. Ada lamb apa ke ntah. Tapi tak best. Liat!.

Yang tiram tu saja amik. MyDH kata nak try macam mr.bean makan tu. Belasah lah. Lepas dia telan, dia diam je, tak komen apa. Mungkin serik dah untuk telan lagi kot. Huhu.

Aiskrim.

 Bubur jagung.

Ada lah aku amik kek, tiramisu. Tiramisu okay lah. Sedap. Pastu sushi pun ada. Nampak cam sedap. Tak tahu lah. Aku mmg tak buleh telan sushi mushi bagai ni. Biasa lah. Tekak #villagepeople. Hiwwhi.

Tu lah. Taktau nak cakap apa yang sedap giler smpai buat kita rasa nak datang lagi. Best lagi aku pi hi-tea kat KL Tower last year. Pastu hotel Istana lagi best kot. Tapi, Istana aku pergi bufet diner. Mmg la banyak pilihan kan. Next year kita pi try tempat lain lah. Ye ye je dalam groupon tu dia 'recommended' hi-tea Dorsett nih. Tapi, layanan staff okay. Memuaskan hati lah.

Oh ya, tiap kali anniversary mmg biasanya aku beli voucher groupon ja. Gi makan hotel. Takyah pening2 kepala nak makan kat mana kan. Dan mungkin, aku akan buat setiap tahun cemni je lah. Untuk itu, kita bagi kredit sket dgn Groupon. Thank you, Groupon

Lps dah abis makan tu, pi pick up balik abg aku kat Sogo. Then pergi Tesco jap beli makanan utk malam. Petang anak2 buah kak ipar pun berkumpul kat umah aku sbb depa nak mandi kolam. Malam tu makan kat umah ja sbb da penat nak jalan2 dah. Tido pun awal. 

Tup2 myDH buat sapraisss gitew. Dia letak ni atas katil.

Tanjat tau. Tak pernah2 nak bagi cikteddy kan. Tetiba dia bagi. Katanya ganti kucing. Kucing susah nak jaga. Ini senang (T______T). Pun boleh la abang. Ini hadiah birthday sebenarnya. Tapi kan, dia lah untung - 2 in 1 je dia kira. Anniversary pun boleh, birthday pun boleh. Cissss... tahu dulu, aku buat jauh2 hari kawen dgn birthday. Kuikuikui.

Jadi, itu lah cerita pada 13.12.14. Hari yang panjang tapi penuh bermakna untuk kami :)

1 juta komen:

happy anniersary reen...dekat2 eh anni n bday :-) bestnye dapat teddy...so sweet ur hubby...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign