Pages

11 December 2012

Edisi HomeMade Durian Crepe

Motippp??
Padahal aku yg tak suka kan. Pastu tetiba nak ber home-made bagai.
Haha.

Akak ipar aku la.
Dia mmg "baking" punya orang. Rajin wat cake seme ni. Ramai pun tempah kat dia. Even masa tunang aku dulu pun dia yg buat sebijik kek ising. Eh. Ye ke ising? Camtu la lebih kurang. Tp mmg kat kg tu salu la orang tempah ke dia.
So, balik masa mak aku admit spital tu, aku pun tanya kut dia ada belajar wat durian crepe. Dia kata takde. Aku cakap kat KL glamer mendalah tu.
Pastu abg aku duk google resepi seme. Then derang nak buat. (T___T).
Lagipun kat kg ada la sesket durian kan. Barang2 cam whipping cream, susu seme tu mmg dah ready stock kat umah. Cuma, takde time tu tepung ubi n pewarna. So, beli je lah.
Kami try 2 jenis tepung je. Tp rasanya kalo guna tepung hongkong, tepung hwonkiew (ke apa tah namanya tu) lagi sedap kut. Tgk resepi ada yg 2 jenis, 3 jenis, 5 jenis, 6 jenis, hatta 7 jenis tepung pun ada. Fuh.. tu yg sedap tu gaknya kut.
Ni kami buat tepung gandum n tepung ubi je. Napak cam apam balik pun ada (-_-")

So, buat.
Yang derang ni tak penah tengok beso mana la menda tu.
Skali derang buat besau gabak.
Huhu.

Ah, aku buat pun besau gabak jugak.
Dpt la 12 bijik. Merasa la seketul sorang sbb petang tu, seme adik beradik balik sbb kami buat solat jemaah n baca yasin utk kesihatan mak jugak.

So, itu lah. Tak memasal je tetiba aku yg tak suka ni buat plak mendalah crepe ni.
Tp next time, sbb aku tak suka durian, aku nak ganti ngan jagung plak lah. Itu mungkin aku suka. Mungkinnn.... hohohoo (T___T)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign