Pages

Showing posts with label pencen. Show all posts
Showing posts with label pencen. Show all posts

13 February 2017

Selamat Bersara Boss

Kalau aku tak buat entry ni, sampai bebila takkan buat.
So, meh la ambik kesempatan sket untuk jot down this memory.
Memory bersama boss kesayangan.
Last month punya cerita.
Eh. Bukan last month.
Bulan Disember.
Last year punya cerita ko... Haha.


Ni kiterang buat private majlis untuk our boss.
Sbb nanti tahu mesti ada majlis besar kan.
So, ni spesel utk boss dari kami team HR.
Tema hitam merah.




Acik la punya idea nak bagi nampak sama. 
Muehehe.
Best. Semua pun sporting.
Sempat la main amik gambo mannequin challenge lah, boomerang lah.


Pastu tetiba deme suruh acik jadi wakil bagi ucapan plak.
Adeh.
Makan sedap. Majlis pun best. Ada nyanyi2 karoke bagai.
Kami 20 orang ja. Jadi, takde lah formal formal pun. Santai ja.




Ini antara boss kesayangan.
Boss yang boleh dibuat kawan gaduh.
Meuehehe.


Ko mampu gaduh ngan boss gred 54?
Masa boss bagi ucapan tu, boss kata paling teruk dia nak layan aku is masa aku pregnant. Kihkihkih. Sudahnya bebudak ni kata dakRizq tu muka cam atok Mokh (boss).
Ye lah, bergaduh pasal air cond lah (dan aku salu MC waktu aircond rosak), bergaduh pasal tak dpt cuti lah. Muehehe. Kenangan betul :)


Paling sedih tak boleh bendung adalah masa hari last boss.
Sedang elok hari Jumaat plak tu.
16 Januari secara formal boss bersara. Hari Isnin. Jadi, Jumaat tu kira ari last beliau lah.
Sedih weh.
Berair mata hidung semua lah.


Boss, saya minta maaf ya atas segala kesalahan sepanjang sy bekerja dengan boss.
Banyak sy belajar dari boss.
Belajar jadi penyabar.
Belajar jadi jangan "metor" selalu.
Belajar jadi jangan berkira.
Terima kasih juga bagi saya APC tahun 2012 dulu.
Ini boss ke5 saya.
Dan boss paling lama menyelia saya.
Boss yang tak pernah marah.
Boss yang sangat sabar.
Boss yang sangat "fatherly"
Boss yang sangat memahami.
Saya doakan boss sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.


*Rizq belum jumpa atok Mokh dia lagi ni. Hihi.

30 July 2015

Dari Unit HR : Bila Saya Boleh Bersara?

Wah gitewww...
Atau ayat biasa, bila kita boleh pencen awal?
Eh. Baru kerja dah fikir nak pencen.
Huhu.

Personally, mmg saya ada intention utk bersara awal. 
Kenapa, mengapa tu ada lah sebabnya kan.
Mana buleh bagitahu.
Kira long - term planning secara roughly lah kononnya.
Kononnya. Kalau dah ditakdirkan kerja sampai pencen wajib, maka... duduk la situ sampai umo namplohtahun. Haha.

Okey. Mari kita tgk cara cara nak pencen awal.

Bila saya boleh pencen awal?
Secara simple jawapannya - pada umur kita mencapai 40 tahun dah boleh pencen. Tapi..... kena lah cukup 10 tahun bekerja dalam perkhidmatan awam. Kalau masa umur 40 tahun, kita baru kerja 5 tahun.. mmg tak dapek lah dek non. Itu pun kalau takde Cuti Tanpa Gaji lah kan. Kalau ada CTG apa semua, kena lah cover balik hingga perkhidmatan tu genap 10 tahun.
Kalau umur saya genap 40 tahun, InsyaAllah jika diizinkan Allah, tempoh perkhidmatan saya adalah 15 tahun 10 bulan. Boleh pencen dah? Jawapannya boleh. Iaitu sehari selepas umur 40 tahun iaitu bermula pada 15.12.2019 saya dah boleh option utk bersara secara pilihan. Hehe.


Tapi...
Ha.. ada tapinya. Jangan seronok2 je nak pencen kan.
Oleh kerana lantikan saya adalah selepas 12 April 1991, maka pencen bulanan hanya akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun. Ha.. kalau pencen umur 40 tahun, ada 15 tahun kena tunggu utk dibayar ya. Rugi la kat situ kan. Kalau 15 tahun tu kita masih kerja, harus lah amount pencen bulanan tu lagi tinggi. Mana lah tahu kut dah naik pangkat JUSA masa tu (Aminnn... haha..berangan itu free bukan?)

Tapi, ganjaran/gratuiti (golden hand shake) dan juga Wang Gantian Cuti Rehat (cuti tak abis setiap tahun yang kita kumpul) dapat pada tarikh persaraan. Boleh la nak buat berteduh seketika. 

Ringkasnya seperti di bawah.

Bagaimana pengiraan pencen awal atau persaraan pilihan ni.
Ringkasnya seperti ini.

Tapi, boleh kira secara interaktif di link ini [persaraan pilihan]
Try la kira.
Kalau nak pencen awal ni masa muda ni, untuk orang yang ada buat loan rumah dengan MOF sakit sket la kan. Duit graituiti pun tak buleh tampung lagi bayar habis rumah tu. Haha.
Sebab tu, kena beli rumah awal2. Jangan duk tangguh2 dah. Ni kalau beli lambat, sampai pencen wajib pun tak abis bayar lagi. Rugi ganjaran kena potong utk bayar rumah tu.
Saya tu hari, mmg target nak habiskan potongan bayar rumah sebaik saya pencen. Alhamdulillah, Allah makbulkan. Itu pun kira dah time limit sangat sbb start bayar umo 30. Cuma tu lah, nak pencen awal tu kena banyak fikir lah unless.. ai iklan rumah tu kat mudah. Rumah tu skrg mmg dah harga melebihi 100% dari harga asal. Hiwhiwhiw. Tapi lepas tu nak berkelana kat mana?
MyDH ajak duk umah dia kat Bukit Beruntung yang takde untung tu je. Nangessss...  

Sabit tu lah, kita kena fikir bebetul. Unless... dah ada bisnes yang dah di set up sebelum nak bersara tu. Maka, option bersara awal ketika badan masih sihat (kalau diizinkan Allah umur 40 tu sihat lah), adalah yang terbaik. Memang bermacam lagi kita boleh buat untuk majukan diri dalam tempoh 20 tahun yang patut pencen wajib tu. Ke nak kerja sampai namplohtahun? Haha.

4 December 2012

Edisi Gantian Cuti Rehat

Special entry for Zana - on her request utk tahu berkenaan Gantian Cuti Rehat.
"Akak pun tak berapa nak pandai ni Zana, but akak cuba terangkan yer"

Skrg sbb aku dah handle kerja ni, maka kena tahu la segala berkaitan persaraan dan faedah persaraan. Kata org skang - pasca perkhidmatan. 

APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara, dan
bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.

 SIAPA YANG LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.
 SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.

***
Itu adalah soalan2 umum yg kita patut tahu lah.
Sebagai penjawat awam, ini adalah salah satu faedah persaraan kita.
*Jenis-Jenis Faedah Persaraan
Anggota berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan layak dibayar faedah-faedah persaraan berikut:
-Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan);
-Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus); dan
-Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus).

GCR ni bukan je orang yg amik option pencen je dapat. Org yg opt KWSP pun buleh dapat - rujukan : 

So, cemana nak dapat GCR ni?
Jawapan dia senang je - kumpul lah cuti. Jangan lah dihabiskan cuti tahunan tu. Dulu, boleh kumpul smpai 120 hari saja, tp bermula tahun 2009 (rujukan PP 18/2008) dah buleh kumpul sehingga 150 hari.
Pada akhir tahun biasanya Pentadbir Cuti kita akan tanya samada kita nak bawa cuti ke GCR atau tak. Ada borang dia, maka kita isi lah. Biasa aku akan bawa dalam 5 hari utk GCR. Aku start kumpul selepas aku disahkan jawatan tahun 2007 dulu. Sebelum ada anak ni mmg aku pulun utk kumpul ke GCR. 

Berapa hari buleh kumpul?
Jumlah maksimum cuti rehat yang boleh dikumpul untuk GCR dalam satu tahun ialah sebanyak separuh dari kelayakan cuti rehat yang layak pada tahun tersebut atau 15 hari, mengikut mana yang kurang.
Tak paham?? Oke, buleh refer web ini - Panduan .
Nak selamat, kumpul 5 - 10 hari setahun pun dah cukup. Sbb tu masa awal2 masuk kerja kena kumpul. Sbb nati bila dah ada komitmen makin banyak lagi susah nak kumpul cuti.

Berapa pula kita akan dapat?
Ha.. ni bes.. 

FORMULA PENGIRAAN
GCR adalah dikira berdasarkan formula berikut;
1/30  x  gaji yang akhir diterima  x  jumlah hari cuti rehat yang dikumpulkan 
(tertakluk kepada had maksimum 150 hari)
Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.

Nak congak2 pun buleh, lagi sng sbb skang guna tangga gaji minimum maksimum kan. Konon gaji mati kita kat maksimum la kan. Tp mustahil la kan, takkan ko statik duk jawatan tu smpai pencen. Harus naik pangkat katanya. Kalo ada rezeki lah.  Hihi.
Oke, Kata la kita pencen nati gaji kita RM5000 (utk kump pelaksana II dan PnP mungkin lebih)
1/30 x 5000 x 150 = +-RM25,000.00

Yer, instead of ganjaran perkhidmatan yg mmg dpt (which org duk panggil golden hand shake tu), dpt lagi award cash. Sapa mau kasik puluh2 ribu tu. Katakan gaji mati 1000 pun cukup la, yg mana mustahil ada orang gaji mati 1000, tu pun dpt 5,000 dah.

Dari itu, bagi sapa yg baru masuk sektor awam ni, peruntukkan lah sedikit cuti utk dibawa ke GCR. Kalo ada pentadbir cuti yg tak mahu terima, report je ke JPA. Sbb ini adalah salah satu faedah kita sebagai penjawat awam.

*aku pun tak ingat dah berapa byk aku kumpul. Kena tgk balik ni. Udah la cuti aku pun cam ter sikit plak ni, padahal aku rasa ada lebih 40 hari lagi ni, cemana buleh tinggal 20 lebih je dlm HRMIS nih

27 November 2012

Edisi Majlis Persaraan : Terengganu

Lepas pulang dari Sabah bah, ke Ganu kite la pule..
Kejadian pada 22hb. Ada majlis persaraan staff kat cawangan sana. Ni kira aku pegi sbg wakil pihak pengurusan Ibu Pejabat lah kiranya. Gi ngan my assistant. 
Pegi balik hari je. Tak larat dah wes nak tido bagai. Jadi, day trip sudah. Lagipun last week aku masuk keja 2 ari je yer. Huhu.

Naik kul 8pagi, balik kul 4ptg. 

Makan nasik dagang walo pun aku bkn suka sgt.
Nani makan nasik lemak. Eh.. itu kat KL pun byk. Hihi.

Tak memasal! Belasah lah. Bos dah buatkan
speech note. Ai baca je. Haha.
Awat da rupa bergaduh je aku ngan org sebelah tu.
Sorang pandang sana, sorang pandang sini. Hihi.
Penyampaian GCR dan gift kepada pesara. 
Sebelum balik smpat singgah beli kopok jap. Nak pegi yg glamer tu. Apa ke namanya. KBB ke apa tah. Tp situ, kena booking. Kami pegi pagi tu nak booking, tp tak dapat. Dah habis. Nak beli on-d-spot buleh, tp kena beratur amik nombor. Ko mampu? Mmg tak la kan. Kang ada yg terlepas flight. Jadi, kami beli kat tempat lain je. Org Ganu kata skang org tak beli kopok Losong dah. Oke... ikut je, asal dpt beli kopok. Huhu.

Dan as a result - penuh peti ais haku. Segala udang kering, ikan bilis, ikan masin dari Sabah retu pun dah mempelopori peti ais, ni kopok lak penuh kat tpt freezer tu. Tu tak masuk pau beli kat Tjg Malim tu hari (eh, blum citer yg tu yer). Syana kata org rajin peti ais penuh. Hihi. Org tak rajin la peti ais penuh. Menda2 kering camni org tak rajin je suka beli. Tahan bertahun tu. Tu ikan masin segala tu bila nak abisnya entah la tu. Mmg makan tahun tu. Rasa, yg aku beli time gi Kundasang tu ari pun cam ada je lagi. Ahahahaha :P

p/s : simpan la cuti banyak2 utk GCR yer.. nati kalo panjang umur, dah pencen, byk dpt tau :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign