Pages

6 September 2010

~Pasl Update Raya Raya Raya~

Sesaja nak update. Rasa mcm tkde citer nak di update kan.
Tp aku ni..since menaip je ada je la nak menceceh itu ini. Skang mmg 'kuat' tul aku mem blog eh?. Tetiap ari ada entry baru. Kadang sehari ada 2,3 entry. Hihi. Last month adalah bulan terbanyak entry aku utk tahun ini. Adakah anda ingin mendapatkan BE from Nuffnang. Hehe. Tepuk dada tnya selera. Nak merasa jugak ye dok.

Oh. Lately ini byk tul isu semasa yg agak howt..howt..howt.
Dimulakan dgn isu iklan Aidilfitri TV3.
Aku mls nak kuarkan satu entry utk topik tu je sbb suma blog lain da cerita. Sama je. Pasal ada unsur Krismas la, Freemason la, Buddha la, itu la ini la. TV3 pun melalui Buletin Utama smlm da minta maaf secara terbuka. Di zaman jalur lebar ni sng rupanya nak berinteraksi dgn org awam sekaligus mendapatkan feedback. Tak suka je lelaju buat page 'kami membantah bla bla bla', benci je buat page 'kami benci bla bla bla'. Tp ok gak cemtu. Buleh la kita mengeluarkan pendapat secara direct. Pasal menda ni satu je aku nak komen- tidak terlalu taksub dgn mengatakan menda tu negatif dan tidak terlalu ambil mudah sesuatu perkara smpai menutup segala yg sepatutnya mmg bersifat negatif. Mmg la napak mcm bangang sbb seolah2 aku duk atas pagar. Tp dlm bab camni yg mana ilmu aku pun tak seluas mana aku tak leh duduk di pagar dlm atau pagar luar. Aku pun blum faham sgt konsep Freemason, Illuminart (betul ke eja) ke hapa tu. So, tak leh ckp lelebih, tp aku mcm rasa mmg ada 'something'. Biar la..

Then tetiba kes jutawan NV tu. Mana beliau pegi? Hilang la plak. Misteri ke pelik ke aku pun tak tahu. Harap2 takde perkara buruk berlaku lah.

Lps tu kuar citer Hari Raya adalah ari Khamis. Hah! Betul ke ni? Entah. Tak reti aku nak pikir kalo raya ari Khamis. Jadi kita tunggu dan lihat je la. Kalo btul raya ari Khamis mmg ada  yg cipta sejarah bersolat raya di KL baru balik Raub. Tp, aku rasa tak masalah kan??

Itu antara citer2 howt..howt..howt la sebaik shj aku bercuti.
Cuti ni pun igt tak pikir ke masak elah koreje tu. Td igt da aman je takde call dr opis. Da ptg da kul 4 tu ada gak. Haiya...aku bkn tak sker nak terima call waktu cuti. Aku tak kesah, tp takat nak tnya menda2 yg boleh dicari jawapannya aku rasa better find out dulu la. Kecuali legal matters tu ok la sbb aku still handle menda2 tu. Deme ni, takde mood nak ber ari raya lagi ke weh.

Persiapan raya aku settle abis dah. Baju raya da siap basuh da. Baju raya kami thn ini krim. Ini sbb masa nikah tak berpeluang pakai baju putih/krim. So, raya ni kami berbaju krim sedondon. Aku cam biasa la. Sure ada motip kraf pada setiap baju raya aku sejak keja kraf nih. Last year, songket. Thn ni batik crepe. Raya kedua baju biru polos. Ai loikeeee... Raya ke3 da balik KL. Jeans dan t-shirt dari Bandung. Awww...ai loike jugak sbb dapat juga berbaju Polo dan ber jeans Levis. Sedondon you.. kalo nk beli Polo n Levi's ori kat KL ni mmg tak dapek la. Kemiskinan tegar kekdahnya. Haha. Tetiba kemiskinan tegar. Kui kui kui.

Kasut raya takde cuma aku beli 2 pasang kasut baru. Jadi buleh la pakai di ari raya. Aku tak kategorikan sbg kasut raya sbb itu aku nak pakai gi opis. Satu tu kasut bertutup penuh tu. Aku jarang2 ada kasut camtu. cuma pakai kalo bertugas usherrette je. Kasut tu nak pakai kalo ada meeting kat luar. Napak la formal sket. Asik ber sandal je org igt entah wakilkan sapa2 je. Hohoho.

Tudung da beli berhelai2 masa kat jalan TAR retu cukup la. Lps tu konon nak carik selendang sbb tetiba aku suka pakai selendang belit2. Tp tak sempat dah. Dpt satu je utk baju biru. Utk krim tak dpt. So, tudung Ariani thn lps kaler kuning ada lagi. Pakai tu je la. Nak gak selendang kalo sauk je la memana selendang yg sesuai. Belasah.

Duit raya mcm aku penah blog kan tu, da siap pun. Dan da masuk sampul. Dan ada yg nak tggl sesiap kat mak sbb nati aku tak jumpa anak2 buah aku.

Kuih raya suma da dpt. Yg buat satu jenis je. (sila refer FB). Tu pun sbb kakcik mintak resepi sbb Am request nak kuih tu. So, aku kata tggu aku balik kg then kiterang buat sama2.

Satu je tk dpt. Fake eyelashes. Haha. Tetiba tingin nak jd RCW konon. Hakkk...tui la kan. Igt nak melaram la kat umah mentua tp tk jadi. Tk sempat lah. Lagi nak terai2 dulu la apa la. So, takyah. Lain kali.

Tu je la kut pasal2 raya ni. Dah. Sok2 jgn citer pasal raya2 lagi. Bosan giler org yg baca kang. Takde menda lain-raya raya raya. Dah la org blum raya aku da raya dulu. Hangin giler.

Oh ya open house raya nan hado yer thn ni. Nak beraya meh dtg open house opis aku nati. Tatau lah bile (Pn Kamilah Jibams, sila dtg bersama incik Bob nati. Boleh la kita beramas mesra. Hik hik). Open house umah aku tggu nati umah da siap. Nxt year Insyallah..kalo takde poblem buleh masuk da kut. Kut la..kalo takde tu, takde la gak open house. Huhu.

Kan..aku da kata, aku walo takde apa nak update aku buleh je tulis berjela. Kui kui kui. Sori la korang terpaksa bc cerita ceriti taik mata buat inti aku yg tak berpaedah ni yer. 

4 juta komen

raya hari kamis pun tetap akan balik kg pagi kamis..cuti dh nak abis...

ish...x kan la hr khamis raya...

Mama Aizara : kalo raya ari kamis pun still tak buleh cuti ari Rabu sbb pengumumannya adalah ari Rabu mlm nyer tu. Da selesai keja pun ari Rabu. Hihi.

LYNN :
Tu la..reen pun rasa mcm tak kan. tp entah ek. mana la derang dgr rumours tu tah.

derang dah tak sabo nak rayalah tu... hahaha

yang penting berhati2 selalu dan selamat sampai ke destinasi yang dituju

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign