Pages

Showing posts with label Emak. Show all posts
Showing posts with label Emak. Show all posts

29 August 2013

Edisi KL-Ipoh, Ipoh-KL, KL-Ipoh, Ipoh-KL

Adoi. Kejap je pun dah nak abis bulan Augustus ni eh.
Oh ya. Alhamdulillah, aku dah settle puasa 'wajib' utk tahun ni.
Hihi. Orang lain pun ramai dah settle tak heboh pun kan. Kuikuikuik.

Begini lah jadinya bila org jarang2 nak buat. Aku rasa ni kali kedua kot aku settle puasa wajib ni dalam bulan Syawal. 
Kali ni tekad kan juga. Lelebih lagi lps raya aku tgk berat kemain naik mencanak. Amboi.. susah2 aku turun kan, tup2 naik plak ye.
Puasa. Tak kira la walau ada jamuan raya mahu pun balik kampung.

A ah. Aku balik kg tu ari.
Empat hari keluar masuk highway.
Balik kg hari Sabtu, Ahad balik KL, Senin balik kg balik, Selasa balik KL.

Phew.

Takpe. Takpe.
Pengorbanan utk ibu :)
Dan aku bersyukur sgt sbb dpt suami yg sgt memahami. Aku rasa, kalo dulu dgn 'konon2 bakal suami' tak mungkin mereka dpt buat camni atau pun kalo dpt buat pun mungkin takde masa yg flexible gini. Juga, aku bersyukur jugak sbb dalam 5 beradik aku, aku yg tak jadi cikgu. Sbb kalo aku pun cikgu mungkin bermasalah jugak aku nak cuti flexible camni.
See, apa Allah dah aturkan utk kita mmg dah terbaik utk kita. Jadi, bersabar.

Memetik kata seorang kakak masa dia we chat kat aku last week.
Dia kata ada berkatnya kita jaga ibu kita ni baik2. Adik dia (yg juga sama date kawen ngan aku) baru je dpt 1st baby beberapa bulan lepas. Mungkin sbb dia byk berkorban utk jaga mak nya. Jadi, Allah turunkan rezeki dapat baby walau bermacam usaha dah buat termasuk gi umrah.
Ha. Kakak ni pembaca setia blog ni. Hai kak XXXX (cea.. saja rehsiakan nama beliau sbb aku tahu mesti dia tak mo namanya di reveal kan. Cea... dan dan konon bajet ada pembaca setia. Kahhh....!)
Apa pun, thanks kak.. sy hargai apa akak cerita pada sy tu.. 

Aku balik tu amik mak aku. Mak buat CT Scan kat spital Serdang Isnin tu.
Nanti bln 9, jumpa doktor, so, abang aku plak yg akan antar. Gilir2 lah kan. Lagipun derang cikgu. Lagi2 nak musim exam dah ni kan. Lagi derang susah nak cuti. Lagi plak sorang abang aku tu ngaja kat STAR (Ipoh). Lagi la susah dia nak amik cuti.

Jadi, begitu lah.
Apa pun, kalau takde apa yg menjadi keuzuran, aku nak teruskan istiqamah utk puasa sunat plak.
Moga kesihatan juga bertambah baik.
Skrang ni cuba mencari kegigihan utk joging plak.
Ayuh. Joging!

7 February 2013

Edisi Cuti 3 Hari

Jumaat. Sabtu. Ahad.
1hb. 2hb. 3hb.
Tapi terlajak smpai 4hb (-_-")

Oke. Jumaat. Pegi Pesta Buku jap.
Dpt ini pula. Mmg nak beli sgt Teduhan Kasih tu. Katanya nati masuk tv - jadi drama. So, terus gedik2 nak beli. Tp ramai btul kat booth Karya Seni tu. Kalah booth Karangkraf. Org borong byk2 pulak tu novel kat situ. Ada 2,3 lagi novel yg katanya akan di adaptasi jadi drama. Tp aku beli ni je le. Nak lagi?? Kang mau kena marah ngan laki aku kang. Ensiklopedia Solat tu dah lama aim. Akhirnya, tercapai gak nak beli. Suka... *clap hand*
Lps tu gi Giant BC. Ramai sungguh orang. Beli Domino's (again), nak bawak balik kampung. Oh. Mengapa lah tukang amik order kat Domino's cam tak bersopan ja. Selamba sungguh jerit2 dpn customer. Setan. Setan. Katanya. Dia bercakap ngan kawan dia lah yg tgh prepare pizza masuk dlm kotak. But, still tak sopan rasanya kan. Lps tu g kedai Digi - apek situ kita tanya buleh taknak pandang muka orang. Heh! Apa kena peniaga kat Giant ni. Tak jaga customer langsung. Mmg jarang aku jejak kaki kat Giant ni. Dan jawapan pasni mmg tak kuasa. Buat peniaga2 kat Giant tu, kalo ko nak tahu, Giant kat Ipoh tu ada 2 bijik, dedua tu mmg takde orang pun. Kat sini boleh la ko nak eksyen tak layan customer sbb ramai. Kalo kat jaga kat sana, mau ko melutut bila tgk customer agaknya kan. Pirah!

Seterusnya petang after solat Jumaat - gerak balik kampung.

Sabtu - kuar jap g Ipoh. Akak ipar plan nak buat suprise bufday party utk my mom. Mula dia nak bli kek biasa je. Tp ku kata, alang2 better beli SR. So, aku la ditugaskan g Ipoh sbb akak ipar aku nak g kenduri. Dah gi sana, singgah lunch kat Restoran Tasek Raban. Ah. Kalo korang g Ipoh, buleh la try kedai ni utk lunch. Dia buat lauk2 kampung. Glamer gak la kedai ni. Tempat dia, kat area stadium. Dkt ngan food court, tp bukan dlm kawasan food court. 
Amik ikan talapia bako. Sambal yg dia sira tu sedap. Seko tu RM16. Oke la kan. Makan 2 orang. Bes. Bes. Kedai pun selesa. Cuma kalo peak hour tu ramai la sket. Tp takpe, paking pun ada, meja pun banyak. Lps makan gi Jusco. Jalan2 jap. Beli SR.

Balik tu singgah tpt yg wajib kalo balik kampung. Tapau laksa, cendol n ABC. Nyum nyum.

Ahad.
Ada kenduri kat rumah. Mak buat kenduri tahlil utk arwah ayah n bacaan Yasin utk kesejahteraan dan kesihatan mak. Tp pagi tu ada musibah plak. Buleh plak time kami sebuk2 berkemas mak jatuh kat dapur. Kepala terhantuk kat simen yg kat sinki. Truk gak la sbb luka kecik kat sebelah mata. Hurm. Tersadung tikar. Dan tikar tu dia yg letak sendiri. Kalo org lain letak, mesti dah sesal dah. Bawak terus ke hosp - unit kecemasan. Aduii.. ada2 je kan.



Buat catering ja. Tu sbb kami dah cakap ngan mak takyah la jalan2 buat keja sgt. Dia tak sihat pun. Skali terjadi juga perkara tak diingini.. apa nak buat.. menda nak jadi.

Seme lauk is sedap. Air asam tu mmg meveles. Kalo pedas tahap berapi lagi extra maveles kut. Hihiw. Oh, tukang masak catering ni jiran aku ja. Kawan aku pun masa kekecik dulu. Tp tak rapat sgt dah after aku masuk hostel masa form 1. Masa aku kawen dulu pun, mmg bapak dia yg tukang masak nya. Tp masa tu kami gotong royong. Bapak dia just cam ketua tukang masak la. Now derang dah buat katering kecil kecilan.

Isnin - cuti kecemasan la sbb mak still tak sihat. Lutut bengkak. Bawa ke spital semula utk xray. Petang baru balik KL.

Memacam kan. Nak kata apa lagi. Tuhan Sedang Menguji Kita. Berbanyak lah bersabar. 

*autopublish - ai tgh duk dlm bilik interview nih. Harap tak mendap yaw!

11 December 2012

Edisi HomeMade Durian Crepe

Motippp??
Padahal aku yg tak suka kan. Pastu tetiba nak ber home-made bagai.
Haha.

Akak ipar aku la.
Dia mmg "baking" punya orang. Rajin wat cake seme ni. Ramai pun tempah kat dia. Even masa tunang aku dulu pun dia yg buat sebijik kek ising. Eh. Ye ke ising? Camtu la lebih kurang. Tp mmg kat kg tu salu la orang tempah ke dia.
So, balik masa mak aku admit spital tu, aku pun tanya kut dia ada belajar wat durian crepe. Dia kata takde. Aku cakap kat KL glamer mendalah tu.
Pastu abg aku duk google resepi seme. Then derang nak buat. (T___T).
Lagipun kat kg ada la sesket durian kan. Barang2 cam whipping cream, susu seme tu mmg dah ready stock kat umah. Cuma, takde time tu tepung ubi n pewarna. So, beli je lah.
Kami try 2 jenis tepung je. Tp rasanya kalo guna tepung hongkong, tepung hwonkiew (ke apa tah namanya tu) lagi sedap kut. Tgk resepi ada yg 2 jenis, 3 jenis, 5 jenis, 6 jenis, hatta 7 jenis tepung pun ada. Fuh.. tu yg sedap tu gaknya kut.
Ni kami buat tepung gandum n tepung ubi je. Napak cam apam balik pun ada (-_-")

So, buat.
Yang derang ni tak penah tengok beso mana la menda tu.
Skali derang buat besau gabak.
Huhu.

Ah, aku buat pun besau gabak jugak.
Dpt la 12 bijik. Merasa la seketul sorang sbb petang tu, seme adik beradik balik sbb kami buat solat jemaah n baca yasin utk kesihatan mak jugak.

So, itu lah. Tak memasal je tetiba aku yg tak suka ni buat plak mendalah crepe ni.
Tp next time, sbb aku tak suka durian, aku nak ganti ngan jagung plak lah. Itu mungkin aku suka. Mungkinnn.... hohohoo (T___T)

12 May 2012

Selamat Hari Ibu



Seorang ibu sentiasa akan memberikan yg terbaik utk anaknya. Moga satu hari nanti aku juga berpeluang menjadi seorang ibu utk memberikan yg terbaik utk anak2. Aminnn.... 
::: Caption di FB aku pada 1 Mei lepas.

Selamat Hari Ibu utk mak tersayang, mak mertua tersayang dan seme para ibu. Doakan semoga saya juga berpeluang utk bergelar ibu :)

11 May 2009

~IbU~

Slamat hari ibu..

Utk emak ku yg tersayang.

Juga ibu mertua ku.

kedua2nya sudah ku wish smlm.

Emak pun ari Sabtu tu abg cik dh bwk pi makan Mee Udang Banjir kat Kuala Sepetang.

Wahh...balik ni nati nak bwk mak lah lagi skali ke sana.

Mak kata derang gi ptg jd tak sempat jalan2.

Apa kata aku bwk mak pagi2.

Nati sempat la jalan2.

Mesti ada jual mkanan laut kat kuala sepetang tu kan.Boleh beli udang kering, ikan bilis (apa tah kepala hotak ingat shopping jer...)

Mak kata Mee Banjir Udang tu ramai giler org (err..mak aku tak sebut la perkataan 'giler' tu...aku je gambarkan semula)

Kan Mee Banjir Udang tu dh masuk Majalah 3 skali. Yg ranc Warong Kita tu skali.

Mak kata byk lagi kedai lain..tp kedai itu gak org ramai.

Wahhh...ini buatkan aku tak sbr nak pi.

Nati kalo pi aku tgkp gambo ye..supaya kita buleh bayangkan "kegilaan" itu.

Dan tak lupa utk semua kawan2 yg telah menjadi ibu..sy ucapkan juga selamat hari ibu.

Pnstoberi: harap2 next year ada org wish aku slmt hari ibu lak :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign