Pages

17 July 2012

Ujian Personaliti

Lps jumpa KP pagi tadi, ada menda la yg perlu aku carik guna internet. Kena carik berkenaan psychometric test pulak. Google sana sini, tetiba terjumpa satu blog. Cam bes pula.
Ujian personaliti. Aku da terai. Kira cam..oh, oke, ada la kena mengena dgn diri aku.
Maybe ada yg dah buat, tapi sapa yang belum terai, meh kita terai.
Tapi aku tak bagi jawapan dulu lah. Nati ada ci ngelat, tgk jawapan.
Skang tulis dlm kertas utk seme jawapan ni.
Next entry ada jawapan. Hihi. Dan baru kita kreditkan nama blog tu nati. Hihi.
Kalo nak tulis jawapan kat ruangan komen pun oke :)

Ujian Personaliti Diri Anda
UJIAN PERSONALITI
ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..
Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan 
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. 

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? 
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)] 

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh. 
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. 
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada? 
(cupboard/ kertas / kayu / logam) 

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan) 

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam) 

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari) 

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign