1 July. Bermacam yg berlaku pada date itu. Masuk unit baru. Juga dpt kunci rumah baru. Alhamdulillah. Akhirnya setelah sekian lama menanti, dpt juga.
Oke, meh la nak citer sket prosedurnya (buat xx, xy, yz dan sesapa lah, harapnya, toksah la duk tnya kat laki aku pasai umah aku ni ya.. nak tnya, tanya trus ke aku. Nak tnya umah, tanya pasai umah dia kat Bukit Beruntung sana tu. Dia rimas sbb bila aku citer dlm ni, ada je yg menanya ke dia. Skali lagi aku cakap, call je aku, tanya, sumpah aku tak makan orang yg tanya tu).
Kalo rumah baru, mesti financing kena byr 100% baru leh amik kunci. Kalo tidak mmg makan hati cam aku tu ari. Dapat surat suruh amik kunci mmg awal. Selama 3 tahun leh bersabar. Tp bila da dpt surat... hurm, sendiri mau ingat la kan. Mengelijat-lijat sudah... walopun bkn nak masuk duduk lagi kan. Sudah la maintenance fee juga dikira dari bln Jun. Which, bulan Jun langsung aku tak tinggal tapak kaki pun kat umah tu. Sedih.
Perlu diingatkan, lain developer, lain prosedurnya. Utk rumah aku ni, masa nak ambil kunci perlu bawak duit utk bayar maintenance fee, sinking fund, car sticker, deposit peti surat dan segala bagai deposit lain yang berjumlah 700++. Deposit letrik air bagai seme da settle lama pun. Kut tak, lagi lmbt bomba nak buat CF. Begitu.
Juga, nati kut ada lagi caj cam late interest ke apa settle lah ketika itu. Aku pun memula derang mintak dlm 100++ utk late interest. Tp bila dia kira2 balik, kena RM65 sajork. Mujo. Itu pun sbb jauh sgt antara date SnP dah sign ngan yg 1st bayar (e.g : SnP date 17 Dis 2009, BPP bayar bulan April 2010). Kena 60hinggit lebih tu aku byr je lah. Mls nak gado gado.
So, da byr seme jumpa la org maintenance atau kalo umah jenis takde tanah ni disebut sbg JMB. Situ settle la yg 700++ tu. Sign segala *jejiran aku seme da sign yer. Ada yg 23hb Jun da amik kunci. Tu sure bank financing. Laju.
Lantas, baru lah dapat ini.
Yang ditunggu tunggu selama ini. Segugus kunci. Yang macam pass keja tu bkn pass keja walo aku guna lanyard office. Haha. Itu tag masuk kat main entrance. Kita wave n go saja. Satu pedastrian tag (nak jalan kaki masuk pun ada tag). Satu sticker keta. Dan termasuk buku2 untuk TnC duk kat umah tu.
Alhamdulillah. Walo dah lambat *umo 33 uols baru nak merasa pegang kunci rumah sendiri* , tp tu lah aku kata tu, better late than never right? Mungkin selepas setahun 2 lps pencen baru settle ni rasanya. Aku lupa dah date akhir bayar tu bila. Tapi... kalo ada rezeki, kita kasik settle lah kan laju laju *not now la... perancangan 20thn akan dtg. Huhu.
Actually pun, myDH da ada umah. Sbb tu kiterang tak buat combined loan. Cumanya, nyampah sket. Sbb amik kawasan yg nama Beruntung, tapi tak penah nak untung. Haha. Tp takpe, mebi one day, kat situ nak buat airport kedua ke apa ke kan. Mana la kita tau. Hauhauahau....
So, lps dapat kunci baru leh buat inspection umah. Kira la berapa soket segala yg ada, plug point, talipon. Haa... mmg ada seketui talipon lah kan kalo umah2 tkde tanah ni kan. Utk guard call sekiranya ada visitor nak masuk. Kalo takde kebenaran mmg nehi kapenehi la nak masuk kan.
Aku belum nak wat bebtul nyer inspection. JMB tu kata takpe, bebila pun takpe bagi kat dia borang inspection tu. Kena buat bebtul lah. Tgk mana yg senget ke ada gap ke apa. Amik gmbr tick tick. Then tulis dlm borang.
Lps tu nati baru lah boleh appoint contractor utk buat itu ini. Oh. Masa kami amik kunci tu takdak sapa pun kacau mai bagi kad kata buleh buat wiring ka, KC ka apa ka. Sebab developer tak bagi masuk. Dan meke juga ada panel kontraktor. Pheww... aku mmg suka pun. Begitu privacy skali. Tp tak semestinya kita amik ngan panel tu. Cuma kalo amik panel, tak perlu byr deposit utk reno (RM1,100 - 1k utk pulang, 1ratus hangus) sbb meke panel. Lps tu masa nak turun tgk parking, baru ada brother tu tegur. Tnya da buat grill ke apa. Dari dia lah aku tau yg developer sgt strict. Tak boleh ada contractor lain masuk. Dia pun katanya boleh ada situ sbb dia buat CCTV area situ then dia pun penduduk situ. Oh.. *tp aku tgk dia ada list nama seme penduduk blok aku tu. Haha*
Jadi, begitu lah. Pun da 1 week dapat kunci. Still tak wat apa2. Haha. Beria nak cpt, lps tu takde wat apa gak. Haha. Ramai yg plan masuk sblm raya, tp kami da decide utk masuk after raya. Tp tidak la smpai tahun dpn plak. Pitam nak bayar 2 umah (in fact 3 rumah termasuk umah myDH kat tpt tak beruntung tu). At least by October kami da settle duk. Insyaallah. Sbb aku nak buat kenduri doa selamat masuk rumah, *housewarming la tu, tp malas nak bunyi omputih sgt* dlm bln 10 or 11. Sbb takmo bertembung dgn cuti sekolah. Sbb bila da cuti sekolah, org kawen ramai. Susah. Jadi, biar before cuti sekolah. Aku pun tak buat major renovation. Small scale ja kata orang tu. Jadi 3 bln is just nice *Masya, jgn la doa tahun dpn baru dpt duduk ya... menangis kakak nati. Haha* Lagipun duk umah yang ada JMB ni bukan buleh buat sebarangan. Biasanya dia hanya bagi buat dlm sebulan atau dua ja. Kalo lebih mungkin deposit tu pun ter burnt.
Macam kecoh plak rasanya citer2 camni kan. Orang lain dah berzaman da ada umah sendiri. In fact yg sebaya ngan aku, umah dah 2,3 bijik dah. Lagi aku mau kecoh ek?? Tp apa nak buat... excited terlebih.. walopun umah sekangkang "Mushang" ja.. hahaha (genyit mata kt Eida Baharum. Tehehe)
p/s : again, takyah sebuk2 tanya laki aku ya pasal rumah ni. Aku yg rimas, sbb kalo duk tanya ke dia, aku plak yg tak boleh nak tulis kat blog. Bosan giler kot dgn kejadian camni. Sumpah bosan! Tulis, tanya, tanya, tulis. Lelama smpai bila tak abis. Haih!
*JMB : Joint Management Body / Badan Pengurusan Bersama - nati aku terangkan detail lagi pasal ni sbb aku pun baru nak study pasal mendalah ni. JMB ni ada kat seme rumah2 yg 'takde tanah' ni.
*JMB : Joint Management Body / Badan Pengurusan Bersama - nati aku terangkan detail lagi pasal ni sbb aku pun baru nak study pasal mendalah ni. JMB ni ada kat seme rumah2 yg 'takde tanah' ni.
Terima kasih atas komen anda :)