Pages

15 July 2012

Edisi Weekend Untuk KSU

Laju2 update nih. Masih lagi penat ber'hunting'. Weekend ni hanya utk KSU. Ko jgn macam2 tau KSU, tak pepenah aku tgglkan umah sedari pagi smpai petang hanya utk ke sana sini tau. Sila hargai oke. Wah. Cam bercakap ngan orang la plak.

Dah 2,3 kali aku duk membingitkan tinger myDH - kata ke dia, kan bes saya ada kuasa magic, bleh tinggg... siap seme segala kat KSU tu. Tus leh pindah kan. Tapi ini, dr utara membawa ke selatan, membawa ke timur trus ke utara *oke, exaggerate * 

Smlm [Sabtu], mmg khas hari bertemu kontraktor namanya. Berkampung kat KSU sedari pagi. 1st kontraktor [KC con] sampai awal. Janji kul 11, kul 10.30 da calling2 my asben. Bagus la. 1st impression da tunjuk yg baik, tp jgn sok da pilih awak, awak buat hal plak. Then itu ini, da tghari. G mkn jap. Balik KSU, jumpa brother yg approached kiterang masa 1st day dpt kunci tu ari. Dia mmg ada je bawah rumah tu. Ingat nak ambik dia ja utk wiring n grill. So, dia naik utk tgk plug point mana nk tmbah, ubah segala. Oh. Ceiling juga. Tp kiterang tak buat la plaster ceiling. Ceiling da kemas. Tp ada la tmbh sesket. Next baru lah jumpa satu lagi kontraktor. Dia ni buleh buat seme. KC, grill, wiring n ceiling. Tp beliau ni jauh sket. Kebetulan ada himpunan oren plak kan tu ari. Lagi la lambat dia. Janji kul 3, kul 4.30pm baru muncul. Tkpe la, dimaafkan lah sbb dia pun tak biasa area sini n ada himpunan tu plak *baca kt FB, #kltu pun kata byk jalan nak ke KL di tutup. So, dia ukur segala, settle dlm kul 6pm. Balik. Mmg tak sempat nak g hunting curtain etc etc.

Ahad. Sambung lagi.
Kali ni mmg nak kena carik hood n hob sbb nati susah org KC nak buat sbb kena ada ukuran. Memula smpai ke Kepong. Sana byk gak kedai2 ni. Igt nak tgk kat Wisma Fiamma. Tp itu ialah warehouse yer. Kalo ada sale baru lah ada. So, pegi ke satu kedai ni plak. Area situ gak. Dgn bantuan GPS myS2 je lah. Pusing 3,4 kali satu area. Haha. Biasa la kan. Dgn traffic light rosak lagi time tu. Jenuh u-turn sana sini, sampai la kedai tu. Skali sampai - TUTUP. What the... fish! Hoi, ko punya promo berdegar2 kan kata kedai kau murah segala tetiba Ahad leh tutup!. Yelah, mmg my mistakes la tk tgk time kedai tu buka tutup bila. Tp kalo showroom ni biasanya idak la kan tutup Ahad. Adoi. Cam klaka pun ada. Jadi, lantak kau lah murah cemana pun, mmg tak kuasa dah haku nak ke Kepong.

Dah tu. Pegi area Jalan Ipoh. Sblh Dynasty hotel tu. Aku napak satu kedai je situ. Rupanya ada la 2,3 kedai jual kitchen n bath appliances nih. Sokay la. Masuk satu kedai. Oke. Good, staff sgt bagus. Pastu ada recommend yg bagus juga. Dan mmg berkenan lah. Sbb jimat space. Tp rega - haih. Orang kata tu, mmg kecik2 cili api lah. Bila da masuk kedai yg PR staffnya baik, dr menda kita tak nak pun jadi nak. Haha. Oh. Adakah aku perlukan oven setelah aku da ada seketui microwave? Perlu. Senang nak panggang ayam. Sbb MW aku skang yg jenis basic ja. Haha (T____T) "kukus grill panggang, kukus grill panggang"

google
Masuk kedai satu lagi. Tak bes langsung. Staff pun terhapa ja. Orang nak beli lain, dia suh aku beli washing machine yg skali ada dryer ke apa tah tu. Motip? Aku kata, kalo u nak trade in ai punya washing machine ai boleh amik. Tahpepahatah! Org nak hob la... bukan washing machine. Tak membantu langsung.

Then kita tgk bath appliances plak. Ada la 2,3 menda yg berkenan. Kena beli wash basin utk dapur gak kan. Dah ter gatal nak brand yg sama ngan HnH plak. Tp not bad la. Boleh dipertimbangkan kedai ni.

Lps tu balik. Yaih. Kat sini ada citer lagi. Mengong tau. Nak kuar parking, nak bayar parking lah, myDh nak kasik duit besar, aku kata aku ada duit kecik, skali aku nak ambik purse - tetgk takde. Hah! kau.. berderau oke darah. Gigil jap. Eh. Kena seluk hbag aku? Bila? Aku ada dlm kedai tu ja. Mulanya nak kuar parking tu, nak trus nak pegi makan, tp tak jadi. Balik, aku kata. Mesti balik, takut purse ada kat umah. Mujo lah dkt umah ngan kedai tu. Dlm keta diam dah ni. Huwaa... trus pikir mampus la nak call segala bank. Kad memacam ada dlm tu. Doa agar purse aku ada kat umah.

Smpai umah trus tgk atas meja aku letak barang2 mekap seme. Sbb biasa kalo tinggal pun ada atas tu, tp tak mungkin sbb kalo situ sure la aku napak sblm kuar rumah. Tgk atas katil takde. Semakin gigil. Sekali carik2, boleh plak ada dlm bag laptop. Motipppp??? cemana ko buleh sembunyi dlm tu? Bila masa aku campak dlm tu. Mmg la pagi tu aku ada kuarkan duit sbb myDH kata nak duit kecik nak beli paper. Tapi, Alhamdulillah sesgt. Kalo tak, mmg bala lah kan. Terima kasih Ya Allah.

Oke, lps tu kuar balik, gi makan [Shah, ini lah menceritakan kenapa aku lunch 'awal' sgt masa aku check in kat FB tu]. Lps makan smbung hunting. Kedai perabot pula. Ke area Ampang. Amik2 rega segala. Ada yg berkenan sgt. Tp display stock. Kira cam ko nak, ko amik la yg ada tu, itu ja ada satu. Da la ada sompek2 sket kat kusi dia. Haih. Mmg la salu terjebak dlm situasi camni. Cam rasa smpai kena buat istikarah sbb nak buat pilihan *exaggerate lagi*.
Gambar hiasan, tp bkn camni la aku nak tu - google
Tapi, mesti buat comparison walo rega cam da oke. Kiterang survey, dining table, display kabinet, coffee table ngan mirror. Pegi satu lagi kedai. Kat Setapak sanun. Sbb lps kawen dlu beli lemari ngan katil situ ja. Murah gak. In fact aku penah beli beberapa set meja makan utk kafe ofis pun kat sini. Tetiba kan, skrg rasa mahal dah situ. Design pun cam outdated. Dah ah. Balik.

Tapi on the way balik, singgah lagi satu kedai. Ha.. kedai ni not bad. Rega pun oke. Tp sales assistant tak friendly. Tgk kiterang cam nak survey je, ditinggalnya gitu ja. Wahh.. kau... begitu plak kan. Tkpe, sok, aku bbetul nak beli aku takkan carik kau. Tp sini murah2 gak la. Lps pada tu, balik rumah lah. Takkan nak menghunting smpai malam. Senin da keroje. 

Jadi, pasni hunting utk tibi plak. Tp tu lambat2 sket lah. Kasik settle segala renovation seme dulu, baru pikir aksesori lain. Curtain pun tak hunting lagi. Tu seme bln pose plak nati. Lampu kipas segala tu nati trus beli bila wiring seme da siap. 

Phew. Penat! Tp bes! Sbb byk new knowledge yg dapat. Berkenalan dgn brand itu ini.

Ha..berjela pjg entry ni. Terima kasih dan tahniah pada yg membaca ke perenggan ini. Dan terima kasih gak pada yg baca perenggan atas dan jump trus peranggan akhir. Tp kalo drop komen tu, kena 'seiring' tau ngan entry, kang kantoi plak. Ngeee... Hahaha.

Oke lah. Mggu ni ofis mmg bz. Memacam event plak nak buat sblm puasa ni. Jadi, entry Redang bila tah nak kuar - tp mmg da buat draft sesket. Eh. Cam da tak bleh berenti lak nak nulis ni... Kata nak berenti, tak berenti renti nak tulis. Heh!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign