Pages

16 July 2012

Cuti Cuti Malaysia : Pulau Redang, Terengganu

Oke, asik kan cerita rumah ja. Skip jap. Citer pasal cuti cuti Malaysia plak.
Eh, why don't be Cuti Cuti Cinta? Haha/
Sebabnya sepanjang masa kat sana, duk terngiang2 ja kat telinga aku ni lagu Cuti Cuti Malaysia. Haha. Tapi seriyes. Ini la kali pertama aku rasa benar2 cam "menghayati" Cuti Cuti Malaysia. Eh. Kat Sabah retu pun  menghayati juga. Hihik. 


Tahun ni mmg tema Cuti Cuti Pantai dan Pulau. Kalo tak cuti pun, course aku mmg kat tempat ada pantai. Bermula dengan bulan Januari ke Langkawi, hujung bln 1 ke Bagan Lalang, bulan 2 course kat Morib, bulan 3 ke PD, bulan 4 course di Pangkor, bulan 5 cuti cuti ke Krabi, bulan 7 ke Redang. Dah. Cukup. Ini last kut utk tahun ni gi bercuti. Kut la. Haha. Bleh tahan ker? Boleh la.. sbb skang dah ke hulu ke hilir settle hal rumah kan.

Actually plan ke Redang ni pun secara adhoc ja. Lps aku balik Krabi tu, nampak gmbr kak Julie kat Redang. Lps tu baca lak citer EidaBaharom kat Perhentian. Then waktu yg sama ada juga member yg buat trip ke Perhentian. So, dptkan info sana sini, katanya Redang much better than Perhentian.
So, pikir. Kalo utk anniversary mmg tak buleh la. Sbb my anniv on Disember. Redang ni dari Okt - Feb derang tutup. So, bila nak pegi. Tahun dpn? Tak boleh tahan dah ni nak tggu Mac. Kut smbg blaja ka, pregnant ke apa karang kan. Haha. Jadi, suitable date is before Ramadhan 7 - 9 Julai. Katanya bulan Jun, Julai ni mmg bulan yg bagus kat sana.

Bila da pikir2, riki2, emel lah ke 2,3 resort. Ada yg dah penuh on date aku nak tu. Pulak tu, aku nak carik resort yg boleh turun dari Syahbandar. Dlm web derang, tak byk yg ada turun dari Syahbandar. Mostly dari Merang. Jadi emel ke Redang Lagoon. Kak Julie pun kata situ bes. Dari apa yg dikatakan ini lah satu satunya resort melayu kat Pulau tu.
Rezeki. Date aku nak tu available. Jadi, trus bayar deposit RM100.

Ha. Kalo sesapa nak booking tu, aku nasihatkan direct trus ke resort lah. Guna agen ni kang mana la tau, kut ada yg tak kena ke kan. Situ dah la tmpt cam terhad.

Tapi. Sumpah Ohsem lah Pulau Redang.
Tempat ni mmg sesuai utk orang yg dah 'sendat pikiran', duk tension kerja kerja kerja, ha..tpt ni mmg sesuai amat. Lupa trus perihal keja. Cam aku ni, baru je lagi balik bercuti. Pulak, keja kat unit baru pun tak sendat lagi kan. So, pegi cam santai santai la. Tapi, ini salah satu tempat yg aku pasti akan pilih kalo aku rasa dah sendat palotak. 

Aku ada tulis kat FB masa kat sana.
Tak perlu jauh2 utk menikmati keindahan laut. Ternyata di Malaysia semuanya lebih indah :) - at Pulau Redang

Tapi, kiranya, aku tulis camni, aku compare, nyamuk dengan nyamuk lah. Bukan compare nyamuk ngan gajah. Mmg tak boleh lah. Kira paham je lah apa aku maksudkan tu kan. Mengkalo compare nyamuk ngan gajah, mmg mampuih la nyamuk kena pijak.

Aku pernah pegi tpt yg lebih kurang sama. Yg ada open sea snorkeling juga. Yg ada pantai utk snorkel. Kat Krabi. Pun tak se oh-sem Redang yea. Aku tatau tpt lain. Kut kat Ostolia ke mana bagai tu. Tapi kalo dah berenang dalam akurium besar hanya depan resort, apa lagi nak dicari kan? Ya Allah. Mmg cantik giler hoke depan resort aku duduk tu. Dia ada cam batu batu, kat situ pun cam ada la gak sesket coral, dah la tpt tu tak dalam, still leh pijak dasar laut tu. Boleh snorkel dengan ikan2 berenang2 di keliling kita. Ya Allah. Cantik..... 

Aku ni mmg penakut nak open sea, jadi bila ada yg cuma lompat ja da masuk dlm akurium, apa lagi nak?? Bes. Cuma... tu lah.. tak dpt amik gmbr. Masa tu pun aku sewa ja kamera underwater. Jadi time tu, da limit gmbr yg boleh diambil.

3 hari 2 malam mmg la cam tak cukup. Tapi, rasanya oke lah. Nanti boleh datang lagi. Bajet pun tak la tinggi sangat. Nanti last last kita cerita pasal bajet ya.


Jadi, sapa yg belum pernah pegi lagi ke Redang, pegi lah. Toksah la pegi Krabi ke mana dulu. Habiskan dulu dalam Malaysia ni. Aku kalo da ke Redang ni, mmg tak tingin pun kot nak ke Krabi tu. Cuma Krabi tu ada la lain2 xtvt lain cam jungle tour seme tu kan. Tapi, mmg bes la Redang. Bes. Bes. Insyallah, ada masa, pasti akan ku jejak lagi. Tapi mebi nak ke Perhentian/Pulau Kapas/Sipadan atau lelain pulak kan. Tgk mana yg bes utk di pergi kalo da otak da sendat. Hihiwww.

Marilah bergembira 

Cuti rehatkan minda 

Semuanya kita ada 

Malaysia mempesona 

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign