Pages

29 November 2014

Sharing Saturday : Make Duaa

Kredit Islamicpostz IG

28 November 2014

Cara Mengira Zakat Pendapatan

Hei.. dah berbelas tahun kerja pun lagi mau buat entry cara mengira zakat.
Ala.. takpe la.. saja buat entry ni utk rujukan diri sendiri, dan kalau2 ada adik2 yang baru kerja dan nak tahu cemna nak kira zakat pendapatan. Kan? Husnozon aje sudah bila baca entry orang kan.. Hikhikhik (gelak cam chesue dalam citer Keluarga Iskandar)

Sesiapa yang potong gaji sesiap setiap bulan, Alhamdulillah dan tahniah di ucapkan.
Aku mmg tak buat potongan gaji sbb macam govt ni tetiap tahun ada KGT, lepas tu bonus pun tak fixed. Jadi, aku pikir kena gak edit kiraan tu. So, setakat ni, setiap tahun, aku kira je lah sendiri. Sbb tu aku jadikan rujukan entry sendiri. Senang nati nak refer bila hujung tahun.
Sekarang senang, byk kalkulator zakat online kan. Kalau tak konfiden takpe, kira je dulu, nanti bila dah pergi pusat zakat ke apa, suruh pegawai tu kira kan balik. Takde masalah. Kan?

Dah nak hujung tahun. Boleh lah start kira.
Contoh kalkulator zakat online yang mudah ada di web LZS [link : e-zakat]
Masukkan hasil penggajian dan upah tahunan. Kira semua gaji termasuk elaun, bonus segala lah. Macam kalau govt, tahun ni ada 2x kita dapat imbuhan. Bulan Januari (imbuhan separuh gaji), dan bulan Julai (yg RM500 sebelum raya tu kan). 


Then, isi lah tolakan had kifayah.

Detail berkaitan had kifayah [link : Had Kifayah]
Penilaian yang dibuat dalam menentukan had kifayah ini merangkumi enam aspek iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan. 

Masukkan detail semua then, kira.
Taraa.. dapat dah. 
Jadi, dah buleh bayar dah la zakat untuk tahun ni.

Ada orang skeptikal sket. Takmo bayar kat Pusat Zakat govt. ni sbb takut duit entah ke mana mana. Pun boleh, pergi lah bayar ke rumah anak yatim ke, carik orang miskin ke apa. Terpulang.
Cam aku, mudah je. Yang menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita adalah buat berzakat. Nawaitu kita masa bayar agar zakat ni dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik. Dah gitu. Abis. Sakit kepala kalau pikir2 sgt ni.
Sama gak cam gaji kita dapat bebulan ni, mana datang sumber dia? Diyakini halal 100% kah?. Kalau yang kerja kerajaan - kenapa tak cari gali mana datang sumber govt dapatkan gaji kita. Hasil tax negara datang dari pelbagai sumber, jadi?? Ha... cena? cena? Kalau swasta - yakin ke tempat kerja kita tu 100% berlandaskan syariah sumber nya. Mesti kita cakap, kalau camtu, duk umah sudah.. 

Sbb tu lah, takyah la cari gali ke mana hala duit tu, tanggungjawab kita bayar, kalau orang yang bertanggungjawab dalam menerima bayaran kita tu pecah amanah ke apa - adalah bahagian mereka nanti.

Biasa sebelum ni aku bayar kat Perak (tp sebenar lebih afdhal bayar kat tmpt kita mencari rezeki), sbb aku pun ada jugak skeptikal tu. Rasa kat KL ni semua orang dah kaya kan. Huhu. Tp last year sbb dah tak sempat nak bayar kat Perak, aku bayar je kat PPZ-Maiwp. Senang, kat UTC Pudu tu je. Takde masalah kan. Terpulang pada diri kira. Jangan tak tunaikan kewajipan ni sudah.




Disclaimer : Entry ini tidak menerangkan perihal zakat secara terperinci. Utk keterangan lanjut berkaitan zakat, dapatkan khidmat nasihat dari badan2 yang diiktiraf. Terima kasih :)

27 November 2014

TPM Rasmi Dewan Malaysia Perth & Cara Mohon Penginapan

Dah lama ni.. lupa nak tempek.
Saja la nak letak berita ni dalam blog.
Sebagai tanda kenang kenangan yang aku pun pernah duk Dewan Malaysia Perth (DMP) ni kan. Cewah.

Masa cerita pasal #puanstoberikePerth tu ari kan, lupa pulak aku nak selit gambar dalam bilik DMP nih.
Sebenarnya kalau untuk family, mmg ada biliknya di MH ni. Tp Ida (staff yg uruskan DMP) cakap, bilik kelamin tu ada 5 unit je. Maksudnya bilik yang berkatil queen lah. Kalau tidak, mungkin katil double decker kot. Agaknya lah kot kan.

Cuma, bilik air je lah kena berkongsi. Maknanya, lelaki ada bilik air lelaki dan perempuan, pulak ada bilik air perempuan. Setiap bilik air tu ada pass utk masuk. Jadi, masa kita check in, kita akan dapat dua kad lah kalau duk berdua dgn asben. Beza lah kad tu. 

Hari tu aku tak cerita secara detail kan cemna aku mohon Malaysia Hall Perth a.k.a DMP ni kan. Okay meh kita citer sket bagaimana cara nak mohon menginap di Dewan Malaysia Perth/ Malaysia Hall Perth ni. Ini utk Perth je yer.. tempat lain aku tak pasti samada sama atau beza prosedur nya.

Okay, DMP ni baru beroperasi bulan Jun 2014.
So, aku mohon dalam bulan Ogos 2014.
Thro emel saja.
Lepas tu derang fwd lah borang (kalau ikutkan dalam laman web DMP pun ada borang).
Dalam borang tu, ada lah dia suruh letakkan status visa (sbb tu kena apply visa awal jugak), pastu kalau pergi dengan suami,  kena attach salinan sijil nikah/kad akuan nikah. Ha, gitew. Pastu tulis lah berapa hari kita nak pergi [link : borang menginap bukan pelajar]

Bayaran (pada masa ini lah), mmg lah murah amat. AUD20/day utk 3 hari pertama. Dan selepas 3 hari AUD30/day. Tapi, maksima kita buleh stay adalah 5 hari. Kalau nak lebih, boleh tanya la kot cemna. Lepas tu ada caj perkhidmatan AUD15/person. Itu saja lah pun bayarannya. Oh, ada deposit AUD200. Yang ni, masa nak check out, dia akan pulangkan.
Itu bayaran tetamu bukan pelajar.   As if kau pelajar. Ada kad matrik, mmg lah lagi berbaloi. Lagi murah. AUD6 / day tak silap aku. RM18 lebih kurang sehari. 

Bila dah isi borang semua tu, attach no passport, status visa, salinan kad nikah bagai semua, hantar lah balik borang melalui emel.

Tak lama nanti dia akan reply. Samada available ke tak pada date kita nak tu. Sekarang ni dah rasmi lagi lah kena cecepat mohon. Sbb kat MH ni ramai sungguh rombongan sekolah lah, universiti lah.

Then, kita tak perlu bayar apa2 hingga lah kita sampai sana untuk check in.
Kalau risau, takut2 dia terlepas pandang ke booking kita kan, seminggu lagi nak pergi tu, kita emel lah balik bagitahu kita sampai pukul berapa apa semua.

Bayaran pun semua by-cash. Takde kad kredit bagai ya.
Lepas tu, kan aku nyer flight dia extend masa balik. So, aku emel lah MH semula, tanya berapa caj kalau aku extend check out sampai kul 10mlm. Aku emel terus ke En. Rudy (officer MH ni), dia kata bayaran macam utk sehari jugak. So, aku decide tak perlu lah aku extend . Just tinggalkan beg je situ sementara aku pergi tours. Boleh je cemtu. Deal lah dgn adik yang jaga kaunter tu. Cam aku, aku terus je deal ngan Ida tu (tu yg sembang bagai2 ngan dia, siap jadi kawan dah. Hihi).

Kat situ juga ada pantry. Ada makanan "wakaf". Boleh la guna microwave ke, air panas nak masak maggi ke. Boleh ja. Tapi, barang2 tu semua hakmilik MH dan juga residen situ. Jangan mandai2 nak guna pula kan. Tu hari kami tinggalkan instant porridge sbb dah malas nak bawak balik. Wakafkan je lah kat adik2 situ.

Diingatkan MH ni bukan hotel ya. Ini sebenarnya penginapan khas utk student. Jadi, jangan bayangkan ada orang jaga kaunter 24jam, ada perkhidmatan memanggil teksi apa semua.
Ada tu ada lah orang jaga kaunter. Tp student yang duk kat MH tu jugak lah. Kalau takde orang kat kaunter tu, just call je lah derang. Ada no phone kat situ. Lepas tu buleh je kalau nak minta derang panggilkan teksi. Kadang ada juga kengkawan derang yg ada kereta buleh hantar ke airport. Just bayar lah kan.

Meh aku tunjuk sket bilik aku duk ni.
Ada katil twin. Ada sebijik almari. Ada locker kasut.
Luas bilik agak terhad, so, kalau beg besar tu kita taruk lah bawah katil.
Selesa je utk berdua.
Ada tv comel sebijik. Ada heater. Cea. Bila lagi kan nak merasa guna heater.
Pemandangan waktu malam.

Jadi, kalau berdua, masih selesa lagi lah duk kat sini.

Tapi, kalau reramai, ada baby susah sket kot.

Tapi, sini public transport mudah. Nak jalan kaki ke tren station pun mmg orang kata walking distance lah. Boleh je try kalau nak travel secara ekonomi.

Saya sudah mencuba, anda??

#puanstoberisuka : Cupcake Sedap

Puanstoberi suka uols belum tentu suka.
Uols suka puanstoberi belum tentu suka.

Cewah. Tetiba ada tagline gitew. Mengada lah sangat.

Oke. Meh nak sharing sesuatu yang best.

Cantik tak??
Bukan saja cantik, malahan sedap juga.
Bak perumpaan cantik di luar, cantik di dalam.
Begitu lah.

Ni I order dengan cikkiah.
Hihi. Entah la apa nama sebenar dia ni.
Tapi, kat IG namanya cikkiah.
I jumpa dia masa nak pick up cupcake ni pun I cakap "cikkiah eh?" 
Huhu.

Ni IG beliau [link : cikkiah]

Beliau dok di Jakarta (if tak silap), tp kalau dia balik Msia - dia buat lah bakesales.
Maka, ramai lah berduyun meng-order termasuk lah I. Hihi.

Sebenarnya I dikenalkan cupcake ni oleh adik comel I, si Marliza. Pastu I rasa mmg sedap lah. Tu yg ternanti nanti bila lah boleh order. I terus follow IG cikkiah. Then, bila dia up kata dia ada buat bakesales and pick up point kt KLCC, terus 2 boxes I order. Ha.. macam pucuk di cita ulam mendatang gitu. Kan KLCC tu jaraknya dari ofis I sekangkang kucing je. Selalu kan pick up kat Bandar Utama la, Bangsar la apa lah. Eh, mmg idak la myDH nak pergi area2 macam tu kan. Ni senang. Balik ofis terus I pick up :)

Apa yg buat ianya berbeza.
Cikkiah namakan setiap cupcake dia macam nama kuih. And the best part is - mmg ada rasa cam kuih2 tu. Lps tu tak manis sgt. Sesuai pada orang tak berapa suka manis2.
Oke, dia ada 
*Onde-onde : Most favourite rasanya. Ramai betul yg suka includes my husband. Dia suruh order 1box onde onde ni je. Tapi tak dapek lah dah agaknya. Kan cikkiah.
*ABC : Pun sedap. Once u taste, mmg rasa cam makan ABC. Takde la rasa berais, tp kita tahu, oh, rasa cam ABC lah. Ha gitu.. 
*Bom bijan : Macam kuih bom.
*Tepung Pelita : Ada sedikit rasa cam santan kuih tepung pelita tu.
*Apam Balik : Pun ada kekacang macam apam balik
*Alpukat : Oke ni rasa avocado

Ni gmbr jarak dekat. Kredit to IG Cikkiah [link : Cikkiah]
Tu hari I beli 2 boxes. 1 box ada 6 ketul dan berharga RM30.
Worth dengan nilai tu. Serius.

So, I bagi hashtag #puanstoberisuka !

26 November 2014

Kad Kredit : Maintain Atau Terminate

Entry berkaitan kad kredit ada di link [kad kredit]
Setiap kali buat entry kad kredit, mesti aku nak ucap tahniah pada orang yg takde kad kredit.
Tahniah uols. Huhu.

Aku ni tgh berkira - kira lagi. Samada nak terminate atau maintain kad kredit aku.
Sebenarnya, tahun ni aku berjaya "me-nyahkan" salah satu kad kredit aku.
Antara faktor yang mendorong aku "me-nyahkan" kad tu adalah dari pihak bank tu sendiri. Bagus dan terima kasih ku ucapkan pada bank tersebut. Cerita juga ada di link [kad kredit] .

Rasa satu kepuasan okey dapat melepaskan diri dari 'hantu kad kredit' nih.
Alhamdulillah, akhirnya satu azam tercapai. Tahniah untuk diri sendiri.
Eh. Azam ke. Entah la. Tapi, mmg nak sedikit demi sedikit financial freedom. Dah berumur ni, rasa cam dah boleh dah hidup tanpa hutang piutang nih. Tapi, bukanlah maksudnya totally tidak berhutang lah kan. Tp tak mahu berhutang untuk benda bukan bukan. Lebih baik kita menambah aset dari membayar menda yang bukan bukan. Yes, itu lah yg aku pikirkan sekarang. Ada satu projek nak buat. Harap tercapai before tahun 2015 dan before umur aku masuk 35 tahun (tak sampai sebulan lagi je pun masuk 35tahun)

Sebenarnya yg aku terminate tu kad dari CIMB. Tp aku ada lagi satu kad dari CIMB. Dulu depa bagi VISA n MASTER. So, aku dah terminate Master rasanya. Tinggal lagi Visa. Yang ni pun aku dah tak bawak dah ke mana mana. Tinggalkan di rumah je. So, mmg tinggal bayar je lah. Rasa, aku nak terminate jugak lah yg satu ni.

Boleh ke tak boleh?
Rasa nya boleh je.

Baca di sini [link : Perlukan kad kredit atau batalkan saja]
Antara yang boleh buat kita berfikir semula
"Biarpun jarang menggunakan kad kredit, anda masih perlu membayar cukai perkhidmatan sebanyak RM50 untuk setiap kad setahun dan ini sudah pastinya merugikan. Selain itu, syarikat kad kredit akan mengenakan pelbagai jenis caj bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Walaupun ada syarikat yang menawarkan yuran tahunan percuma sepanjang hayat, ia biasanya tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Jika anda hanya menggunakan kad kredit setahun sekali, lebih baik batalkannya sahaja."

Ya. Setahun sekali ada cukai perkhidmatan RM50, dan utk kad aku tu annual fee RM60. Jumlah RM110 utk setahun kita bayar tanpa dapat apa pulangan. Menyusahkan lagi ada. Aku pun cam tak perasan pasal cukai perkhidmatan nih. Rupanya dari tahun 2010 yer dah ada mendalah nih. Haish. [link : Kastam]

Kesimpulannnya, boleh ada. Tapi satu je cukup lah.
Jadi, aku putuskan utk maintain kad Maybank. Sbb kad ni mmg reliable sket. Pastu aku suka sbb dia otomatik top up Touch n Go. Senang la utk aku yg selalu balik kampung kan. Takyah nak pikir2 pergi top up. Kurang je RM50, dia akan naik balik ke RM150.

So, tunggu next year pulak. Apakah hasilnya.


Misi Mencari Shelf di IKEA

Tengah tahun dulu aku ada heboh nak carik shelf [Link : Misi Mencari Rak Di Dapur]
Lama berlalu. Takde kesempatan nak carik.

So, bebaru ni baru lah nak carik balik.
Sebab aku dah sakit mata.
Aku dah menyampah tgk barang2 macam tak tersusun.
Rimas!

So, riki2 kat IKEA. Tgk kat web dia dulu.
Jumpa lah yang berkenan.
Pergi lah ke IKEA hari Sabtu lepas. Lama giler aku dah tak pergi Ikea ni. Last kalau tak silap aku, masa gi ngan dak Zana n dak Eida. Berapa tahun dah tu. 2 tahun ada kot. Ha..mmg myDH tak suka pergi situ. Sbb malas nak carik parking apa semua kan. Kalau ada bebetul ada menda nak beli, baru buleh pegi. Kalau takat sesaja nak eh, jom gi Ikea. Mmg tak akan.
Subuh buta dah pergi. Haha.

Ye lah, pergi lambat kang rungsing nak carik parking. Pukul 10 pagi dah sampai Ikea. Mihhihi.
Tapi, minggu tu orang tak berapa ramai lah.

Orang ramai pergi karnival upin ipin tu kot. Tak pun MAHA.


Breakfast dulu. Pastu terus carik barang.
Selain shelf, aku mmg nak beli quilt cover.
Aku tak pasti lah kat mana tempat lain nak beli quilt cover ni. Aku mmg beli dari Ikea je sebelum nih. Macam bedsheet, aku juga giler membeli quilt cover. Aku mmg giler beli bedsheet, giler beli quilt, dan towel. Haha. Aku tak buleh tgk menda2 ni. Kalau tgk, mmg aku akan beli. Mmg berlambak dah bed sheet, tp aku rasa macam tak banyak je lagi. Bila nak tukar cadar tu rasa cam eh, ni kan baru je tukar. Mula la rasa cam dah takde je cadar. Gitu lah.

Quilt cover dapat. Tapi, shelf tak dapat. Abis stock.
Mencik lah. 
Ada satu shelf tu (book shelf sebenarnya), next week baru smpai stok.
Murah kot. RM59. Mmg cepat la orang sapu.

Keluar pepagi, tapi tak dapat apa nak. Sedih.
Eh. Ada la. Quilt cover tu kan. Dengan senduk. Dengan alas kaki 4hinggit semilanposen. Haha.


Pastu terus ajak myDH ke Tesco je. Carik shelf kat situ je lah.
Pun takde. Tup2 ternampak shelf yang macam biasanya letak kat stor.
Ha.. lantak.. boleh la kot.
Namanya 5-tier commodity shelf.
Harga RM99.90. Tgk kat tag dia, harga sebelum dalam seratus lebih. T.A.H.I - tah iyer, tah idak. (sapa tgk MLM tahu lah ni).

Ah. Boleh la. Malas nak carik lagi.
Tak tahan dah sakit mata tgk  barang sket sana, sket sini.

Pasang pasang.
Tgk eh, just nice je size "depth" shelf ni dgn lebar dinding.
Walau nampak macam shelf kt stor. Tapi, lantak ah.
Bagus eh. Suka suka.

Terus mengemas dapur.
Wah. Suka. Tp kat dalam gambar ni, gambar pertama kali aku kemas. Lepas pada tu, aku angkat-ubah-letak-angkat-ubah-letak barang2 atas tu berkali kali. Mmg dah lain dah. Ni pun rasa tak puas lagi ni. Nak ubah lagi nih. Haha.

Tapi, shelf ni jadi solusi kepada susunan barang di dapur gak lah. Microwave dapat letak kat table top cabinet (sebelum ni letak dalam kabinet je).
Rice cooker pun dapat duduk atas table top (sebelum ni merepek letak smpai kat meja makan ruang tamu).
Buleh simpan segala slow juicer dalam kabinet.
80% puas hati.
20% tu lagi menyampah sbb banyak sgt barang.
Tapi, takpe, pelan pelan re organize balik. Tapi, koleksi Tupperware aku tak semua letak kat atas shelf tu. Tu yg mmg aku guna seharian. Yang bekas kosong, ada satu cabinet je penuh dgn dia.

Oh ya, dulu pun aku pernah story pasal masalah penstoran [link : masalah penstoran]
Tu la barang melambak sgt dalam rumah ni.
Tapi, itu pun dah dapat solusi nya. Tpi blum di ciwi kan dalam blog nih. Nenanti lah ai story kan.

25 November 2014

100 Tahun Dan Batu 0

Citer hampir dua minggu lepas. Sebelum lupa, meh kita parking kan citer ini sesiap.
15hb Nov tu hari balik kampung in law kat Kuala Lipis sanun.
Phew. Penat balik course kat PD tak abis lagi sebenarnya time tu. Tp takpe. Ailoike je jejalan nih kan. Huhu.

Tujuan utama - father in law nak p majlis ulang tahun ke 100 sekolah rendah dia. Sekolah Kebangsaan Batu Yon.
Ha.. kau hado majlis camtu?
Aku pun nan hado. Haha.

Kami bertolak dari umah aku dalam pukul 7.30pg. Adik ipau antar mak ayah ke rumah kiterang. Ye lah, idak lah jauh sgt nak amik depa kat PJ sanun kan. Pastu terus lah gerak. Benti jap breakfast kat Bentong. Buleh lak in law aku ni jumpa sedara depa kat kedai makan tu. Huhu. Banyak tempat tau in law aku ni jumpa sedara mara. Ni satu tempat. Pastu ada jumpa kat bando Kuala Lipis, kat pekan sehari Benta. Dan kat stesen minyak pun ada jumpa. Aiyark. Aku rasa dari Bentong smpai Kuala Lipis mmg sedara mara depa je agaknya. Tu sbb kalau aku jumpa berita dalam paper ke apa pasal orang Raub, aku sure cakap kat myDH "ni mesti sedara awak". Haha.

So, sampai sekolah dalam kul 11.30am.

Ingat dah settle lah majlis. Rupanya belum.
Just nice ja. Kami sampai, pastu dalam 10minit camtu YB yang nak rasmikan majlis pun sampai.
Aku time ni cam tak berapa nak fokus sbb cam sakit pinggang.
Biasa lah. 1st day "best friend" datang.

MyDH tangkap2 gambar sbb ayah dia dah pesan bawa kamera dan tangkap gambar. Antara gambar yang ada.

Banner
YB sampai.
Ucapan dari murid paling tua. Aki (atok) ni umur dekat 100 thn.
Ni kira cam sedara belah ayah mertua juga lah.

Bekas murid bergambar dgn YB. Ayah mertua pun ada gmbr dgn YB.
Tp mana entah.

Dah makan2 semua, balik lah ke rumah mak sedara. Kat situ jugak lah. Tak jauh dari sekolah tu.
Kami bermalam kat sana.

Malam tu makan ikan patin tempoyak. Ikan patin tu pak sedara bela kat kolam. Petang tu, elok je dia pegi menjala.
Aku takut2 juga nak makan sbb biasanya ikan kolam ni macam ada rasa 'pasir' kan. Tah cemana nak describe rasa dia tu. Cam payau payau tu kan.
Tapi, yg ni takde. Sedap giler. Fresh.
Mak sedara buat masak tempoyak and satu lagi bakar ngan garam kunyit je.
Pastu aku request sambal itam. Mak mertua buat kan.
Lagi lah berselera. Sedapnya hoi! Makan pulak ngan kacang botol. Pun petik je. 
Mudahnya hai kampung sini. Makan ikan tangkap sendiri. Makan sayur pun petik sendiri.
Aku pun kampung gak. Tapi idak la sampai boleh tangkap ikan kan. Kolam pun tak mandang. Huhu.


Mak sedara banyak bela meow. Ada 10 eko kut.
Bersama mak sedara. Siap ada kabus2 cam kat Cameron kan.
Esuknya sebelum balik, pergi bandar Kuala Lipis.
Makan nasi kerabu kat stesen keretapi. Nasi kerabu ayam bakar. Nasi tu biasa2 je. Tapi, ayam bakar mmg sedap.

Terus gemok sbb makan tempoyak ikan patin. Muehehe.
Kat sini lah ada Batu 0. Hanya di Kuala Lipis. Hiwhiw.
Eh. Ke tmpt lain? Entah lah. Tp rare kan?


Balik tu singgah ke pekan sehari di Benta.
Kat sini ada jual2 sayur kampung. Aku beli jagung ja.

Eh. Ada cina gile kat sini. Masa nak parking tu siap dia mintak duit.
Pastu masa kiterang dah nak balik, sebok dia nak tolong angkat barang.
Aku nak susun barang kat bonet, dia marah, dia suruh tutup juga.
Ei.. menakutkan.

Then, singgah Ulu Dong jap. Tu kampung mother in law.
Kejap je la. Mak kata nak tgk2 umah dia.
Lepas tu singgah beli nangka lagi.
Lepas tu singgah beli lemang lagi. Kat kedai lemang to'ki.
Lepas tu singgah berenti solat kat Bentong.
Amboi. Banyak betul perhentian kan.

Lepas tu sampai KL dekat kul 4pm.

Dari Unit HR : Travel Insurance

*Oke, sementara aku wat kerja HR nih, aku pikir aku nak buat satu segmen info yg related to HR matters. Tapi HR utk govt service je lah. Just utk info rerakan yang berada dalam sektor awam :)

Ini berkaitan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2004 [link] - Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian.

Sapa yang dah tahu, oke buleh skip. Hihi.

Sebelum ni aku amik tau gitu gitu je pasal insurans ni.
Lagipun takde la pergi jejauh pun. Luar sket je pun. Tu yg tak pernah rasa nak apply.
Cam gamble je pergi.
Lps beberapa kejadian luar jangka yg berlaku lately ni, rasa cam perlu lah amik travel insurance.




Jadinya, selain Borang Permohonan Keluar Negara Atas Urusan Persendirian [link], kita juga boleh mohon travel insurance ni. Cuma, yg borang permohonan keluar negara is mandatory. Wajib tau. Ada yg kata, kite taknak isi borang permohonan, sbb nati kawan2 kite kirim barang. Huhu. Alolo. Kesian tau kalau ada jabatan yg camtu. Kami kat sini mujo takde perangai camtu. Sbb isi borang, hantar senyap2 kat HR, takde sapa pun tahu, melain kan mulut kau sendiri yg pukui canang ko nak pergi oversea kononnya. Haha.

Pasal borang permohonan ni, aku tatau jabatan lain. Kami agensi badan berkanun ni simple, isi je, pastu hantar ke HR utk kelulusan KP. Insyaallah KP lulus punya. Aku pun pelik kenapa orang taknak hantar. Kalau kau selamat pergi balik, Alhamdulillah lah. Kalau buatnya hilang tak dapat dikesan, kau tahu tak effect jangka masa panjang dia? Pencen kau, gratuiti kau, KWSP kau, waris kau. Tak menyusahkan orang tu?. Dulu masa nak masuk kerja beria ria sign akujanji nak ikut semua syarat, dah dapat masuk, jadi kaduk naik junjung pulak.... Oke. Tak mahu bebel pjg pasal ni. Dah besar memasing, sendiri pikir lah. 

Baik, pasal travel insurance ni. Kerajaan tanggung. Tapi untuk once a year je lah yg kerajaan tanggung. Dan untuk perjalanan tidak lebih 31hari. Ada tulis dalam pekeliling tu. Cam aku ni, mmg takde la nak pergi keluar negara 18kali setahun kan. Setahun sekali pun jarang berlaku. Bertahun sekali, itu mungkin. Haha.
Jadi, takde hal. Isi form kat Lampiran A tu, dapatkan sign Ketua Jabatan, lps tu fax kan je kat sykt insurans. Ada juga HR yang uruskan from A to Z. Tapi biasalah, kadang lambat kan. So, buleh je buat sendiri. Fax kan je sykt insurans. Nanti dia bagi tahu lah berapa puluh ringgit nak kena bayar then kita bayar dulu lah. Nanti kita claim lah. Tapi, if jabatan korang mmg lambat nak dapat claim, better lah suruh je HR yang buatkan semua. Macam aku pergi Perth tu hari, aku bayar dulu, then claim. RM51 utk 5 hari kat Perth tu. Lepas tu dapat la kad cemni


Utk tahun 2012 (23 Ogos 2012) hingga 22 Ogos 2015, sykt insurans yang dilantik oleh kerajaan adalah HSBC Amanah Takaful. Ada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2012 yang stated alamat dan contact number semua [link]. Kerajaan akan tukar setiap 3 tahun sekali. So, sebelum pergi tu, google dulu lah sykt mana yg bule buat insurans nih.

Tapi, kalau kau jenis yg tetiap bulan mmg pergi bercuti ke luar negara, lps sekali dapat free, yg lelain tu buat la sendiri. Jenuh pula kerajaan nak tanggung kau je kan. Haha.
Tapi byk benefit la yg di cover dari travel insurans ni.

Boleh tgk sini [link].

Kalau sakit ke apa ke, semua pun di cover.
So, better amik lah dari tak amik kan. Lelebih lagi yg mmg pergi setahun sekali tu. Amik la. Ni kemudahan untuk kita kan.
Even kalau kita bayar sendiri pun, rasa nya takde problem. Tak smpai beratus pun. Lain lah tetiba kita teringin nak bercuti ke negara bergolak cam Ukraine tu pulak. 


Selama ni mmg aku rasa cam boleh gamble. Tp sekarang, tak berani dah. Tu hari masa naik cruise aku patut amik dah. Tp, kalau aku amik tu hari, yg sekarang aku kena bayar sendiri lah kan. Tkpe, lps ni nak pergi memana, amik je lah travel insurance.

24 November 2014

The Hunger Games : Mockingjay Part 1



"If we burn, You burn with us"

Selesai sudah menonton Mockingjay Part 1.

Berbanding The Hunger Games (pertama) dan Catching Fire (sequel kedua), Mockingjay Part 1 ni takde action sangat. 
Masa awal2 tu mmg macam bosan sket. Hey.. laki aku tertido oke masa awal2 tu. Boleh? Tu aku kata, dia tak berapa minat citer2 macam ni. Tapi, dek nak menggembirakan hati isteri, dia turut kan je. Hiwhiwhiw. Love you lah, incik asben! 

Cam biasa lah. Tgk di Wangsa Walk. Hari Ahad. Early bird. Mula ingat nak tgk malam minggu. Sekali tgk harga tiket beza sungguh lah kalau tgk siang dan malam. Kalau pagi, twin seat RM28 (+ RM1 booking online), tapi kalau malam minggu tu jadi RM50. Takyah lah aih. Pergi pagi je. Senang.




Sapa tak tengok sequel pertama and kedua, mmg aku tak galakkan la pergi tengok Mockingjay nih. Confirm lah tak faham dan tak kenal orang2 dalam tu. Cam Effie Trinket yang dah tak pakai custom bagai2 dah. Siapa Gale, siapa Finnick, Annie dan ramai lagi lah. Dah la start je wayang terus cerita.  Dan aku tak rasa bebudak kecik enjoy tgk citer ni. Baik la bawak tgk citer Big Hero 6 tu ke. 

Aku pun dah confuse sebenarnya. Haha. Dah terbayang yg no. 2 dulu. Yang baca kat novel lagi. 
Dalam Mockingjay Part 1 ni, selepas Katniss pengsan kat Arena tu (dalam Catching Fire), Katniss di bawa ke District 13. Ada penduduk di bawah tanah yang di ketuai oleh Presiden Coin (perempuan). So, derang nak Katniss jadi "Mockingjay" - symbol of rebellion. Tapi, yang susah bila Peeta pulak ada kat Capitol. Si Peeta macam dah diprogram kan utk memainkan emosi Katniss. Bila Katniss nak rebel je keluar la Peeta untuk kata jangan rebel lah apa lah. Sebelum Katniss setuju nak jadi Mockingjay, dia dah letakkan syarat supaya selamatkan dan bawa balik Victor (pemenang Hunger Games lain) dari Capitol dan diterima semula oleh penduduk District 13. Masa nak last tu, depa dapat lah bawak balik 3 orang victor ni (Peeta, Annie and Johanna). Tp yang sedih, Peeta macam dah tak kenal Katniss. Siap dia cekik Katniss. Team depa ni beranggapan yang Peeta macam dah di"racun" minda nya supaya buat hilang memori bersama Katniss. Yang ada memori kebencian dan nak musnahkan Katniss. Gitu lah lebih kurang. Macam yang derang alami masa kat arena dulu (Hunger Games pertama).
Lepas tu habis. Lepas tu tunggu lah lagi setahun untuk sequel terakhir. Huhu.


Berat citer ni sebenarnya.
Macam ada cerita di sebaliknya.

Macam dia tunjuk Presiden Snow arahkan orang bom hospital District 8. Sbb Katniss datang melawat pastu penduduk situ sokong Katniss utk rebel. Jadi, presiden marah dan dia arahkan tempat tu di bom.
Pembunuhan orang tak berdosa, negara di bom. Kat mana semua tu terjadi kat dunia ni? Memang ada kan, jadi kita andai kan lah.

Entah lah. Dah ter jebak. Maka teruskan lah hingga ke sequel terakhir.

Antara Pete and Gale. Aku suka lagi Gale. Last nanti baru tahu Katniss pilih siapa.






"Are you, are you
Coming to the tree
Where they strung up a a man they say murdered three.
Strange things did happen here
No stranger would it be
If we met up at midnight in the hanging tree"

Beli Barang Dari Go Shop Astro

2 kotak sampai ke ofis ha....

Hiwhiwhiw.
Bukan aku punya lah.
Ni abang n akak ipar aku punya.
Kalau hantar ke kampung, renyah sbb cam lambat apa semua.
So, depa guna alamat ofis kiterang je.

Ala, takde lah yang sampai tu macam  iklan yg Jimmy Shanley jadi orang courier pakai baju Go Shop tu. Orang G-Dex je yang hantar pun. Gimmick sgt kan. Hehe.

Actually kan, aku pun terpengaruh jugak bila tgk barang depa promo kat Go Shop nih.
Ni ala ala cam SmartShop masa kita dedulu tu.
Yang satu menda tu berulang ulang di tunjuknya.
Tapi .... smartshop tu macam tak berapa nak terpengaruh sgt.
Sbb mungkin omputih punya kan.
Yang ni sbb mmg orang melayu, pastu dia buat demo tu mmg macam wah.. best nya. Gitu.

Akak aku beli 2 barang, abang aku beli satu barang (kredit gambar : Web Go Shop)
Chooper Set
Chefline Frying Pan
Magic Saw

Chopper tu macam aku punya yg tupperware tu. Tp yg ni lagi besar. Frying pan tu aku rasa mmg baloi beli. Tapi, ngenangkan rumah aku yg sekangkang kucing ni dah penuh, mmg tak buleh nak beli lagi dah la. 
Magic Saw tu abang aku punya. Entah apa nak di "saw" je aku tak tahu. Huhu.

Tempoh penghantaran?
Depends on stock kot.
Akak aku order Jumaat (14hb), kalau tak silap, pastu dia kata orang tu datang hantar Jumaat.

Tup2, Selasa (18hb) dah sampai.
Cara bayaran - boleh COD macam Lazada gak la.
Alah, pendek kata, kurang lebih, macam Lazada apa semua tu lah.

Aku sebenarnya pun tertarik ngan satu menda nih.
Sbb memang macam eh, bagus nya..
Kalau tgk kat iklan dia promo tu mmg la tertarik.
Tutup air tak tumpah la apa la.
Dan aku dah order pun. Hiwhiwhiw. Order hari Jumaat, dalam Rabu Khamis sampai katanya.
Kalau korang call, orang operator tu cakap macam sistem pulak. Ikut buku betul. Hihi. Lawak pulak. Lepas tu kalau 1st time caller dia amik detail apa kita semua. Pastu nanti tanya " warna kegemaran?", "sukan kegemaran?". Bila citer kat myDH dia kata "eh, apa kena mengena nak order barang pun nak tahu warna kegemaran apa semua". Haha.

Memacam jugak ada. Buleh tgk kat web Go Shop. Pastu kalau bosan2 tak tau nak tgk apa kat TV, tekan je 118. Ada le memacam promo barang dia.
Tgk kat web tudung Jelitasara pun ada. Tp, aku lum pernah lagi tgk promo tu kat tv. Huhu.

21 November 2014

Happy Weekend!












Happy Weekend uols.
Penuh..penuh program dah..

Kasih Sayang Dan Doa Untuk Kebahagiaan Sekeluarga




20 November 2014

Kerja Saya

Tu hari masa course, penceramah suruh senaraikan apa kehebatan masing-masing. Aku terus cam blur. Apa kehebatan aku? Macam takde je.
Pastu bila dah cukup masa, penceramah pun tanya.
Lps tu dia kata, ada tak yg tulis saya hebat kerana saya sudah mempunyai pekerjaan.
Lepas tu baru macam semua oh..a ah kan.

Ye lah. Ada yang bercita cita nak jadi suri rumah tangga.
Tapi, lagi ramai yg bercita cita nak kerja.



I love my job. Tapi, bukan lah nak kata aku hebat sbb ada kerja, itu semua rezqi dari Allah. Alhamdulillah. Punya pekerjaan tetap yg tak la tinggi mana gred nya, tp stabil lah kata orang tu.

Kerja saya. 
Sapa yg tahu, tahu lah aku ni kerja kerajaan. Tp bukan kerajaan penuh. Badan berkanun persekutuan. Masih di bawah seliaan JPA, masih perlu melalui Kementerian utk apa saja urusan, masih berpencen macam govt lain. Now, kami di bawah MOTAC (Kementerian Pelancongan & Kebudayaan).

Bulan 2 ni baru masuk 11 tahun kerja. Masih baru. Kalau diizinkan Allah ada lebih kurang 25 tahun lagi service. Lama lagi kan.

Sekarang aku buat HR. Sebelum ni 8 tahun aku buat pengurusan aset. Sempat jadi pegawai aset jabatan. Pengurusan aset ni termasuk lah hal sewaan dan legal. Memula masuk kerja sini, aku dah start buat urusan berkaitan legal. Kat sini takde LA. Satu urusan yang tak glamer pun, tapi aku suka lah. Sbb dulu kan aku pernah berangan nak jadi lawyer. Pernah jugak wakilkan jabatan utk jadi saksi. Pengalaman weh, masuk court, masuk kandang saksi, angkat sumpah bagai tu. Haha. 
Tapi aku suka je. Sbb aku mmg minat law. Masa study mmg every sem, dari Dip smpai Degree belajar law dan mmg aku score lah. Cewah! Haha. Mmg la byk membaca, tp menggunakan logic akal. Tu buatkan lagi mudah, sbb "goreng" je lah, asalkan berkaitan dengan fakta kes. Best!
Cuma kat unit tu ada termasuk jaga sewaan. Aku tak suka bab bab kutip hutang tu. Aku tak minat langsung. Then, cam orang suka mintak report ngejut2. Pun aku tak suka. Buleh buat aku stress.
Lelain, takde hal. Aku dapat APC pun masa kat unit ni jugak. Thank u boss!

After 8 years, management tukar aku pi HR.
Okeh, yg ni aku suka juga. Tp aku bukan dari bidang HR. Masa U belajar lah, cuma sket2 je kan. Aku kan dari Corporate Admin.
Tapi, sbb masihkan berasaskan fact, aku tetap minat.
HR ni kalau ikut pekeliling yang ada, kau takkan lari dari landasannya.
Orang pun tak buleh patah2 hujah ke apa bila dah ada pekeliling. 
Yang susah jadi mudah bila kita bebetul ikut pekeliling.

Kat HR baru 2 tahun. Tapi, sbb aku suka, aku enjoy dengan task ni walau compared dengan colleague yg lain dalam HR ni, aku nyer job task tu kemain panjang dari derang. Haha. 
Boleh katakan aku mmg "purely" buat HR - yang tak buat adalah latihan (kursus), cuti n gaji. Lelain, mmg lah atas kepala hotak aku.
Takde menda lah sbb aku dapat boss yang best! Takde la stress ke apa sangat.
Kengkadang tu adalah jugak menda yg tak berapa berkenan, tp takpe lah.. bebuat tak tahu ja. Kita put aside. Kalau ada tak berapa nak 'ngam' ngan orang pun, kita happy je. Sbb buat lah cemna pun, kita tak boleh ubah orang kan. Baik kita carik kaedah lain yg tak menyakitkan hati kita, tak menyakitkan hati orang tu. Tak payah pikir sgt. Sbb kalau tak seronok dalam bekerja buleh datang penyakit lain. 

Pastu tahun ni aku dapat buat re-org jabatan. Satu pengalaman dan pembelajaran baru utk aku. It's not easy task okeh buat re-org nih. Nak termuntah semua pun ada. Thanks to boss yg memberi kepercayaan penuh pada aku utk uruskan re-org nih. Puas hati ku bila dapat dapat surat kelulusan perjawatan yang baru tu. 

Aku seronok buat HR. Walau pun bukan lah dalam bidang core bussiness kat ofis nih, tapi aku rasa seronok dan puas uruskan "orang" (dulu uruskan aset tak hidup, skrg uruskan aset hidup pulak. Hihi). Tp aku tgk one thing la kat sini, depa ni mmg percaya kan HR. Bukan je lah kat aku sorang maksudnya, kira semua team HR lah kan. So, bila orang percaya kat kita, lagi kita kena buat kerja bebetul. Amanah kan. Apa pun kerja kita, mmg amanah pun kan.

Buat HR ni mmg memacam lah kita kena hadapi. Antara yg paling famous, yg paling orang suka bangkitkan dalam MBJ - hey... bila nak naik pangkat nih? Hahaha. Kadang rasa berasap je telinga nih kan, tp tu semua pengalaman la kan. Orang mmg nak naik pangkat sbb nak naik gaji, tp ada tak orang yg tanya, hey.. bila nak tambah beban tugas saya ni.. saya tak sabar nak ada kerja banyak nih. Pergi meeting kat Kementerian, pergi jadi wakil Pengarah utk meeting. Takde pulak kan. Haha.

Tu lah, memacam ragam. Baru 2 tahun kan. 
Apa pun, aku sayang kerja aku. Aku suka kerja aku sekarang ni.

Cuti Sekolah Tahun 2015

Parking sini.
Supaya senang refer sok sok.
Orang tgk cuti sekolah.
While me tgk yg bukan cuti sekolah.
Gitew.

kredit : MOE
Then cuti am yang lain dah ada kat entry ni - Cuti Am Tahun 2015.
Yang dikatakan banyak cuti lapis2 tu kan.

Jadi, 

apa perancangan tahun 2015?
Mahu ke mana?
Saya takde ke mana kot. Nak settle kan projek tertangguh dan mencari projek baru. Azam tu.. azam.. hahahaha.

19 November 2014

KL - Kuala Selangor - Teluk Intan - Bidor - Ipoh

Gitu tajuk nya. 
Ini dah lama kami plan. Nak balik kampung lalu Teluk Intan.
Takde sebab khusus. Saja saja.
Jadi, tu hari hantar mak balik kampung, kita try ikut situ.
Saja la bawak mak jejalan kan.

Dari rumah, masuk ikut LATAR. Keluar Kuala Selangor. 
Breakfast kat situ situ. 
Kat mana tah. Baca blog orang kata kedai tu sedap.
Mmg tak arr.. entah warung apa entah.
Tak best pun.

Tapi rasanya area ni meriah waktu weekend je. 
Sbb aku lalu ni hari Jumaat. Jadi, macam byk kedai tutup je.


Memula singgah kat Bukit Melawati.
Aku tak pernah naik lah sini. 1st time.
Sbb pagi, takde lah kelihatan beruk di sana sini.
Berhenti kejap je.
Ambik gambar lps tu turun balik.

Then berhenti kat pasar. Pasar apa ntah. Pasar area Pasir Penambang ke.
Entah lah.
Tapi, orang kata kalau nak pi pasir penambang ni pergi dalam waktu tengahari kan. Ada tempat nelayan baru naik dari laut.
Yang aku pergi ni pasar je. Takde pergi area situ pun.
Beli pepahat.

Lepas tu teruskan perjalanan.
Berhenti kejap kat.. alah, kat mana entah. Lepas dari Tanjung Karang tu.
Beli kerepek2.
Then sampai lah kat sini.

Haha.
I am first time being here.
Terasa cam wow.. akhirnya dapat jugak ku tengok Menara Condong yg menjadi salah satu mercu tanda pelancongan negeri Perak ni. Gitew. Haha.

Nama je anak perak, ber IC kan 08 tapi baru pertama kali jejak sini.
Ala..uols pun ada camtu kan. Bukan kita pernah jelajah semua tempat di negeri kelahiran kita kan.
Teluk Intan ni daerah Hilir Perak. Aku rasa ada satu lagi daerah di Perak ni aku tak pernah jejak iaitu daerah Kerian. Yang ada Parit Buntar semua tu. Mmg tak pernah pegi lah rasanya. Entah lah kot ada masa kecik. Tapi, rasa mmg takde. Aha, jiran sebelah partition kat ofis ni orang PB. Kalau beliau menjamu nasik minyak nanti buleh la merasa. "Jiran, bila nak jamu nasi minyak ni? Lama dah tunggu.."

Ada kat area Menara Condong tu tepat doblas tengahari.
Lunch terus lah kat food court situ. Okay okay saja lah makan di situ.
Sbb cam tak kuasa lah nak carik udang galah besar lah apa macam orang cakap tu.

Takpe. Next time.

Lps teluk intan, terus ke Bidor sbb nak masuk hway kat Bidor.
Jauh juga rupanya T.Intan ke Bidor. Uish.
Takut2 nak tido dalam kereta sbb takut myDH mengantuk juga.
Tahu je lah jalan lama. Orang berlumba lumba memotong kan. Eii. takut.

Masuk bidor, mak beli jambu kat pekan bidor tu, pastu terus masuk hway.
Dari situ dah dekat lah nak exit Ipoh. Kejap je dah eh, Ipoh dah.
Begitu lah.

Best jugak lah sekali sekala.
Tapi, if selalu dah membuang masa lah.
Membuang minyak jugak lah berpusing2 jauh.

Masuk hway sudah. 3 jam sampai rumah kat kampung.
Ini melarat berjam jam. Keluar 8pagi, sampai dalam 4petang camtu.
Sebab berhenti2 banyak tempat pun kan.

Tapi tu dulu lah, 3 jam buleh sampai kampung. Time aku bawa incik kelabu sengsorang.
Ni pemandu chemerah sgt berhemah.. selalunya mmg tak kurang dari 4jam.
Kan.. ai pun sedap je tido sbb pemandu ai berhemah.
Dan smpai sekarang ai tak tahu apa kegunaan CFE yg ada pada chemerah tu. (T____T)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign