Pages

17 November 2014

Photobook n Canvas Photo

Mihmihmih

Photo canvas.
Mihmihmih.

Cam biasa, ai beli dari Groupon lah.
Promo yang ini - Groupon Photo Canvas
Ai beli yang RM25 punya. 8x8. Kalau yg RM15 tu halus nau pulak kang.
Ai beli dua.

Nak beli yg besar saiz A3 tu, dah ada 3 kat dinding.
Semak pulak lah kalau semua besar2.
Ye lah, sementara takde anak, meh la kita taruk muka kita dulu ya.
Dah ada anak, kita buka cerita lain pula.

Photo canvas ni dari syarikat Photobook Malaysia. Aku pernah buat photobook dari sykt ni. Oke. Bagus juga service nya. Cepat. Dalam 1 week lepas send design tu (redeem) dah sampai.
Tapi, kita kena redeem satu satu. Sbb dia ada caj pos RM10 utk satu barang sahaja. Gitu.
Pandai meniaga depa nih.
Cuma, kalau compare dengan canvas photo yg pernah aku buat sebelum ni, yg ni tak berapa best sgt lah. Tapi, buleh la..buleh la...


Lepas tu.
Mihmihmih.
Wah. Pantas kau kan puanstoberi.

Ha, sementara semangat Perth ai masih wujud di jiwa, better lah ai settle kan.
Sbb kalau kau malas.. mmg lah takkan jadi best photobook ni.
Percaya lah. It's depend pada mood uols nak design nih.

Aku beli dua (tatau lah dah pernah cerita ke belum pasal satu lagi tu. Yg tu buat untuk cruise trip bulan Januari tu). Masa buat yg cruise punya, Ya Allah..mmg aku malas giler nak design. Malas yg mmg malas. Mmg tak lawa. Semua petak petak gambar.

Sbb, satu, mmg masa gi cruise tu tak amik gambar banyak. Dua, sbb dah lama pergi baru nak buat, terus jadi tak semangat.
Dia mmg balik je kena terus buat. Semangat tu masih ada orang kata. Cewah.

Yang ni aku amik dari sykt Pixajoy.
Sbb aku memang puashati dgn Pixajoy nih.
Gambar mmg clear color dia apa semua.

Aku pernah buat sebelum ni hardcover.
Yang ni cover nya nipis je.
Sekarang dah habis promo yang ni, tp buleh tgk sini - Softcover Photobook.
Kut kut ada lagi nanti buleh beli.

Ai pun dah tak ingat beli berapa ringgit.
Rupanya RM39/photobook. Okay lah kan RM39. Takde caj pos. Jadi, mmg berbaloi lah.
Nak harap pergi print? Memang jangan diharap lah.

Eh. Yang ni rasanya dalam sejarah paling pantas dapat.
Ai send (redeem) pagi Selasa, pagi Jumaat dah sampai. Pantas nau mereka nih.
Harap terus kan perkhidmatan yang pantas ini ya.

Jadi, ai mmg recommend Pixajoy nih.
Dengan pixajoy rasanya ada 4 dah kot photobook. 2 hardcover. 2 softcover.

Jadi, skrg ada berapa photobook?

Termasuk photobook kawen, baru ada 9.
Nak kumpul lagi. Sbb suka lah. Saya mmg suka photobook!
Yang pasti, setiap kali pergi jalan2 atau bercuti yang best best, mesti ada satu photobook untuk dijadikan kenangan :)

Mostly photobook ni beli voucher dari #Groupon.
So, terima kasih Groupon kerana merealisasikan minat saya dengan harga mampu milik

4 juta komen

waaahhh...teringin jugak nk photobook..ade beli 1 haritu tp burn..pnyla xmari mood nk design tu..adehhh..

last week dok nengok album lama...abis gambar ada yg dah rosak2... elok convert jadi photobook, gambar tahan lama...

banyak voucher tergendalaaa hukhukhuk

biasanye kulit keras & kulit nipis mana yg best yek?

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign