Pages

20 November 2014

Kerja Saya

Tu hari masa course, penceramah suruh senaraikan apa kehebatan masing-masing. Aku terus cam blur. Apa kehebatan aku? Macam takde je.
Pastu bila dah cukup masa, penceramah pun tanya.
Lps tu dia kata, ada tak yg tulis saya hebat kerana saya sudah mempunyai pekerjaan.
Lepas tu baru macam semua oh..a ah kan.

Ye lah. Ada yang bercita cita nak jadi suri rumah tangga.
Tapi, lagi ramai yg bercita cita nak kerja.



I love my job. Tapi, bukan lah nak kata aku hebat sbb ada kerja, itu semua rezqi dari Allah. Alhamdulillah. Punya pekerjaan tetap yg tak la tinggi mana gred nya, tp stabil lah kata orang tu.

Kerja saya. 
Sapa yg tahu, tahu lah aku ni kerja kerajaan. Tp bukan kerajaan penuh. Badan berkanun persekutuan. Masih di bawah seliaan JPA, masih perlu melalui Kementerian utk apa saja urusan, masih berpencen macam govt lain. Now, kami di bawah MOTAC (Kementerian Pelancongan & Kebudayaan).

Bulan 2 ni baru masuk 11 tahun kerja. Masih baru. Kalau diizinkan Allah ada lebih kurang 25 tahun lagi service. Lama lagi kan.

Sekarang aku buat HR. Sebelum ni 8 tahun aku buat pengurusan aset. Sempat jadi pegawai aset jabatan. Pengurusan aset ni termasuk lah hal sewaan dan legal. Memula masuk kerja sini, aku dah start buat urusan berkaitan legal. Kat sini takde LA. Satu urusan yang tak glamer pun, tapi aku suka lah. Sbb dulu kan aku pernah berangan nak jadi lawyer. Pernah jugak wakilkan jabatan utk jadi saksi. Pengalaman weh, masuk court, masuk kandang saksi, angkat sumpah bagai tu. Haha. 
Tapi aku suka je. Sbb aku mmg minat law. Masa study mmg every sem, dari Dip smpai Degree belajar law dan mmg aku score lah. Cewah! Haha. Mmg la byk membaca, tp menggunakan logic akal. Tu buatkan lagi mudah, sbb "goreng" je lah, asalkan berkaitan dengan fakta kes. Best!
Cuma kat unit tu ada termasuk jaga sewaan. Aku tak suka bab bab kutip hutang tu. Aku tak minat langsung. Then, cam orang suka mintak report ngejut2. Pun aku tak suka. Buleh buat aku stress.
Lelain, takde hal. Aku dapat APC pun masa kat unit ni jugak. Thank u boss!

After 8 years, management tukar aku pi HR.
Okeh, yg ni aku suka juga. Tp aku bukan dari bidang HR. Masa U belajar lah, cuma sket2 je kan. Aku kan dari Corporate Admin.
Tapi, sbb masihkan berasaskan fact, aku tetap minat.
HR ni kalau ikut pekeliling yang ada, kau takkan lari dari landasannya.
Orang pun tak buleh patah2 hujah ke apa bila dah ada pekeliling. 
Yang susah jadi mudah bila kita bebetul ikut pekeliling.

Kat HR baru 2 tahun. Tapi, sbb aku suka, aku enjoy dengan task ni walau compared dengan colleague yg lain dalam HR ni, aku nyer job task tu kemain panjang dari derang. Haha. 
Boleh katakan aku mmg "purely" buat HR - yang tak buat adalah latihan (kursus), cuti n gaji. Lelain, mmg lah atas kepala hotak aku.
Takde menda lah sbb aku dapat boss yang best! Takde la stress ke apa sangat.
Kengkadang tu adalah jugak menda yg tak berapa berkenan, tp takpe lah.. bebuat tak tahu ja. Kita put aside. Kalau ada tak berapa nak 'ngam' ngan orang pun, kita happy je. Sbb buat lah cemna pun, kita tak boleh ubah orang kan. Baik kita carik kaedah lain yg tak menyakitkan hati kita, tak menyakitkan hati orang tu. Tak payah pikir sgt. Sbb kalau tak seronok dalam bekerja buleh datang penyakit lain. 

Pastu tahun ni aku dapat buat re-org jabatan. Satu pengalaman dan pembelajaran baru utk aku. It's not easy task okeh buat re-org nih. Nak termuntah semua pun ada. Thanks to boss yg memberi kepercayaan penuh pada aku utk uruskan re-org nih. Puas hati ku bila dapat dapat surat kelulusan perjawatan yang baru tu. 

Aku seronok buat HR. Walau pun bukan lah dalam bidang core bussiness kat ofis nih, tapi aku rasa seronok dan puas uruskan "orang" (dulu uruskan aset tak hidup, skrg uruskan aset hidup pulak. Hihi). Tp aku tgk one thing la kat sini, depa ni mmg percaya kan HR. Bukan je lah kat aku sorang maksudnya, kira semua team HR lah kan. So, bila orang percaya kat kita, lagi kita kena buat kerja bebetul. Amanah kan. Apa pun kerja kita, mmg amanah pun kan.

Buat HR ni mmg memacam lah kita kena hadapi. Antara yg paling famous, yg paling orang suka bangkitkan dalam MBJ - hey... bila nak naik pangkat nih? Hahaha. Kadang rasa berasap je telinga nih kan, tp tu semua pengalaman la kan. Orang mmg nak naik pangkat sbb nak naik gaji, tp ada tak orang yg tanya, hey.. bila nak tambah beban tugas saya ni.. saya tak sabar nak ada kerja banyak nih. Pergi meeting kat Kementerian, pergi jadi wakil Pengarah utk meeting. Takde pulak kan. Haha.

Tu lah, memacam ragam. Baru 2 tahun kan. 
Apa pun, aku sayang kerja aku. Aku suka kerja aku sekarang ni.

2 juta komen

setakat hari ni ida stress dgn kerja ida. bilaaa nak masuk pengganti nii.. adoii tak cukup tgn buat kerjaaa help helpppppp

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign