Pages

18 November 2014

#puanstoberikePerth : Blog dan Website

Wahahahaha...
Tak abis lagi.. Kihkihkih.

Takde lah. Ni ai nak bagi credit pada blog2 yg ai refer sebelum nak pergi ke Perth.
Blog mereka ini lah yg banyak membantu ai travel ke Perth secara "DIY".

Ada setengah nya ai contact melalui emel.
Ada setengah nya ai baca je.

Walau ada antaranya mungkin tak tahu pun blog mereka di refer, puanstoberi tetap nak ucapkan TERIMA KASIH.



@ Esfarisya - blog yg agak detail. Sedari belum pergi dia dah cerita persediaan apa semua. 
@ Kakiberangan - antara blog terawal yg aku refer utk mendapat gambaran apa yg best di Perth.
@ Umiyumi2 - kakak yg pernah menetap di Perth. So, yg ni aku ber emel. Thanks kak Umi :) Kat blog beliau banyak lah info pasal Perth. Kat mana nak cari kedai halal apa semua. 
@ msprple - Dengan adik ni pun selalu ber emel. Rajin je dia nak melayan akak sorang ni tanya itu ini. Aku byk refer pasal Malaysia Hall dari blog ni sbb dia pun stay Malaysia Hall. Since MH ni baru bukak, tak byk citer kat blog lain pasal MH nih. Jadi, mmg rujukan utama blog adik ni. Thank Nurul :)  
@ caagin - ni sbb aku nak tahu apa pengangkutan awam dari airport. Dan sbb depa pun couple traveller. Tak pernah contact. Just baca je.
@ deadcandles - Tak pernah contact juga, just jadikan reference since waktu penerbangan pergi balik dia sama, so, aku cam buleh bajet la kemana nak pergi sementara nak tunggu flight pagi tu.

Dan bermacam lagi lah blog2 lain yang turut dijadikan rujukan.

Dan web yang aku jadikan rujukan juga adalah
@ Malaysia Hall Perth - utk ambik borang dan booking penginapan. 
@ Austalia Tourism - serba sedikit pasal Perth
@ Perth Airport Connect - takde link sbb aku rasa cam ada virus bila aku buka. Tp sini ada time table utk tahu pukul berapa connect ni ada utk ambik dan hantar dari airport.
@ Perth Train Map - agak complicated sedikit tren di sana. Tak macam HK yg lebih mudah rasanya. Tapi, yg best, tiket semua buleh guna utk train, n bas. 
@ CAT Route - laluan bas CAT yg free tu
@ Halal Directory Perth - utk cari kedai2 halal sekitar Perth
@ Islamic Finder - waktu solat
@ Transperth - web public transport di Perth yg sgt la comprehensive. Tu yg aku buleh tahu aku nak turun kat bus stop mana. Masukkan je date kita nak naik bas tu, dan nak turun mana. Nanti kita akan tahu no bas, setiap bas stop dia lalu etc. Mmg banyak membantu aku.

Dan lelain web site tempat yg kita nak pergi. I.E : Caversham Wildlife Park.

Oh ya.. credit juga mesti diberikan kepada salah satu rujukan penting saya apabila nak pergi bercuti iaitu :
Cari Forum. Dari Hongkong ke Krabi ke cruise ke Australia semua saya refer di forum cari nih. Siap dapat kawan lagi. Hihi. Utk ke Perth ni, ai selalu duk kat thread - All About Perth

Semua ni pun masih ada dalam bookmark yg simpan dalam PC nih - siap ada folder "Perth" lagi. Tak delete pun lagi. Tunggu lah dah setahun esuk kita delete lah. Hihi.
Nah. Ambik lagi seketul gambar di Perth. Ngeee...

4 juta komen

macehhhh eh tetiba! hehhehe

tlg bagi aura kerajinan hapdet blog kat weols sket yer..malass sgt walaupun tgh cuti lagi..mgu depan dah masuk opis lagi lah berkuntum entry perth ni..hahahah

Assalam, bila nak p perth.. tahun depan ke.. tak join le akk bulan April 2015.

ROHAYA AHMAD :

Salam, terima kasih ataas jemputan utk join.. tapi kami dah selamat bercuti ke Perth bulan Oktober tahun 2014 yang lepas. Sbb tu lah tajuk entry nya "puanstoberikePerth" Makna dah pergi la tu.. next year plan ke tempat lain pula.. nak tgk tulip plak ke. Hiwhiwhiw.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign