Pages

18 November 2014

Kursus Di PD, Kursus Di KL

Last week direct course dari Isnin till Khamis.
Tapi, di dua tempat berasingan.
Gitu.
Bila takde, takde lah sangat. Bila dah ada, bertimpa timpa pula.
10hb tu course di The Zone. Ini anjuran ofis.
Bersama rerakan dari cawangan jugak.

Course Perkhidmatan. Kira macam menda2 HR ni lah.
Pasal cuti, pencen apa semua tu.
Patut kena attend sampai 12hb. Tapi, aku perlu attend course kat PD pulak.
Yang ini anjuran kementerian - MOTAC.
Aku suka pergi yg kementerian punya sbb aku boleh jumpa ramai kengkawan (baru dan lama) dari agensi lain. So that, aku buleh sharing knowledge dengan derang.
Lagipun, semua pun buat menda yg sama. So, lagi best. 

Dekat PD dari 11hb till 13hb.
Buat di Glory Beach Resort.


Kursus pengurusan naik pangkat.
Utk orang yg uruskan naik pangkat.
Bukan aku yang naik pangkat. Ha.. bila cakap kursus naik pangkat, orang ingat kita pulak naik pangkat. Apa da... ini kita yang uruskan naik pangkat orang.



Heyyyy... ini course pertama dalam sejarah hidup aku selama 11 tahun bekerja yg aku kena duduk sorang kat hotel.
Ha kau. Tak buleh accept sampai sekarang. Haha.

Ini bukan sbb rakan sebilik tak datang ke apa.
Mmg dibagi nya bilik satu sorang. Bukan lah semua peserta. Ikut gred lah kan. Kump. Pelaksana tu bilik sharing lah. 
Tapi wey.. tak kesah lah pelaksana ke PnP ke, bagi je lah bilik sharing.

Aku tak kesah sgt kalau bilik tu is "bilik".
Paham kan, kalau bilik hotel tu, yg kita masuk terus katil, tv semua tu kan. Itu tak pe lah kalau duk sorang pun.
Ini apartment style okeh. Sapa pernah stay Glory ni tahu lah kan.
Ada satu bilik kecik. Ada satu bilik besar. Ada pantry. TV pula kat ruang tamu. Ada balkoni.
Luas seperti itu nak tido sorang?
Ya hampun..... mmg aku tak buleh lelap oke malam pertama tu.

Lps tu kul 3pagi dengar bunyi anjing menyalak.
Ya hampun lagi....

Mujo takde kejadian menggerun kan. Mujo takde "antu peti ais" bagai. (haha. antu peti ais ni kiterang bagi nama bila ada kejadian staff nampak makhluk cam ju on tu duk berteleku kt dpn peti ais. Nama hotel dirahsiakan. Tapi, kat PD. Haha).
Tobat lahum dah rasanya. If next time pergi dengan MOTAC nih, aku nak tanya dulu, dan aku akan usung suami aku gak kalau mmg duduk sorang. Ha... Biar asben mintak cuti. Dapat juga kita bercuti free kan. Muahahaha.
Tapi, mmg ada yg bawa family pun. Sbb dah bilik sorang katanya.

Hotel ni okey jugak lah.
Kalau dari ruang tamu bilik kita tu, buleh terus nampak laut. If duk tingkat tinggi sket lah. Sangat oke untuk "rejuvenate" . Cewah!


Not bad lah kata orang tu, walau hotel cam lama lama sket.
Toilet kat bilik kursus tu alahai.. sedih.. macam toilet skolah tu. Dgn bau tak best nya.
Lelain oke lah. Makan okay je walau tak la mewah mana kan.

Malam last ada bbq. Cam biasa lah. Harus wajib bbq kalau kursus nih.


Nasik lemak direct seminggu pada minggu itu.
Ha.. dari hari Jumaat yg aku hantar mak balik kg tu, Sabtu kat kg nasik lemak. Ahad.. aa.. Ahad tak. Isnin nasik lemak kat The Zone, Selasa nasib baik tak. Rabu, Khamis nasik lemak. Ha. 2 hari je tak nasik lemak. Mampu???


Siap ada bela penyu lagi.

Kalau weekday, dalam pukul 11 ke 11.30pagi ada dia bagi makan penyu ni. Buleh tgk la. Kiterang dpt tengok hari last sebelum nak balik tu.
Kalau weekend, waktu pagi kalau tak silap aku.


Menarik gak la.
Hotel ni sebelah Grand Lexis. Masa pergi ni, ofis aku pun ada buat course kat Grand Lexis tu. Mujo ai dah pernah pergi, so ai not jelly sgt lah. Hihi.

2 juta komen

syok kekDa, da ala2 bercuti pula.
tapiii dok sorg tu, tak ke terbayang memacam, adeih!

glory...dekat dah ngan umah MIL i... hehehe

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign