Pages

5 November 2014

#PuanstoberikePerth : Tips Bercuti Ke Perth

Ya hampun.. tak abis lagi rupanya. Kuikuikui. Ada lagi satu pasni. Entry bajet. Tu last kot. Kot la.
Takde lah. Sementara ingat, selitkan sedikit tips pada sapa yg nak berkunjung ke Perth utk pertama kali. Ni dari pengalaman aku lah. Yang mungkin boleh jadikan guide utk rerakan yg nak berkunjung ke negara kanggaroo ni kan. So, ni lah antaranya. Anything, just emel me ja okay!

#Pilih musim paling nice
Perth pun ada 4 musim. Tapi takde la salji. 
The weather is warm to hot over the summer months (December – February) in Perth.
Autumn (March – May) in Perth is like an extension of summer, with similar temperatures and warm sunny days and cooler nights. 
The mild Perth winter (June – August) is the rainy season, with cool sunny days.
In spring (September – November) days are warm and sunny, especially from October and November with daily temperatures of around 20 – 25°C. 

Detail buleh tgk sini.

Jadi, pilih la dengan cuaca yg best. Spring la best.. tak panas sgt..tak sejuk sgt. Macam time aku pergi nih. Tapi.. tu lah..kadang2 hujan pulak.
Tapi, kat Perth ada bunga tulip tau. Kat Araluen Botanical Garden. Biasanya end of August sampai pertengahan bulan Sept. So, sapa nak tgk tulip pergi lah masa tu. Aku dah terlepas pulak.

#waktu solat
Print sesiap waktu solat kat sana. Cam masa aku pergi ni pukul 4 pagi dah masuk Subuh and dah habis dalam kul 5.30am. Mmg dah terang okeh masa tu. Buleh ambil waktu kat sini. Dan nak mudah bawak la sekali kompas atau donlod saja apps arah kiblat :)

#check ramalan cuaca.
Boleh tgk kat web ini - accuweather . Biasanya mmg ramalan tu benar belaka. Aku kat sana tu hari dia ramalkan hujan Sabtu n Ahad, mmg bebetul hujan. So, sediakan payung lah sebelum hujan. Eh. Ni bebetul okeh. Aku rasa cam nyesal jugak lah tak bawak payung dari sini. Sbb nak beli kat sana macam tak worth pulak. So, kalau tgk ramalan cuaca ada hujan, bawak la payung skali. Bukan la cam payung Petronas tu. Bawak je lah payung lipat yg comel tu. Baru berapa hinggit je kan. Sumbat je dalam luggage. Kat sana kiterang tgk takde pun orang bawak payung bagai2. Payung sykt insurans ke, payung stesen minyak ke tak nampak pun. Semua hitam atau blue black. Tp idak la menjadi kesalahan pulak kut tetiba kita guna payung gambar stoberi. Huhu.

#Air mineral
Air mineral harga sama je dgn kita kalau kita tak convert. Sbb tu kita jangan gusar nak convert sgt. Bila convert sebotol air mineral $1.50 tu buleh jadi RM4.50. Jadi jangan convert. But, ai ada tips utk jimat tang air mineral ni. Kalau uols pergi, uols bawak 2 bekas tupperware minum yg kosong. Satu, utk sejukkan air yg dimasak. Satu lagi utk bawak pergi jejalan. Tp kalau taknak bawak 2 pun takpe. Utk jalan2 tu guna je lah botol mineral kosong. Pun buleh. Ahkak tu ari lupa nak bawak tupperware kosong. Kat M'sia Hall tu ada je cerek nak masak air. Cuma nak sejukkan tu payah sket sbb ramai yg masak air kan. So, better bawak satu tupperware bekas air yg kosong utk sejukkan air. Kalau duk hotel pun buleh guna tips ini. Jadi, jimat sket nak beli air mineral.

#Travel adapter
Ni siapa biasa travel takkan la terlupa mendalah ni kan. Harus jadi salah satu menda penting sebagaimana kamera kita. Jadi, bawak la travel adapter. Kat sana dia nyer plug point tu cam terkangkang sket. So, cam bangang jugak la memula tu. Ingat dah tak buleh guna dah travel adapter aku tu. Rupanya kena "kangkang"kan sket kaki dia. Hihi.

#Simkad
Aku dah roaming no digi aku, tp kat sana aku guna Vodafone ada memacam sykt Telco jugak macam kat sini. So, pilih la mana berkenan dan mudah. Cam aku, nak mudah takmo pening2 aku beli kat airport ja. Vodafone. Keluar dari imigresen tu dah nampak booth dia. Dia akan register kan. Simple.

#Tourist Tax Refund 
kalau beli barang lebih $300 di satu kedai, sila refund TTR ni ea. Tmpt refund nya di airport masa kita nak balik nanti.

#Pemeriksaan kastam
Ikut nasib. Ada orang kena check beria. Ada orang dia lepas je. Kiterang tak kena buka beg bagai pun. Yang penting, declare. Jangan tak declare apa kita bawak. Kalau bawak ubat even panadol pun, tick je kata ada bawak medicine. Kalau susu tepung utk anak, ada orang kata bawa yg masih unpack. Sbb sana dairy (produk tenusu) mmg dia tak bagi bawak masuk. Barang yg takde label cam sambal ikan bilis kita buat sendiri bagai tu, toksah la kot. Unless berlabel. Tp tu lah. Ikut nasib. Kadang, ada je orang bawak - lepas.

#Itinerary
Perth pun macam HongKong. Mudah nak ke sana sini. Jadi, travel sendiri pun takde masalah. Cuma tu lah, kena lah rajin buat "homework". Hui.. seminggu dua sebelum pergi mmg macam buat assignment dah lagaknya aku nih. Giler tul. Dgn map nyer, dgn nak carik no bas la apa lah. Tapi, sebenarnya easy peasy je. Worries not. Sampai sana otomatik kita macam oh..ni dia.. memula sampai mmg la blur ayam. Pastu dah oke. Percaya lah. Alah, sapa biasa travel sendiri mesti agree lah dgn statement aku ni. Kompom. Seronok oke travel sendiri ni sbb kan kita dah buat survey tempat2 tu secara online, lps tu bila kita dapat sampai tempat tu - rasa cam satu kepuasan. Cam aku sampai ke Caversham tu. Mmg rasa nak tepuk2 muka tak caya dapat bagi makan kat kanggaroo.

Apa lagi ek. Tu je kot dulu. Nanti kalau teringat lagi, aku edit.
So, pada yg nak pergi Perth, moga bergembira. Perth mmg best!

3 juta komen

hello perth! ecehhhhh


#kekda ida mmg dah email si JK1M tu kahkahkahakhahh.. amik area cheras.. ;p

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign