Pages

25 November 2014

100 Tahun Dan Batu 0

Citer hampir dua minggu lepas. Sebelum lupa, meh kita parking kan citer ini sesiap.
15hb Nov tu hari balik kampung in law kat Kuala Lipis sanun.
Phew. Penat balik course kat PD tak abis lagi sebenarnya time tu. Tp takpe. Ailoike je jejalan nih kan. Huhu.

Tujuan utama - father in law nak p majlis ulang tahun ke 100 sekolah rendah dia. Sekolah Kebangsaan Batu Yon.
Ha.. kau hado majlis camtu?
Aku pun nan hado. Haha.

Kami bertolak dari umah aku dalam pukul 7.30pg. Adik ipau antar mak ayah ke rumah kiterang. Ye lah, idak lah jauh sgt nak amik depa kat PJ sanun kan. Pastu terus lah gerak. Benti jap breakfast kat Bentong. Buleh lak in law aku ni jumpa sedara depa kat kedai makan tu. Huhu. Banyak tempat tau in law aku ni jumpa sedara mara. Ni satu tempat. Pastu ada jumpa kat bando Kuala Lipis, kat pekan sehari Benta. Dan kat stesen minyak pun ada jumpa. Aiyark. Aku rasa dari Bentong smpai Kuala Lipis mmg sedara mara depa je agaknya. Tu sbb kalau aku jumpa berita dalam paper ke apa pasal orang Raub, aku sure cakap kat myDH "ni mesti sedara awak". Haha.

So, sampai sekolah dalam kul 11.30am.

Ingat dah settle lah majlis. Rupanya belum.
Just nice ja. Kami sampai, pastu dalam 10minit camtu YB yang nak rasmikan majlis pun sampai.
Aku time ni cam tak berapa nak fokus sbb cam sakit pinggang.
Biasa lah. 1st day "best friend" datang.

MyDH tangkap2 gambar sbb ayah dia dah pesan bawa kamera dan tangkap gambar. Antara gambar yang ada.

Banner
YB sampai.
Ucapan dari murid paling tua. Aki (atok) ni umur dekat 100 thn.
Ni kira cam sedara belah ayah mertua juga lah.

Bekas murid bergambar dgn YB. Ayah mertua pun ada gmbr dgn YB.
Tp mana entah.

Dah makan2 semua, balik lah ke rumah mak sedara. Kat situ jugak lah. Tak jauh dari sekolah tu.
Kami bermalam kat sana.

Malam tu makan ikan patin tempoyak. Ikan patin tu pak sedara bela kat kolam. Petang tu, elok je dia pegi menjala.
Aku takut2 juga nak makan sbb biasanya ikan kolam ni macam ada rasa 'pasir' kan. Tah cemana nak describe rasa dia tu. Cam payau payau tu kan.
Tapi, yg ni takde. Sedap giler. Fresh.
Mak sedara buat masak tempoyak and satu lagi bakar ngan garam kunyit je.
Pastu aku request sambal itam. Mak mertua buat kan.
Lagi lah berselera. Sedapnya hoi! Makan pulak ngan kacang botol. Pun petik je. 
Mudahnya hai kampung sini. Makan ikan tangkap sendiri. Makan sayur pun petik sendiri.
Aku pun kampung gak. Tapi idak la sampai boleh tangkap ikan kan. Kolam pun tak mandang. Huhu.


Mak sedara banyak bela meow. Ada 10 eko kut.
Bersama mak sedara. Siap ada kabus2 cam kat Cameron kan.
Esuknya sebelum balik, pergi bandar Kuala Lipis.
Makan nasi kerabu kat stesen keretapi. Nasi kerabu ayam bakar. Nasi tu biasa2 je. Tapi, ayam bakar mmg sedap.

Terus gemok sbb makan tempoyak ikan patin. Muehehe.
Kat sini lah ada Batu 0. Hanya di Kuala Lipis. Hiwhiw.
Eh. Ke tmpt lain? Entah lah. Tp rare kan?


Balik tu singgah ke pekan sehari di Benta.
Kat sini ada jual2 sayur kampung. Aku beli jagung ja.

Eh. Ada cina gile kat sini. Masa nak parking tu siap dia mintak duit.
Pastu masa kiterang dah nak balik, sebok dia nak tolong angkat barang.
Aku nak susun barang kat bonet, dia marah, dia suruh tutup juga.
Ei.. menakutkan.

Then, singgah Ulu Dong jap. Tu kampung mother in law.
Kejap je la. Mak kata nak tgk2 umah dia.
Lepas tu singgah beli nangka lagi.
Lepas tu singgah beli lemang lagi. Kat kedai lemang to'ki.
Lepas tu singgah berenti solat kat Bentong.
Amboi. Banyak betul perhentian kan.

Lepas tu sampai KL dekat kul 4pm.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign