Pages

24 November 2014

The Hunger Games : Mockingjay Part 1



"If we burn, You burn with us"

Selesai sudah menonton Mockingjay Part 1.

Berbanding The Hunger Games (pertama) dan Catching Fire (sequel kedua), Mockingjay Part 1 ni takde action sangat. 
Masa awal2 tu mmg macam bosan sket. Hey.. laki aku tertido oke masa awal2 tu. Boleh? Tu aku kata, dia tak berapa minat citer2 macam ni. Tapi, dek nak menggembirakan hati isteri, dia turut kan je. Hiwhiwhiw. Love you lah, incik asben! 

Cam biasa lah. Tgk di Wangsa Walk. Hari Ahad. Early bird. Mula ingat nak tgk malam minggu. Sekali tgk harga tiket beza sungguh lah kalau tgk siang dan malam. Kalau pagi, twin seat RM28 (+ RM1 booking online), tapi kalau malam minggu tu jadi RM50. Takyah lah aih. Pergi pagi je. Senang.




Sapa tak tengok sequel pertama and kedua, mmg aku tak galakkan la pergi tengok Mockingjay nih. Confirm lah tak faham dan tak kenal orang2 dalam tu. Cam Effie Trinket yang dah tak pakai custom bagai2 dah. Siapa Gale, siapa Finnick, Annie dan ramai lagi lah. Dah la start je wayang terus cerita.  Dan aku tak rasa bebudak kecik enjoy tgk citer ni. Baik la bawak tgk citer Big Hero 6 tu ke. 

Aku pun dah confuse sebenarnya. Haha. Dah terbayang yg no. 2 dulu. Yang baca kat novel lagi. 
Dalam Mockingjay Part 1 ni, selepas Katniss pengsan kat Arena tu (dalam Catching Fire), Katniss di bawa ke District 13. Ada penduduk di bawah tanah yang di ketuai oleh Presiden Coin (perempuan). So, derang nak Katniss jadi "Mockingjay" - symbol of rebellion. Tapi, yang susah bila Peeta pulak ada kat Capitol. Si Peeta macam dah diprogram kan utk memainkan emosi Katniss. Bila Katniss nak rebel je keluar la Peeta untuk kata jangan rebel lah apa lah. Sebelum Katniss setuju nak jadi Mockingjay, dia dah letakkan syarat supaya selamatkan dan bawa balik Victor (pemenang Hunger Games lain) dari Capitol dan diterima semula oleh penduduk District 13. Masa nak last tu, depa dapat lah bawak balik 3 orang victor ni (Peeta, Annie and Johanna). Tp yang sedih, Peeta macam dah tak kenal Katniss. Siap dia cekik Katniss. Team depa ni beranggapan yang Peeta macam dah di"racun" minda nya supaya buat hilang memori bersama Katniss. Yang ada memori kebencian dan nak musnahkan Katniss. Gitu lah lebih kurang. Macam yang derang alami masa kat arena dulu (Hunger Games pertama).
Lepas tu habis. Lepas tu tunggu lah lagi setahun untuk sequel terakhir. Huhu.


Berat citer ni sebenarnya.
Macam ada cerita di sebaliknya.

Macam dia tunjuk Presiden Snow arahkan orang bom hospital District 8. Sbb Katniss datang melawat pastu penduduk situ sokong Katniss utk rebel. Jadi, presiden marah dan dia arahkan tempat tu di bom.
Pembunuhan orang tak berdosa, negara di bom. Kat mana semua tu terjadi kat dunia ni? Memang ada kan, jadi kita andai kan lah.

Entah lah. Dah ter jebak. Maka teruskan lah hingga ke sequel terakhir.

Antara Pete and Gale. Aku suka lagi Gale. Last nanti baru tahu Katniss pilih siapa.






"Are you, are you
Coming to the tree
Where they strung up a a man they say murdered three.
Strange things did happen here
No stranger would it be
If we met up at midnight in the hanging tree"

1 juta komen:

mau tak pilih Gale.. saya pun sebab hensemmm heheh..
Peeta muka macam budak2 sikit.
Alaaa tak sabau nak tengok gakkk..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign