Pages

6 November 2014

#puanstoberikePerth : Bajet ke Perth

Oke..ni last kot pasal Perth. Kot la..
Hihi.
Oke, ni kita citer pasal bajet. Selitkan jugak pasal tiket flight ke Perth, cara buat Visa dan lelain lah berkaitan.

*Tiket*
Dalam bebanyak percutian, ini lah yg paling lama ai kena menunggu. Long awaited vacation namanya. Penat tau tunggu. Tp yg bagusnya kita dapat buat banyak persediaan. Survey sana sini. Kata orang tu ada banyak masa la. Tiket beli bulan 2 dan terbang bulan 10. Harga tiket masa tu tak la dapat 0 pun. Kalau nak ikut harga tiket adalah RM92 seorang pergi balik. Ha, kau RM92 ke Perth, tak ke best? Tapi, campo tax, fuel surcaj segala harga adalah RM1,392.00 utk 2 orang-return. 


Kali ni aku beli tiket ja dulu. Takde tambah luggage ke seat ke makan apa ke segala sbb pengalaman tak jadi pergi Vietnam telah mengajar. So, dah dekat nak pergi baru tambah meal, luggage and seat yang menjadikan tambahan sebanyak RM358.00. So, total flight KL-Perth, return utk 2 orang adalah RM1,750.00 (sorang RM875)
Kalau tgk, kengkadang MAS pun ada bagi harga lebih kurang sama. Rerajin semak okeh. Atau kalau sanggup nak tunggu yg makan tahun punya mungkin leh dapat 0 fare. Tp, zero pun kurang dalam 92 hinggit je le kan.

*Visa*

Australia perlukan visa nak masuk negara dia. Dia panggil ETA (Electronic Travel Authority). But, takde lah sampai nak kena pergi embassy dia. Just carik travel agen utk buat kan. Nak buat online pun buleh. Google je. Aku buat kat Intan. Sbb tanya kat Dee, member aku yg pernah p Australia pun buat kat dia. Aku rasa pun mmg ramai buat dgn Intan ni. Cepat je dia buat. Sorang RM20. Emel je ke dia, then dalam sejam dia balas emel mintak segala butiran. Just scan n emel ja. Then esuknya dia emel balik bagitahu status "OK TO BOARD". Ada la dia bagi attachment dalam bentuk word je pun. Dah check apa semua betul dah, bank in je lah duit ke Intan ni. Simple je.
No need to worries. Bila dah dapat ni, kalau ada apa2 yg memerlukan status visa, dah  buleh tulis "ok to board". Nanti tak payah bawak yg attachment tu pun takpe sbb dia dah key in semua dah. Nanti imigresen sana just masukkan no passport kita dalam sistem, tau lah dia ok tak ok. Tapi, just in case bawak je lah yg attachment tu.
Ni emel Intan tu : eta.australia@yahoo.com

*Accomodation*
Kami jimat banyak sbb menyewa Malaysia Hall Perth. Ha, gitew. Org gomen kena lah guna perkhidmatan gomen. Cewah. Takde lah. Sebenarnya MH ni keutamaan utk student. Tp kalau takde, buleh la kita sewa. Sebenarnya MH Perth baru je bukak bulan 5 tahun ni. Belum launch pun. Ida yg kerja situ cakap, bulan 11 ni baru TPM nak dtg launch. Gitew.
Kalau kita student, buleh dapat $6/day. Kau..murah giler kan. 


Tapi, biasalah dah murah kan. Kau  jangan lah expect meriah sgt tau. Kat sini, kalau ramai, mandi kena beratur ye anak-anak. Hostel lah katakan. Huhu. Ada pantry. Buleh la nak masak air ke apa.
Ada bilik air perempuan n bilik air lelaki. Nak masuk kena pakai pass pintu. So, nanti kita dapat 2 pass lah. Satu pass utk perempuan, satu utk lelaki (ada tulis nama pun).
Tempat mandi 2, toilet 2. Kalau takde orang, sokay lah kan.
Macam aku pergi tu hari skali ngan USIM nya, sekali ngan UMT nya. Ha.. terus kembali ke zaman asrama yg dah aku tinggalkan lebih 10 tahun. Huhu. Tu yg aku kata tu aku lambat p sewa kereta sbb beratur nak mandi ko.. Huhu. Belajar dari kesilapan, masa nak pergi tour kul 7 pagi tu, kul 4 pagi aku dah bangun mandi.
Apa pun mmg jimat banyak. Aku bayar penginapan 5 hari 4 malam adalah $210 bersamaan lebih kurang RM630 sahaja. Ha. Mana nak dapat kau kalau hotel.
Nak borang ambik kat sini - MH Perth

Tapi, kalau berkeluarga, bawa anak kecik, better amik hotel la. Selesa banyak. Kat MH ni pun, Ida tu kata ada 5bilik je yg ada katil kelamin (Ida ni mmg kerja situ. Yang aku kata husband dia bukak kedai makan tu. Tu yg siap jadi kawan tu. Huhu). Bilik lelain double decker. Kang sejuk susah pula nak polok2. Hihi. Tp ada heater. Worries not oke.

Hotel paling convienient and ramai org Msia duduk - Hotel Criterion. Bawah je dah ada kedai makan Msia - D'Ancasa. Ada bas free (Red CAT) depan hotel je, pastu jalan sket dah ada Blue CAT. Mudah la situ. Aku mmg advise hotel tu lah kalau korang carik hotel.

*Makan*
Selalu orang tanya kan kalau kita pergi oversea - makan cemna? Senang carik yg Halal tak?
Yer, mmg senang. Worries not. Mmg senang jumpa kedai makan Msia / Indonesia area city tu.Tapi, jangan lah convert harga sepinggan nasi goreng belacan tu. Ni sesket nak convert kan. Makan je. Lagipun sekali sehari je makan. Apalah salahnya. Kata nak bercuti. Jangan budget tight sgt. Nanti tak fun.
Nak jimat, pagi tu makan je lah kat hotel/hostel. Kan kita ada bawak bekal cam maggi ke, instant mushroom soup ke, porridge instant ke. Jadi lah buat alas perut orang kata kan. Pastu lunch buleh la pergi kedai2 tu. Pastu malam, makan la buah ke roti ke biskut ke. 

*Kadar Tukaran Wang*
Masa weols pergi ni, RM agak kukuh, so buleh katakan murah la duit Australia. Masa weols tukar dalam RM2.89 utk satu dolar Australia. Rezeki lah. Ini pun ikut nasib ya. Ada orang pergi sampai 3ringgit lebih utk satu dolar. Utk aku, aku tukar 1,500aud (tp tak abis pun, siap bawak balik 500aud). Husband pun ada tukar duit dia sendiri.

*Bajet*
Berapa ah? Sebenarnya terpulang memasing la kan. Kalau utk aku, yg ni perbelanjaan secara roughly. Utk 2 orang. Sapa kata aku sengaja letak bajet ni dan kata nak menunjuk2 mmg la sengal. Tu je aku nak cakap. Hoho.

Penginapan 5 hari 4 malam : $ 210 (RM630)
Makan : $70 (RM210)
Simkad : $30 (RM90)
Sewa kereta beserta GPS (satu hari/24jam) : $70 (RM210)
Minyak kereta : $15 (RM45)
Tambang bas/tren : $16.10/pax - $32.20 (RM96.60)
Malaysia Hall to Airport (orang persendirian) : $50 (RM150.00)
Caversham Wildlife Park : $25/pax - $50 (RM150)
Correlle : $35 (RM105)
Perfume : $48 (RM144)

So, ini basic bajet ya. $610.20. Lebih kurang RM1,680.60 RM1,830.60. Itu utk 2 orang ya. Siap ada correlle and dapat perfume sorang satu.
Utk shopping souvenir, t-shirt kami abis dalam $120 camtu. Dalam RM360
Pastu ada lah beli buah, beli roti, beli mineral water semua $50-$60 camtu. Dalam RM180
Still dalam 2k lebih sket je kan utk 2 orang.
Cuma, kami byk berabis kat tours yg pergi Wave Rock tu. Tu agak pricey lah. $195/pax. Mmg giler punya kerja rasanya sbb 2 orang dah $390 dan bila convert RM lagi lah nak pitam. Huhu.
Jadi, total sebenar kami belanja utk trip Perth adalah lebih kurang : $1,180.20 = RM3,540.60

Sebenarnya kami jimat banyak kat penginapan bila duduk di Msia Hall tu. Mmg jimat byk sangat. Tu yg buleh pergi amik tours. Kalau tak, mmg takde lah. Apa pun, kalau amik hotel pun, takkan lebih dari 3k uols dah buleh jalan2 sekitar Perth City, dapat sewa kereta lagi sehari. Tak mahal, kan..? Jadi, jom ke Perth. Haha. Tetiba.

11 juta komen

salam ida, corelle tu bawa balik macamana? hand carry ke? sampai malaysia kena tanya ke apa tak dengan kastam?

serius tak habis 3k ke sana? ida ke kundasang pun habis 3k! alaa patutnya dah boleh sampai perth daaa khakhkahakhakahhh

i lebiuu u kekda untuk entry budjet ni. ida suka je entry budjet orang letak harga senang ida refer! macam ida salu buat tu.. kalau orang kata kita menunjuk , org itu adalah vangang!! HAHHAHHAHHAA

memang nak pergi..syiok..
\tggu anak2 rin besar sikitla kan

Eh, Yani punya expectation budget KekDa lebih dari ni...sekali tgk balik...eh, boleh tahan affordable juga untuk 2 org....jom! Eh....hahaha...

mmg bnyk tips yg membantu .. jgn xtau nak pg legoland baru ni pun saya google haha.. dah pandai dah .. buat kajian dulu pg mane² senangkan ...

ishh ape pulak menunjuk² itu lg memudah kalau ada entry bajet .. senang sikitkan kalau nak pg dah tau .. aggaran berapa...

mmg very informative... klau tau caranya, mmg jimat bnyak kan.. audetom

mmg very informative... klau tau caranya, mmg jimat bnyak kan.. audetom

Terima kasih banyak2,saya sekeluaga nak pi pd 21 julai 2016,dulu msa dok kat melbourne tak sempat nak pergi perth (1989-school of radio,laverton,vic.)

En. Nordin :

Sama - sama. Moga dipermudahkan perjalanan En. Nordin se famili.. :)

Assalamualaikum puan ida....nak tanya la pasal tour ke wave rock.tu..boleh bagitau nama syarikat yg buat tour tu? Tqvm

Waalaikumsalam Pn Juridah,

Sy ambik Aussie Perth Tour utk ke Wave Rock :)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign