Pages

28 November 2014

Cara Mengira Zakat Pendapatan

Hei.. dah berbelas tahun kerja pun lagi mau buat entry cara mengira zakat.
Ala.. takpe la.. saja buat entry ni utk rujukan diri sendiri, dan kalau2 ada adik2 yang baru kerja dan nak tahu cemna nak kira zakat pendapatan. Kan? Husnozon aje sudah bila baca entry orang kan.. Hikhikhik (gelak cam chesue dalam citer Keluarga Iskandar)

Sesiapa yang potong gaji sesiap setiap bulan, Alhamdulillah dan tahniah di ucapkan.
Aku mmg tak buat potongan gaji sbb macam govt ni tetiap tahun ada KGT, lepas tu bonus pun tak fixed. Jadi, aku pikir kena gak edit kiraan tu. So, setakat ni, setiap tahun, aku kira je lah sendiri. Sbb tu aku jadikan rujukan entry sendiri. Senang nati nak refer bila hujung tahun.
Sekarang senang, byk kalkulator zakat online kan. Kalau tak konfiden takpe, kira je dulu, nanti bila dah pergi pusat zakat ke apa, suruh pegawai tu kira kan balik. Takde masalah. Kan?

Dah nak hujung tahun. Boleh lah start kira.
Contoh kalkulator zakat online yang mudah ada di web LZS [link : e-zakat]
Masukkan hasil penggajian dan upah tahunan. Kira semua gaji termasuk elaun, bonus segala lah. Macam kalau govt, tahun ni ada 2x kita dapat imbuhan. Bulan Januari (imbuhan separuh gaji), dan bulan Julai (yg RM500 sebelum raya tu kan). 


Then, isi lah tolakan had kifayah.

Detail berkaitan had kifayah [link : Had Kifayah]
Penilaian yang dibuat dalam menentukan had kifayah ini merangkumi enam aspek iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan. 

Masukkan detail semua then, kira.
Taraa.. dapat dah. 
Jadi, dah buleh bayar dah la zakat untuk tahun ni.

Ada orang skeptikal sket. Takmo bayar kat Pusat Zakat govt. ni sbb takut duit entah ke mana mana. Pun boleh, pergi lah bayar ke rumah anak yatim ke, carik orang miskin ke apa. Terpulang.
Cam aku, mudah je. Yang menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita adalah buat berzakat. Nawaitu kita masa bayar agar zakat ni dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik. Dah gitu. Abis. Sakit kepala kalau pikir2 sgt ni.
Sama gak cam gaji kita dapat bebulan ni, mana datang sumber dia? Diyakini halal 100% kah?. Kalau yang kerja kerajaan - kenapa tak cari gali mana datang sumber govt dapatkan gaji kita. Hasil tax negara datang dari pelbagai sumber, jadi?? Ha... cena? cena? Kalau swasta - yakin ke tempat kerja kita tu 100% berlandaskan syariah sumber nya. Mesti kita cakap, kalau camtu, duk umah sudah.. 

Sbb tu lah, takyah la cari gali ke mana hala duit tu, tanggungjawab kita bayar, kalau orang yang bertanggungjawab dalam menerima bayaran kita tu pecah amanah ke apa - adalah bahagian mereka nanti.

Biasa sebelum ni aku bayar kat Perak (tp sebenar lebih afdhal bayar kat tmpt kita mencari rezeki), sbb aku pun ada jugak skeptikal tu. Rasa kat KL ni semua orang dah kaya kan. Huhu. Tp last year sbb dah tak sempat nak bayar kat Perak, aku bayar je kat PPZ-Maiwp. Senang, kat UTC Pudu tu je. Takde masalah kan. Terpulang pada diri kira. Jangan tak tunaikan kewajipan ni sudah.




Disclaimer : Entry ini tidak menerangkan perihal zakat secara terperinci. Utk keterangan lanjut berkaitan zakat, dapatkan khidmat nasihat dari badan2 yang diiktiraf. Terima kasih :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign