Pages

24 November 2014

Beli Barang Dari Go Shop Astro

2 kotak sampai ke ofis ha....

Hiwhiwhiw.
Bukan aku punya lah.
Ni abang n akak ipar aku punya.
Kalau hantar ke kampung, renyah sbb cam lambat apa semua.
So, depa guna alamat ofis kiterang je.

Ala, takde lah yang sampai tu macam  iklan yg Jimmy Shanley jadi orang courier pakai baju Go Shop tu. Orang G-Dex je yang hantar pun. Gimmick sgt kan. Hehe.

Actually kan, aku pun terpengaruh jugak bila tgk barang depa promo kat Go Shop nih.
Ni ala ala cam SmartShop masa kita dedulu tu.
Yang satu menda tu berulang ulang di tunjuknya.
Tapi .... smartshop tu macam tak berapa nak terpengaruh sgt.
Sbb mungkin omputih punya kan.
Yang ni sbb mmg orang melayu, pastu dia buat demo tu mmg macam wah.. best nya. Gitu.

Akak aku beli 2 barang, abang aku beli satu barang (kredit gambar : Web Go Shop)
Chooper Set
Chefline Frying Pan
Magic Saw

Chopper tu macam aku punya yg tupperware tu. Tp yg ni lagi besar. Frying pan tu aku rasa mmg baloi beli. Tapi, ngenangkan rumah aku yg sekangkang kucing ni dah penuh, mmg tak buleh nak beli lagi dah la. 
Magic Saw tu abang aku punya. Entah apa nak di "saw" je aku tak tahu. Huhu.

Tempoh penghantaran?
Depends on stock kot.
Akak aku order Jumaat (14hb), kalau tak silap, pastu dia kata orang tu datang hantar Jumaat.

Tup2, Selasa (18hb) dah sampai.
Cara bayaran - boleh COD macam Lazada gak la.
Alah, pendek kata, kurang lebih, macam Lazada apa semua tu lah.

Aku sebenarnya pun tertarik ngan satu menda nih.
Sbb memang macam eh, bagus nya..
Kalau tgk kat iklan dia promo tu mmg la tertarik.
Tutup air tak tumpah la apa la.
Dan aku dah order pun. Hiwhiwhiw. Order hari Jumaat, dalam Rabu Khamis sampai katanya.
Kalau korang call, orang operator tu cakap macam sistem pulak. Ikut buku betul. Hihi. Lawak pulak. Lepas tu kalau 1st time caller dia amik detail apa kita semua. Pastu nanti tanya " warna kegemaran?", "sukan kegemaran?". Bila citer kat myDH dia kata "eh, apa kena mengena nak order barang pun nak tahu warna kegemaran apa semua". Haha.

Memacam jugak ada. Buleh tgk kat web Go Shop. Pastu kalau bosan2 tak tau nak tgk apa kat TV, tekan je 118. Ada le memacam promo barang dia.
Tgk kat web tudung Jelitasara pun ada. Tp, aku lum pernah lagi tgk promo tu kat tv. Huhu.

3 juta komen

1st time ida dgr pasal Go Shop ni...... ingtkan prduk astro ke hape tadi... hehhee kejap ida klik.. usha jee.. gaji esok hikhikhik

PUANSTOBERI, Frying Pan Chefline tu mmg bagus dan berbaloi ke? ingat nak beli kan wife. TQ

Azmi Tomcsb :

Frying pan tu kakak ipar punya. Jadi, sy pun tak pernah guna.
Tapi, saya sendiri pun macam berminat. Nampak cam best. Kalau kat Go Shop ni ada lagi satu yg lebih kurang sama, tp harga lagi mahal - happy call frying pan - RM599. tu lagi reliable kot. Kot la..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign