Pages

19 November 2014

KL - Kuala Selangor - Teluk Intan - Bidor - Ipoh

Gitu tajuk nya. 
Ini dah lama kami plan. Nak balik kampung lalu Teluk Intan.
Takde sebab khusus. Saja saja.
Jadi, tu hari hantar mak balik kampung, kita try ikut situ.
Saja la bawak mak jejalan kan.

Dari rumah, masuk ikut LATAR. Keluar Kuala Selangor. 
Breakfast kat situ situ. 
Kat mana tah. Baca blog orang kata kedai tu sedap.
Mmg tak arr.. entah warung apa entah.
Tak best pun.

Tapi rasanya area ni meriah waktu weekend je. 
Sbb aku lalu ni hari Jumaat. Jadi, macam byk kedai tutup je.


Memula singgah kat Bukit Melawati.
Aku tak pernah naik lah sini. 1st time.
Sbb pagi, takde lah kelihatan beruk di sana sini.
Berhenti kejap je.
Ambik gambar lps tu turun balik.

Then berhenti kat pasar. Pasar apa ntah. Pasar area Pasir Penambang ke.
Entah lah.
Tapi, orang kata kalau nak pi pasir penambang ni pergi dalam waktu tengahari kan. Ada tempat nelayan baru naik dari laut.
Yang aku pergi ni pasar je. Takde pergi area situ pun.
Beli pepahat.

Lepas tu teruskan perjalanan.
Berhenti kejap kat.. alah, kat mana entah. Lepas dari Tanjung Karang tu.
Beli kerepek2.
Then sampai lah kat sini.

Haha.
I am first time being here.
Terasa cam wow.. akhirnya dapat jugak ku tengok Menara Condong yg menjadi salah satu mercu tanda pelancongan negeri Perak ni. Gitew. Haha.

Nama je anak perak, ber IC kan 08 tapi baru pertama kali jejak sini.
Ala..uols pun ada camtu kan. Bukan kita pernah jelajah semua tempat di negeri kelahiran kita kan.
Teluk Intan ni daerah Hilir Perak. Aku rasa ada satu lagi daerah di Perak ni aku tak pernah jejak iaitu daerah Kerian. Yang ada Parit Buntar semua tu. Mmg tak pernah pegi lah rasanya. Entah lah kot ada masa kecik. Tapi, rasa mmg takde. Aha, jiran sebelah partition kat ofis ni orang PB. Kalau beliau menjamu nasik minyak nanti buleh la merasa. "Jiran, bila nak jamu nasi minyak ni? Lama dah tunggu.."

Ada kat area Menara Condong tu tepat doblas tengahari.
Lunch terus lah kat food court situ. Okay okay saja lah makan di situ.
Sbb cam tak kuasa lah nak carik udang galah besar lah apa macam orang cakap tu.

Takpe. Next time.

Lps teluk intan, terus ke Bidor sbb nak masuk hway kat Bidor.
Jauh juga rupanya T.Intan ke Bidor. Uish.
Takut2 nak tido dalam kereta sbb takut myDH mengantuk juga.
Tahu je lah jalan lama. Orang berlumba lumba memotong kan. Eii. takut.

Masuk bidor, mak beli jambu kat pekan bidor tu, pastu terus masuk hway.
Dari situ dah dekat lah nak exit Ipoh. Kejap je dah eh, Ipoh dah.
Begitu lah.

Best jugak lah sekali sekala.
Tapi, if selalu dah membuang masa lah.
Membuang minyak jugak lah berpusing2 jauh.

Masuk hway sudah. 3 jam sampai rumah kat kampung.
Ini melarat berjam jam. Keluar 8pagi, sampai dalam 4petang camtu.
Sebab berhenti2 banyak tempat pun kan.

Tapi tu dulu lah, 3 jam buleh sampai kampung. Time aku bawa incik kelabu sengsorang.
Ni pemandu chemerah sgt berhemah.. selalunya mmg tak kurang dari 4jam.
Kan.. ai pun sedap je tido sbb pemandu ai berhemah.
Dan smpai sekarang ai tak tahu apa kegunaan CFE yg ada pada chemerah tu. (T____T)

2 juta komen

sbaik la ade LATAR tu kak..klu dulu xde latar..sy blk umah mertua ikut jln lama tu mls betul..

mertua sy kt hutan melintang, dkt2 ngn bagan datoh..klu xkawin ngn org sane, mmg xsmp la tmpt2 ni..

mmg jauh nk keluar hgway dr t.intan tu kak..ade la skali 2 kami exit situ..

Jrg berjln2 area perak..lalu je sbb blk kmpg hubs...hehe

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign