Pages

9 September 2014

Matta Fair Sept 2014


Ada yang pergi?
Aiols pergi lah.
Curik2 masa sket walau sebok pergi balik ke IJN.
Mula ingatkan nak pergi hari Sabtu. Tapi, hari Sabtu tu, family belah f.i.l datang singgah rumah. So, masak utk lunch semua, tak dapat lah pergi.

Jadi, pergi hari Ahad.
Naik tren sajork.
Mudah.

Tapi, tak dapat pun apa di cari.
Hurm.
Tahun ni nampak byk promotion yang domestic punya.
Ye lah, Tahun Melawat Malaysia kan.
Last year, aku pergi, masuk2 je terus international punya booth.
Ni masuk je terus domestic - bawah pun domestic. 
Pergi seberang sungai baru ada international.
Pulak tu kan, dah la nak carik exit berpusing2. Nyampah!

Ingat kan banyak la tourism board negara luar.
Sbb bila ada tourism board ni, dia akan ada cam boleh beli tiket2 murah utk masuk tempat2 menarik kat situ.
Cam Hongkong ada tourism board. So, ada la booth Disneyland, Ngong Ping, Madame Tassaud semua tu. Kat situ aku amik gambar dan dia print time tu jugak. Dah suruh2 sgt.. kita pun tangkap je le.

Yang banyak - promo Korea. Agaknya mmg ramai orang Msia suka pergi Korea kot. Bagi aku... belum terbuka hati lagi nak ke Korea (aku bukan peminat Running Man mahupun cerita Korea). Then, promo cruise pun banyak. Cuma, aku rasa macam takde sykt Star Cruise sendiri. Semua travel agent punya promo lah. Cam aku dulu, aku beli direct dengan SC. So, takde la pakej itu ini bertambah. Just, naik kapal sahaja.

Takpe lah. Amik flyers je lah. Bila balik tu, tanya myDH - gi Bali nak? Pastu dia kata "boleh jugak!" E eh... dulu kata tak suka pergi area2 sana, ni nak pulak. Kalau tak, takyah lah susah payah nak pergi jejauh ni. Takpe..nxt year punya plan lah. Sebelum tu nak pergi Taiwan dulu. Melawat Che Su, member aku kat sana. Hihi. 

Sebenar oke Matta Fair ni. Chinese mmg byk amik kesempatan masa ni. Sbb kalau ikutkan mmg murah. Cuma, kena bayar time2 tu jugak la kan. Bukan utk oversea je. Pakej hotel kat Malaysia pun oke. Masa ni lah buleh booking hotel2 yg best. Cam Grand Lexis, Avani Sepang. Pastu aku tgk balik flyers, ada yg best utk sefamili kat Melaka, tapi time tu macam tak berapa nak tgk sgt yg domestic ni, jadi, tak la tanya lanjut. Frust pulak sbb murah kot. Nanti akhir tahun boleh pergi dengan famili kan. Tapi, dah tak beli..tak buleh wat pa la.... huhu.

Lps tu, kalau cam tak suka pergi travel by own, kat sini boleh la carik pakej2. Mmg senang dan murah. Kalau dah ada tiket, boleh je carik ground pakej sahaja. Biasa derang dah pakej sekali hotel. Tu aku payah sket la nak carik ground pakej sbb aku dah ada penginapan. Jadi, nampaknya, kena lah buat itinerary sendiri jugak. Huhu.

2 juta komen

kalau tak leh jumpe kekda.. ida pergi hari sabtuuuu huhuhuhuhu

Che Su yang ganti kawan saya Ayu kat Taiwan tu kan? Heee kecik dunia pusing2 tang tu jugak.
Pi la Taiwan, best kalau musim bunga tu cantikk.

Bali pun best, sightseeing cantik.

Haa memang rasanya Matta Fair kali ni banyak promo domestic kan?
Cintai Malaysia katanya.

Ida, jom one fine day kita pi cuti sama sama nak tak. Sekarang ni saya bercuti berdua je dengan suami. Kadang2 boring pun yer. Heee...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign