Lps ni nak buat hashtag camni lah - #puanstoberisuka
Oke lah.
Hari tu ingat nak buat review mana mana barang yg aku beli online, yg aku puas hati.
Lps tu macam lupa.
Takpe. Lepas ni kita buat balik yerp.
Takat ni dah 2 online shop aku buat review.
Sbb puas hati dengan service derang, kite bagi je review percuma.
No harm.
Moga mereka makin murah rezeki :)
Aku pun mmg boleh dikatakan online shopper gak.
Tu hari, dapat gaji bulan 4, terus tanam azam takmo buat pembelian online.
Hurm. Nan hado.
Tahan punya tahan, ter beli gak.
Hampas kan?
Susah betul nak tahan.
Dah byk online seller kat IG aku tu aku dah unfollow supaya aku tak ter beli lagi.
Tapi, bila tgk #sayajual, ada pulak cam terberkenan.
Udah, follow balik yg lain. Haish. Cemna ni.
Seller selalu kata, customer byk kerenah.
Tapi, aku rasa sama je kot dedua.
As customer, aku rasa perlu kut 'ada' kerenah. Ada oke. Bukan smpai 'banyak kerenah' atau pun cerewet tahap maksima.
Dan as pembeli online yg boleh dikatakan 'tegar', aku pun jumpa memacam ragam dan kerenah seller.
Ada yg pernah terhantar salah order. Ini kalau kita buat belian dgn dropship la biasanya. Yg kita order dgn org lain, tp orang lain hantar. So, aku pernah kena. Takde la orang tu tak bertanggungjawab. Dia suruh hantar balik and refund duit pos. Tapi, hurm..... Aku rasa leceh camtu. Satu hal nak kena p pejabat pos, kita ni kerja ni, sbb nak cepat dapatkan balik order yg betul, terpaksa pulak buat menda ni as urgent. Kalau kita ada kerja yg lebih urgent? outstation?. Aku ni mmg dah malas, kena pulak yg remeh2 bkn salah kita, lagi aku malas. Orang lain yg rajin, oke la layan menda2 camni. Utk aku, terkena sekali, sekian terima kasih lah jawabnya.
Lepas tu yg ada satu jenis bank je. Lps tu kita pun transfer guna CDM. CDM mana mau nya letak ringgit2 tu kan. Jadi, kita pun bayar lebih sbb katanya dia akan pulang dalam order kita tu. Bila dah sampai?? Tak mana ada nyer. Aku mmg tak buat online transfer sbb dia kata buleh bayar balik kan. Ni servis dah bagus. Feedback laju. Tak salah hantar order. Tapi, gini pulak. Dari ingat murah takde kena postage, rupanya kena byr lebih jugak. Aku halalkan je. Malas aku. Patut dia boleh usaha la transfer balik. Ni nak suruh aku order lain, nanti dia kontra. Ye lah sangat, nati kang tak cukup lagi, kontra lagi, tak cukup, kontra. Sudahnya sampai bila? So. Sorry. No repeat transaction with u. Thanks.
Then, ada gak yg macam 'tegas'. Nak suruh bayar dalam tempoh berapa jam, berapa jam. Lps tu bila sampai takde pun la puas hati sgt pun barang tu. "Nada dan ayat" dalam emel ni pun boleh nampak yer. Harap tak buat la cam kita ni merempat nak sangat sangat barang tu. Yer, tahu barang ko hot item, kalau lambat bayar, nati yg bebetul nak beli tak dpt. Tapi, cuba lembutkan 'nada' tu, boleh? Yang cam ni pun, malas aku nak repeat. Lantak lah. Cam Radiusite/AJ/Al-Humaira, dia hantar feedback guna emel jugak, tp dia jenis standard je apa dia tulis tu, takde la rasa 'tegas'. Oke je. Ni baru nak bertatih dah macam good good.
Tapi, Alhamdulillah, takat ni takde aku kena yg teruk2 smpai rasa nak report tribunal ke apa tu. Ada byk kan kes camtu. Tu ari tgk kat tv pasal tribunal tuntutan tu, ramai jugak feedback kata kena tipu la apa la. Tu lah, nasib2. Walau pun aku dalam kategori pembeli online tegar, aku tengok jugak penjual2 ni. Takde simply2 aku nak beli. Kadang tu barang jual tu kat kedai biasa pun ada. Lagi murah kot. Haha. Yg ni aku pernah terkena. Beli online, pastu gi Times Square, tgk lagi murah kot baju tu yg sebijik sama. Rasa nak hantuk kepala time tu gak. Padan muka!
Bagi aku, mmg not me la nak meniaga online nih. Ari tu aku handle barang pre-loved aku tu pun aku dah rasa remeh. Nak balut, nak hantar pos. Hurm. Takpe lah, uols meniaga lah. Kang semua meniaga takde sapa lak nak jadi buyer. Meh la ai yg jadi buyer uols. Haha.
Aku akui, rumit dan remeh sebenarnya jadi online seller ni. Dari start nak iklankan barang, nak layan order, nak hantar barang apa semua. Tapi, dah korang pilih, so, buat lah bebetul, dan walau pelbagai kerenah customer, korang kena hadam. Sbb kami pun sbg customer, kena hadam pelbagai kerenah seller. Sama. Adil kan. Fair and Square orang Parit, Perak kata.
Tapi, aku kesian gak ngan seller yg buat COD. Tup2 orang tu dah sampai dia tak angkat phone. Sian la wey. Jangan la buat camtu. Dah kau order memacam, orang tu dah sampai nak ngantar barang ko, ko buat senyap je. Ni mmg penaya orang namanya. Orang tu berpanas berhujan nak hantar barang kita, siap dok kat stesen minyak nak tunggu hujan reda nak bagi barang kita. Sekali ko buat camtu. Kesian la kat orang wey. Kalau aku kena camtu, mmg takde dah COD - bayar, then kang aku g hantar. Tak percaya dah rasanya.
Kadang ada customer yg buat perangai suh PM, PM padahal dah tertera harga. Atau pun, dah berapa kali seller tu kata tak boleh PM sbb derang business page bkn personal FB. Tapi aku rasa part yg suh PM walau dah tertera harga tu - cam la seller tu tak pernah buat khennn.. kat blog korang selalu buat.. dlm entry semua lengkap dah ada info - tup2 tanya - kat mana ni? atau cuti buat apa - padahal kita dah tulis kita MC - sakit. Bukan bercuti. Cam bangang. Orang kita mmg perangai tak baca abis. Jadi, layan je lah kalau larat. Tak larat, tak payah layan.
Jadi, harapnya online seller jangan asyik nak salahkan customer ni. Kalau nak smooth je, takyah meniaga. Ni nak meniaga, complaint itu, complaint ini. Senang, kau sewa booth kat Mid Valley ke kedai ke, niaga situ. Takyah nak buat online2. Orang datang - pilih - bayar. Tu pun bukan senang gak. Mana ada menda dalam dunia ni nak smooth je transaksi dia. Aku yg keja duk kat opis pun, melayan 1001 jenis perangai gak.
Tapi, kita dah pilih jalan ni, harap buat lah terbaik. Walau ada customer perangai 'taik' anggap je lah cabaran. Sbb ada customer yg 'bunga'. Yang dari customer tu korang akan dapat lagi ramai customer, yang mana customer tu tak pernah mintak balasan pun. Lagi lagi utk seller Islam, berdoa lah agar dipermudahkan segala urusan kita. Dapat customer yg senang berurusan dll.
Oke oke lah. Nanti kita buat review #sayasuka #puanstoberisuka pulak ya.