Sangap. Rasa cam dah lama tak keluar dari KL.
Eceh. Ada je alasan kan.
Sejak sebok dgn urusan re-org wif JPA tu mmg rasa otak super sendat. Rasa nak escape je ke mana mana. Maka, sebulan sebelum riki2 tempat dan hotel.
Cameron Highland.
Yes. CH la jawapannya. Sebab last pergi tahun 2011. Mmg plan tahun ni kena pergi CH. Kena.
Entry ni mungkin panjang sbb tak kuasa nak part part kan.
Cameron Highland kot. Semua orang pernah pergi. Takde tips n trick nya pun kan. Haha.
Orait lah. Plan asal adalah nak pergi bersama my kazen (wif her husband n daughter). But, ada hal yg tak dpt dielakkan dia tak buleh nak follow. Dah bayar duit hotel dah pun. Burnt sahaja. Aku ada gak tanya orang lain, tp last minit, bukan senang orang nak pergi. Lain lah kalau nak pergi sentul utama. Haha.
Jadi, kami je lah pergi. Pergi hari Sabtu (17 Mei), balik Ahad (18hb).
Tido kat Country Lodge Resort. Eh. Oke je lah resort nih. Kat Brinchang, belakang balai bomba. Senang je nak carik. Dia kan kalau taip kat google, kadang dia ada perkataan 'berhantu'. Haha. Takde lah. Alhamdulillah. Oke je weols pergi. Kita ni kan, buat takut sangat pun tak boleh, buat berani sgt pun tak boleh. Buat so so je. Takde apa lah. Kita solat apa seme kan, oke je.
Kali ni tak booking thro Agoda. Booking direct ngan web dia - Country Lodge Resort
Staff dia pun friendly. Memula tu aku dah booking, tp internet hampas pulak masa tu - jadi, tak dpt nak buat payment, aku trus call. Jadi, dia cancel kan booking, and suruh booking skali lagi. Oke je dia layan. Sampai sana pun camtu. Pastu kiterang dapat tingkat 3. Aku ada baca kalau bilik std, sure dpt tingkat bawah (which cam ke bawah dari ground floor la), tp kiterang dapat tingkat 3. Nice sgt bilik dia. Cuma lantai tiles. Sejuk giler nak pijak. Sila la bawak stokin. Ngadap kebun sayur. Ada kipas. Smpai dalam 1.30pm. Dah buleh check in.
Nak pergi pasar malam jalan kaki je. Tapi lenguh kaki sket la kalau nak balik bilik tu sbb naik bukit. Huhu. Cuma kalau weekend, hotel ni penuh, jadi parking cam padat sket. Tapi, takpe. As long ada private parking. Itu tujuan utama aku pilih hotel nih. Ada parking sendiri, and walking distance nak ke pasar malam.
Kiterang takde byk jalan2 sgt. Lagipun hujan. Mardi ke Big Red ke semua tu tak masuk dah. Malas. Dah pernah pergi.
Kali ni pergi petik strawberry kat kawasan orang melayu. Oke jugak pe. Asyik ngan ca ya nun alif je kan. Pergi kat area Kampung Sedia tu. Kiterang makan scone kat Opah Strawberry. Sedap. Scone ngan jammed strawberry. Total cost termasuk minum kat sini RM12. Termasuk juga sebatang eskrem Msia yg berharga singgit. Ada satu lagi tmpt eskrem Msia yg best. Jap gi cerita.
Kat kawasan situ byk la orang melayu tanam stoberi. Kiterang pluck kat Abang Strawberry. Besar gak kebun dia. RM20 utk 500gm. Total cost kat sini : RM25 termasuk coklat cair utk cicah stoberi.
Siap ada hukum hakam. Huhu. |
Kat sini pun byk homestay. Nanti plan nak pergi bawak mak and ajak family abang aku skali tidur sini lah. Cam bes pulak.
Then kiterang makan kat pekan Tanah Rata. Oh. Byk kedai baru dah kat sini. Sebelum pergi plan nak makan stimboat. Tapi, itu sbb ingat pergi 4 orang dewasa. Tapi dah 2 orang - tak payah lah. Jadi, makan tomyam. Kat restoran Rasa Sayang. Oke juga kedai ni. Dia taruk udang pun byk. Kalah kita makan tomyam sini, udang ada seketul je. MyDH makan bihun goreng. Sambil tgk citer Kuch Kuch Hota Hei. A ah. Ptg tu kan citer tu. Aisey. Citer best pulak. Lokasi restoran ni kat area hotel Century Pines. Total cost makan n minum : RM15
Lps makan2, balik otel. Eh. Tak. Pergi beli pokok jap. Pergi Cactus Point. Geram btul tgk kaktus kalerful tu. Kau kenapa comel sgt nih? Tapi tak beli pun. Sebab? Tahu mesti susah nak idup. >_<
Tukar nama jadi puankaktus lah. Hihi. |
Sini beli kaktus : RM10 n pokok pudina : RM5. Dan singgah lagi satu kedai. Beli Rosemary (English Herb) : RM8. Lps tu baru balik. Jalan start jammed dah sbb pasar malam kan.
Rehat2 jap, terus turun pasar malam. Takde beli apa pun. Jagung, sayur seme kiterang plan nak beli esok pagi nya. But.... malam tu, lps maghrib kiterang turun skali lagi. Sbb nak beli ayam goreng. Haha. Mula tu beli ayam goreng seketul je. Lps tu rasa cam sedapnya. Sanggup turun skali lagi. Ayam ni bukan kat area pasar malam. Tp cam ada kakak tu bawak van pick up. Rasa nya mmg dia ada je kot kat situ. Kat area bomba n sebelum Petronas. Seriyes sedap! Pakai tepung apa agaknya.
Esok pagi, jalan kaki skali lagi pergi pasar tani pulak. Beli sayur. Tp cam tak byk plak. Nak gi Kea Farm. Cumanya, kalau nak strawberry buleh beli sini sbb dia letak dalam box yg biasa orang jual kuih tu. 1 box 20hinggit. 2 box 30hinggit. Dapat 10 kotak plastik. Murah la kan. Nak bawak balik bagi kengkawan ofis pun senang.
Sbb pasar tani bukak dalam kul 8camtu, kiterang breakfast dulu kat gerai tepi petronas. Nasik lemak. Sedap. Total cost termasuk air : RM8
Sbb pasar tani bukak dalam kul 8camtu, kiterang breakfast dulu kat gerai tepi petronas. Nasik lemak. Sedap. Total cost termasuk air : RM8
Lps tu naik bilik. Siap2 terus check out. Gi Kea Farm. Ah. Sini mmg tmpt tak kira total cost dah la. Haha. Penuh che merah dgn pelbagai sayur, jagung, stoberi, ubi , bunga, pokok -_-"
Sempat beli aiskrim Msia yg aku suka nih. Sini la aiskrim Msia yg sedap. Dulu pergi pun beli sini. Dan skrg pun rasa masih sama cam dulu. Suka. Satu RM1.50. Dia kat tmpt petik stoberi gak. Dkt hotel Equatorial tu. Skrg nama dah tukar kan. Copthorne hotel tak silap.
Balik, singgah Lavender Farm. Tiket masuk RM5/person. Dgn minum2 plak kat atas tu. Strawberry mik shake n coffee strawberry RM10. Mana tah gmbr lavender. Dalam kamera kot. Ni je yg ada dalam phone. Boleh la. Haha.
Turun Simpang Pulai sbb nak singgah kampung jap. Tp skrg tgh repair jalan la kalau kut Simpang Pulai nih. Kalau cuti sekolah ni sure la panjang berjela jammed nanti.
Begitu lah. Seronok je. Asalkan dapat jalan jalan.
Next. Takde dah.
Bulan Oktober pula. Kena buat visa. Moga moga dipermudahkan. Amin Amin Amin.
Lagi gambar2 kat sana.
Byk bunga cantik2 kawasan hotel. |
Pnstoberi jumpa stoberi mmg cam tak keruan -_-" |
Bunga kekwa. Tp tak buleh masuk tgk pun. |
Dah la kan.
Kat instagram puanstoberi pun melambak dah.
Kat instagram puanstoberi pun melambak dah.
5 juta komen
sy pun pegi 17 blik 18..tido kt Copthorne hotel..honeymoon first..hehe..
last time g pon dok hotel tu.. mmg puas ati la even mcm oldskool skit.. sy dok bawah.. so nmpk parking je.. hahahah sepanjang berkecimpung dgn CH ni.. dok brinchang je.. x pernah try dok tpt lain.. heheheheh
big red mesti pergi.. utk minum stoberi shake.. hahah
CH ramai owner india.. instead of cina... perasan x?
Shu :
Ah! sama kita pergi yea.. wow! bes ah honeymoon kat cameron. Hihik
pergi CH banyak kali pun x bosan kan? seronokkkk jer rasanya...
kat IG kekda banyak jagung!! sedapnya!
HEHE.
Baca entry ni rasa teringat-ingat stoberi. Mana nak carik kat sini? huhu.
Saya takde plan nak ke sini pun, ke nak Honeymoon sini nanti. Eh? HAHA
Terima kasih atas komen anda :)