Pages

Showing posts with label balcony garden. Show all posts
Showing posts with label balcony garden. Show all posts

23 July 2014

Tips Siram Pokok Semasa Cuti

Wah gitew.
Sbb ada yg tanya tips nak siram pokok masa takde kat rumah kat entry pokok pudina saya tu,
maka meh ahkak share tips yg diberikan Dini.
Boleh kan Dini, akak share?
Dini ni mmg tanam memacam gak kat rumah dia.
Dan dia juga inspirasi aku buat eat clean / juicing.
Dia lagi hardcore sbb blend sawi bagai.
Aku berani takat bayam ngan celery je. Huhu.


Nampak ke?
Kecik nau ye. Gigih ahkak print screen khen.

Oke lah, meh ahkak tulis balik. Katanya "Akak isi air penuh dalam botol mineral. Kt bontot akak cucuk dgn jarum ke apa ke bg air boleh keluar sikit2. Lubang kecil je. Pastu letak botol tu dkt ngan pokok. Bekalan air akan sentiasa ada utk si pokok"

Ha. Gitu.
Masuk air dalam botol mineral. Cucuk ngan jarum sket. Jangan la besau nau. Nati sehari habis terus pulak. Tu hari, masa balik kg 2 hari ahkak dah letak dlm bilik air. Letak atas baldi yg di isi dgn air. Supaya, dia sentiasa lembap lah kononnnya. Tp tu pun nampak dah macam nak kering. Jadi, ahkak tak kompiden kalau nati tinggal 4,5 hari dia buleh bertahan dalam bilik air. Plus, umah takde tanah ni, kejap je kering bilik air.

Oke. Moga kita buleh guna tips utk pokok2 kita masa kita cuti hari raya nih.
Esp pokok2 renek kita ni kan. Hihi.

Gigih jugak ahkak buat satu entry pasal  ni saja.
Sbb esok ahkak dah start cuti raya.
Babai uols.. *buat lambaian ratu

Saja ambik cuti lama sket sbb ahkak nak rest2 kat rumah.
Boleh la bangkit awai sket dan tidur balik. 
Pastu kemas rumah, vacuum, cuci kipas, buat kuih raya, jahit langsir, bla..bla.. bla.
Oke, yg tu semua tipu.
Muahahaha.

Oke lah.. nati kita buat versi entry hari raya pulak yea.
Dah cuti mmg tak bukak blog lah nak buat entry bagai.
Layan update pasal MH17 lagi best. Huhu.

22 July 2014

#Gardenpuanstoberi : Pokok Pudina Saya

Masa bawak turun dari Cameron Highland
(pokok rosemary tu dah arwah ye. 
2 minggu je kot dia tahan. 
Tak sempat nak buat ayam rosemarry -_-" )
.
Selepas 3 minggu. Aku bawak kat yard. Redup sket.
Letak baja. Membiak dia.
Semua berebut nak cahaya matahari.

After 2 month.
Sebenarnya tu hari, lepas aku pergi sukan 4 hari kat Melaka tu,
abis kering pokok ni. Kemain sedih rasa hati.
Masa tu dah la heboh pasal adik Firdaus yg orang jumpa
terkurung kurus kering tu kan. Terus rasa sedih berganda, sbb 
pokok pun 4 hari tak siram terus kering, apatah lah manusia.
Bila pokok kering pun kita sedih. Apatah lagi anak sendiri kan.
Jadi, siram - siram - siram - hidup balik. Ada pokok kering 
tu bertunas balik daun hijau.
Alhamdulillah.
Dan dia kembali menjalar. Aku letak kat pagar2 tu supaya
dia boleh menjalar tinggi.
Cuma nak tinggal bila balik raya ni ada sedikit gusar lah.
Tapi, Dini dah bagi idea cemna nak buat agar dia tak ketandusan air.
Thank u Dini :)



12 June 2014

#greengardenpuanstoberi : Pudina

Hai.
Lagi 15 hari je kita nak berpuasa kan.
Jangan lupa. Malam ni, malam Nisfu Syaaban :)
Oke. 

Tu hari pernah buat entry konon berangan nak buat green garden on my balcony kan.
Kononnya je lah.
Pastu berangan nak beli pokok strawberry lah apa lah kat Cameron tu.
Tapi, sudahnya beli kaktus, rosemary ngan peppermint saja.
Hasilnya selepas 3 minggu pokok2 ni berhijrah dari Tanah Tinggi ke Rumah Tinggi. Huhu.

Pudina ni, sepasu RM5. Masa beli kat kedai tu nampak cam pokok ni dah lama. Cam ada kuning2 dah daun belah2 bawah. Tapi, try je lah. RM5 je pun kan. Ce beli daun dia kat Jusco tu. Ada 2,3 keping je dah RM2.50. Ini sepasu kot. Baru RM5. Jadi, try bela.
Ada sekali tu, daun kat pucuk2 tu layu je. Ingat dah nak failed dah mission aku ni. Rupanya dia panas. Aku siram air, terus dia segar balik. Oh. Rupanya kena bagi 'minum' hari2. Cina tu kata 2 hari sekali. Ye lah. Kat sana tak panas kan. Sini panas. Jadi, setiap pagi aku bagi dia minum dulu sebelum g kerja.

Pastu, aku taruk baja sket yg aku beli kat sana. Tu yg dia merimbun tu.
Serasi mungkin.

I love u lah Pudina - rimbun banyak2 tau.
Ni aku letak kat yard. Sbb situ pepagi mmg angin dia cam nyaman je. 

Lagi.
Rosemary dah hidup segan mati tak mahu.
Kaktus ada 6. Satu dah selamat. Lelain tak tahu.

Tetiba je berlubang tgh pasu tu. Apsal tah.
Aku tak siram direct pun. Just renjis2 je.
Entah.
Sebenar dulu semua ni duduk kat yard.
Tapi tu hari mak aku datang, malas aku nak sempit2 kan yard tu. Susah plak mak nak keluar masuk masak apa semua. Jadi, pindah ke balcony. Balcony mmg panas sket.

Nak tgk tumbesaran kaktus tu. If oke, baru aku nak carik bekas lawa2 sket.
Nak pergi Sungai Buluh la.
Jenuh nak ngajak myDH tu.

15 May 2014

Balcony Garden

Tetiba.
Asalnya bila tgk gmbr ni kat instagram Perfect Livin
Lepas tu rasa cam eh, bes jugak kalau dapat buat garden.
Begini ke.
kredit : Here
 Begini ke.
kredit : Here

Ewah. Cam balkoni kau tu besau benau kan.
Udah la sesekangkang semut cuma.
Udah la kecik, dia terus simen (biasa kan balkoni ada palang2 tu).
One part, mmg selamat sebenarnya sbb kalau palang palang je tu cam gayat pulak kan.
Tapi tu lah. Tak leh fefeling nak duduk2 minum kopi sambil tgk orang mandi kolam sbb kalau buh meja, duduk kat kerus, mmg tak napak bawah.

Jadi, ku rasa, ku nak buat small garden lah.
Dalam pikiran nak buh english herb.
Cewah!
Ye ye o je lah kau ni puanstoberi.

Eh.
Skrg ni pun ada kaktus tau. Beli kat cameron tahun 2011 dulu. Ada hidup lagi.
Ni nak pergi lagi, nak beli lagi.
Pastu nak beli pokok2.
Pastu nak beli pokok stoberi.

Kuikuikuikui.

Baik.
I nak study lagi pasal balcony garden ni.
At least dapat buat cam gmbr atas skali ngan tangga tu pun cun.
Buh kaktus kan. Wiii... suka lah!

Tapi, tak menyemak rumah ke?
Rajin ke nak bela??? (-_-")

And one big thing.
Mana nak jemur kain?? Huwaaa... yard yg sekangkang semut tu pun dah penuh gak.
Mencik betol lah!

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign