Pages

14 May 2014

Menjual Barang Preloved / Preowned

Ini kisah Ahad lepas.
Berangkut angkut menjual barang2 yang tak diperlukan dah.
Atau nak sedap kita panggil 'pre-loved'. Gitu.

Best jugak jual barang2 pre-loved ni kan. Dulu aku tak pernah pikir nak jual. Malah segan. Sbb aku rasa cam ada ke orang nak beli barang terpakai nih. Bukan la aku nak jual yg buruk pun, yg masih baru pun aku rasa cam segan sgt. Takkan la nak jual barang buruk. Ko nih... 
Bermula dengan menjual baju batik yg dpt sambutan. Hihi. Siap ada yg kata, kalau ada lagi, tolong bagitahu. Huhu. Ada tu ada, tapi kang aku lak yg kurang baju batik. Camno?
Tapi, ada jugak tak laku cam baju batik chiffon. Mungkin sbb harganya.
Jadi, tak payah beli baju chiffon pas ni sbb dah la mahal, lps tu nak jual balik takde orang nak sbb harga tu cam boleh je nak beli baju yg lebih cantik dan baru. Kan?

Lps tu, bila almari dah sampai (Ha, nanti I cerita pasal almari custom made ni ya. Besar. Dan puas hati), terus la mengemas bagai nak giler.
Bila almari baru sampai, ada almari perlu di let go.
Maka, kami let go satu almari lama - yang beli masa baru kawen. Almari biasa2 je. Harga tak ingat. Kebetulan dekat dgn rumah ada kedai yg membeli perabot terpakai. So, myDH call orang tu (rasa cam bangla yg run kedai tu) dan suruh dia dtg tengok. Dia dtg tengok je kata nak 20hinggit. Adoi. Nak taknak mmg kita taknak pun kan. So, biaq pi lah 20hinggit. Let go je lah. Terus je bangla tu hangkot turun. 
Settle satu masalah ruang.

Seterusnya. Majalah lama.
Bila post pasal majalah lama - ada yg kata jual je. Ramai pun kata jual je.
Amik masa woh pikir. MyDH lagi la kata - jual je.
Sayang oke.
Banyak giler. Dan berat giler.
In-Trend tu yang sayang bebeno sbb aku tak pernah miss beli setiap bulan.
Every month since Nov 2005. Without fail!
And aku stop bulan Januari 2014. Sbbnya beberapa bulan sebelum tu, aku beli - tapi aku tak baca. Huhu.
Mak aku pun tahu - skrg dah ada internet, takde dah nak baca majalah2 ni. Wah. Kelas mak ai, mengikut peredaran zaman.
Tapi mmg betul pun.

Pikir pikir. Ah, jual je. Termasuk kotak2 dan kertas A4, dan kertas yg di shred. Ha kau, aku siap pinjam mesin shredder opis bawak balik. Kuikuikui.

Jadi, jual.
Hasilnya ini. Majalah tu punya banyak citer dan berat nak 50kg, RM9.50 saja ko amik? Huhu. Sadis. Moralnya, takyah nak jadi pembaca setia sangat.

Lepas tu, Mimi ada tanya pasal sofa yg aku nak let go.

So, terus berurusan ngan Mimi. Begitu begini, kebetulan lak umah dia dekat je dari KSU tu - dan dia ada van. Senang keroje. 
Harga - rahsia! kan Mimi kan. Hikhik. Mekasih ya Mi, sudi beli sofa titew. Hikhik
Jadi, sekarang, bergelimpang lah kami laki bini depan tv.

Lepas tu mula la rasa cam eh, oke lah kalau camni je.
Beli bean bag 2 bijik, pastu kerusi jejari tu kan. Mmg 'chara'.
Rasa cam nak mintak balik deposit sofa yg dah booking tu (cea, bagitau ada beli sofa baru la pulak. Kuikuikui).

Bes jugak jual jual nih.
Apa lagi yea nak jual???? 

4 juta komen

heee..sue dlu pun slalu kumpul majlah cosmopolitan.. konon2 besh dsgt la..last2 buang jgak..skang mmg x beli satu hape pun majalah :P

Aiseh KekDa....Yani punye koleksi majalah RAPI sejak tahun 2010/2011 sampai skrg ni dah bertimbun dah. Keras hati x nak jual. Memang geram dgr harga jual kat apek beli recycled items murah sesangat...macam mano???

kat msia ni x banyak car boot sale/ flea market kan... ke ada?? i je yg x tau... hehehehe

Magazine tu kalau cantik lagi, boleh bagi kat sekolah! Sekolah memang nak magazine untuk letak dalam library. hehe.

Alaa.. cantiknya sofa itu!

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign