Pages

6 May 2014

Apa Yang Busy : Re-Org

Apakah re-org
Nak terang panjang2 pun payah. Pendek kata cam penstrukturan semula dalam sesebuah organisasi.
Gitew.
Ilmiah pulak rasa bahasa.
Haha.
Kalau siapa biasa terlibat dgn HR, tahu dan paham lah apa cerita mengenai re-org nih.

Ofis aku ni takde la besar mana dan staff pun kurang 1000 (tp lebih 500).
Kalau dibandingkan dengan MARA dan badan berkanun lain, kami ni kira kecik je. Hihi.
Our big boss selalu pesan, usahawan kraf ni lah nadi kami. Yang kami kena jaga sbb tanpa usahawan, agensi kami ni buleh tutup.
Ye lah. Misi dan visi pun mmg berkisar mengenai kraf Malaysia kan.

Oke, takmo citer panjang pasal tu pulak kan.
Jadi, after 5 years, mgt decide nak buat re-org balik.
Last buat tahun 2009.
Makan tahun oke nak pikir pasal re-org nih.
Dan tahun ni, Alhamdulillah dipermudahkan bila JPA respond dan dapat seorang officer JPA yg sgt dedicated utk attached dgn agensi kiterang. Amin. Amin. Terima kasih Ya Allah.
Jadi, aku pun terlibat lah secara langsung. Sejak pada tu mmg rasa busy sgt. Sbb kita bukan saja buat re-org ni. Ada lain kerja lain nak kena tgk. Pasal pencen, pasal tatatertib. Nak buat interview, nak buat kenaikan pangkat etc etc. Meja tak pernah la tgk kosong.


Pergi ulang alik JPA. Dok buat justifikasi, duk buat carta. Bukan aku sorang lah kan. Hasil kerjasama adik2 unit and also my Boss lah. Aku kalau dah nak blank tu,cecepat je bagi dia. Boss, tolong buat justifikasi jawatan ini, jawatan itu. Hihi. Seb bek boss sporting. Utk itu jugak, terima kasih Ya Allah kerana permudahkan urusan ku.

Re-org ni ada memacam. Ikut keperluan jabatan. Ada yg kita mintak tambah jawatan, ada yg upgrade, ada yg mansuh bahagian, wujud bahagian baru etc. Contoh cam gred 27 kita trade-off beberapa jawatan tu utk jadikan gred 32. Gitu lah.

Step dia, jabatan akan proposed ke JPA, JPA pulak bawak ke MOF utk diluluskan peruntukan. If lulus, dapat lah kita satu dokumen perjawatan yang dinamakan Surat Kelulusan Perjawatan atau kita panggil waran perjawatan. Kat situ lah ada semua jawatan dalam jabatan kita. Tak boleh amik lebih dari itu. Kalau dia lulus 500, maka 500 lah kita ambil. Sbb kat situ semua ada peruntukan berapa semua dah. Tapi, kalau kita nak alter waran tu boleh, tp kena diluluskan oleh JPA. Gitu lah lebih kurang.

Ni bawak balik rumah sbb esoknya kena g JPA.
Kira cam pre-present dulu lah ngan officer sana.

Alang-alang citer ni kan, meh aku gitau sket. Sbb berkaitan dengan waran ni kan. Bila penempatan ikut waran, yg jadi masalah pada mgt dan juga HR bila orang mintak tukar. Ha. Ini lah paling sukar sbb penempatan adalah berdasarkan waran kita dapat tu. Jadi, cemna nak buat kalau orang mintak tukar? Jawatan tu takde pulak kat tpt diminta tu. Ada orang nak mintak tukar selalu cakap kat kami, eh, tu ada tu jawatan tu kat bahagian sekian sekian, boleh je. Hurm. Cemana nak cakap ya. Takkan nak tunjuk waran tu pulak. Kita buat penempatan berasaskan waran tu. Bukan buleh sukahati sana sini ya. Datang naziran JPA pitam kalau lain dari waran tu. Tapi, atas keadaan tertentu kita boleh ubah penempatan atas dasar 'secara pentadbiran'. Tapi sangat sangat sangat tidak digalakkan.

Jadi, kami mohon, faham lah kalau permohonan pertukaran tu lambat. Kami bukan tak fikir kebajikan anda anda semua. Giler kau tak fikir. Tu aku pernah tulis - it's about tanggungjawab. Kalau kau rasa kau bertanggungjawab pada kerja kau, sama juga pada orang lain. Unless ko mmg tak bertanggungjawab, maka ko rasa orang lain pun buat kerja hanya semata-mata sebab gaji. Kalau tak fikir kebajikan dan tanggungjawab, aku rasa management takkan proposed utk buat re-org ni ya. Utk pengetahuan, mmg ada banyak jawatan yg di upgrade. Akan ada jawatan naik pangkat kalau diluluskan. 

Sbb tu aku perlu gak tulis camni, sbb ada yg ingat semudah mudah je nak bertukar. Mintak je dapat, mintak je dapat. Kita kena pertimbangkan. Kalau tmpt tu mmg dah terisi dengan semua jawatan sebagaimana dalam waran, mana kita nak letak awak lagi. Ce fikir? Pulak tu, kita akan dahulukan orang yg ada masalah kesihatan. Tapi, kalau sendiri carik masalah - lepas tu mintak tukar - pepaham je lah yer. Jalan yg ada, buat solat hajat setiap malam agar dipermudahkan masalah tu. If not, mmg takde jalan lain. Satu jalan je. Tapi, aku takkan tulis kat sini lah. Pepandai lah fikir.

Memang rasa berat sket la time aku jaga HR pulak buat re-org ni. Tapi, takde la smpai stress. Alhamdulillah. Allah bagi aku rasa 'senang' je. Sket pun aku takde rasa stress. Malah aku suka! Mungkin sbb tu aku rasa mudah kerja ni. Hey, ko tak suka ke, sebab nanti kalau diluluskan, masa tu lah rasa puas hati sgt - sbb apa - sbb tu lah hasil kita. Mmg la pening rasa nak buat carta lah, pastu nak tally kan jawatan setiap bahagian. Sbb waran master tahun 2009. Lps tu sentiasa ada waran pindaan. Ha, kat situ lah cabarannya. Mujo aku ada assistant yg tak byk kerenah dan sgt membantu.

Apa pun, yg kerja kerajaan, begini lah wujudnya segala perjawatan kita. 
Bukan senang ya utk 'melahirkan' anda dalam setiap jabatan/agensi ada.
Ada orang yg makan igt re-org, tido ingat re-org, hatta dalam toilet pun teringat dan terdapat idea. Haha.

Apa pun, aku suka je.
Aku suka kerja aku ni.
Dan kerana suka, Allah permudahkan segala urusan.
Jadi, suka lah pada kerja anda.
Kerana Allah juga suka, sekiranya kita suka dan ikhlas pada sesuatu kerja :)

p/s : Moga settle sebelum gi bercuti. Moga Allah permudahkan.

3 juta komen

Pernah buat proposal utk penstrukturan organisasi. Sy terlibat utk jabatan saya sahaja. Itu pun dah nak pitam. Kalo buat utk 1 agensi mmg pening la.

disebabkan re org... penjawatan kontrak dah tak relevan d IN...
jadi kontrak sy x diluluskan utk 2014... bos kona ikut lain.. pinjam penjawatan kontrak bahagian domestik (rumah)... bile dh pinjam penjawatan dorang... dorang tak nak tukar secara pentadbiran memula kata takde masalah.. die nak sy duduk kt unit die... dah sy kena tukar unit... uhuhuhuhuh
tapi... baru hantar JPA surat nye.. tak setel2 lagi pon... 4 bulan takde gaji... uhuhuhuh

nasib la org kontrak... semoga setel jugak la masalah ni... nak berenti je.. bos kata die nak sy keje lg... uhuhuhuhuh serba salah plak... keje best plak tu...

Hehe.8 thn uruskan pertukaran org..mcm2 kes ada kan sis..duk hr bz tp best

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign