Pages

9 May 2014

Mei 2013 - Mei 2014 : 1 Year Without KFC

Boleh je. Sapa kata tak boleh?
Haha.

Aku tak boleh nak announce 1 year without fast food sbb aku ada gak makan Papa John Pizza (2kali rasanya), then ada gak makan ayam McD (dalam 3x kot tahun ni). Lelain fast food mmg takde. Tapi, KFC ni mmg absolutely tak jejak dan tak makan. 
Bertahan kan.

Tahu tak bila dah start tak makan, dan bila terpikir nak makan, kau akan ada rasa cam 'eh, takyah la, rasa sayang pulak sbb dah lama tak makan, tup2 nak makan, nanti makan cam biasa'. Gitu lah rasa dia. 

Memula mmg susah. Kan KFC ni bau dia melantun lantun. Nak nak pulak masuk parking kat Ampang Park tu, dari situ bau dah menggamit selera. Tapi tu memula je. Lelama dah takde rasa camtu. Rasa nak makan pun takde. Even tgk kawan seofis makan kat pantry pun takde rasa apa.


Sebenarnya, takde la tak boleh makan langsung kan. Boleh je. Sekali sekala. Dalam 5,6 bulan sekali. Jangan kerap lah. Dulu aku mmg kerap pun. Asal malas masak je, singgah KFC, asal malas masak je, drive thru McD. Sekarang ni, rajin kan diri masak, atau beli nasik goreng ke apa ke.

Now, aku nak terus kan. Kot teringin boleh la. Tapi buat masa ni belum ada rasa teringin.
Dan nak teruskan utk fast food lelain.
Setahun 2kali pun cukup lah kot. Tu pun kalau teringin sgt. If not, makan je lah menda lain.

Selain tu, yg agak payah is processed food, canned food.
Tapi, aku cuba limit kan lah.
Cam sardin dalam tin tu kan. Kadang teringin nak buat sandwich. 
Boleh la makan. Tapi jangan kerap.
Sbb tu kita perlu ada "meal diary" kita utk kita tulis apa kita makan setiap hari.
Katakan kita dah  makan McD bulan tu, jadi, kita ingat dan tunggu la 3,4 bulan baru makan balik kalau nak makan. If not, tahan je. Boleh je sebenarnya.




p/s : 1 year gak dah aku buat laparoskopi. Tapi, still, rezeki belum menyebelahi kami. Apa pun, aku tetap bersyukur, sbb hikmah dari buat laparoskopi ni, aku sgt menjaga pemakanan.

2 juta komen

kitorang tahun ni tak makan mcD langsung....

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign