Pages

27 May 2013

MC Sebulan : Ini lah Ceritanya

Assalamualaikum kawan2 tersayang. Lama rasa tak membebel dlm ni kan. Yelah, selalu hari2 ada je nak dibuat entry.
Kejap yer. Cena nak citer. Tetiba cam blur. Mungkin entry ini panjang. Kalau rajin baca lah hingga ke akhirnya. Kalau tak rajin, skip saja.

Aku tahu, ramai2 tertanya2 apa sakit sebenar aku. Yerp. Aku tak pernah cerita secara direct. Tp ada hint2 cam 'rehat lama', 'beli novel byk2 sbb nak baca masa berehat panjang'. Pada some people aku citer gak, tp mmg tak ramai. Sbb entah. Rasa segan pun ada dengan kekurangan diri ini. Orang lain takde pun kena cam ni. Tp pada adik2 unit aku, bos aku mmg derang tau.

Oke, takpe. Back to the topic. Meh la aku citer kan apa sebenarnya terjadi.

Do u ever heard Dr Hamid Arshat? Mustahil la kalau ada yg tak tau. Even my mom, my parents in law, my boss semua pun tau. Tapi mungkin bagi yg bukan TTCian, nama itu tak familiar. Sebenar he is one of the well-known 'pakar sakit puan'. Boleh berkenalan dengan beliau di FB nyer - Dr Hamid Arshat

Then, ever heard about laparoscopy/laparoskopi? Ini mungkin tak semua familiar. Selalu orang sebut operation ja. Asal belah2 tu, operation la. Dia sebenarnya minor operation. Buleh refer here and here (versi BM)
And another thing, rasa nya uols mesti familiar dgn perkataan cyst n fibroid
So, kita takyah terang panjang2 tentang yg atas tu ya. Yang nyata ketiga2 ada kaitan dgn aku. Dan apa yg aku buat pada 22 Mei yang lepas.
Sbb tu aku pernah countdown lagi sebulan lah, lagi seminggu lah. Ini lah dia nyer. Salu countdown gi break kat memana kan. Ni pun one of the 'break' juga. Siap pakej 1 nite overnite lagi. Hihi. (and m.c sebulan!)

Let's begin the story. Tahun ni aku decide nak TTC (trying to conceive) secara serius setelah tahun 2012 aku tak buat apa2 berkaitan TTC. None! Sbb aku nak serius ni juga aku ada amik keputusan besar awal tahun tu ari. Tak perlulah cerita apa tu. So, dlm bulan Feb ke bulan Mac retu, aku call buat appmt kat klinik Dr Hamid ni. U know what, appmt yg dpt is bulan Julai. See, betapa ramai nak jumpa Dr Hamid ni. Tapi, aku juga buat teknik serampang 2 mata. Since aku pernah ada rekod kat LPPKN, aku call juga LPPKN. Aku ingat dah lupus dah rekod aku. Tp derang kata boleh lagi sbb belum cukup 2 tahun. 23 May baru cukup 2 tahun. (haha. Betapa lama aku tinggalkan. Utk rekod - aku pegi LPPKN, jumpa doktor sekali je. Pastu aku kata aku nak postponed sbb aku nak gi Hongkong. Hoho) 
Kat LPPKN dia suruh dtg 1st day period - amik darah. A ah. Kat LPPKN ni mmg suka amik darah. Then aku rasa memana klinik/hosp kerajaan pun camtu kan. Mak aku tu berpuluh gelen dah kot darah dia kena amik.
Nak dijadikan citer, aku nyer kad LPPKN tu entah mana aku letak lps pindah2 dulu tu. Dok carik2. Bila dah jumpa tu, kena tggu plak nxt period. Dan dalam pada tu, awal bulan 4, klinik Dr Hamid call bagitau appmt aku dipercepatkan ke 19 April. Syukur. Allah dah lorongkan. Sebenar, masa nak buat appmt memula tu aku tak pernah mintak dipercepatkan pun. Just aku cakap "lamanya..takde awal dah yer". Dan lps tu aku tak pernah call (sbb aku ingat nak smbg LPPKN je kan).

Maka, 19.4 tu aku n asben amik cuti. Memula aku ingat nak halfday since appmt petang. Tp myDH kata, cuti je lah. Sempat kami makan nasik ayam kampung kat food court valedrom Cheras tu. Hoho. Pastu bila timbang kat Dr Hamid naik 49kg. Terus menyesal. Haha.
Kat sana, cam biasa lah, 1st appmt. Dia register, amik data2 seme. But, takde amik darah pun. Lega. Terus jumpa doktor. Cam tak caya, aku buat treatment ngan famous doctor nih. Hihi. Dia soal2 sket, trus dia suh buat TVS (info : TVS). Bukan doktor hamid yg buat, ada staff perempuan. Then staff perempuan ni bila tgk kat monitor, dia lak terkejut. Eh. Cyst katanya. Reaksi aku? Haha. Aku rasa cam blur jap. Cam eh. Aku ada cyst? Masa bila, cemna boleh ada? Dan dia discover ada beberapa biji fibroid yg kecik2.
Cepat2 dia panggil doktor. Then doktor dtg, panggil myDH sama. Aku tau, myDH pun blur masa tgk screen tu. Cyst aku 7cm dah. Besar kan. Tapi aku baca, ada orang yg smpai 12cm cyst dia.
Lps settle TVS doctor panggil utk diskas. Dia lukis2 la terangkan kedudukan mendasing tu. The best thing to recover - operation. Dia kata, tak buleh tggu lagi. Lama dah kawen (and faktor umur kami juga kan. Tp dia tak ckp la yg tu) Tapi dia tak paksa la. Tgk pada jadual ada kosong 15 Mei kalo nak buat. Dan akan dapat MC sebulan. Kami balik n fikir. Masa tu, kami terus balik kampung dan sepanjang jalan kami asik bercakap hal itu.
Mak macam tak berapa nak bagi. Tp akak ipar aku kata kawan dia pernah buat dulu. Macam tu juga. Dan skang anak dah 4. Huhu. Entah ek. Takkan nak simpan. Buat nyer jadi kanser ke apa. Lagi naya.

Jadi, aku amik keputusan utk proceed dgn operation (laps). Dengan apa yg Allah dah lorongkan ni, aku rasa itu je lah jalan terbaik. Boleh tgk perjalanan Allah tentukan. Suppose aku nyer appmt bulan 7. Tp dgn izin Allah, dpt dipercepatkan bulan 4. Bayangkan kalau bulan 7 aku pegi. Sbb tu aku kata, ini mmg Allah dah bantu aku. Fikir 3 ari, terus aku booking date buat laps. Tapi 15 Mei dah penuh. Aku dpt 22 Mei. Sbb tu kalau perasan aku pernah buat enty pasal cuti sakit. Itu sebenarnya setelah aku carik2 maklumat. Dulu mmg tak boleh dpt m.c dari hosp/klinik swasta lebih 2 hari. Kalo dpt pun kena amik endorsement dari hosp kerajaan. Tp sejak ada pekeliling tahun 2006 tu dah boleh dah. In fact, Doc Hamid tau menda ni dan derang dptkan endorsement dari HUKM.

Aku bukan tak mahu cerita, tp nati dapat memacam feedback. Aku ni jenis, malas nk pikir2 lagi kalo dah buat keputusan. Itu pun ada aku cerita pada 2,3 orang derang suruh amik 2nd thought. Entah. Berat hati aku nak amik 2nd thought. Lagipun takkan aku nak carry semua mendasing dalam rahim aku ni hingga bebila. Mmg ada aku baca makan sekian sekian supplement buleh kecut. Lain orang, lain penerimaannya. Lagipun smpai bila nak makan kan? Sebulan, 2 bulan? Supplemen bukan murah2. Kang last2 kena gak tebuk. Sama je jalan citer nyer ye dak? Aku baca juga, yg buat laps ni, buang cyst segala - ada yg berjaya pregnant, ada tak. Kira cam 50-50. Dan ada yg macam hilang kepercayaan pada Doc Hamid bila tak berjaya pregnant.

Sebab tu lah, aku tak mahu orang tersilap tafsiran. Aku sanggup hadapi operation buang seme mendasing dalam rahim aku ni bukan semata mata hajat aku nak anak. Ada yg fikir macam tu. Siap wish 'apa dihajati tercapai'. Maaf, aku harap ayat tu boleh ditukar kepada 'semoga dipermudahkan segalanya'. Betul, aku tak kata apa yg buat ni takde kaitan 100% dengan anak, tp yg utama adalah kesihatan. Sbb bila ditafsirkan  apa yg dibuat ni adalah semata mata utk mengandung, aku takut, ada yg kecewa lalu tak dapat terima hakikat kalau ditakdir Allah masih tak mengandung. Aku sematkan kat hati aku ni, aku buat ni utk kesihatan aku, dan dgn izin Allah, mungkin ini lah jalan terbaik utk aku boleh mengandung. Kalo takde - redha. Yang penting, macam kata perawat di Darussyifa (yg aku pegi 3 hari sebelum aku nak operate) - kita kena yakin, selebihnya serahkan pada Allah SWT.

Jadi, 22 Mei 2013. Seawal pagi aku da smpai ke klinik. Dapat parking depan pintu. Hihi. Tp teman myDH minum pagi dulu kat kedai mamak bawah klinik tu. Malam sebelum tu aku dah start puasa. Kat klinik Doc Hamid ni mmg bagus sbb dia sediakan manual. Do's n don't sebelum dan selepas operation. Malam sebelum tu juga aku da siap2 masukkan enema (utk bagi buang air dan elakkan sembelit lps operation).
Aku patient ke dua hari tu. Ada 4 orang semuanya. 1st come 1st serve. Patut kul 8 tu dah boleh naik dah. Aku ingat 8.30. By d time aku naik, 1st patient da ready masuk OT pun. Sempat berkenalan dgn patient ke3 dari Kuantan. Lagi jauh kan.

Dalam kul 9 dia bagi aku n asben masuk wad dulu. Bagi persalinan. Seram sejuk dah time tu. Dalam kul 10 aku masuk ke OT. Ini bukan hospital ya. Takde wheel chair bagai. Ko jalan n naik la sendiri katil tu. Wey..masa ni jangan tanya apa perasaan aku. Takut giler. Lebih 100% takut. Ye lah. Macam kan ko tak sakit, tetiba ko serah diri, nah..belah la perut ku ini. Tgk lampu2 atas kepala tu aku rasa nak bangun lari dah. Doc bius tu tanya aku pernah operate dak? Mana la pernah. Dah 33 thn setgh. Ini la pertama kali aku nak buat ini. Dia suh genggam tangan kanan, dia nak carik urat utk masukkan jarum. Pastu dia cakap "saya nak masukkan bius ya" Ada nurse bagi corong oksigen. Aku mengucap, selawat dan lps tu tak sedar dah.

Tau2 dah dgr azan zohor and orang sebelah aku (patient ke4) mengerang kesakitan. Tp lps tu aku tido balik. Aku sedar sepenuhnya jam 4ptg. Sedaya upaya aku amik hp dan update status. Hihi. Then 4.30 myDH datang. Legaaaa.... Tido satu malam di klinik (tak boleh ada orang teman. Misi ada jaga). Dan esuknya (Khamis) lps makan bubur, boleh discaj dah. Masa lps operate doktor bagi specimen yg ada dlm perut aku tu kat myDH. Dia suh bawak balik. Kantung cyst and 4 biji fibroid. Ha... lagi mau taknak operate? Nak biar dia membiak2 dlm tu. Mau simpan semua itu ka? Fibroid tu kekecik ja. Tau yg tumbuh2 kat kentang kalo kita simpan kentang tu lelama? Ha..begitu lah dia. Tp cyst doc kata 8cm. Ha...last month 7cm, ni naik 8cm. Ko bayang kalo bln 7 baru aku dpt operation? Itu lagi mau simpan? Allah sgt2 membantu aku. Itu aku yakin seyakin yakinnya.

Jadi, itu lah dia. Kat FB Doc Hamid mmg selalu dia pesan avoid fastfood. Memang la tak selalu aku makan fastfood, tp once a month/twice a month mmg ada. Jadi, skrg aku kena avoid. Mungkin jadi setahun skali la agaknya. Its cost me costly dan utk itu aku takmo ulang lagi procedure ini. No.no.no. Oh. Nak tau cost - tak perlu la aku bagitau exact figure kan. Tapi kalau nak tau feel free contact me (emel, what app, FB). Tp boleh refer sini - kos laps. Aku nyer yg no. 1 tu. Mungkin ada TTCian yg nak buat juga, boleh la aku bagi tau. Tp kalo tak kena operation, maybe kos around 3k je kot smpai berjaya pregnant. Bukan semua mesti operate. Don't worry. Orang terpilih je. Haha. 
Cuma kalo kena operation bagai ni, kena ada dlm 10k jugak lah. Tu kira termasuk ubat2 dan kos jumpa doctor sehingga berjaya (Insyallah). Tp kos Doc Hamid ni tak la melampau benar. Kira affordable. Dan, harus diingat, Allah menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya. Aku buat treatment ni masa simpanan aku ada, mmg mencukupi utk buat treatment. Kalo 2 thn lps, mungkin belum ada. Jadi, jangan takut perihal cost ni. Sekali Allah permudahkan, mmg Dia akan permudahkan segalanya. Yakinlah dengan Dia. Pada sapa yg ada insurans, boleh buat kat Pantai Medical - dgn kos 10k. Tp ingat, tak semua insurans cover penyakit begini. Aku mmg takde insurans. Mmg aku ingat nak amik bila aku ada anak nati. Tp skang boleh la cover2 dulu dgn simpanan sendiri. Alhamdulillah bab itu.

Seterusnya harus ada yg bertanya - Macamana tau ada cyst? Jawapannya - aku pun tatau. Sejak bila dia ada. Aku tak sakit apa pun. Period aku pun elok je.  Apa penyebab cyst ni?. Aku pun tatau. Ada yg aku baca, masa pregnant pun buleh ada cyst. Bila aku tanya doc dia kata - tu tak mengandung tu. Aku pun blur juga. Adakah sbb cyst ni aku tak mengandung, atau aku tak mengandung lps tu ada cyst. Huhu. Tp doc ada tanya aku senggugut tak. Ye, aku mmg senggugut yg kengkadang teruk masa sebelum kawen. Tp dah kawen ni kurang. Lps tu satu lagi tanda aku - period sket. Period aku mmg sket. Full bleeding sehari je. Lps tu spot2 coklat ja. Smpai la hari keenam/ketujuh. Tapi, walau camtu, period aku tetap. Sangat regular cycle dia. 27/28 hari. Without fail. And aku tak pernah la nak perasan 'mengandung ke, mengandung ke?'. Selain dari tu, takde tanda lain. Aku tak pernah sakit perut. Never.

Jadi, pada TTCian dan juga bukan TTCian- elok la buat check TVS ni. Risau juga. Kos utk TVS ni tak mahal. Rasa memana klinik sakit puan buleh buat. Apatah lagi kalo kita ada history senggugut. Atau period sket macam aku. Aku pernah buat HSG (tgk rahim block atau tak) masa treatment kat LPPKN, tp mmg HSG tak boleh detect sbb procedure itu cuma masukkan dye dan tgk laluan cecair tu pegi. Rahim aku oke. Takde masalah tersumbat ke apa.

Oke lah. Dah panjang lebar aku bercerita ni. Harap semua clear kan. Doakan aku sihat seperti biasa. Dan dipermudahkan rezeki lepas ni. Sakit oii..hahaha.. tak buleh imagine orang yg bersalin ceaser tu. Tp tu tak pe la kan. Ada juga penawar nya bila tgk anak. Ini.... hihihi... Pada yg bertanya khabar, pada yg doakan di FB, aku ucapkan terima kasih. Maaf tau aku tak cerita awal2. Skrg dah tau kan. Ini lah sakit aku.
Apa pun, syukur pada Allah yg membuka laluan ini.

p/s  : Berpantang la napaknya. Tak boleh makan menda2 keras lagi. Masih makan bubur. Mamentua buat. Dan juga ikan haruan. Doktor tak bagi makan pati gamat/pati haruan sbb dia kata menda2 tu boleh buatkan mendasing tu muncul balik. Mungkin sbb bahan di awet kot. Aku bed rest kat rumah sini ja. Ngilu oii nak balik kg. Takut aku.. retu balik dari Damansara ke Sentul pun aku rasa tak selesa. Apatah lagi perjalanan berjam2. Nanti mak datang. Lagipun mamentua aku dkt je pun.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign