Pages

24 May 2014

Kahwin Muda

First of all, aku nak bagitahu, post ini sama sekali tidak bertujuan utk mencerca orang kawen awal. Tidak sama sekali. No offense pada sesiapa terbaca post ini. Harap tidak di salah ertikan. Aku buat entry ni sbb.. ada lah sebabnya. 


Baik.
Aku pun bukan la sesiapa untuk bercakap hal kawen muda ni sbb aku pun kawen tua.
Eh? Muda vs tua la kan. Tak sedap pulak bunyinya.
Oke, begini. Aku pun kawen lambat.

Yer, aku tahu, bila bercakap soal kawen ni, siapa lah kita nak menidakkan hal jodoh.
Jodoh kan dari Allah.
Bukan kah hal jodoh, ajal maut Allah yang tentukan.

Tapi, kalau dah nak kawen sangat sampai membelakangkan mak ayah, apa cerita?

Aku tak tahu la apa ada pada minda anak2 zaman sekarang.
Terlepas bebas dari hidup ibu ayah, terus pandai berlagak boleh hidup secara independent.
Bercinta di zaman remaja, memang macam dah jadi 'kewajipan' pulak sekarang.
Kalau takde bf dah rasa macam kelam dunia kot yer. Baru berkenalan 2,3 ari dah papa mama, mami dadi. Dah ber B B. Sebulan lps tu tgk, eh, dah orang lain pulak B dia. Hurm. 

Hey, budak tadika pun dah pandai pakwe makwe kan. 
So, apa lagi nak dikatakan lagi.
Bercinta ni aku takde la kata nak sokong. Tapi, yes, aku terbuka bab ini. Sbb aku pernah laluinya. Masa belajar dah masuk U la. Masa sekolah takde. Budak comot sapa yg nak. Haha. Bercinta masa kat U tu pun dapat tentangan mak ayah. Asyik2 mak aku cakap "nanti dah kerja carik la, dapat orang memana orang satu tempat kerja ke apa". Memang masa marah2 tu mak aku selalu cakap. Jadi, semua orang tahu kata ibu tu satu doa. Ha, kau, begitu lah output nya sekarang. Haha.

Tapi, walau bercinta, dan kena marah, aku jadikan itu satu cabaran.
Yer. Aku bercinta, tapi aku pastikan aku cemerlang pada masa yg sama.
Dan, aku akhirnya dapat buktikan.
Alhamdulillah, walau tak sampai anugerah canselor, tp keputusan tanpa C bagi semua subjek dari Dip - Degree, buat aku puas hati.
Aku anggap sbb cinta lah aku makin boleh berjaya dalam pelajaran.
Tidak sama sekali untuk menjatuhkan malah utk repeat paper. Eii.. dapat B pun dah malu kat bf tau (ni yg masa bf satu kelas - masa degree). Apatah lagi repeat paper. Bukan boleh menjatuhkan. Jatuh maruah terus rasanya (>_<)

Tahun 2000 - aku 21 tahun. Sket pun tak terlintas aku rasa nak kawen, walau aku dah ada bf. Yerp.Tipu la kalau tak pikir kawen, ada la fikir, tp tunggu aku abiskan study. Aku nak sambung degree - ada kerja - baru pikir kawen. Wah. Begitu. Kata nak kawen time tu, mmg big no no la. Haish. Tak pernah terpikir. Umur 21 tu lah, aku abis diploma, terus sambung degree. Kena sambung, wajib sambung. Aku pikir, aku kena belajar sungguh2. Dapat kerja bagus, boleh bagi duit kat mak ayah, beli rumah, beli kereta, baru terpikir la kawen (tp rumah - lepas kawen baru beli. Huhu).

Tapi, kenapa ada orang sanggup tak abis blaja dan terus kawen.
Aku tak kata kawen awal tu salah. No. Tidak sama sekali. Berbalik pada jodoh la kan. Dah jodoh kau. Tapi, jangan la membelakangkan family. Perbuatan itu sangat teruk tahu tak? 

Bukan lah kita minta yg tak elok, tapi Ustaz Kazim pernah bagi ceramah, kalau kawen takde restu ni, susah nak kata lah ending dia. Pun mungkin kita bahagia, tak kena kat kita, mungkin kena pada anak cucu kita pulak.

Aku pelik. Mmg banyak yang pelik.
Senangnya keluarga satu lagi menerima lamaran tanpa berfikir panjang.
Tanpa membuat sebarang 'siasatan'. Menerima bulat bulat apa saja diperkatakan.
Berani mempertaruhkan untung nasib anak.
Ini bukannya urusan jangka pendek. Ini urusan - sepertimana selalu dikatakan - hingga ke jannah.

Menjadi suami. Bukan satu tanggungjawab mudah.
Terutama pada umur yang masih muda.
Perlu menanggung setiap apa dilakukan oleh si isteri.
Di laman sosial mengapa sewenangnya dibiar isteri 'berselfie' tanpa menutup aurat. Selfie seolah anak remaja yang lain. Bukan seperti seorang isteri.
Itu tugas suami. Didik lah dengan baik.
kredit : Here
Kahwin. Bukan satu menda yg perlu dibuat keputusan segera.
Bukan seperti kau nak beli kek di Secret Recipe kan. Tengok, pilih, bayar dan makan. Settle. 
Tapi, jauh lagi perjalanannya. Nak ucapkan memang mudah - kahwin. Tapi, nak melaluinya. 
Zaman sekarang bukan cam zaman dulu.Yang mana tak banyak cabarannya. Zaman sekarang. Fuh. Ditambah pulak ramai rakan sebaya yg masih belum kahwin, yg masih sebuk ke hulu hilir. Ada yg sebuk belajar, ada yg sebuk mencari rezeki, dan sesambil tu bersukaria bersama rakan. Sedangkan kau.

Aku tak kesah, kalau sememangnya perkahwinan tu direstui. Diraikan secara sebagaimana sepatutnya. Tapi, kawen tergesa gesa, tanpa sebarang berita, memang sesuatu tak boleh dihadam. Tak boleh dihadam. Sangat. Kalau keluarga tak bagi lagi kawen, mesti ada sebabnya. Bukan tak bagi kawen. Tapi mungkin belum sampai masanya. Pulak tu tak dihebohkan. Hanya dibuat di sebelah pihak. Sebelah lagi langsung tak tahu menahu. Dalam Islam pun dah tetapkan - perkahwinan perlu dihebohkan agar tak timbul fitnah. Now jadi camni, tak memasal kita terbuat spekulasi. 


Anak, 
Perkahwinan memang nampak indah. Malah, memang kau boleh berbangga dengan rakan sebaya yang masih berpeleseran tanpa ikatan.
Kau boleh berbangga sambut anniversary perkahwinan, sedangkan rakan sebaya masih asyik mengira tarikh couple, tarikh declare.
Kau juga boleh berbangga 'aku dah ada hubby, aku dah anak' ketika rakan yg lain masih sebuk mengejar cita cita.
Tapi, perkahwinan tanpa restu keluarga, terutama tanpa restu ibu bapa, tanpa kehadiran mereka di hari bahagia mu, bukan sesuatu yang boleh dibangga. Tidak sama sekali. Siapa pun mereka pada tanggapan mu, sekali pun syurga mu bukan ditelapak kakinya, setidaknya jaga hati lah mereka yang menjaga kamu sedari kecil. Hormati lah mereka sebagai orang tua - yang berpenat lelah mencari rezeki untuk membesarkan mu. Rendahkan hati, mohon kemaafan dan keampunan - Allah datangkan mereka untuk kita - jadi, jangan sesekali mendabik dada.


2 juta komen

Suka post akak yang ni.. Setuju 100%. Budak sekarang ni kawin nak cepat tapi masalah sikit takleh handle, terus jadi besar..

Ye lah kita bercakap sebagai org yang berpengalaman, kan...

Walaupun mmmg ada pro dan cons nya..

emmm aku becinta di usia yg muda jugak tp berkahwin di usia yg agak lewat...hohoho

bkan mudah sbnrnya nak membina komitmen kalau asas nya blom kukuh...huhuhu

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign