Pages

Showing posts with label preloved. Show all posts
Showing posts with label preloved. Show all posts

24 March 2015

Pre-Loved Novel Untuk Di Let Go

Tu hari dah let it go kereta kesayangan.
Ni nak let go novel pulak.

Asyik kerja me letttt goooo je ni. Dah kenapa? Haha.

Actually ni dah lama ku up kat IG dan page novel terpakai kat FB.
Ada yang dah dibeli dan selamat sampai ke penerima pun.
Dan ada lagi yang masih available.


Mr Sirap Bandung
The Wedding Breaker
Mr Pai Epal
Terlerai Kasih (baca tak sampai half)
Uda & Dara
13 Jam A380 
My Precious Iris
I Love You Stupid
Atas Nama Cinta
Kasih Antara Kita
Rahsia Cinta Sofia
Ros Biru Untuk Dia
Kopi Ladyku
Sesaat Cukup Bagiku (best!)
Si Mangkuk Tingkat (best!) 
Sweet Sour  (best!)
Setia Hujung Nyawa
Akulah Cinderalla Itu
Alang Rebus Tak Empuk
Kabus Kasih
Senafas Rindu
Sayangku Latifah
Seindah Rindu
Kerana Dia Cinta
Rindu Semalam
Rindu Yang Pergi

So, sapa berkenan nak beli boleh la emel atau kalau ada no w.app ai, w.app je lah.
Nanti ai bagi harga.
Kot nak ambik kombo ke apa ke.

Sekarang nak simpan koleksi penulis favourite je.
Iaitu Noor Suraya, Anis Ayuni, Siti Rosmizah n Norhayati Berahim.
Oh. Marissa pun tak jual. Dan E-Man Sufi (novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta) pun tak jual.

Selain dari itu, mmg nak let go.

14 May 2014

Menjual Barang Preloved / Preowned

Ini kisah Ahad lepas.
Berangkut angkut menjual barang2 yang tak diperlukan dah.
Atau nak sedap kita panggil 'pre-loved'. Gitu.

Best jugak jual barang2 pre-loved ni kan. Dulu aku tak pernah pikir nak jual. Malah segan. Sbb aku rasa cam ada ke orang nak beli barang terpakai nih. Bukan la aku nak jual yg buruk pun, yg masih baru pun aku rasa cam segan sgt. Takkan la nak jual barang buruk. Ko nih... 
Bermula dengan menjual baju batik yg dpt sambutan. Hihi. Siap ada yg kata, kalau ada lagi, tolong bagitahu. Huhu. Ada tu ada, tapi kang aku lak yg kurang baju batik. Camno?
Tapi, ada jugak tak laku cam baju batik chiffon. Mungkin sbb harganya.
Jadi, tak payah beli baju chiffon pas ni sbb dah la mahal, lps tu nak jual balik takde orang nak sbb harga tu cam boleh je nak beli baju yg lebih cantik dan baru. Kan?

Lps tu, bila almari dah sampai (Ha, nanti I cerita pasal almari custom made ni ya. Besar. Dan puas hati), terus la mengemas bagai nak giler.
Bila almari baru sampai, ada almari perlu di let go.
Maka, kami let go satu almari lama - yang beli masa baru kawen. Almari biasa2 je. Harga tak ingat. Kebetulan dekat dgn rumah ada kedai yg membeli perabot terpakai. So, myDH call orang tu (rasa cam bangla yg run kedai tu) dan suruh dia dtg tengok. Dia dtg tengok je kata nak 20hinggit. Adoi. Nak taknak mmg kita taknak pun kan. So, biaq pi lah 20hinggit. Let go je lah. Terus je bangla tu hangkot turun. 
Settle satu masalah ruang.

Seterusnya. Majalah lama.
Bila post pasal majalah lama - ada yg kata jual je. Ramai pun kata jual je.
Amik masa woh pikir. MyDH lagi la kata - jual je.
Sayang oke.
Banyak giler. Dan berat giler.
In-Trend tu yang sayang bebeno sbb aku tak pernah miss beli setiap bulan.
Every month since Nov 2005. Without fail!
And aku stop bulan Januari 2014. Sbbnya beberapa bulan sebelum tu, aku beli - tapi aku tak baca. Huhu.
Mak aku pun tahu - skrg dah ada internet, takde dah nak baca majalah2 ni. Wah. Kelas mak ai, mengikut peredaran zaman.
Tapi mmg betul pun.

Pikir pikir. Ah, jual je. Termasuk kotak2 dan kertas A4, dan kertas yg di shred. Ha kau, aku siap pinjam mesin shredder opis bawak balik. Kuikuikui.

Jadi, jual.
Hasilnya ini. Majalah tu punya banyak citer dan berat nak 50kg, RM9.50 saja ko amik? Huhu. Sadis. Moralnya, takyah nak jadi pembaca setia sangat.

Lepas tu, Mimi ada tanya pasal sofa yg aku nak let go.

So, terus berurusan ngan Mimi. Begitu begini, kebetulan lak umah dia dekat je dari KSU tu - dan dia ada van. Senang keroje. 
Harga - rahsia! kan Mimi kan. Hikhik. Mekasih ya Mi, sudi beli sofa titew. Hikhik
Jadi, sekarang, bergelimpang lah kami laki bini depan tv.

Lepas tu mula la rasa cam eh, oke lah kalau camni je.
Beli bean bag 2 bijik, pastu kerusi jejari tu kan. Mmg 'chara'.
Rasa cam nak mintak balik deposit sofa yg dah booking tu (cea, bagitau ada beli sofa baru la pulak. Kuikuikui).

Bes jugak jual jual nih.
Apa lagi yea nak jual???? 

15 April 2014

Dari Wardrobe Puanstoberi : My Preloved Batik

Walau rasa cam segan sgt nak letak, tapi ku gagah jugak la letak.
Ada yg tanya, kenapa segan?
Jawapannya - sbb tak pernah dibuat nak jual baju pre-loved nih dan risau orang kata baju buruk.
Lps tu dia kata jangan la letak baju buruk.
Haish. Tak pernah terpikir dek akal ni nak letak baju buruk. Takkan la teruk sgt perangai kan nak letak baju buruk pulak. Tak smpai hati rasanya. Yang aku maksudkan buruk tu - risau orang anggap baju buruk. Takkan la nak jual baju buruk. Kot ye pun kan.

Yang nk dijual ni semua elok lagi condition, in fact, mmg tak pakai selalu. Sbb tu lah nak di jual. Akibat dari terlalu banyak beli batik setiap kali promosi kat ofis nih, maka sudah lambakan batik dalam almari. Tak tahu bila nak pakai.

Sebenarnya banyak lagi baju lain, tp mmg tak sampai hati nak jual. Bukan ber erti buruk, tp kalau dah selalu pakai, tak sedap pulak nak jual kan. So, ini je lah yg boleh di consider nak jual. 

Tapi, renyah betul nak buat preloved ni kan. 
Nak iron, nak ukur, nak buat 'studio' dia. Pergh.
Mmg tak la aku nak jual keremot2 tu. Kadang tu, aku tgk orang jual tu mmg napak lusuh, napak selalu pakai. Tu pun gamak nak jual - dgn alasan nak kosongkan almari. Apa apa lah kan.

Oke lah.  Ni lah preloved Batik saya yang di iklan kat Instagram. Tapi, Dan yang ni dah sold. Thanks to pembeli. Mmg semua rerakan yang dikenali. Huhu.

Harga : RM30 (SOLD)
Material : Batik Jacquard (sutera)

Harga : RM30 (SOLD)
Material : Batik jacquard (sutera)

Harga : RM40 (SOLD)
Material : Batik Jacquard (sutera)

Harga : RM50 (SOLD)
Material : Batik Jacquard (sutera)

Ahah! Yang ni je belum dapat di sold. Huhu. Masih available. Mungkin sbb price agak tinggi bagi pre-loved. Tp material baju ni mmg mahal. Masa beli pun mmg harga up to 200-300.

Yang ni semua saiz S. Kalau berminat just emel, nati saya bagi detail.
Harga : RM70
Material : Baju - Chiffon
Kain - Crepe (ada lining)

Harga : RM70
Material : Baju - Chiffon
Kain - Jacquard (sutera)

Semua baju ni boleh basuh cam biasa.
Tak perlu hantar dry clean.
Just rendam saja dgn air sabun - bilas - rendam dengan softener.
Or else, kalau nak basuh guna washing machine, pun boleh, tp buat mode - wool (yg tak spin kuat sgt masa last)
Baju ni semua mudah utk di iron - Insyaallah - cuma tu lah, cara basuh tu kena buat cam yg di saran kat atas tu ya.

Emel saja : idaramli2011@gmail.com. Mana yg sedia ada nombor saya, w.app or msg saja ya.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign