Pages

5 May 2014

3 Mei 2014 : Hari Yang Panjang

Hari Sabtu lepas.
Boleh dikatakan hari yang panjang.
Sebenarnya plan nya - lepas breakfast, kemas2 rumah then lps Zohor or Asar nak terus ke Pesta Buku.
Tapi, tu lah. Kita hanya merancang kan.

Pagi tu masak nasik lemak (ceh.. masak nasik lemak pun berkokok sana sini macam kan masak nasik ujan panas. Hahahaha).
Masak nasik lemak utk terus sampai lunch lah kiranya.

Nasik lemak lauk sambal sardin.
Lepas tu goreng je ikan bilis garing-garing.
Nyum nyum. Nasik lemak tu - masa tgh nak masak - bau dia menyentap jiwa. Sedap betul bau kalau buh daun pandan kan.
Telur mata yang elok bulat tu utk MyDH.
Yang satu lagi, sengaja aku hancurkan sbb aku tak suka telur kuning lembik2 tu.

Dah siap makan tu, rilek rilek jap, dapat plak w.app dari grup HR.
Berita tentang wife salah seorang officer kat HR meninggal. Kat Kuala Pilah.
Jadi, terus la contact2 dgn rerakan ofis.
Tak pergi tak boleh lah. Udah la mmg dept-mate pun kan. Pastu pulak kita HR. Takkan tak pergi.
So, siap2 terus pergi ofis.
Dalam kul 10.30 terus gerak ke Kuala Pilah. Dalam pikiran kami mungkin tak sempat lah nak hadiri majlis pengkebumian sbb dari msg kami terima tu, arwah dah meninggal selepas isyak. Kebumi pagi katanya.
Tapi, takpe lah. Kita ziarah je kan.

Pergi sana, ada orang cawangan sana bawak utk tunjuk jalan.
Kalau tak, mmg kami tak dapat nak carik jalan lah.
Rezeki kami mungkin, elok kami sampai, jenazah  nak kebumi.
Terus ke kubur. Panas mmg 'meghelit' la.

Settle semua urusan, singgah makan dulu kat Kuala Pilah tu.
Eh. Sedap lah makanan kedai ni.
Kedai dia pun bersih.
Nyaman je sebab bawah pokok.
Nama kedai Kak Lang D Rimba.
Ada artikel berkenaan kedai ni kat Utusan rupanya.
Mmg femes la.

Dalam perjalanan balik - hujan lebat pulak.
Sampai ofis dalam kul 4.30ptg.
Lps tu decide ngan MyDH nak g PWTC.
Ingat nak terus bawak kereta. Tp hujan lebat. Jammed lagi kat Jalan Tun Razak.
So, naik tren lah.
Terpaksa la parking 3ringgit kat stesen LRT tu.
Parking = RM3. Tambang = RM1 sehala. Pergi balik RM2 x 2 = RM4. Total RM7. Baik lah parking je kat PWTC tu kan. Tp tu lah. Risau pulak takde parking. Hurm.

Kali ni mmg tak lama aku kat sana.
Dan tak beli novel pun. Lalu booth novel pun buat tak tahu je.
Hihi.
Memula MyDH tak percaya aku tak beli novel.
Sekali mmg tak beli. Ha. Amazing kan.
Ye lah. Kat rumah melambak novel tak habis lagi. Tebal2 cam buku talipon pulak tu. Entah bila tahun aku nak habiskan pun, aku tak tahu.
Tu je.

Jadi lah, dari takde.
Mudahnya menjemput rezeki tu dah lama carik. 
Dapat RM15 instead of harga dia RM18. Kalau tak RM16, myDH mintak kurang. Hihi.
Yang buku rawatan tu pun myDH mintak tawar harga.
Oh. Best jugak kalau pergi dah hari nak last2 ni kan. Pastu petang2 time orang tak ramai.
Buleh mintak murah. Hihi.
Buku Ustaz Kazim mmg nak carik sbb buku Tuhan Sedang Menguji Kita aku dah ada.

Jadi, itu lah cerita hari Sabtu saya.
Dah berpanas2 ketibas segala kat Kuala Pilah. Pastu hujan pulak.
Takpe lah kan. 

Utk arwah, sesama kita doakan agar rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

3 juta komen

pilah kat belah mana??

re: dr batuk aritu lg.. nk msg akak tny pasal bawang putih yg akak buat.. tp internet kt johol adelah mcm hape je.. sampai ke usdah x msg akak....

sue dh lama tak jejak Pesta Buku ni.. lately ni asyik pergi Fest . Makananan Halal..asyik makanan je..hehehe

berjuta orang pergi Pesta Buku ni... ida teringin sangatt nak pergii tapi andi tu... alahaii xsuka tempat sesakk.. mencik! hikhikhik

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign