Hari ni seharian aku ngadap senarai nama shorlisted utk interview.
Yang jawatan di iklan kan tu ari.
Interview utk W17 and J17 dulu. Di samping ada 2 lagi interview yg belum buat dulu.
Berpinau bijik mata.
Yg dah di key-in kena semak semula.
So, bila aku dah semak ni, pelbagai menda la aku jumpa kan.
Yg buat aku 'semak' pulak kepala.
Kalo tgk yg J17, mostly lelaki yg mohon. Jadi, tau saja lah borang lelaki ni kan. Tapi, dari borang tu gak ada yg kita tahu mmg bersungguh nak mohon dan ada gak yg cam 'ah..lantak..nak amik..amik, taknak sudah..' Kita mmg boleh tau la. Huh! begitu kekdahnya mmg out dulu lah.. byk lagi org lain bebtul nak.
Utk yang W17 - ramai perempuan. Tau lah bahagian kira-kira ni kan. Pompuan la mendominasi salunya kat IPT tu. Derang ni oke. Takde masalah. Cuma ada la gak yg mungkin derang terlepas pandang.
Jadi,
meh aku nak bagi tips sket ya supaya anda mudah di shortlisted utk di panggil temuduga. Ini utk permohonan yg guna borang lah. Yg direct online cam kat JobMalaysia apa seme tu, tak terpakai la. Setgh jabatan ada je lagi suh antar guna borang, salu je aku tgk iklan kat paper Mingguan tu ha. Lagipun aku rasa la, cam leceh plak guna JobMalaysia ni. Derang mohon cam secara pukal. So, bila dipanggil interview dia pun cam ter blur2 kat mana dia mintak dan kurang pengetahuan pasal tpt yg dimohon tu.
Antara tips utk hantar permohonan dan utk mudah di shortlist... Ini secara kasar je ni. Jgn pulak bila dah ikut tips aku ni, skali tak dipanggil interview..udah aku pula dipersalahkan. Huhu.
Pertama - kekemasan borang permohonan. Maksudnya seboleh-bolehnya jangan la ada padam/potong/blanko ke apa ke. Liquid2 tu takmo ya.. selekeh nampaknya. Sbb tu masa dulu aku sedia 2,3 borang dah. Kalo silap leh isi satu lagi. Kalo tulis guna pensel pun awal2 tu, harap padam la leklok, jgn bagi napak kesan tulisan pensel tu. Selekeh. Apatah lagi kalo borang ada tumpah kuah kari ke sambal tumis ke.. lagi la jangan.. tu bukan selekeh, tu dah tahap pengotor. (T___T)
Kedua - cara susunan. Eloo... weols masa key-in nak tgk result tau..bukan nak tgk segala sijil teakwando, sumo segala tu. Elakkan la letak sijil ko-kurikulum tu paling depan. Tau ko aktif, wakil olahraga itu ini, tapi tu kira cam 'side-effect' la kata orang tu. Cara paling elok, mula letak IC n salinan surat beranak, then terus letak kelulusan tertinggi di hadapan dan baru lah diikuti dengan segala sijil yg lelain. Pijar tgn aku selak sijil yg tebal2 tu nak mencari sijil SPM and kelulusan tertinggi. Skali tgk kat blkg skali ko letak. Tskkk... Oh. Transkrip juga penting. Dun eva terlepas pandang tak letak transkrip ya. Boleh jadi tak valid permohonan ko dik...
Ketiga - Tgk apa yg diperlukan - if dalam iklan kata salinan sijil mesti disahkan, maka ko misti sahkan. Haaa.. aku dpt tangkap juga yg fotostat semula sijil yang ada pengesahan. Dah jadi tak original plak pengesahan tu dik. Kalo buleh, guna stamp pad kaler biru. Baru lah terserlah ke-originality-an dia. Aku tahu, ko segan nak amik byk2 kali cop pengesahan tu. Aku dulu pun camtu. Lagi la jumpa tok ngulu ko.. kadang aku bawak 3 salinan sesiap. Jenuh tok ngulu tu menyain smpai lenguh tangan (-_-"). Tp yg jadi mangsa meneman aku adalah arwah ayah aku. Nak harap aku.. mmg la pemalu. Huhu. Oh... sungguh besar pengorbanan mu ayah. Tp sudah terbalas sbb skang aku pun dah bleh sahkan salinan sijil. Lai..lai..lai.. sapa mau.. satu sign singgit. Miahahaha.
Keempat - Hanya yang berkaitan. Apa maksudnya? Maksudnya kalo ko mohon jawatan juruteknik, maka, jgn la pula ko hantar permohonan dgn kelayakan sijil catering. Jauh bezanya ya. Itu aku bagi contoh. Tp ada yg kiterang terima retu apa ke, sijil pertanian ke apa ke tah tu. Jauh benar tu wei larinya. Jadi, bagi lah yg sepadan dgn kelayakan yg diperlukan. Kalo tak sesia segala penat lelah peluh tiak ko gi fotostat sijil, amik cop sijil segala tu. Ada yg kata, mungkin org tu ada pengalaman kerja bidang tu sbb ada yg belajar bidang grafik tp buat pentadbiran. Oke, tu mungkin boleh dimaafkan juga. Tp kalo bidang2 yg 'specialization' ni, sendiri maklum ler yer anak-anak. Nak mohon juruteknik ni, nati keja sure la berkaitan wayar2 apa tu, ko takde kelayakan tu ko rasa buleh ke? Kang ada yg short current kang tak memasal ja (T__T)
Kelima - Sekiranya semua kat atas tu telah dipenuhi, maka, berdoa dan terus berdoa, agar borang korang di pick utk diletakkan dalam senarai shortlisted. Bukan mudah ya anak-anak. Walo kita rasa kita dah lengkap segala, result pun bes, tp dalam pada tu ada ramai lagi yg bagus. Pening woh nak cari calon ni. Kali ni tak la banyak sgt pun permohonan. Ada 1,199 permohonan ja bagi 3 jawatan yg diiklan. Tak banyak kannn??? Huhuhuhu...
Oraits. Itu saja. Jangan ambil mudah ya. Kerana sekiranya anda betul2 berminat utk merebut peluang, maka, ia bermula dari borang permohonan!
Terima kasih atas komen anda :)