Pages

17 January 2013

Edisi Menabung

google
Apsal eh. Bila google gmbr saving je misti mostly gmbr org tgh simpan duit kat tabung piggy. Hihi. Piggy bank la tu.

Oke. Nak cerita pasal menabung/saving. Tp bukan nak bagi tips ke apa. Byk tips kut org dah bagi. So buleh gugel. Nak kata aku ni berdisplin menabung, idak juga. Tp ada la yg aku terus potong gaji dan masuk ke ASB. Yerp. Bila masuk tahun baru, sana sini akan memperkatakan ttg ASB. Ye lah, dah masuk bonus ASB, harus ramai nak tahu berapa bonus yg dpt. 

Pening jugak nak ikut sebenarnya. Sana kata tak buleh, sini kata oke.
Baca kat sini, macam oke lah.
Tp baca tpt lain macam tak oke.

So, mari lah kita menabung di bawah bantal saja.
Oke. Tak lawak!

Cena nak kata ah. Aku mmg tak amik yg loan ASB ke apa yg seumpamanya tu. Sbb dulu aku ada osmet yg keja PNB. Dia kata better akak simpan je terus kat ASB tu, takyah wat loan ke apa seme tu. Oke la. Aku pun mmg takde hati nak buat cara2 tu. Mmg sejak masuk keja terus buat potongan. Dan nilai pun byk tu la tak berubah. Muahaha.


Sebenarnya situ tu simpanan kalo nak guna ketika kecemasan. Situ mmg masuk keluar la duitnya. Dan juga situ la aku simpan duit nak gi travel. Mmg tak fixed pun simpanan tu. Kira kalo dpt pendapatan/bonus pun tak la byk mana. Mmg yg menjadi persoalan yg itu lah - bonus tu. Dari mana dtg sumbernya kan. Kadang aku pun cam tertanya juga. Dan utk tu mmg aku tak peruntukkan simpanan byk dlm tu. Dan memangnya mmg simpanan tu 'bergerak'. Duit tu lah digunakan utk gi travel sana sini. Bagi aku, itu kaedah yg terbaik utk aku menabung/saving. Bukan pasal nak kan bonus/pendapatan setiap ujung tahun. Kut kalo simpan kat Maybank je... pepaham je lah. Tambah lagi aku yg suka soping online ni. Agak bahaya kalo di simpan dalam akaun biasa, langsung tak bergerak ke mana2 kang. Yer, seakan matlamat tak menghalalkan cara pulak kaedahnya ni kan. 


But, kalo utk jumlah simpanan yg minima - harusnya lah di simpan di sini. Lagi mudah skang buleh transfer thro Maybank juga. Aku dah daftar tu ari. Tp tak penah buat lagi. Rasa puas hati kalo terus ke Tabung Haji jugak.
kredit : Tabung Haji
Selain simpanan kita di zakatkan terus, ini lah tempat terbaik utk menyimpan aku rasa. Ada bonus juga.
Tapiii.... aku tak daftar untuk haji lagi nieh... nak ajak myDH, tp dia cam tak berapa bersedia je nak daftar. Walhal kalo daftar pun berpuluh tahun lagi kot baru pegi. Adeh.. aku je lagi tak daftar kut nih.. org lain aku rasa seme daftar dah. Uhuks!

Apa pun, mari lah menabung utk kesenangan masa depan. Ceh! cakap cam orang lain tak menabung. Walhal org lain duit dah juta2 dlm simpanan. Hiks (",)

p/s : sapa ada buat saving kat Amanah Hartanah Bumiputera? Oke dak? Tgh mendalami pasal tu plak. Rasa cam berminat gak tu.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign