Sebenarnya aku tak berapa nak pakai shawl2 ni. Aku mudah pakai tudung bawal n tudung awning tu je. Kalo ber shawl tu kengkadang 'pengkritik tetap' kat rumah tu kata napak rimas la apa. Eh. Dia pulak yg rimas kan. Tp mmg betul pun. Kang tak smpat smpai kul 1pm aku dah rimas kat ofis tu. Lagi jadi satu hal lain.
Tp sesekali pakai lah. Ikut mood kata orang tu.
Walo orang kata mudah, tak payah iron bagai, tp bagi aku, tetap rasa susah. Kena mood pagi tu bebtul baik dan ceria baru buleh pakai. Kalo takkkk....
Shawl panjang tu, oleh kerana aku ni jenis tak pakai anak tudung, pastu plak mmg muka aku tak kena kalo pakai anak tudung yg melekap kat dahi tu, maka aku pkai shawl panjang dgn tudung Ariani yg pendek tu.
Mudah je sebenarnya, tp jgn dibuat la kalo nk p meeting ke apa. Nati rimas.
Kalo mmg hari tu takde kemana2. Duk diam je setempat, so then, okay, leh pakai g ofis.
Kalo nak bawak jejalan pun tak penah. Tp g kenduri ada gak la. Walo rimas dan panasss.... ku tahan jebattt... (T___T_
Half moon ni plak, ada la dengar2 gak. Lama dah kut tudung/shawl jenis ni kuar.
Kat Radiusite pun ada. Tp tak pernah nak beli pun.
Kalo google tutorial shawl half moon memacam gaya derang ni buat.
Antaranya begini.
Lawa betul bila tgk derang pakai gini. Tp mmg idak la aku reti pakai camtu gaya.
So, half moon shawl yg aku beli dari Poplook tu, aku pakai style biasa je.
Pakai cam tudung bawal. Pastu kemas2 kan bahagian depan tu.
Cumanya, aku pakai ngan tudung Ariani yg kecik tu lah. Aku mmg kumpul byk tudung Ariani pendek ni. Saja beli masa murah2 dia jual dulu tu.
Jadi, takde masalah nak pakai gi ofis. Waktu kerja. Tak rimas pun. Elok je dia terletak dgn tudung awning Ariani tu. Hihiw. Mix n match la kononnya.
Tp sebenarnya halfmoon ni bagus gak sbb dia boleh labuhkan untuk tutup dada. Ala2 Dr. Muhaya pakai bila pakai dgn tudung Ariani tu kalo dilabuhkan :)
Sesekali buleh la.. time mood ceria, buleh digayakan. Kalo mood malas... aptb.
Muahaha.
Gmbr aku pakai tu ada aku jaja kat instagram.
Terima kasih atas komen anda :)