Pages

11 January 2013

Never Give-up


Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.
Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan?
Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.
Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.
Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.
Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa?
Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran.
Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian.
Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?

Lawan Perasaan Putus Asa

Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang.
Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan.
Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa.
Kesilapan sering terjadi di situ.
Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.
Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.
Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.
Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.
Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.
Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.
Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.
Seharusnya kita mengetahui erti putus asa.
Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.
Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.
Semuanya bermula daripada putus asa.
Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain.
Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.


Dilihat sepertinya aku berputus asa sekiranya aku mengambil keputusan ini. Tp serius... satu waktu mmg aku pernah rasa 'give up' tapi, sekarang walo dilihat seakan berputus asa, tp ini bukanlah penyebabnya. Aku bukan berputus asa. Give up tu mmg jarang ada dlm hidup aku. 

Entah. Diri aku, aku tahu. Aku tak give up. Aku tak lemah. Cuma, aku tahu kemampuan diri. Aku tak suka berbuat sesuatu utk end-result yg sekadar cukup cukup makan saja kata orang tu. Sekadar buat kerana orang lain juga buat. Buat sesuatu yang menyusahkan banyak pihak. Buat sesuatu yg akhirnya menyusahkan aku juga.

Aku masih ber-motivate utk itu. Aku masih punya semangat utk itu. Tak pernah padam. Tp kemampuan dan keperluan lain mengatasi semangat yg satu. Banyak yg lain perlu diberi perhatian.

Kemampuan aku pada masa ini adalah untuk menumpukan sepenuh perhatian aku pada kerja dan juga sepenuh perhatian pada emak yg sakit juga sepenuh perhatian pada 'rawatan-yg-dah-smpai-border-line-tp tak-buat-lagi'. Mungkin aku tersilap dalam membuat keputusan dulu. Tp mujur juga tersedar awal. Selesaikan lah satu persatu dulu. 

So, aku rasa ini terbaik untuk diri aku sekarang. Sekurang-kurangnya aku sudah mencuba. Dan mungkin ada hikmahnya juga dengan keputusan ini.
kredit : Here
(silap aku kerana membuat keputusan dulu tanpa beristikarah terlebih dahulu)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign