Pages

Showing posts with label temuduga. Show all posts
Showing posts with label temuduga. Show all posts

20 May 2015

Pffft Sangat Perangai Tau

Korang aware tak apa maksud sebenar pfft nih?
Haha.

Tu ari lah. 
Masa dalam bilik intebiu tu. Dah boring2 tu. W.app ngan grup unit. Ni grup mini lah kiranya. Ada 5 orang.
Pastu ter masuk la perkataan "pffft" ni.
Sekali ada adik aku yg luhur pi carik maksud dia.
Haha.
Sbb dia kata 2x kak Ida guna perkataan tu. Gigih dia pergi google.


Tertahan tahan nak gelak dalam bilik intebiu tu tau. 
Hahaha.
Tak tahu plak ada maksud sebenar dia.

Hahaha.
Aku gambar kan pfft tu cam "hek ele sangat perangai"

Atau macam dah annoying giler dah.
Ni dari urban dictionary.
Kira macam bahasa slanga je lah pfft nih.


Dah.
Jangan nak pfft sangat perangai ya.


19 May 2015

Temuduga Mode Is On

Last week till Monday tu ari busy dengan temuduga.
Bermula 13 Mei sehinggalah 18 Mei.
Temuduga. Temuduga. Temuduga. Dan temuduga.
Jawatan Gred 41, jawatan Gred 27, Jawatan Gred 17 dan jawatan gred 11.
Dari pagi sampai petang.
Paling lama adalah sehingga 6.30 petang.
Walau duduk je dalam bilik temuduga tu, ingat tak penat ke.
Penat menunggu, penat tgk gelagat orang. Hihi.

Takde apa nak komen untuk temuduga kali ni.
Okay je lah.
Now time untuk buat analisa pulak.
Siapa yang mmg ada rezeki tu, ada lah rezekinya. Orang kata tu - mmg dah tertulis rezeki kan.
Yang penting, jangan main potong rezeki orang.

Last weekend seronok betul bermalasan di rumah.
Pheww.. dah lama tak bermalasan sebegitu rupa.

Hari Sabtu pergi FRIM jap. Takde naik canopy walk tu pun. Just jalan2 naik bukit tu ja. 
Hey, semua dah GST jugak FRIM ni. Nak bawak masuk kereta pun dah ada GST 6%, dan nak naik canopy pun dah kena GST gak (dulu - RM5, skrg dah jadi RM5.30 sorang).


Ku lihat hijauuu... 
Nak tenangkan pikiran setelah 3 hari bertapa dalam bilik temuduga.
MyDH 1st time pergi sini. Dia kata okay lah kalau nak pergi sebulan sekali ke sini.
Hari Ahad duduk rumah je.

Oh ya.
Nak ucap selamat hari guru. 16 Mei tu ari.
Pada kengkawan blog yang bergelar guru.
Saya dulu pun pernah bergelar guru. Kejap. Setahun. Ngeee

12 May 2015

Ujian Trengkas Dan Rintas

Kedudukan ke 20 dari 577 orang.
Top 20 tu. Cewah.
Anda bagaimana?
Ce buat, ce buat.
Klik sini - http://10fastfingers.com/typing-test/malaysian

Saja je ni.
Sbb nak carik bahan untuk buat ujian trengkas kat calon S.U Pejabat Gred N17.
Tu yang terjumpa web tu.
Macam best kan.
Idak la laju nau sebenarnya sbb 68p.s.m
Tgk kat web tu ada yg 110p.s.m
Amboihhh. Laju nau nau tu.

29 January 2013

Persediaan Untuk DiSenarai Pendek

Hari ni seharian aku ngadap senarai nama shorlisted utk interview.
Yang jawatan di iklan kan tu ari. 
Interview utk W17 and J17 dulu. Di samping ada 2 lagi interview yg belum buat dulu.

Berpinau bijik mata.
Yg dah di key-in kena semak semula.
So, bila aku dah semak ni, pelbagai menda la aku jumpa kan.
Yg buat aku 'semak' pulak kepala.

Kalo tgk yg J17, mostly lelaki yg mohon. Jadi, tau saja lah borang lelaki ni kan. Tapi, dari borang tu gak ada yg kita tahu mmg bersungguh nak mohon dan ada gak yg cam 'ah..lantak..nak amik..amik, taknak sudah..' Kita mmg boleh tau la. Huh! begitu kekdahnya mmg out dulu lah.. byk lagi org lain bebtul nak. 
Utk yang W17 - ramai perempuan. Tau lah bahagian kira-kira ni kan. Pompuan la mendominasi salunya kat IPT tu. Derang ni oke. Takde masalah. Cuma ada la gak yg mungkin derang terlepas pandang.

Jadi,
meh aku nak bagi tips sket ya supaya anda mudah di shortlisted utk di panggil temuduga. Ini utk permohonan yg guna borang lah. Yg direct online cam kat JobMalaysia apa seme tu, tak terpakai la. Setgh jabatan ada je lagi suh antar guna borang, salu je aku tgk iklan kat paper Mingguan tu ha. Lagipun aku rasa la, cam leceh plak guna JobMalaysia ni. Derang mohon cam secara pukal. So, bila dipanggil interview dia pun cam ter blur2 kat mana dia mintak dan kurang pengetahuan pasal tpt yg dimohon tu. 

Antara tips utk hantar permohonan dan utk mudah di shortlist... Ini secara kasar je ni. Jgn pulak bila dah ikut tips aku ni, skali tak dipanggil interview..udah aku pula dipersalahkan. Huhu.

Pertama - kekemasan borang permohonan. Maksudnya seboleh-bolehnya jangan la ada padam/potong/blanko ke apa ke. Liquid2 tu takmo ya.. selekeh nampaknya. Sbb tu masa dulu aku sedia 2,3 borang dah. Kalo silap leh isi satu lagi. Kalo tulis guna pensel pun awal2 tu, harap padam la leklok, jgn bagi napak kesan tulisan pensel tu. Selekeh. Apatah lagi kalo borang ada tumpah kuah kari ke sambal tumis ke.. lagi la jangan.. tu bukan selekeh, tu dah tahap pengotor. (T___T)

Kedua - cara susunan. Eloo... weols masa key-in nak tgk result tau..bukan nak tgk segala sijil teakwando, sumo segala tu. Elakkan la letak sijil ko-kurikulum tu paling depan. Tau ko aktif, wakil olahraga itu ini, tapi tu kira cam 'side-effect' la kata orang tu. Cara paling elok, mula letak IC n salinan surat beranak, then terus letak kelulusan tertinggi di hadapan dan baru lah diikuti dengan segala sijil yg lelain. Pijar tgn aku selak sijil yg tebal2 tu nak mencari sijil SPM and kelulusan tertinggi. Skali tgk kat blkg skali ko letak. Tskkk... Oh. Transkrip juga penting. Dun eva terlepas pandang tak letak transkrip ya. Boleh jadi tak valid permohonan ko dik...

Ketiga - Tgk apa yg diperlukan - if dalam iklan kata salinan sijil mesti disahkan, maka ko misti sahkan. Haaa.. aku dpt tangkap juga yg fotostat semula sijil yang ada pengesahan. Dah jadi tak original plak pengesahan tu dik. Kalo buleh, guna stamp pad kaler biru. Baru lah terserlah ke-originality-an dia. Aku tahu, ko segan nak amik byk2 kali cop pengesahan tu. Aku dulu pun camtu. Lagi la jumpa tok ngulu ko.. kadang aku bawak 3 salinan sesiap. Jenuh tok ngulu tu menyain smpai lenguh tangan (-_-"). Tp yg jadi mangsa meneman aku adalah arwah ayah aku. Nak harap aku.. mmg la pemalu. Huhu. Oh... sungguh besar pengorbanan mu ayah. Tp sudah terbalas sbb skang aku pun dah bleh sahkan salinan sijil. Lai..lai..lai.. sapa mau.. satu sign singgit. Miahahaha.

Keempat - Hanya yang berkaitan. Apa maksudnya? Maksudnya kalo ko mohon jawatan juruteknik, maka, jgn la pula ko hantar permohonan dgn kelayakan sijil catering. Jauh bezanya ya. Itu aku bagi contoh. Tp ada yg kiterang terima retu apa ke, sijil pertanian ke apa ke tah tu. Jauh benar tu wei larinya. Jadi, bagi lah yg sepadan dgn kelayakan yg diperlukan. Kalo tak sesia segala penat lelah peluh tiak ko gi fotostat sijil, amik cop sijil segala tu. Ada yg kata, mungkin org tu ada pengalaman kerja bidang tu sbb ada yg belajar bidang grafik tp buat pentadbiran. Oke, tu mungkin boleh dimaafkan juga. Tp kalo bidang2 yg 'specialization' ni, sendiri maklum ler yer anak-anak. Nak mohon juruteknik ni, nati keja sure la berkaitan wayar2 apa tu, ko takde kelayakan tu ko rasa buleh ke? Kang ada yg short current kang tak memasal ja (T__T)

Kelima - Sekiranya semua kat atas tu telah dipenuhi, maka, berdoa dan terus berdoa, agar borang korang di pick utk diletakkan dalam senarai shortlisted. Bukan mudah ya anak-anak. Walo kita rasa kita dah lengkap segala, result pun bes, tp dalam pada tu ada ramai lagi yg bagus. Pening woh nak cari calon ni. Kali ni tak la banyak sgt pun permohonan. Ada 1,199 permohonan ja bagi 3 jawatan yg diiklan. Tak banyak kannn??? Huhuhuhu...

Oraits. Itu saja. Jangan ambil mudah ya. Kerana sekiranya anda betul2 berminat utk merebut peluang, maka, ia bermula dari borang permohonan!

6 September 2012

Kisah Temuduga Dari Kacamata Seorang Penjaga Pintu

Kacamata?
Bila masa pula aku ber kaca mata?
Haha.

Oke, ini adalah pengalaman temuduga dari perspektif penjaga pintu. Ya. Penjaga pintu bilik temuduga. Aku lah tu si tukang penjaga pintu. Haha.

Mungkin orang akan kata, ah, baru sekali dua masuk bilik temuduga sudah mahu bagi perspektif bagai. Terpulang. Tp aku bukan masuk utk seorang dua calon. Tp sudah berpuluh. Eh, beratus ke.

Masa bulan puasa, aku berpeluang jaga pintu utk temuduga dalaman. Yg orang dlm yg nak naik jawatan baru. Bukan temuduga naik pangkat, tp kira temuduga utk lantikan baru. Yer, aku dulu pun tergolong dlm golongan ini bila kat jawatan skrg. Orang kata naik pangkat. Tp tidak lah. Tukar jawatan ja. Hihi.

So, dalaman ini biasa biasa ja. Lagi pun dah kenal sket orang orangnya kan. Cuma ada la yg cam sambilan seme tu, aku tgk agak take for granted. Suppose masa ini lah kena tunjukkan prestasi terbaik dlm temuduga sbb inilah peluang yg ada. Masa ini lah kena 'jual' diri. Agak kerugian di situ. Nervous mungkin. Tp rugi. Seriyes rugi. 

Kemudian, lps raya baru2  ni, utk orang luar. Jawatan gred 17 lah. Calon luar, kita buka 6 jawatan. Yg mohon ada 14ribu lebih. Diulangi. 14 ribu ya. Bukan 14ratus. Utk jawatan Pembantu Tadbir saja, ada 7ribu lebih permohonan. Ada ijazah segala pun minta jadi pembantu tadbir. Jadi, bila dah di saring, dipanggil utk temuduga jangan lah sambil lewa. Jangan lah take for granted. 
So, inilah pandangan dari seorang penjaga pintu bilik temuduga
kredit : Here

#1 : Study.
Bukan study bagai nak gila macam nak amik exam. Tp at least, kamu mesti tahu nama penuh tempat yg memanggil kamu untuk temuduga. Tergagap gagap menjawap soklan "sebutkan nama tempat yg kamu mohon kerja ini?" Tak tahu nama penuh? Hurm. Dari 7ribu lebih yg apply, kamu antara lucky one. Mengapa persiakan? Sayang tahu. Aku rasa sedih bila ada candidate  begini. Tp tak semua lah. Ada yg boleh jawab. Tp mostly tergagap gagap. Tak confident langsung. Aku tahu, derang ni isi borang online melalui JobMalaysia. Jadi, mungkin mereka tak perasan pun sapa yg panggil derang utk temuduga.
Seimbas lalu, masuk lah laman web, portal yang ada. Amik tahu lah sapa Ketua Pengarahnya, Timbalan nya. Fungsi jabatan. Tp tang KP seme tahu. Cuma tang timbalan, tiada sapa yg tahu. Kesian TKP yg ada bersama jadi panel.
Kemudian, perihal Kementerian. Ada yg tak tahu langsung nama kementerian. Kementerian Inovasi dibaginya. Oh. MOSTI la plak. Haha. Oke, mungkin nervous atau ada penyakit kegugupan. Nama menteri oke dah. Tp nama Timbalan.... kelaut...
Aku pelik. Pegi temuduga tanpa sebarang persediaan. How can dear? U're the lucky one. 7 ribu, dan kamu antara 20 terbaik. Aduhai.
Ada yg memberi alasan 'raya...tak smpat buka laman web?'. Kalo kamu sebagai majikan, terima ke jawapan tu?
Aku dulu nak pegi interview, jgn kata buka laman web, dgn menda dlm tu aku print segala. Penah aku interview kat SUK Negeri. Aku pun tatau apa perlu aku baca. Jadi, aku print senarai daerah yg ada kat negeri aku tu, keluasan dia segala. At least, ada something la boleh dicakap seolah kita tahu. Hihiw.

#2 : Penampilan
Tidak lah perlu mekap macam pokok krismas. Mengelip sana mengelip sini. At least, calitkan sedikit lah lipstik. Tak pun lip balm. Jangan lah dtg dgn muka berminyak berkilat. Tepek la sedikit compact powder tu. Sket ja pun. Bagi napak berketrampilan. Ye, aku tahu ada yg tak penah pakai tu seme. Ada yg macam eiii..eii.. apa ni mekap mekap, orang pakai bedak baby je lah. Tp pada hari anda yg terpilih dari ribuan umat tu, tolong lah 'menonjol' sket. Ada yg masuk utk jawatan PA. Tp alahai... 
Tahu tak, salah satu etika temuduga adalah perlu memakai kasut bertutup berwarna gelap?  Ada yg datang dgn sandal. Aduhai. Aku dulu pun tak suka pakai kasut bertutup. Tp utk temuduga aku dah sediakan sepasang kasut hitam bertutup. Mmg itu utk temuduga. Itu la sepasang kasut 'formal' yang aku ada. 

#3 : Sedia untuk 'menjual' diri.
Bukan yg dua singgit..dua singgit tu. Jual dalam erti kata, promote lah diri. Apa kelebihan anda? 'saya mudah berkomunikasi dengan orang ramai'. Err.. kelebihan ke tu? Bahaya kut, kang tak buat keja, asik nyembang ja. Zaman skrang ni semua di hujung jari. So, google la kriteria pembantu pejabat ke apa ke, sure keluarlah. Lps tu, masuk interview kamu kelentong lah apa kamu baca tu. Yang penting - konfiden. Haha.

#4 : Tahu serba sedikit tentang jawatan dipohon
Mohon jawatan PA, tapi tatau apa tugas dan tanggungjawab seorang PA. Lagi lagi kata perlu menjaga rahsia majikan. Selainnya?? At least masuk lah web ini - SPA. Kan ada sedikit job description di situ. Walo jawapan mungkin akan napak cliche, tp at least, kita tahu kamu ada melakukan sedikit study perihal jawatan kamu mohon. Ini lah jadinya bila mohon banyak banyak, dah tak tahu apa yg dimohon sebenarnya. Kasihan. Again, u're the chosen one. Ruginya tak buat betul betul.

#5 : Jangan terus buka cerita sedih.
Bak kata orang masa AF dulu tu, undi simpati. Contoh : saya tak kerja sbb mak saya sakit sekarang ni. Saya jaga mak saya. Oke. Bukan nak kata zalim dan tak simpati. Awal2 kamu dah buka cerita ini, nati cemna nak orang nak amik kamu bekerja. Boleh cerita pasal tu, tp twistkan jawapan. Mungkin boleh kata, sekiranya dapat kerja ni, saya akan bawa mak saya tinggal bersama saya. Lps tu mesti orang tnya kenapa. Dan baru cerita. Jangan awal2 dah bagitau apa masalah kita. Masalah lah nanti jawapannya.

#6 : Konfiden.
Ini sedikit sebanyak dari ketrampilan lah. Cara duduk pun dah tahu kamu konfiden ke tidak. Style kami di sini, masuk bilik temuduga dlm grup. Ada dalam 6-8 orang skali masuk. Ini lagi lah kena fight dgn yg lain. Janganlah duduk pun melengkung je badan. Cuba duduk tegak. Dan senyum. Suara pun kena kuat. Cakap tgk mata penemuduga. Ini cakap pun antara dengar dan tidak ja. Alahai. 

Jadi, itu lah diantaranya. Dulu, aku igt seme yg datang temuduga bersedia. Mesti dah tahu pasal syarikat la apa la. Dan aku bagai tak percaya sgt bila tk dpt bagi jawapan nama penuh jabatan. Serius. Sbb tu jangan kata orang masuk kerajaan ni ada kabel ke apa. Sbb kalo kamu sendiri men-down gradekan diri kamu, kamu dah bagi laluan pada kabel kabel tu. Apsal nak cakap kabel plak. Aku masuk keja ni, Alhamdulillah, takde kabel apa pun. Rezeki Allah. Begitu juga adik beradik aku yg lain. 

Mana yg dapat guna kabel tu, lantak la meke la situ. Derang pun mesti rasa cam tak bes juga. Ada sedara mara dpt masuk. Tp itu rezeki derang. Lagi la rasa cam malu 'ah, ko buleh la masuk sini, abang ko ada sini'. Tp kalo prestasi keja tak elok.. ha, menanggung malu lah.

Jangan la bila dah tak dpt keja tu mula nak kata 'kerajaan, mmg la..ada kabel dapat la' smbil memuncung2 bibir. Padahal sendiri yg masuk temuduga macam hampeh (maaf cakap, tp mmg aku terkilan btul dgn prestasi anak anak muda ni. Kecewa sgt sbb rasa melepaskan peluang).

Kalau ada lagi, nati aku tambah ya. Namun, pada yg masih belajar, pada yg masih mencari pekerjaan, satu je lah 'akak' nak pesan - don't take for granted pada peluang yg ada. Rugi sgt. :)

7 August 2012

Edisi Temuduga : Settle Sudah [Fasa 1]

Oke, settle urusan interview fasa 1.
Will be fasa 2, fasa 3 plak nati.
Itu nati2 kita pikir lak.
Skang ni kena settle kan utk pengambilan calon dulu.
Settle minit segala.

Ari ni agak me 'lemau' kan.
49 orang - 6 sesi.
Pheww...

Oh. Aku nak jawab soklan2 yg ada orang komen kat previous entry temuduga tu.

Blogger Anum said...
ala nape x ckp ada jawatan kosong
hehe

Anum :
Hihik. Cemana nak cakap, masa tu akak tak duk HR lagi. Hihiw :P


Blogger Nory Zoulkefle said...
nory teringin nk keje gomen, kekda tolonglah rekemen...hikhikhikhik....
Nory :
Wohooo... kalo rekemen, lps tu dapat, harus orang kata 'ha..dia tu ada kabel lah tu'. Mesti takmo jadi camtu kan?? hikhihikk.. by d way, ofis akak badan berkanun, jadi, kalo nak keja govt, carik la keja badan berkanun. Tak perlu melalui SPA :)


Blogger eKa said...
waaaaa kekda jadi interviewer.hebaknya

eKa :
Wohooo..... bukan ahkak interviewer, akak ni Secretariat ja.. tehehehee :P


Blogger Chekgu Azrine said...
ceritala sepenuhnya camne u jadi interviewer..hehehe

 Chekgu Azrine :
Jawapan sebagaimana di atas. Tapi sy mmg duduk la dlm bilik intebiu tu.. nak 'mendap' dah dibuatnya. Huhuhu..

6 August 2012

Edisi Temuduga : Hari Pertama

Settle untuk hari ni.
Alhamdulillah. Smoothly running.
Org nak masuk interview aku yg berdebau.
Apa kes? 
Maklum la kan...my 1st "big task" at my new unit ne.
Harus la nebes. Kut ada terkurang ter apa ke kang, mau kena jerkah ngan bigbos.
Takut woo. Dari hari Jumaat aku dah pastikan team aku siap 'siaga' segala. Hihik.
Dah la nak dpt nama wakil dari Kementerian tu ptg Jumaat tu baru dpt. Jenuh call call tak dpt, call call tak dpt. Mujo ada kenai someone dari unit Sumber tu. Thanks Soleha :)

So, reni settle utk jawatan N27, E27 n R3.
Esok B27.

Lps ni siapkan segala minit, calon calonnya, then baru tenang nak cuti raya.
Eh. Tak la tenang sgt. Sbb ada lagi jawatan nak buat interview lagi pas raya.

Fuh *lap peluh jap*
Takpe, pas raya dah buleh makan. Sambil interview sambil makan kuih raya, buleh?

Pengalaman pertama mengendalikan temuduga untuk jawatan kosong. Sokay la. Melihat gelagat orang dlm temuduga kan. Sblm ni ada la temuduga, tp nak amik orang menyewa. Huhu.

Apa pun, usaha, doa, tawakal.
Ingat rezeki datang dari Allah. Jika kali ni bukan rezeki dari Nya, pasti ada rezeki lain yg akan diberi Nya. 

Gambar sekadar hiasan. Ehsan : Google

edit : wohooo.... ada yg ai interviewer... bukan..bukan ai bukan interviewer, ai hanyalah urus setia interviewer, tp ai ada skali dlm bilik interview tu. Hihikksss :P

3 August 2012

Aptitude Test dan Tips Temuduga


Definition of 'Aptitude Test'
An exam used to determine an individual's propensity to succeed in a given activity. Aptitude tests assume that individuals have inherent strengths and weaknesses, and are naturally inclined toward success or failure in certain areas based on their inherent characteristics. An aptitude test does not test knowledge; it is not a test that one can study for.
Kredit : Here

Tips elakkan perasaan gemuruh ketika temuduga.


Tips 1: Ketika menunggu giliran, jangan terlalu mengandaikan soalan penemuduga.
Calon temuduga mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan berkenaan soalan yang akan ditanyakan  penemuduga. Oleh itu, jangan fikirkannya! Tenangkan fikiran dan elakkan diri dari mengandaikan perkara yang negatif.

Tips 2:  Anggap Temuduga Sebagai Sebuah Proses Perbualan
Calon yang dipanggil temuduga biasanya telah mencapai kelayakan yang dikehendaki oleh organisasi, dan temuduga digunakan sebagai medium untuk organisasi mengenalpasti calon dengan lebih dekat selain dari maklumat yang diperoleh dari dokumen permohonan kerja sahaja. Jadi anggaplah temuduga sebagai sebuah proses perbualan yang memerlukan jawapan ringkas dan padat. Penemuduga juga merupakan manusia biasa yang mahukan perbualan yang segar dan semulajadi, jadi anda hanya perlu buat bersahaja dan tidak perlu terlalu gemuruh!

Tips 3:  Berfikiran optimistik
Befikiran optimistik boleh mengurangkan rasa gemuruh. Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda pernah melalui situasi yang lebih sukar dari sekarang? sudah tentunya ya, bukan? Jadi cuba jadi lebih optimistik, dan berlatihlah untuk jadi lebih bersahaja..

Kredit : 

Dan aku nak tambah sket.
*Sebelum temuduga, boleh la buat solat hajat, mohon pada Allah agar dipermudahkan segalanya.
*Sebelum melangkah kaki nak ke tempat temuduga, semasa keluar rumah tu, berniat lah dalam hati tujuan kita untuk nak pergi temuduga tu.
*Sebelum masuk ke bilik temuduga, bertenang dan jangan nervous.
*Bacalah doa penenang dan penerang hati.
*Akhir sekali, tawakal. Sekiranya tertulis itu rezeki kita, Insyaallah.... dengan izinNya.


Good luck untuk semua calon temuduga :)



INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign