Pages

26 February 2015

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

Ya Allah uols.. sori lah sgt. Lupa nak buat entry ni.
Sebenarnya dah lama nak buat entry nih.
Sbb aku ada sign pengesahan kat borang staff yang mohon dari awal Februari lagi.
Nak buat entry.
Asyik la lupa.

Now, dah nak tarikh tutup.
Tapi, boleh lagi nak isi.
Utk penjawat awam, esp yang bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Yang ni untuk rumah penjawat awam area Kuala Lumpur (Bukit Jalil) dan bukannya di Putrajaya.
Detail boleh tgk kat web Kementerian Wilayah [Link : PPA1M]
Borang permohonan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia [link : Borang]

Ramai jugak la bebudak ofis ni mohon. 
Tapi tu lah, lambat plak aku buat entry ni kan.
Tarikh tutup nya pada 28 Feb 2015.
Buleh lagi kalau nak hantar esuk since 28hb pun dah hari Sabtu kan.
Sapa kerja govt tu try je lah. Mana tahu, ada rezeki kan.
Nanti tahun 2020 ai pergi beraya rumah uols eh.
Tapi, yang paling tak tahan, rumah ni ada 40 tingkat uols.
Siap buleh nampak ofis la dari rumah nanti.
Haha.


25 February 2015

Hilang Satu Kemahiran

Yakni kemahiran memandu!
Ya.. ya...
Ai rasa ai dah hilang kemahiran memandu.
Sayangnya. Tskk. (T____T)

Ai sekarang dah macam takut nak drive kereta.
Rugi kan.
Dahulu, ketika bujang berdesup ke sana ke mari.
Celah mana pun buleh lalu. Naik highway Seremban-KL memalam pun boleh kan. Pastu skrg ni kalau terfikir, mesti rasa eii.. aku ke buat camtu tu. Berani nya.. Cam tak sangka.

Tu hari, myDH ada course kat PD. 2 malam kat sana.
Jadi, sepatutnya takde masalah la sbb ofis pun sama, kan?.
Pergi kerja pepagi sesama - dia pergi course - ai bawak la balik kereta.
Nanti dia balik - pick up je lah dia.
Patut nya gitu lah kan.
Tak.. dia tak jadi camtu.
Dia jadi cam lain.
Ai is menumpang member balik rumah. Kereta tinggal ofis (T____T). 

Tu lah.
Dulu masa bujang bawak si kotak kasut comel. Mmg lah berdesup.
Dengan che merah, mmg ai cannot lah.
Pernah la bawa 2,3 kali.
Apsal la berat nau keta nih.
Berat la che merah nih. Kalau tau, tunggu sket lagi, baik beli HRV. Tak la berat sgt.
Eh?

Ye lah. Dengan ketumpatan jisim berat badan dan tinggi, ai rasa mmg ai tak sesuai lah bawak che merah ni. Ai tak kesah pun orang kata nanti nampak che merah bergerak sendiri lah apa lah. Takpe lah. Sebelum ni ada Volkswagen kuning gerak sendiri kat terowong menora. Ni che merah pulak bergerak sendiri kt highway Duke. Apa ada hal. 
Tapi, yang menjadi hal, kereta ni berat. Dah tu kena tekan minyak kuat kan. Eii. Tak suka tau. Kang ada yang jalan 20km/j. Buat marah dek orang. Pastu kereta ni kembang pulak tu. Lebar tahu. Pastu tahu je la motor2 ni. Suka sgt potong belah kiri. Tau2 je ada dekat je ngan side mirror tu. Gayah gayat tau. Ni pun cerita opis yang tak sampai 10km dari rumah, dan mmg ada ramai kawan duk sekali kat area tu. Kalau 40km. Lagi pening nak pikir sbb terpaksa driver jugak.

Tapi, tu lah. Dah ndak beli kereta sedan. Mmg tak dapek la nak carik kesesuaiannya kan. Kereta sedan mmg lah semua besau dan berat (exception for Saga lah).
Seperti ai pernah quote kan di Instagram pada 8 Januari 2015.

“Satu kemahiran yang kian terpendam.
Kemahiran memandu.
Memang dah gigil kalau nak gerakkan stereng ni. Tskk.”

Tapi, tapi, tapi, kalau terpaksa, no option at all, ai buleh la bawak.
Takkan tak buleh. Lesen terbang ke apa?
Tapi, kalau ada orang buleh diharapkan, ada orang sudi nak menumpangkan, nyiru lah ai tadahkan. Haha.

Seriyes, ai mmg rasa rugi.
Uols nanti, if kawen seofis pun, sesekali kena juga drive sendiri.
Tapi, dah kenapa pulak kan.
Baik la duk sebelah je.. lagi best... boleh tido.. ZZzzzz.....

#lepas tu dah tumpang orang, pi tinggalkan segala beg telekung, beg bekas tupperware. Amboi.. teruk nau perangai tau. Nanti orang takmo bagi tumpang baru tahu. Huhu.

24 February 2015

Diamond ke Gold?

Wah. Bagai orang kekaya je mahu memilih diamond atau pun gold.
Haha. 
Ini berkenaan ini lah.

Yang diamond
Atau pun yang gold.



Mengapakah tetiba?
Aku dah guna produk Nour Ain (NA) kurang lebih hampir 2 tahun.
Mmg best NA nih. Aku akui, mmg serasi lah ngan kulit muka aku.
Aku guna sabun, toner, serum n krim. Krim malam sekali sekali je.
Aku paling suka serum. Mmg banyak botol gak lah beli.

Tapi, yang jadi masakelah sekarang adalah, parut jerawat tak mo hilang pulak.
Dah kenapa?
Dulu takde masalah pun.

Let's say macam nak period tu kan selalu ada seketul dua jerawat tetiba muncul, pastu dia dah kecut, pastu nanti ada cam berbekas. Ha, yang tu lah aku gusar kan tu. Tak mahu nya hilang dah kenapa.
Faktor usia lah tu. Kan?

Jadi, aku rasa aku kena turn back to pharmacy product atau kaunter.
Mula ingat nak guna Clinique. Pastu mmbr aku cakap sesuai ke ngan kulit matang ni. Sebelum ni pun aku mmg ada terpikir. Tapi, boleh je kalau nak tanya kat kaunter terus kan. 
Tapi, tup tup terfikir, why not aku try Safi je.
Ramai kata okay kan.

Sebelum ni, lama jugak aku guna Loreal. Pastu tukar SimplySiti. Dermagic pun pernah sekejap. Lps tu yang guna NA tu.

Jadi, sebelum cuti CNY tu, balik kerja terus ajak myDH ke KLCC. Nak pergi Watson. Watson KLCC ni best sket. Sbb cam besar. Sementara nak ke Watson tu lalu ikut Parkson. Nampak la Clinique. Dah siap ada set dia. Dalam 3ratus lebih.

Tapi, sbb dalam pikiran dah set nak try Safi. Jadi, ke Watson lah kita.
Kebetulan ada promoter kat tempat Safi tu. Byk nau lah 'komponen' Safi ni. Siap ada "minuman utk muka" (tp ni aku tgk kat website dia takde pun).
Aku try Rania Gold lah instead of Diamond. Diamond kat utk orang2 umur 40-an. Ai lambat lagi. Ai baru 30-an. Cewah. Masih tak mengaku tu. Huhu.

Lepas begitu begini dengan adik promoter tu, aku pun amik 4 menda je. Kalau byk2 pun, takut pula tak serasi dengan muka. Kan? Adik tu tanya muka aku jenis sensitif ke. Sbb mungkin dia nampak muka ada jerawat. Aku pun tatau apa masalah. Tetiba ada jerawat tumbuh 2,3 ketul. Dia tumbuh kat tepi area kita pakai tudung tu. Sebenarnya kulit muka aku bukan sensitif. Muka aku ni tonyoh je apa, kira macam buleh la semua. Tp kita tahu lah kulit kita kan, kadang ada jugak yg dia merengsa. Tp mostly buleh aja.

Aku amik ni saja.

Pembersih wajah lembapan mendalam (ni kalau kulit berminyak is big no no ya. Sbb muka rasa melembap lepas pakai. Not oily, tapi rasa cam lembap la)
Penyegar.
Serum.
BB Cream.

Cukup. Sbb kalau pakai BB Cream tak perlu pun pakai krim pelembap siang tu. Krim kecantikan pun ada. Eh. Murah sesgt krim kecantikan ni. Tanjat aku. 9hinggit je kalau tak silap. Tapi, aku tak ambik lah sbb dah ambik BB Cream.
Tapi serum dia aku ingat macam NA punya serum. Air kan. Ni tak. Macam krim. Tp bila sapu ke muka takde la rasa 'creamy' (eh, macam kek pulak), okay je. Ringan gitu.

So, kita tgk keberkesannnya. Sekarang jerawat 3 bijik tu macam menggila. Aku nak tgk samada safi boleh merawat ke tidak. Kalau berkesan, mmg win lah anda, Safi Rania Gold.

Detail produk [link - Safi Rania Gold]

Happy 36th Birthday, My Other Half!




Selamat Hari Lahir ke 36 mydear husband.
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Disihatkan tubuh badan.
Maaf, kerana belum dapat memberikan awak title 'ayah'.
Takpe. Kita doa sesama ya.
Sayang, cinta awak selama-lamanya.


23 February 2015

Cuti 4 Hari - Masak Dan Makan

Hye uols?
How's cuti?
Best? Best habiskan masa dalam jammed ke apa?
Hikhik.
Oh. Begini rasa nikmatnya kalau tak abiskan masa dalam jammed.
Ai dah serik uols. Sepanjang duk di KL ni, baru 2x ai balik kampung masa raya cina. Dan kedua duanya ai pecah rekod - 7 jam dari KL ke Ipoh. Aiyoh.. dun want.. dun want anymore.

Lagipun ai baru balik masa cuti Hari Wilayah + Thaipusam awal bulan tu hari.
And next week InsyaAllah balik lagi. Mak buat kenduri tahlil n doa selamat sket :)

Jadi, 4 hari cuti weols mmg melepak kat rumah je lah. Mmg nawaitu nya pun begitu. Bukan senang ya empat hari bergelimpangan bermalasan kat "home" je (home is where the heart is. Cewah!)
Malas giler nak meronda ke hapa.

Ada tu ada la. Gi Tesco, beli ayam. Gi Jusco beli sayur. Ye lah, pasar kan semua tutup.
Jadi, ai menggigih la memasak. Ni semua gambar ada kat IG puanstoberi. Kira ulang siar lah untuk orang yg dah tgk tu. Hihiks.

Hari Khamis, gigih masak ayam kicap.

Hari Jumaat, pagi gigih masak nasik goreng n tengahari gigih masak spegeti.




Eh. Susah nau nak carik minced beef brand Ramly tu. Apa ke hey nya yob?? Jenuhnya yong mencari dari Tesco membawa ke Jusco. Idak le jumpa mendalah tu. 
Jadi, yong beli minced beef mentah tu. Kat bahagian daging2 tu. Eh. Okay jugak. Lagi sedap lah rasanya kan.


Hari Sabtu, gigih masak tomyam udang banjir.

Hari Ahad. Dah tak gigih.
Beli nasi kerabu kat pasar tani je.
Mmg semata mata gi pasar tani beli nasi kerabu.
Huhu.

Oh. Hari Rabu lepas teringin tom yam SR.
Jadi, mari lah kita pergi.

Eish. Sedap je walau dia taruk mushroom ngan cauliflower je pun. Udang 2 ekor.
Yang nampak cam nenas tu, cauliflower lah.
Sukalah keowtiow yang jenis kekecik ni. Tp susah nak carik.
Pad Thai kan namanya.
Suka. Terus rasa nak buat tomyam lagi dengan pad thai nih.

18 February 2015

Happy Chinese New Year!


 

Gong xi fa chai.
Happy Chinese New Year.


Dan happy long weekend.
Kira macam long weekend lah jugak kan sbb cuti sampai Ahad.
Ramai yang tanya aku gi mana cuti 4 hari.

Jawapannya - mmg tak kemana mana.
Ramai cam tak caya dan tanya "balik kg pun tak?"


La. Mengapa kah?
Mmg plan nak rest and rilex kat rumah je.
Kemas kemas rumah. 

Bukan senang yer nak rest n rilex straight 4 hari camni.
Ini lah masanya.
Kalau nak keluar pun, gi sini sini je. Shopping ke apa ke.

Eh. Tgk wayang pun cam menarik. Apa je citer best skrang ni.
Tgk kat Quill City Mall, pastu makan coklat, pastu shopping kat Jusco.
See.. dah ada plan kan.. Hiks


Jadi,

17 February 2015

Titian Silara [Canopy Walkway] FRIM Kepong

Titian silara rupanya nama melayu dia ya. Eh. Bagus jugak nama tu. Buleh mengingatkan kita mengenai titian silatur mustaqim. Ha..
Biasanya kita panggil canopy walkway lah kan.
Hari Sabtu lepas berkesempatan ber canopy walkway kat FRIM, Kepong.
Sebenarnya, dari last year lagi lah dah plan.
Tapi tak terjadi. So, last week baru jadi.

Pergi dengan my friend - Dee. MyDH takdak. Course kat PD.
Dee pick kat umah dalam kul 8.30pg camtu.
Then terus naik MRR2. Suppose dekat je lah dr rumah aku kalau naik MRR2. Skali jammed lps Batu Caves tu. Dee kata mmg hari tu ada run kat Taman Metropolitan tu. Aku pun cam ooo.. jom kita masuk ikut depan lah.
So, lalu ikut roundabout yang arah nak ke Kepong jugak tu. Tapi yang lalu Jinjang segala tu. Aku pun tak tahu jalan tu, tapi Dee guna waze. Melarat waze tu bawak kiterang masuk area cina mana tah kat Kepong tu (T____T).
Tapi, kalau takde waze mmg tak tahu la sesat barat ke mana sbb kalau lalu situ sebijik signage nak ke FRIM pun takde. 

Sampai FRIM dalam 9 lebih. Dedua pun 1st time masuk sini. Eh, tapi Dee pernah datang. 7,8 tahun dulu lah katanya.
Bayaran masuk utk sebuah kereta dan pemandu adalah RM5. Dan setiap penumpang RM1. Makanya kami kena RM6. I donno adakah ini parking fees atau entrance fees untuk setiap orang. Dan kanak-kanak sama ke cemna pun I donno jugak. 

Masuk situ pun tak tahu nak ke celah mana. Signage kurang nau. Sampai ter salah salah masuk. Entah kat mana nak beli tiket pun tatau. Tapi, kami nampak satu tempat macam ofis - ada ramai2 orang tgh duk tunggu. Itu lah agaknya. So, kami pergi.
Ada sorang staff jaga. Dia kata tiket naik canopy untuk 9.30pg dah habis. So, kena tunggu yang pukul 10.00 punya. Tunggu sini dulu, jap lagi booking katanya. Kami dua yang blur2 ayam, tunggu lah situ. Cemtu ke prosedur dia.

Rupanya begini.

Ada 3 session. Setiap session 50tiket je utk orang walk in. So, kita booking dulu lah utk session kul 10pg tu. Tapi, tak perlu bayar dulu. Tulis nama je dulu. Pastu kiterang gi makan kat kafeteria. Tak jauh la dari office tu. Jalan kaki je. Situ jugak ada tempat sewa basikal. Next time datang buleh sewa basikal pulak.


Dah tahu nak memanjat bukit tu, lagi mau makan cemni kan. Haha.  Okay la kantin dia. Orang pun tak ramai.
Dalam kul 10 kiterang pergi balik ofis tu. Huii... mmg tepat kul 10 baru dia keluarkan tiket. Beli awal pun tak buleh. Huhu. Ada sorang makcik tu dah bising2 sbb tak dapat sesi kul 10. Pastu kena book yang kul 11 punya. Pastu anak dia kata tak boleh bayar dulu. Dah makcik tu bebel2 kata saiko la apa. Hehe. Aku macam takde hal sgt pasal ni sbb aku dah baca sket2 blog orang yang dah pergi. Lagipun, aku rasa rasional dia tak bagi orang bayar tiket awal tu supaya orang tak pusu pusu naik awal walau tiketnya pukul 11. Kan? Tapi, rasanya takde la jadi masalah sgt pun. Dah gitu prosedurnya. Ikut je lah. Mesti ada sebab FRIM buat camtu kan. Dia nak hadkan orang yang naik tu. Kang jadi apa2, lagi susah. Dah la hutan. Canopy walk tu tinggi. Pikir tu je dah la macik oii.. takyah la saiko saiko kang orang...

Bayaran masuk utk canopy walkway ni RM5/person. Map takde. Ko tangkap lah gambar. Akak yang jaga tiket tu kata "kalau bagi map, map jatuh orang taknak kutip. Tp kalau handphone, jatuh, orang akan kutip. Sbb ramai orang buang2 map dalam hutan tu". Boleh?? Sukati kau lah kak. Government kan. What do u expect? Haha. Tapi, bila ambik gmbar rasa tak puas. Dan tak faham aih map tu.


Sebelum naik gi toilet dulu, buang apa2 yang patut. Dengan Bismillah mulakan langkah.
Oke, ni trail biasa lagi ni. Orang nak joging pun buleh ikut trail ni. Tak payah ambik tiket.

Ha, sampai sini baru laluan nak ke canopy walk. Tapi, kalau orang tak beli tiket pun okay ja nak lalu sini, cumanya tak boleh naik canopy walk lah. Kira cam buat larian trail ke apa buleh la. Tapi, idak la kuasa weh.. mendongak mendaki. Aku pun cam mintak nyawa je nak naik.. Haha.






Ni awal2 lagi ni. Buleh la ambik gmbr tersengih gini. Depan kiterang ada bebudak remaja belia in grup. Biasalah bebudak baru nak up ni kan. Mula tu bebising tau. Dee pun kata "eh, bising nya budak2 ni". Pastu tau tau dah senyap. Rupanya pancit. Salah sorang terus terduduk pucat lesi. Huhu. Tu lah. Jangan galak sangat ya dik. Hutan ni ada pantang larang nya. Kiterang pun tatau la grup tu dapat teruskan atau turun balik.
Aku mmg dah set minda tempat ni sukar nak naik sbb dah pernah naik canopy walkway kat Poring, Sabah. Cuma yang tu lebar sket trail dia. Ni cam sempit sket. Berpeluh habis lah satu badan. Ate nya.. orang jarang exercise kan. Dee takpe la. Dia rajin "berlari". Huhu. Kalau berenti pun lagi rasa cam nak pitam. Mmg kena keep on berjalan.

Sampai je, naik la 'rumah' utk ke walkway tu. Ada 2 orang staff FRIM bertugas. Jadi, dia akan terangkan pasal walkway tu. Kena berjalan jarak 2 papan dengan orang depan. Tempat amik gmbr kat mana semua. Memula tu mmg rasa gayat. Tapi, lepas tu dah okay.
Lagipun takde la tinggi sgt. Tinggi lagi Poring tu aku rasa. Dan bila tgk balik, mmg Poring lebih tinggi dan lebih panjang.

Canopy walkway FRIM : Panjang - 150meter, Tinggi dari aras tanah - 30 meter.
Poring : Panjang - 175 meter. Tinggi dari aras tanah - 41 -43 meter.

Mana yang lebih mencabar? Jawapan aku kat Poring. Kat Poring tu bergoyang kuat wei. Mmg ada rasa gayat gile. Tapi, sini takde la sangat. Ada tu ada. Tapi, tak terasa sgt. Tp gigil jugak nak keluarkan phone nak ambik gambar. 

So, layan gambar kami kat atas tu.

Ini walkway no. 2. Best yang ni. Panjang sket.
Nampak KL. Nak carik gak umah aku, nampak tak.
Tak buleh lelama atas tu. Kang sampai grup lain plak.
Yey!. Di hujung pokok!
Walkway last sebelum turun. Pendek je.
Laluan turun. Agak curam. Berhati hati.
Ada orang jatuh pun depan kiterang.
Mujo tak teruk.
Turun je terus amik arah ke kawasan piknik. Boleh la kalau nak turun balik ikut jalan naik tadi. Tapi, takpe lah. So, turun area piknik tu. Ada waterfall. Tapi, macam tak sesuai la nak bentang tikar segala. Tempat piknik sebenar ada kat bawah sana. Situ takat2 nak basah kan muka buleh la. Lps tu batu licin kot. Mendapat jugak aku jatuh berdebuk kat situ. Ha.. mujo takde apa2 kau. Aku dah agak masa pijak batu tu macam licin, jatuh ni. Then, mmg jatuh. Haha. Dah la ada couple yang pakwenya mcm KPOP tgh makan nasik lemak masa tu. Bikin malu betul. Tp sure derang terkejut. Dee pun terkejut jugak. Haha. Habis basah segala kasut. Tp baju okay lah, takde kena sgt.



Batu licin. Next time pergi nak bawak selipar,
baju spare. Hihi.
Turun, terus balik lah. Dah kul 1 pun masa tu. 
Oh, masa turun tu ambik gambar pokok2 canopy yg ada.



Cantik tau. Tapi, masa ni mendung plak.
Kalau ada matahari lagi cantik.
Ni mmg bare face je ni. Peluh pun dah kering dah nih.
Pakai bawal Maira. Ailoike.. meresap peluh.
Dan selesa.

Okay lah tempat ni if nak beriadah sekali sekala.
Rupanya tempat tu ada kejiranan dia. Ada rumah staff, sekolah segala.
Taktau pulak aku.

16 February 2015

Happy 11th Work Anniversary


16 Februari 2015.
Ulang tahun ke 11 bekerja di sini.
Sedar tak sedar. 11 tahun sudah. Tapi, masih boleh dikatakan 'baru'. Sbb belum half pun dari umur nak bersara. 

Last week ada majlis persaraan. Seronoknya tengok orang dah bersara. Lepas tu terfikir, kalau dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, masih lama lagi perjalanan kita nih.
Kalau ikut umur, nak pencen 24 tahun lagi. Pergh!
Nak pencen awal lah. Kerja pun dah lebih 10 tahun dan umur pun dah nak 40 tahun *tetiba*

Okay lah. 11 tahun being here.
Takmo citer lah apa dah dapat apa semua.
Sbb last year dah citer [link : 10th work anniversary]

Citer pasal kerja saya nak?
Haha. Nanti panjang berjela pulak.
Okay ringkas lah. Sbb nampak cam formal, guna "saya" lah.

Memula masuk kerja, saya ditempatkan di unit pengurusan harta.
Sbb katanya background study saya agak baik dalam bidang law - kononnya lah. Padahal saya bukan budak law pun. Cuma dalam course tu mmg byk belajar law dan saya pun memang minat law n legal nih.
Masa tu kena uruskan hal sewaan, hal kutipan hutang sewa.
Secara jujur, I don't like this kind of job. Eh. Bukan jiwa saya lah.
Sampai saya kena sergah dek penyewa pun ada. Saya ingat peristiwa tu. Masa awal2 kerja. Mungkin depa nak "try" and "error" la tu. 

Dalam minat tak minat tu, lama gak la saya bergelumang dengan urusan harta ni sampai lah saya dapat naik gred.
Bila naik gred, work scope saya masih lagi urusan harta. Malahan ditambah pula dengan pengurusan aset (eh, lain ke aset dengan harta?).
Masa tu jadi pegawai aset jabatan. Sapa biasa terlibat dengan urusan aset pasti tahu lah apa kerja yang diuruskan. Leceh kan? Kena get-used dengan sistem SPA (Sistem Pengurusan Aset) - dah la masa tu kerajaan baru bangunkan sistem nih, pastu dengan aset tak alih nya lagi (bangunan, tanah segala), urusan pelupusan harta, buat pemeriksaan aset setiap negeri. Berurusan dengan pejabat tanah, PBT (pengalaman masuk hearing untuk buat rayuan turunkan kadar cukai pintu), dengan insurans dan bermacam lah. Oh, terlibat juga dengan court case. Masa ni dah suka sket lah sbb saya dah ada assistants, lepas tu saya pun dah mahir jugak lah dengan kerja saya. Ye lah, dah 6 tahun dok buat benda tu.

Dalam 2 tahun saya lead unit tu, then kena tukar ke unit saya pegang sekarang nih.
Masuk HR. Dalam HR ada unit2 lain juga. Yang saya TAK buat adalah kursus, urusan HRMIS, gaji dan elaun. Selain dari itu, iye, di atas beban bahu jemala patik lah. Yang ni pun, siapa biasa buat HR, tahu lah apa kerja selain yang saya tak buat tu. Dari hal ehwal pengambilan staff, naik pangkat, pertukaran, tanggung kerja, memangku, sah jawatan sampai lah hal pencen. Yer, itu di bawah seliaan saya.  Oh lupa. Buat masa ni tatatertib pun saya pegang juga.

Yang ni baru nak masuk 3 tahun. Saya ditukarkan dalam bulan Julai 2012. Di HR ni, walau saya takde background study dalam bidang HR (saya background Corp Admin - ada la belaja HR, tapi sket2 je kan), tapi saya rasa saya suka. 


Jadi, bila kita love the job, kita takde la rasa stress sangat. Tipu lah kalau kata saya ni tak stress langsung pulak. Itu mmg adat bekerja lah kan, tapi selebihnya, mmg saya suka. Ada juga macam "gangguan" lain, tapi ah, abaikan saja. Jangan fikir sangat.  Kita fikir, Allah yang tentukan rezeki kita. Kan? Dan buat kerja kerana Allah. Allah sentiasa ada bersama kita :)
Kadang tu berhadapan dengan orang yang asyik kemukakan isu naik pangkat, berhadapan dengan orang kata 'lambat nya HR ni buat kerja', dan paling glamer 'ada jawatan kosong?' Huhu. Tapi, dah nama kerja kita kan, harus la orang tanya kat kita. Takkan orang nak tanya pasal naik pangkat kat Bahagian Usahawan. Haha. Jadi, layan je. Itu tak masuk lagi dengar masalah orang, aduan itu ini.
Kita kerja ni kena happy2 je. Kena ada keseronokan bekerja. Tak boleh nak jadi pekerja yang 'lemau'. Kalau kita yang muda baru kerja baru 10 tahun dah rasa lemau, cemna nak hadap berpuluh tahun lagi. Dia kalau rasa lemau, rasa malas ni, ubat dia satu je - option pelepasan jawatan dengan izin. Huhu.

Cuba juga jangan duk nak mengeluh itu ini sangat. Pastu jangan berkira dengan rezeki ni. Contohnya OT 2,3 jam pun nak claim. Padahal byk 'masa' dan 'harta' ofis kita dah guna. Pastu kang kejap2 EL. Pengalaman sendiri, tgk anak buah yang tak berkira dengan kerja, murah rezeki dia. Siap dapat APC lah, naik pangkat lah. Sbb jarang lah dia nak 'tuang' atau gunakan bermacam alasan untuk EL.

Ala, kerja, kerja lah. Fikir kita kerja ni kerana Allah, kerana nak bantu keluarga. Lepas tu balik rumah pun senang hati. Bila balik, tak yah la fikir pasal kerja dah. Tumpukan pada family. Kerja pun penting juga sbb dari kerja lah kita dapat menyara keluarga kita untuk hidup dengan lebih selesa. Sebab kerja juga lah kita dapat beli rumah, dapat beli kereta, dapat pergi travel sana sini, dapat beli tudung bawal Maira banyak banyak, dapat kumpul koleksi tupperware, corelle. Eh? Macam dah lari tajuk (T____T).

Jadi, begitu lah susur galur life saya kat agensi ni. Takde lah banyak nau ke sana sini. Kalau ikut kan, masih bahagian yang sama. Tukar unit je.
Kami badan berkanun persekutuan, closed service. Nak pergi jabatan lain tu, kalau tak diminta, mmg takde harapan lah. Tapi, sbb kami ada cawangan di setiap negeri, jadi kebarangkalian nak di transfer ke state tu mmg ada. Huhu.


Apa pun, banyak yang saya dapat di sini. Banyak yang saya belajar. Dan terima kasih Allah dengan semua rezeki ini. Syukur, Alhamdulillah :)

13 February 2015

Amalan Membawa Ke Syurga

Kredit : Jakim


12 February 2015

Current Obsession ~ Bawal Maira by Benang Hijau


Obses!
Suka!
Mudah dibentuk.
Boleh pakai pelbagai gaya.
Tak rimas kalau pakai untuk travel.
Sekarang dah ada 8 pasang.
Mungkin akan bertambah.
Harga pun sangat berbaloi.

Mula beli sepasang kat booth dia masa kat VF Matrade last year.
Pastu jatuh cinta. Beli lagi beberapa helai online [link : bawal ruffle]
Pastu beli lagi kat booth dia buka masa kat Stadium Shah Alam last Sunday.


Tekun nya kak oi memilih.
Entah bila lak bebudak BH ni amik gambar ni.
Tau2 dah masuk IG.
Dak Myra yang tag. Huhu.

MyDH pun suka, jd tu yang semangat nak beli.
Tu hari yg beli online beliau belanja. Hikhik.
Beliau mmg rimas if aiols pakai lilit2 shawl tu.
Tapi, kadang dia malas nak cakap apa2.

Suka lah uols.
Tak boleh jadi nih.
Mujur dia tak bukak kiosk/butik area KL nih.
If not.. mmg tetiap minggu la kot ai berkunjung. Muehehe
Jadi, yang ini mmg lah hashtagnya #puanstoberisuka.
Dah 2x kot buat entry :)

p/s: Masa gi kat stadium ni byk betul orang jual aiskrim pasu. Trending kan skrg. Abis dah trend jeruk mangga asam boi. Tapi, buat masa ni takde rasa lagi nak try. Takpe lah. 

11 February 2015

#puanstoberisuka : Farm Fresh Choc Milk



Fresh choc milk yang menjadi kegemaran kakstoberi skrang.
Sedap lah.
1st time kakstoberi beli sbb nampak packaging dia, teringat plak masa minum choc milk kat Perth.
Haha.
Macam kan duk 4 tahun kat Perth. Padahal 4 hari saja.
Kecoh lah kan.
Kat sana hehari beli choc milk.
Sedap lah sangat rasa choc nya. Pure, fresh.
Yang penting, kalau choc milk tu mmg rasa choc lebih dari milk.

Kat sana pernah minum yang beli terus dari kilang coklat tu (margerat river, pastu brand Dare, pastu apa tah lagi) tapi semua yummeh.

Oh. Sebenarnya ai nih tak suka minum susu. Susah nak minum susu. Sbb tu minum susu kambing macam hapa je kalau nak telan. Susu fresh milk yang ori, takde campuran coklat ke hapa mmg lah ai angkat tangan surrender. Anlene tu pun campur milo. Tapi, anlene perisa coklat rasa tak sedap pulak. Pastu dulu selalu la gak beli susu kotak HL - yang choc milk lah. Itu je yang tak berapa rasa 'susu'. Rasa coklat lebih. 

Tapi, yang Farm Fresh ni mmg sedap. Menepati citarasa.
Seperti yang dikehendaki - rasa coklat melebihi rasa susu.
Dan ada la sket2 rasa cam minum choc milk kat masa kat Perth tu.
Ewah.

Dia kalau kat dalam chiller kat pasaraya tu mmg nampak cam keladak kat bawah bawah tu. Keladak itu adalah coklat.
Sbb tu kena 'shake well'. Coklat tu lah yang sedap!

Suka. Suka.
Tapi, nak beli hehari pun tak boleh jugak since kakstoberi ni jenis cepat jemu.
So, kalau pergi JJ ke Tesco, ada - beli.
Takde lah nak buat stock bagai. Kang mmg duk dalam peti ais sampai expired.
Ni kalau beku kan, best kot. Jadi, cam eskrem coklat :)

p/s : Nak taknak kena minum susu jugak sbb umur2 dah nak menghampiri ke "4G" nih. Kang sakit lutut lah, kurang kalsium lah apa lah.

10 February 2015

Jammed Dan Pizza

Petang semalam adalah jammed menggila kat jalan Tun Razak arah ke Bulatan Pahang tu.
See, jalan sebelah tu clear je. Giler btul.


Tak tau pasai apa.
Tapi, ofismate kata ada kereta rosak kat bulatan Pahang tu.
Depa keluar ofis pukul 5 pun stuck kat jalan Tun Razak dekat kul 6 lebih.
Kami keluar kul 6.10 camtu. Kul 6.50 baru nak hegeh2 masuk terowong tu.
Kalau tak jem, dari ofis ke lokasi tu kurang 5minit ja. Kalau jem biasa biasa adalah dalam 10-15 minit. Ini mmg luar biasa sbb hampir sejam.
Hoih!

Ini lah asam garam kerja di KL.

Giler tak giler lah.

Keluar ofis tu mmg dah rasa lapau. Memula decide nak makan roti canai je utk dinner.

Pastu rasa cam nak order pizza.
So, trus order dalam kereta je. Sambil jem jem tu, order pizza.
Wah. Mudah tul hidup sekarang kan. Haha.


Lps tu, letak time nak hantar kul 7.45pm. Rasa cam okay lah kot, buleh sampai nih.

Sekali kul 7.30 masih atas highway DUKE.
Ayok. Ayok.

Masuk je kat gate rider pizza tu call.
Kak, dah sampai depan rumah katanya.
Mujur tepat pada masanya. Suruh dia turun lobi, aku ambik kat lobi je.

Just nice lah kan.
Sampai je terus dapat makanan.
Sbb mmg plan camtu je. Malas nak berenti kedai makan. Atau nak kena tunggu makanan apa semua. Tu yang order masa on d way.

Mujur lah sempat. Siap say sorry kat rider tu.
Dia kata takpe, dia yang awal 10minit.

Huhu.

KL..KL... hujan pun jammed, kereta rosak pun jammed, Jumaat pun jammed.
Hadap je lah. Baru 11 tahun... kalau panjang umur, takde kena transfer, ada lebih kurang 25 tahun lagi nak hadap okeh.
Okeh. Pencen awal lah. Jual laksa bawah pokok (T_____T)

9 February 2015

#pnstoberisuka : Laksa Sedap Di Selayang



Taraaaa........
Dan aku terus terliur tengok laksa nih.
Adeh..

Susah okeh nak carik laksa memenuhi citarasa anak tekak ku di area KL nih.
Aku tak berapa "in" sgt laksa ala ala nyonya macam kat Old Town semua tu. Tambah lagi gedebuk ada ikan sekor dalam tu. Dah kenapa kan? Masak asam rebus ke apa.
Dan aku tak berapa "in" juga laksa Penang yang ada nenas. 
No no no.

My feveret laksa adalah laksa Utara (eh. Penang bukan Utara kah?)
Pendek kata laksa cam atas tu.
Laksa - kuah laksa - salad,bawang,cili padi. Optional telur rebus. Takde pun takpe. Oh. Limau. Perah dalam tu - dapat la rasa masam, dan gigit pulak cili padi. Pergh! 

Ada tu ada orang jual. Tapi kata orang tu sekadar nak melepaskan rasa teringin boleh. Nak ulang. Mmg susah lah nak carik.
Dan akhirnya aku jumpa jugak yang sedap dan menepati citarasa lidah ku yang suka kan pedas, masam dan pekat. Macam buat sendiri.
Di Food Court Majlis Perbandaran Selayang.

Yang dekat bulatan arah nak ke stadium Selayang - atas bukit sket tu.
Kedai tu ada nasik berlauk utk lunch jugak. 
Aku selalu gak kalau ada urusan kat opis yang kat Rawang (IKN), depa bawak makan sini. Pastu makan ikan bakar kan. Sedap.

Tapi, tu hari singgah makan dgn bos, opismate taknak makan nasik. So, try laksa. Selama ni tak pernah try.
Sekali rasa. Sedap! 

Lepas tu terus rasa nak makan lagi. Lama gak tunggu, baru ada peluang.

Memula tu pergi dah habis. Terpaksa carik2 kedai makan area stadium Selayang tu.
Ada la laksa. Tapi tak berapa nak best.
Lepas tu sekali lagi try. Ha, kali ni dapat pun.
Suka. Sedap. Suka.

Jadi, peminat laksa Utara boleh la try.
Tapi kalau tak sedap jgn marah puanstoberi naaa...  

6 February 2015

Istighfar (meminta ampun) dan Taubat




Telah di "screen-cap". Jadi sesiapa yang nak, boleh "save" dan kalau nak, boleh di "print". 

Boleh ditampal di meja/partition pejabat atau di bawa bersama di dalam handbag agar kita sentiasa dapat ingat dan baca :)

InsyaAllah.. sama sama kita amalkan.

5 February 2015

Buat Passport Di Ipoh

Bukan passport aiols. Passport aiols masih valid. Jauh lagi due nya. Bulan doblas. Tapi, penggunaan sehingga bulan Jun je lah kan. Ate nye... setahun setengah je le valid passport tu. Masa tu weols buat 2 tahun.

Okey. Yang ni buat passport untuk my mom.
Buat di Ipoh sahaja. Masa cuti gantian hari Wilayah - 2 Februari tu.
Aman aman saja buat di sini. Orang pun tak ramai. Sampai dalam 8.30pg camtu. Tengok nombor cam orang ke 30++ camtu lah. Jarak menunggu time tu hanya 2 orang. Wah. Mmg aman. Kalau dulu aku buat kat Wangsa Maju, 8.30 pagi tu dah nombor beratus dah. Pastu pulak jarak menunggu tu entah berapa ramai lah. Pastu kalau UTC Sentul pun hazab juga. Sbb UTC dia buka 8.30pagi. Jenuh beratur sedari pintu belum dibuka. Pendek kata mmg tak pernah rasa aman aman lah buat kat KL nih (T____T). Abis, takkan nak buat kat Ipoh plak, kan?

Oh. Now dah ada kadar baru.
kredit : Imigresen
Berkuatkuasa 15 Januari 2015 kadarnya adalah RM200 untuk 5 tahun. No more 2 tahun dah. Tu ari weols ambik 2 tahun. Dah 3x juga lah me-renew passport nih. Ingat takde jalan2 tetiap tahun. Rupanya ada je. Cis. Oke. Takpe. Lepas ni, kalau buat mmg 5 tahun je - RM200.
Untuk warga emas (60 tahun ke atas) - RM100. My mom buat RM100 lah.

Pastu sekarang ni, if passport dah mampuih expired pun still kena bawa passport lama tu. Memula tu, aku gitau mak aku takde passport walau sebenarnya mak aku pernah je buat passport masa mak gi umrah tahun 2005 dulu. 
Then tetiba dia cek2 kat sistem, katanya mak aku pernah ada passport yang expired tahun 2010 (betullah kan, 5 tahun validnya). Lalu dimintanya passport lama tu. Mana nak bawak. Ah sudah. Takkan lah nak pergi balik ambik kat rumah. Entah kat mana mak simpan pun tatau. Pastu dah jadi kecoh2 dalam office tu. Agaknya dengan Pengarah dia semua keluar nak menyelesaikan masalah passport mak aku yang lama takde tu.
Memula dia kata tak boleh. Sebab ada keluar paper kata kalau hilang kena report polis. Orang yang passport dah expired 20 tahun pun bawak juga katanya.
Pastu aku cakap okay lah, kita p report polis je lah. Pastu dia kata kena denda then kena report PBT jugak. Ha.. yang ni aku tak pernah baca kat memana okeh. Dah kenapa pulak nak report PBT bagai. Kata lah kita kat KL ni, kena report DBKL pulak. Eh, kau... kalau rumah kena banjir ke apa lain la cerita.
Lepas tu dah masuk campur officer dia bagai - then officer tu kata takpe, buat je. Pekeliling pun tak keluar lagi.

Yelah. Aku tgk kat paper ni, dia belum lagi laksana yang report polis tu. Baru "akan". [Link : Sinar Harian.] Tapi, takde pulak dia tulis kena report PBT. 
"Akan" okey. Masih belum ada pekeliling. Ini bermakna, Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2011 masih lagi terpakai yang mana passport hilang tak perlu buat laporan polis [Link : Pekeliling Am] - (kat pekeliling ni jugak ada tulis dokumen apa yang hilang tapi kita tak perlu report polis).

Last last buleh pun buat. See simple je kot. Takkan sampai tak boleh nak buat. Mujur. Alhamdulillah. Jadi, uols, walau passport uols dah lama mampuih, uols bawak jugak lah masa nak buat baru tu. Dulu tak perlu. Mmg tak perlu sbb myDH buat baru tu ari, passport dia dah expired, memang takde pun depa mintak passport lama.

Sekarang ni dah mudah. Ambik gambar situ jugak.
Pastu bayar.
Pastu dalam sejam dari waktu bayar tu - siap.
Gitu lah. Dalam kul 10pagi dah siap passport mak. Alhamdulillah.

Jadi, begitu lah.
Mmg senang betul lah buat kat Ipoh ni. Dah la tak ramai orang. Parking pun mudah. Tapi, makin tengahari makin ramai lah. Tapi tak la sepadat dan sehazab kalo kat KL.
Tempat nya kat area Mydin Meru tu. Kalau keluar highway mmg dekat dah. Kat bangunan KDN. Tingkat bawah je pun. Masuk je kat belah kiri tu lah imigresen.
Alamat penuh.

 Aras 2-4, Kompleks Pejabat 
 Kementerian Dalam Negeri 
 Persiaran Meru Utama 
 Bandar Meru Raya, Jelapang 
 30020 Ipoh, Perak Darul  Ridzuan
(waktu urusan : 7.30pg - 5.30ptg)

Lama Dah Tak Juicing

Rindu nak istiqamah juicing macam last year.
Ada lah dalam half year kot istiqamah.
Now, kejap ada kejap takde.
Huhu.

Sedeyhnya.
Rasa rugi nya.
Kenapa tak boleh istiqamah ni.
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Best kot juicing.
Juicing sedap. Bila campurkan buah buah, memang rasa sedap.
Tanpa gula. Tanpa tambah air.
Dan memang boleh beza sangat natural juice dengan juice kotak2 jual kat kedai tu.
Sangat beza.

Banyak benefit bila istiqamah juicing.
Badan rasa ringan.
Takde bloating. Sistem pencernaan jadi baik.
Keep on ideal weight.
Rasa sihat. Bertenaga.



Why????

Jadi, memang kena mula juicing balik nih. 
Mesti. Kena. Mesti. Kena.
Dalam tempoh 2 bulan ni, mesti kena sihat dan stabil.
Kena cukupkan vitamin dalam badan.
Jadi, marilah kita buat kempen "back to juice"


p/s : Kat Groupon ada slow juicer murah. Sapa2 yang tengah plan nak beli, boleh la beli. Berbaloi tu. RM300++ je kalau tak silap. Lebih kurang slow juicer yang aku guna jugak nih. Kalau macam ni, cara guna, cara masukkan buah adalah sama macam slow juicer Hurom yang Go Shop promote tu. 




Oh, tu hari ada orang tanya, slow juicer aku guna tu, sama tak cara basuh dia dengan slow juicer Hurom yang depa ada tunjuk kat Go Shop tu. Aku baru tengok tu hari promo Hurom kat Go Shop. Dan cara basuh tu mmg sama. Tapi, aku jarang basuh camtu, sbb tak berapa nak yakin serat2 tu mengalir sekali. So, biasanya mmg aku buka satu satu dan basuh. Sesekali mmg aku basuh dengan air panas jugak :)

4 February 2015

Muslim Yang Berakhlak Di Laman Sosial

Hari ni hari Rabu eh?
Betul lah Rabu.
Al maklum lah. 4 hari cuti direct.

Okay lah. Tempek gambar ni je lah.
Suppose nak tempek dalam previous post, tapi masa tu nak upload dari phone tak buleh pulak.
So, meh tempek.
Kira macam Wordless Wednesday lah ni kan.

"Moga kita semua menjaga lisan dan menjaga tulisan kita dalam laman sosial"


Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign