16 Februari 2015.
Ulang tahun ke 11 bekerja di sini.
Sedar tak sedar. 11 tahun sudah. Tapi, masih boleh dikatakan 'baru'. Sbb belum half pun dari umur nak bersara.
Last week ada majlis persaraan. Seronoknya tengok orang dah bersara. Lepas tu terfikir, kalau dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, masih lama lagi perjalanan kita nih.
Kalau ikut umur, nak pencen 24 tahun lagi. Pergh!
Nak pencen awal lah. Kerja pun dah lebih 10 tahun dan umur pun dah nak 40 tahun *tetiba*
Okay lah. 11 tahun being here.
Takmo citer lah apa dah dapat apa semua.
Sbb last year dah citer [link : 10th work anniversary]
Citer pasal kerja saya nak?
Haha. Nanti panjang berjela pulak.
Okay ringkas lah. Sbb nampak cam formal, guna "saya" lah.
Memula masuk kerja, saya ditempatkan di unit pengurusan harta.
Sbb katanya background study saya agak baik dalam bidang law - kononnya lah. Padahal saya bukan budak law pun. Cuma dalam course tu mmg byk belajar law dan saya pun memang minat law n legal nih.
Masa tu kena uruskan hal sewaan, hal kutipan hutang sewa.
Secara jujur, I don't like this kind of job. Eh. Bukan jiwa saya lah.
Sampai saya kena sergah dek penyewa pun ada. Saya ingat peristiwa tu. Masa awal2 kerja. Mungkin depa nak "try" and "error" la tu.
Dalam minat tak minat tu, lama gak la saya bergelumang dengan urusan harta ni sampai lah saya dapat naik gred.
Bila naik gred, work scope saya masih lagi urusan harta. Malahan ditambah pula dengan pengurusan aset (eh, lain ke aset dengan harta?).
Masa tu jadi pegawai aset jabatan. Sapa biasa terlibat dengan urusan aset pasti tahu lah apa kerja yang diuruskan. Leceh kan? Kena get-used dengan sistem SPA (Sistem Pengurusan Aset) - dah la masa tu kerajaan baru bangunkan sistem nih, pastu dengan aset tak alih nya lagi (bangunan, tanah segala), urusan pelupusan harta, buat pemeriksaan aset setiap negeri. Berurusan dengan pejabat tanah, PBT (pengalaman masuk hearing untuk buat rayuan turunkan kadar cukai pintu), dengan insurans dan bermacam lah. Oh, terlibat juga dengan court case. Masa ni dah suka sket lah sbb saya dah ada assistants, lepas tu saya pun dah mahir jugak lah dengan kerja saya. Ye lah, dah 6 tahun dok buat benda tu.
Dalam 2 tahun saya lead unit tu, then kena tukar ke unit saya pegang sekarang nih.
Masuk HR. Dalam HR ada unit2 lain juga. Yang saya TAK buat adalah kursus, urusan HRMIS, gaji dan elaun. Selain dari itu, iye, di atas beban bahu jemala patik lah. Yang ni pun, siapa biasa buat HR, tahu lah apa kerja selain yang saya tak buat tu. Dari hal ehwal pengambilan staff, naik pangkat, pertukaran, tanggung kerja, memangku, sah jawatan sampai lah hal pencen. Yer, itu di bawah seliaan saya. Oh lupa. Buat masa ni tatatertib pun saya pegang juga.
Yang ni baru nak masuk 3 tahun. Saya ditukarkan dalam bulan Julai 2012. Di HR ni, walau saya takde background study dalam bidang HR (saya background Corp Admin - ada la belaja HR, tapi sket2 je kan), tapi saya rasa saya suka.
Jadi, bila kita love the job, kita takde la rasa stress sangat. Tipu lah kalau kata saya ni tak stress langsung pulak. Itu mmg adat bekerja lah kan, tapi selebihnya, mmg saya suka. Ada juga macam "gangguan" lain, tapi ah, abaikan saja. Jangan fikir sangat. Kita fikir, Allah yang tentukan rezeki kita. Kan? Dan buat kerja kerana Allah. Allah sentiasa ada bersama kita :)
Kadang tu berhadapan dengan orang yang asyik kemukakan isu naik pangkat, berhadapan dengan orang kata 'lambat nya HR ni buat kerja', dan paling glamer 'ada jawatan kosong?' Huhu. Tapi, dah nama kerja kita kan, harus la orang tanya kat kita. Takkan orang nak tanya pasal naik pangkat kat Bahagian Usahawan. Haha. Jadi, layan je. Itu tak masuk lagi dengar masalah orang, aduan itu ini.
Kita kerja ni kena happy2 je. Kena ada keseronokan bekerja. Tak boleh nak jadi pekerja yang 'lemau'. Kalau kita yang muda baru kerja baru 10 tahun dah rasa lemau, cemna nak hadap berpuluh tahun lagi. Dia kalau rasa lemau, rasa malas ni, ubat dia satu je - option pelepasan jawatan dengan izin. Huhu.
Cuba juga jangan duk nak mengeluh itu ini sangat. Pastu jangan berkira dengan rezeki ni. Contohnya OT 2,3 jam pun nak claim. Padahal byk 'masa' dan 'harta' ofis kita dah guna. Pastu kang kejap2 EL. Pengalaman sendiri, tgk anak buah yang tak berkira dengan kerja, murah rezeki dia. Siap dapat APC lah, naik pangkat lah. Sbb jarang lah dia nak 'tuang' atau gunakan bermacam alasan untuk EL.
Ala, kerja, kerja lah. Fikir kita kerja ni kerana Allah, kerana nak bantu keluarga. Lepas tu balik rumah pun senang hati. Bila balik, tak yah la fikir pasal kerja dah. Tumpukan pada family. Kerja pun penting juga sbb dari kerja lah kita dapat menyara keluarga kita untuk hidup dengan lebih selesa. Sebab kerja juga lah kita dapat beli rumah, dapat beli kereta, dapat pergi travel sana sini, dapat beli tudung bawal Maira banyak banyak, dapat kumpul koleksi tupperware, corelle. Eh? Macam dah lari tajuk (T____T).

Jadi, begitu lah susur galur life saya kat agensi ni. Takde lah banyak nau ke sana sini. Kalau ikut kan, masih bahagian yang sama. Tukar unit je.
Kami badan berkanun persekutuan, closed service. Nak pergi jabatan lain tu, kalau tak diminta, mmg takde harapan lah. Tapi, sbb kami ada cawangan di setiap negeri, jadi kebarangkalian nak di transfer ke state tu mmg ada. Huhu.
Apa pun, banyak yang saya dapat di sini. Banyak yang saya belajar. Dan terima kasih Allah dengan semua rezeki ini. Syukur, Alhamdulillah :)
4 juta komen
chukhahaeyo (tahniah) kekDa.
smg terus gembira dan tabah di tempat kerja.
kerja kita paling lama 4 tahun je la kot bertahan. pastu da sandang jawatan skrg ni baru nak masuk tiga tahun :D
lamanya berkhidmat. selamat bekerja ya puan stoberi. done follow ur blog, follow mine too :) - Noob
reen, x tahan bab HR ni nak handle staff punya grievance... and nego ngan union. serious x pandai bab ni...
Happy 11th anniversary!
Terima kasih atas komen anda :)