Pages

Showing posts with label driving. Show all posts
Showing posts with label driving. Show all posts

25 February 2015

Hilang Satu Kemahiran

Yakni kemahiran memandu!
Ya.. ya...
Ai rasa ai dah hilang kemahiran memandu.
Sayangnya. Tskk. (T____T)

Ai sekarang dah macam takut nak drive kereta.
Rugi kan.
Dahulu, ketika bujang berdesup ke sana ke mari.
Celah mana pun buleh lalu. Naik highway Seremban-KL memalam pun boleh kan. Pastu skrg ni kalau terfikir, mesti rasa eii.. aku ke buat camtu tu. Berani nya.. Cam tak sangka.

Tu hari, myDH ada course kat PD. 2 malam kat sana.
Jadi, sepatutnya takde masalah la sbb ofis pun sama, kan?.
Pergi kerja pepagi sesama - dia pergi course - ai bawak la balik kereta.
Nanti dia balik - pick up je lah dia.
Patut nya gitu lah kan.
Tak.. dia tak jadi camtu.
Dia jadi cam lain.
Ai is menumpang member balik rumah. Kereta tinggal ofis (T____T). 

Tu lah.
Dulu masa bujang bawak si kotak kasut comel. Mmg lah berdesup.
Dengan che merah, mmg ai cannot lah.
Pernah la bawa 2,3 kali.
Apsal la berat nau keta nih.
Berat la che merah nih. Kalau tau, tunggu sket lagi, baik beli HRV. Tak la berat sgt.
Eh?

Ye lah. Dengan ketumpatan jisim berat badan dan tinggi, ai rasa mmg ai tak sesuai lah bawak che merah ni. Ai tak kesah pun orang kata nanti nampak che merah bergerak sendiri lah apa lah. Takpe lah. Sebelum ni ada Volkswagen kuning gerak sendiri kat terowong menora. Ni che merah pulak bergerak sendiri kt highway Duke. Apa ada hal. 
Tapi, yang menjadi hal, kereta ni berat. Dah tu kena tekan minyak kuat kan. Eii. Tak suka tau. Kang ada yang jalan 20km/j. Buat marah dek orang. Pastu kereta ni kembang pulak tu. Lebar tahu. Pastu tahu je la motor2 ni. Suka sgt potong belah kiri. Tau2 je ada dekat je ngan side mirror tu. Gayah gayat tau. Ni pun cerita opis yang tak sampai 10km dari rumah, dan mmg ada ramai kawan duk sekali kat area tu. Kalau 40km. Lagi pening nak pikir sbb terpaksa driver jugak.

Tapi, tu lah. Dah ndak beli kereta sedan. Mmg tak dapek la nak carik kesesuaiannya kan. Kereta sedan mmg lah semua besau dan berat (exception for Saga lah).
Seperti ai pernah quote kan di Instagram pada 8 Januari 2015.

“Satu kemahiran yang kian terpendam.
Kemahiran memandu.
Memang dah gigil kalau nak gerakkan stereng ni. Tskk.”

Tapi, tapi, tapi, kalau terpaksa, no option at all, ai buleh la bawak.
Takkan tak buleh. Lesen terbang ke apa?
Tapi, kalau ada orang buleh diharapkan, ada orang sudi nak menumpangkan, nyiru lah ai tadahkan. Haha.

Seriyes, ai mmg rasa rugi.
Uols nanti, if kawen seofis pun, sesekali kena juga drive sendiri.
Tapi, dah kenapa pulak kan.
Baik la duk sebelah je.. lagi best... boleh tido.. ZZzzzz.....

#lepas tu dah tumpang orang, pi tinggalkan segala beg telekung, beg bekas tupperware. Amboi.. teruk nau perangai tau. Nanti orang takmo bagi tumpang baru tahu. Huhu.

17 April 2014

Gelagat Pemandu Di Pagi Hari

Pemandu dan Penunggang to be exact.


Bagi kita2 yg keluar pagi untuk ke pejabat ni, memacam gelagat yang kita boleh tgk. Esp yg duk di area kepadatan penduduk cam KL ni.

Jammed tu biasa, tak jammed itu luar biasa. Ha. Gitu.
kredit : Here

Bukan kita tak pernah kena dengan gelagat pemandu2 yg keluar lane ikut suka hati, keluar lorong tetiba, langgar lampu merah dan sebagainya.
Apa yg kita boleh buat ada lah - bersabar je lah kan.
Kalau tak bersabar, mmg maki hamun la jawabnya.
Tu yg kena kat kami pagi tadi.
Pemandu Penunggang motosikal lah. Siapa lagi. 
Yg selalu nya rasa 'powerful' kat KL ni ada dua ja. Motor n teksi. 
Mmg selalu hangin ngan derang ni kan.
"Lain kali bagi la signal!" katanya sambil buat isyarat tangan menunjukkan lampu signal.
Marah benar nampaknya brader tu. Kuat la sbb walau cermin tingkap semua tutup aku dengar jelas kata-kata dia tu (dan aku ter save pulak muka dia dalam otak aku nih. Adehhh)

Aku tanya husben, dia nampak tak motor kat belakang. 
Katanya nampak.

Aku kata, kalau nampak kenapa keluar lane jugak. Tak bagi signal.
Mana tahu, jawabnya.
Hurm.
Aku tak tahu. Sbb aku terleka dengar CD Ya Hananana.

Motor (dan teksi juga), kalau orang buat salah, mmg la dia maki hamun, hon hon bagai nak gila.
Ce kalau dia yang salah. Takde la pulak nak rasa bersalah.


Yer. Mungkin husben aku salah sbb tak bagi signal.
Tapi kalau ikut undang-undang, apa2 yg di belakang, kalau terjadi kemalangan, yg di belakang akan di 'prima-facie' kan sebagai bersalah. Dan boleh di denda.

Let's say la keta ko di langgar dari belakang - kat traffic light - kalau tak teruk, nak settle situ tak payah report pun takpe. Tapi kalau yg di belakang tu report, maka dia yang akan di denda. Ni kena kat aku dulu. Aku kena langgar dengan teksi kat traffic light - aku ingat settle situ je lah - lepas tu aku gi report - sekali teksi tu dah report dulu. Eh eh. Ada juga orang camni. Biasa orang yg melanggar lah senyap. So, smpai la ni bumper si kotak kasut aku tu ada kesan retak. Lebih 10 tahun dah. Haha. Tahan wo keta import nih. Mihihihihi.

Husben aku ni kalau orang tahu cara pemanduan dia, mmg orang akan bagi A+ lah.
Kalau kata lah dia drive dan tetiba sampai surat saman ke AES ke apa tu - nampak beno nipunya. Nampak bebeno. Sbb dia takkan melebihi had laju. Takkan. Never. Ko buat la apa pun. Macam kat hway tu. Mmg takat 110 je lah. Dulu aku drive 2 jam KL-Ipoh (hway). Dengan dia tak pernah. Paling cepat 3 jam. Tu paling cepat tau. Lebih lambat lagi la ada. Tu yg aku kata, buat rugi je beli keta ada turbo bagai. Takkan di guna nya (T___T).
Lepas tu kalau traffic light tu - kuning tu dia dah siap berenti. Jangan harap dia nak laju terus. Kadang tgk macam dia nak laju, tup2 bila lampu tukar kuning - zupppp - dia berenti mengejut. Aku cukup risau kadang tu - sbb takut keta belakang ingat kita nak terus. Nati tak memasal. Phew.

Tapi, dalam berhemahnya dia - kadang mmg ada careless nya. Rasa semua orang camtu kan. Dia agak careless eps dengan motor. Tak tahu la sbb dia ada sikap pesimis toward motorcyclist ni ke apa ke aku tak tahu. Tp dengan motor, biasa dia amik mudah. Maka, pagi tadi, kena lah buku dengan ruas bila orang tu maki. Aku suspect dia pikir motor tu dapat baca pergerakan dia.

Pernah sekali dia nak masuk simpang ke apa tah - motor tengah lalu - dia masuk je. Aku nampak motor tu - tapi dia kata dia pun nampak . Dah nampak kenapa masuk jugak. Nyaris tak ter langgar. Masa tu mmg aku hamukan lah. 

Mana buleh camtu bang oi.. ingat lagi arwah ayah aku advise aku dulu - bawak kereta ni bukan mata kita je kena aktif, otak kita pun kena aktif. Kena tahu 'baca' pergerakan kenderaan lain. Kena cekap berpikir. Kita tak boleh anggap dia dapat baca pergerakan kita dan dia pulak dengan berbudi bahasanya nak bagi kita laluan. Ha, lalu la encik, sila lah..lalu lah. Mmg takkan lah kan.


Apa pun, keyword dia - berhemah dan ber tolak ansur. Dan saling memaafkan je lah. Awak nak cepat, begitu juga orang lain. Jangan maki hamun orang lain, macam kita tak pernah buat silap. Bertolak ansur. 

14 May 2013

Edisi Arnab Dan Kura-kura.


Ari Jumaat tu ari update status ini.
Ramai plak yg like.
(ye..ye... kira lebih 10 tu dah ramai la. Maklum la, tak ramai kawan. Bukan thp retis yg letak gmbr kaki pun beribu dpt like. Huhu)

Oke, itu bukan persoalan.

Persoalannya adalah, selalu eh kita jumpa camni kan?
Atau pun ada yg jadi berdesup tu?? duk potong2 orang tetiba jumpa balik kat tol atau pun traffic light. 
Kuikuikui.

Tapi tu lah.
Ni masa aku drive sendiri tu lah.
Mmg terhegeh2 la. Sbb dah lama maaaa aku tak jadi full time driver.
5 tahun dah aku jadi co-pilot. Skali skala bawa kereta mmg terhegeh2 la.
Ni masa kat nak masuk hway DUKE kat jalan jelatek tu lah. Kita ni berhati2, sopan bagai siap bagi signal, tertekan2 brek sbb jalan cam hampagas kat situ. Berlubang2.
Pastu zupp... keta ni pintas aku dan berdesup laju.
Aku cam memula tu, cam nak hoi... giler kau..bongok bla bla.
Padahal buleh je follow dulu blkg keta aku, then kang dah masuk hway kau potong la.  Ni tak nyempat2. Nak gak pintas. Hieee....!
Tapi, cecpat aku kata "takpe, maafkan beliau, mungkin dia mmg ada urusan penting"
So, kita pun rileks ja. Bawa pun 80 je camtu.

Dan smpai la ke tol.

Skali tgk. Eh la... keta yg berdesup tadik.
Tetiba aku rasa nak gi sebelah keta dia "apa barang bro..keta berdesup desup, skali duk beratur nak bayar kat lorong tunai"
Miahahahaaaa.... cam badigol pun yer. Last2 lambat jugak kau. By d way aku smpai kat umah, kau pun masih beratur lagi kot. Patut aku buat lambaian ratu kat ko dari balkoni rumah aku kan.

Entah. Menyampah giler kat orang camni.
Dia bawak keta besar, tgk kita bawak keta kecik, pompuan lak tu, konon cam haibat la.
Tak hebat mana kalo bersepah isi perut, isi hotak tu kat tgh jalan kang.
Laju2 pun nak ke mana? Kalo dah laju siap la smart tag segala. Eh. Tak kesah la kalo hari Jumaat tu hari je Smart tag kau tak berfungsi. Yang nyata kau kalah! Hahahahahah.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign