Pages

5 February 2015

Buat Passport Di Ipoh

Bukan passport aiols. Passport aiols masih valid. Jauh lagi due nya. Bulan doblas. Tapi, penggunaan sehingga bulan Jun je lah kan. Ate nye... setahun setengah je le valid passport tu. Masa tu weols buat 2 tahun.

Okey. Yang ni buat passport untuk my mom.
Buat di Ipoh sahaja. Masa cuti gantian hari Wilayah - 2 Februari tu.
Aman aman saja buat di sini. Orang pun tak ramai. Sampai dalam 8.30pg camtu. Tengok nombor cam orang ke 30++ camtu lah. Jarak menunggu time tu hanya 2 orang. Wah. Mmg aman. Kalau dulu aku buat kat Wangsa Maju, 8.30 pagi tu dah nombor beratus dah. Pastu pulak jarak menunggu tu entah berapa ramai lah. Pastu kalau UTC Sentul pun hazab juga. Sbb UTC dia buka 8.30pagi. Jenuh beratur sedari pintu belum dibuka. Pendek kata mmg tak pernah rasa aman aman lah buat kat KL nih (T____T). Abis, takkan nak buat kat Ipoh plak, kan?

Oh. Now dah ada kadar baru.
kredit : Imigresen
Berkuatkuasa 15 Januari 2015 kadarnya adalah RM200 untuk 5 tahun. No more 2 tahun dah. Tu ari weols ambik 2 tahun. Dah 3x juga lah me-renew passport nih. Ingat takde jalan2 tetiap tahun. Rupanya ada je. Cis. Oke. Takpe. Lepas ni, kalau buat mmg 5 tahun je - RM200.
Untuk warga emas (60 tahun ke atas) - RM100. My mom buat RM100 lah.

Pastu sekarang ni, if passport dah mampuih expired pun still kena bawa passport lama tu. Memula tu, aku gitau mak aku takde passport walau sebenarnya mak aku pernah je buat passport masa mak gi umrah tahun 2005 dulu. 
Then tetiba dia cek2 kat sistem, katanya mak aku pernah ada passport yang expired tahun 2010 (betullah kan, 5 tahun validnya). Lalu dimintanya passport lama tu. Mana nak bawak. Ah sudah. Takkan lah nak pergi balik ambik kat rumah. Entah kat mana mak simpan pun tatau. Pastu dah jadi kecoh2 dalam office tu. Agaknya dengan Pengarah dia semua keluar nak menyelesaikan masalah passport mak aku yang lama takde tu.
Memula dia kata tak boleh. Sebab ada keluar paper kata kalau hilang kena report polis. Orang yang passport dah expired 20 tahun pun bawak juga katanya.
Pastu aku cakap okay lah, kita p report polis je lah. Pastu dia kata kena denda then kena report PBT jugak. Ha.. yang ni aku tak pernah baca kat memana okeh. Dah kenapa pulak nak report PBT bagai. Kata lah kita kat KL ni, kena report DBKL pulak. Eh, kau... kalau rumah kena banjir ke apa lain la cerita.
Lepas tu dah masuk campur officer dia bagai - then officer tu kata takpe, buat je. Pekeliling pun tak keluar lagi.

Yelah. Aku tgk kat paper ni, dia belum lagi laksana yang report polis tu. Baru "akan". [Link : Sinar Harian.] Tapi, takde pulak dia tulis kena report PBT. 
"Akan" okey. Masih belum ada pekeliling. Ini bermakna, Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2011 masih lagi terpakai yang mana passport hilang tak perlu buat laporan polis [Link : Pekeliling Am] - (kat pekeliling ni jugak ada tulis dokumen apa yang hilang tapi kita tak perlu report polis).

Last last buleh pun buat. See simple je kot. Takkan sampai tak boleh nak buat. Mujur. Alhamdulillah. Jadi, uols, walau passport uols dah lama mampuih, uols bawak jugak lah masa nak buat baru tu. Dulu tak perlu. Mmg tak perlu sbb myDH buat baru tu ari, passport dia dah expired, memang takde pun depa mintak passport lama.

Sekarang ni dah mudah. Ambik gambar situ jugak.
Pastu bayar.
Pastu dalam sejam dari waktu bayar tu - siap.
Gitu lah. Dalam kul 10pagi dah siap passport mak. Alhamdulillah.

Jadi, begitu lah.
Mmg senang betul lah buat kat Ipoh ni. Dah la tak ramai orang. Parking pun mudah. Tapi, makin tengahari makin ramai lah. Tapi tak la sepadat dan sehazab kalo kat KL.
Tempat nya kat area Mydin Meru tu. Kalau keluar highway mmg dekat dah. Kat bangunan KDN. Tingkat bawah je pun. Masuk je kat belah kiri tu lah imigresen.
Alamat penuh.

 Aras 2-4, Kompleks Pejabat 
 Kementerian Dalam Negeri 
 Persiaran Meru Utama 
 Bandar Meru Raya, Jelapang 
 30020 Ipoh, Perak Darul  Ridzuan
(waktu urusan : 7.30pg - 5.30ptg)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign