Petang semalam adalah jammed menggila kat jalan Tun Razak arah ke Bulatan Pahang tu.
See, jalan sebelah tu clear je. Giler btul.
Tak tau pasai apa.
Tapi, ofismate kata ada kereta rosak kat bulatan Pahang tu.
Depa keluar ofis pukul 5 pun stuck kat jalan Tun Razak dekat kul 6 lebih.
Kami keluar kul 6.10 camtu. Kul 6.50 baru nak hegeh2 masuk terowong tu.
Kalau tak jem, dari ofis ke lokasi tu kurang 5minit ja. Kalau jem biasa biasa adalah dalam 10-15 minit. Ini mmg luar biasa sbb hampir sejam.
Hoih!
Ini lah asam garam kerja di KL.
Giler tak giler lah.
Keluar ofis tu mmg dah rasa lapau. Memula decide nak makan roti canai je utk dinner.
Pastu rasa cam nak order pizza.
So, trus order dalam kereta je. Sambil jem jem tu, order pizza.
Wah. Mudah tul hidup sekarang kan. Haha.
Lps tu, letak time nak hantar kul 7.45pm. Rasa cam okay lah kot, buleh sampai nih.
Sekali kul 7.30 masih atas highway DUKE.
Ayok. Ayok.
Masuk je kat gate rider pizza tu call.
Kak, dah sampai depan rumah katanya.
Mujur tepat pada masanya. Suruh dia turun lobi, aku ambik kat lobi je.
Just nice lah kan.
Sampai je terus dapat makanan.
Sbb mmg plan camtu je. Malas nak berenti kedai makan. Atau nak kena tunggu makanan apa semua. Tu yang order masa on d way.
Mujur lah sempat. Siap say sorry kat rider tu.
Dia kata takpe, dia yang awal 10minit.
Huhu.
KL..KL... hujan pun jammed, kereta rosak pun jammed, Jumaat pun jammed.
Hadap je lah. Baru 11 tahun... kalau panjang umur, takde kena transfer, ada lebih kurang 25 tahun lagi nak hadap okeh.
Okeh. Pencen awal lah. Jual laksa bawah pokok (T_____T)
Terima kasih atas komen anda :)