Pages

31 October 2015

Kau Follow Kau Kena Like

Entah hapa hapa entah.
Kita ni kadang ada juga la follow artis2 kat IG kan.
Follow tu maksudnya follow lah.
Ada gambar dia, kita tgk.
Tapi jarang2 la nak like. Atau malas nk like. Tengok je sudah lah.

Tapi, ada juga artis yg nak kita like.
Kalau tak like, nak block.
Blergh..
Kalau kuar statement camni pada artis aku follow - good bye lah.
Aku lebih dahulu unfollow kau. Tak payah susah2 nak block ah.
Dah satu hal pula, follow dan harus like kesetiap gambar mereka.
Atau sekurang kurangnya mesti like pada satu dua gambar mereka.
Sapa tak pernah bagi like - block. Konon mcm yg follow ni sengaja nak stalk depa nya life ke apa.
Fikir macam semua orang ada niat tak baik agaknya.
Tak hadap like katanya, tapi tak suka kalau orang follow gitu je.
E eh. Paksa pulak kita like.
Kuasa noks.

Apa lah salah nya kita follow tanpa like.
Dengan kawan2 aku pun aku jarang2 bagi 'like'.
Begitu juga dengan rakan2 aku kat IG. Sbb aku jarang bagi orang "like" , aku pun jarang lah dapat "like". Haha. 
Lantok. Aku takde heart broken ke, heart feeling ke pasal like tak like ni.
Ko nak like, ko like.
Taknak sudah.
(myDH pun tak pernah "like" gambar aku, tapi kadang tetiba nampak dia like. Tapi bila tanya mesti dia kata "takde lah, mana ada like". Agaknya dia tak perasan tertekan "love" tu. Haha).

Abis cemana pula artis yg ada milion, bilion, trilion follower tu?
Tak hingaq plak kalau million follower depa tak bagi like.
Kita ni kadang suka je tgk tgk. Kadang depa ni ada jual jual. So, suka je nak tgk.
Orang follow, kekadang dia nak membeli gak produk kau. Bukan jenis nak komen2, nak tnya itu ini, nak like. Kadang terus carik produk tu. Kan tu kira satu kaedah promote barang. Now, dah tulis2 nak block la apa la, orang pun dah malas. Elok2 ada follower, makin kurang plak kang.
Kadang2 ada yg bagi macam tazkirah tu. Kita suka je follow.
Tak semestinya tak bagi like tu kita tak suka.

Tapi, sekarang dah kira salah pulak follow tanpa like.
Memacam hal.
Tu hari marah org duk niaga2. Sekarang dah kurang meroyan marah dah.
Sbb tak boleh nak buat apa. Had yg peninggi_pelangsing bagai tu mmg tak makan dek saman. Kau cakap lah cemana pun, tetap orang2 ni akan promote juga produk tinggi kan badan dia tu. Biasanya Indon yg suka promote tu.
Sekarang dah nak orang like plak.
Memacam lah hangpa nih.
Lantak pi hangpa la situ.
Ada million, trillion lagi IG yang boleh difollow tanpa ada do's n don't ni.
Baik follow IG Nala Cat ni.
Lagi best.

29 October 2015

Promosi Hiasan Dalaman Dan Seni Taman

Jemput datang.
10 pagi - 10 malam.
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Bermula hari ini sehingga Isnin depan.
(29 Oktober - 2 November 2015)



28 October 2015

Bajet 2016

Oh. Lupa belum cerita rupanya pasal bajet yer.
Bila Nina Dessert of Life buat entry, baru ai teringat.
Sebenarnya, tak ada apa pun nak di story kan.
Sama je lebih kurang. Next year pun itu itu juga, last year pun itu itu juga.
Takpe lah. Meh kita list sket apa yg berkaitan.

Khususnya untuk penjawat awam lah (sbb ai penjawat awam. Dan lepas tu biasanya mmg ada terlibat dengan HR juga. So, nak taknak ai kena gak lah ambik tahu. If not, ai pun tak amik kesah. Hehe)

Antaranya :
*Penetapan gaji asas minimum - RM1,200.00
(banyak tu yer, ahkak dulu mula dgn gred 27 di tahun 2004 dengan gaji asas RM1,176.00 ye adik adik. Tu kira permulaan gaji diploma. 
Sekarang kelayakan akademi paling rendah is PMR (UPSR takde dah sekarang), which bermula gred 11 dan gaji RM1,200.00. Sila bersyukur)

*Menambah baik 252 skim perkhidmatan 
(masih tak tahu skim apa. Last year pun kata ada. Tapi hingga sekarang masih belum nampak apa-apa. Bagus jugak, kalau tak, ai and team yang akan tunggang langgang terlibat secara langsung)

*Kadar pencen minimum RM950.00
(kalau tak silap yg ini untuk orang yg pencen wajib. Rasanya lah. Untuk yang pencen secara pilihan (option pencen awal), takde rasanya. Takpe. Nanti tgk pekeliling)

*Faedah pemindahan gaji bersaman satu kenaikan gaji tahunan (1KGT).
(Oh. Thank u lah yang ini. Tak nak komen apa apa. KGT ai adalah pada April. Jadi, next year ai akan naik gaji pada April dan juga Julai. Alhamdulillah. Rezeki)

*Pegawai Contract Of Service lebih 15 tahun dapat serap tetap.
(yang ni office weols takde. So, tak berapa berkaitan).

*Bonus RM500
(yang ni takyah komen lah).

Macam lelain story, BRIM apa semua tu, maleh ai nak citer. Lari lari tutup telinga.

Tu hari ai tak pasan, kat web JPA pun ada suruh hantar cadangan untuk bajet ni juga. Kira cam apa cadangan dari penjawat awam. 
Takpe, next year ai nak hantar cadangan.
Ai nak cadangkan supaya penjawat awam yang buat Fertility Treatment di private pun boleh claim (now di LPPKN sahaja yang boleh claim), tapi tertakluk lah kepada satu satu amaun.
Cadangan saya : Misal kata (misal  kata bermaksud contohnya) buleh claim sehingga RM2,000.00 sahaja. Selebih nya kena tanggung sendiri. Ini adalah cadangan sahaja. Takkan jumpa dan takkan dengar dan takkan dapat kat memana pekeliling. Cadangan utk bajet tahun depan ke next next year ke. Cadangan yer.. Cadangan.. (saya cadang utk letak certain amount sbb taknak lah membebankan govt juga kan. Saya treatment under KL Fertility skrg and kos IUI yang telah dibayar adalah lebih kurang 5k. Dan kawan saya buat ICSI di situ adalah lebih kurang 20k. Takkan nak suruh govt tanggung semua kan. At least, sedikit pun tak mengapalah. Cadangan saya.. cadangan.. belum termaktub kat memana ni tau. Jangan hangpa pi tanya kat JPA plak sbb kata ada baca dalam blog ni. Saya tulih tu cadangan tau).

Ai dah rasa perit getir membayar secara cash utk fertility treatment di private ni jadi ai nak bantu adik adik yang akan datang ni pula. Mana tahu, ada rezeki boleh dapat. 
Lagipun Pekeliling Kemudahan Perubatan ni pun dah lama juga ni (PP Bil 21 Tahun 2009). At least, dah boleh di tambah baik.

Macam Dessert Of Life dia cadangkan dapat pengecualian cukai utk fertility treatment. Takpe, walau tak dipertimbangkan lagi, tapi mungkin akan dipertimbangkan next time.
Jadi, ai pun nak bantu penjawat awam lain yg nak buat fertility treatment di private. Sbb private prosedurnya cepat. Tidak lah mengganggu urusan kerja kita. Tak perlu asyik ambik cuti dan time slip.

Apa pun, ini rezeki kita.
Bak kata Nina, rezeki itu datangnya dari Allah.
Jangan ragu, jangan gusar.



26 October 2015

Coming Soon Movie : The Hunger Games


Release date kat Malaysia : 19 November 2015.
Save the date okay.
Tapi masa tu dah nak cuti sekolah. Sure la penuh.
Kena ambik early bird lah nih.

Dah terlupa dah mockingjay part I tu ari.
Kalau kat HBO sure ada dah back to back dia ni.
Abis, HBO pun dah potong. Huhu.
Last skali tu ari yang Peeta macam dah tak kenal Katniss.
Takpe, nanti baca balik buku dia sket.

Best tak best citer ni, ikut minat genre memasing lah kan.
Cam aku, mmg suka movie yg camni. So, ai mmg suka dan rasa best lah.
Orang tak suka dia kata tak best lah.
So, terpulang memasing yerp.

23 October 2015

Memohon Pertolongan Kepada Allah


22 October 2015

Kursus Induksi

Ini kejadian last month. Sebulan lebih sudah.
Kalau tak jot down sini, nanti takde rujukan plak.
So, mari cerita.

Berkampung kat The Zone dari 17 till 20 Sept. Kursus Induksi utk staff baru.
Kali ni jadi fasilitator. Ceh.. ye ye oo je. Fasi la sangat kan.. Haha.


Lagi lagi The Zone. Macam kan dah takde tempat lain plak.
Tapi okay The Zone ni. Bilik pun besar. Makanan pun best.
Kat sini dessert dia mmg best.
Aku suka betul sago gula melaka dia.
Hehari aku tibai makan.
Yang best masa depa buat pembentangan kumpulan.


Then, aiols jadi cam ala ala juri lah.
Bagi komen, and bagi soalan secara spontan.
Ala saja suka suka je kan. Tapi ada markah tau....

Makan. Makan dan makan.
Ni malam last. Ada BBQ dan bermacam makanan. Malam minggu mmg ada pakej BBQ kat hotel ni.

Ni plak last day- Hari Ahad.
Hari Ahad mmg ada high-tea kat hotel.
Makanan seme best dan pelbagai.
Itu ai amik laksa, sate dan tak lupa sago. Hehe.


Last day.
Grup photo.

Selamat bekerja lah uols untuk tempoh lebih 30 tahun lagi. Hihi :P

21 October 2015

Kepentingan Vitamin D untuk TTC

TTC tu ada lah trying to conceive.
Kut ada tak tahu lagi. Kut la.... Huhu.
Rasa macam pernah buat entry Vit D ni.
Tapi takpe, meh kita citer sekali lagi.

Kira entry ni khas utk TTC'ian ya.
Kalau tak TTC'ian, sila skip. Tentu membosankan anda :P

Okey. Sebelum ni, ada 2 tempat saya pergi treatment. Tak penah pula kedua dua tempat ni menitik beratkan perihal Vit D.
Tapi, kawan saya kata, start dari tahun lepas, semua tempat yang buat fertility treatment ada buat test Vit D ni. Sejauh mana kebenaran, wallahualam sbb saya pun dah 2 tahun tak buat treatment. Tahun ni baru buat semula.
Setelah memulakan rawatan di KL Fert, baru saya tahu, Vit D juga sangat penting utk conceive.
Sebelum mulakan rawatan, blood test untuk Vit D adalah antara salah satu test yang mesti dibuat di KL Fert.
Result Vit D saya mmg worst.
Selama ni mmg saya tak tahu saya tak cukup Vit D. Nampak normal serba serbi kan. Rupanya sangat tak cukup Vit D.
Mengapa Vit D penting utk TTC?
Boleh google "Vitamin D for conceiving/fertility"
Banyak sgt article berkaitan. Salah satu contoh macam ni :

In humans, the vitamin D receptor is present in many female organs, including the ovary, uterus, and placenta.# The active form of vitamin D (calcitriol) has many roles in female reproduction. Bound to its receptor, calcitriol is able to control the genes involved in making estrogen.v The uterine lining produces calcitriol in response to the embryo as it enters the uterine cavity, shortly before implantation.# Calcitriol controls several genes involved in embryo implantation.# Once a woman becomes pregnant, the uterus and placenta continue to make calcitriol, which helps organize immune cells in the uterus, so that infections can be fought without harming the pregnancy. Poor vitamin D status has been associated with certain pregnancy complications such as gestational hypertension and diabetes.# [link : here]
***
Vitamin D deficiency is linked to infertility. Recent research shows women who have sufficient vitamin D intake are more likely to become pregnant (and produce high quality embryos if undergoing in in vitro) than those who are deficient in this essential vitamin. Somehow we are not surprised. Vitamin D, more than other nutrients, has been found to be essential for things ranging from bone density to dementia prevention, immunity and cancer prevention. It only makes sense that it would also play some role in fertility. [link : Here]

Antara artikel lain yang bagus juga -

Tapi, harus diingatkan kita tak boleh memandai mandai buat teori sendiri "oh, aku lambat conceive sbb kurang Vit D kot.. jadi, mari kita cari ubat utk tambah Vit D"
Please don't.

Jangan buat assumption sendiri.
Kalau nak tahu level Vit D kita, pergi memana klinik, tanya ada tak buat blood test Vit D. Biasanya klinik tu tak buat analysis, dia ambik darah then bawa ke memana lab.
Jadi, utk yg nak conceive, cuba lah try buat test Vit D ni.
Kemudian, baru kita boleh cari jalan penyelesaian.

And..
Kita tak boleh suspect, oh, dalam multivitamin aku dah ada Vit D, boleh la ni.
Tak boleh ya. Kurang Vit D, kena ada ubat khusus utk normalkan level.
Please don't.
Jangan sesuka hati jadi doktor sendiri.
Doktor akan prescribed ubat ikut level Vit D.
Di KL Fert, doc bagi ini.
Saya consume, 3 titis sehari. Titis di bawah lidah. Ikut result blood test tu. Ada kawan yang kena 2 titis je sehari. Sbb tu saya kata jangan memandai mandai. Bahaya!
Memula tu berdebar tau. Takut tak sedap ke rasa dia.
Rupanya, rasa mint je. Best! Hihi.
Then after 1 month, buat blood test semula.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan keberkesanan ubat ni, level Vit D saya dah normal.

But again.... please don't pandai pandai pergi cari ubat ni, dan consume sendiri.
Saya takut sungguh ni. Sbb kang tgk saya dapat ubat ni, pergi pulak cari sendiri, padahal level Vit D pun tak tahu. Jangan ya. Ubat ubatan ni jangan buat memain. Takut ada kesan sampingan lain.
Tapi, doktor cakap, susah sket nak carik ubat ni kat pharmacy.
Bersamaan dengan ubat ni juga saya consume ubat Calcium.
Ubat calcium ni mudah dapat kat farmasi.

Jadi, sebagai salah satu usaha pada kengkawan TTC, mungkin boleh check level Vit D dalam badan kita. Kita mmg rasa aku takde masalah ni, semua okay, period regular etc. Yer, period saya juga sgt regular. Cycle memang dalam 27-29. Jarang sgt lewat. Memang tepat tepat. Tak tahu apa simptom kurang vit D ni. Dan sekarang dah tahu - simptom nya - infertility ni lah.
Mmg kekurangan Vit D ni kita sendiri tak sedar.
Vit D ni nak dapat free pun boleh. Pergi je berjemur.
Tapi, musim jerebu sekarang ni (dan katanya berterusan sampai Mac tahun depan), mmg takde la peluang nak dpt Vit D secara free.

Cuba check, and then tanya doktor ubat apa yg kita boleh consume.
Dan sekali lagi saya ingatkan, jangan memandai mandai consume any ubat tanpa nasihat doktor.

p/s : Kos untuk blood test Vit D ni dalam 300++. Ikut klinik la kot. Kt KL Fert, kos sekali test RM330.00. Saya buat dua kali test ni.

19 October 2015

Tol Naik

Lambat pula aku up berita ni. 
Takpe lah. Nak jot down jugak utk rujukan.
Sbb nanti lupa bila last tol ni naik.
Utk rujukan.
Kredit : Kosmo

Rumah aku boleh dikatakan dekat dgn ofis.
Dekat la kan kalau kurang 10km tu.
Tapi, dari keluar office nak menyampai area rumah adalah kawasan "jammed melekat". Pepaham je lah Jalan Tun Razak tu kan. Sampai IJN - pastu bulatan Pahang yg hazab walau tak masuk bulatan pun, memang akan sesak smpai belakang2 sbb ada orang 'berhati mulia' yang tak kesah perasaan orang yg q. Dia sorang je nak cepat, lps tu potong q, lps tu dah jadi 2,3 lorong dan halang orang nak terus. Sick!
Ditambah pula dengan pembinaan DUKE Fasa 2 sekarang ni. Semak tau area tu. Semak!

Kalau waktu pagi, pergi ofis, tak lalu jalan bertol.
Jammed la jugak. Tapi, kalau cuti sekolah berdesup ja.

Waktu balik, sbb tak tahan jammed jalan Tun Razak arah IJN/HKL tu, maka, myDH guna laluan alternatif. Cea.. alternatif katanya. Jadi kena lalu 2 tol. Bayang la kan, umah 10km naik 2 tol, sebab nak elak jammed. Oh. Kuala Lumpur.... (T_____T).

Lalu tol AKLEH - turun MRR2 - masuk DUKE.
AKLEH : RM2.50, DUKE : RM2.50. Total : RM5/day

AKLEH tu aku rasa sgt melampau bila dia naikkan hingga RM1.
Dari RM1.50 ke 2.50.
Sapa lalu AKLEH tu tahu lah betapa dekat jaraknya. Katakan kau masuk dari jalan Tun Razak, keluar di MRR2. Berapa km je tu.
Itu takpe la gak kan. Ada yg turun Jelatek. Itu lagi tak boleh hadam. Dekat nau nau. Tapi, ada ramai je orang buat gitu. Tak terkesan ke kome? Sampai jammed jugak nak turun Jelatek tu. Abis2 jauh dia masuk dari area jalan Ampang sana. Tu pun idak la jauh nau. Tapi, kalau masuk dari Jln Tun Razak mmg betul la membazir. Dah la nak turun pun jammed. Baik la lalu jalan biasa. 

Entah la. Sampai sini, mesti terasa, apa daya kita. Nak bising, nak bebel pun tiada guna.
Nak cepat, kena lah bayar walau pun rasa sangat tak berbaloi. Kalau taknak, beratur la tersengguk sengguk kat jalan biasa tu.
Itu tak masuk bila DUKE Fasa 2 dah siap. Mahu berapa ringgit plak agaknya dia naik tu.

Ini harga yang kita kena telan bila duk kat bandaraya gah bernama KL ni.
Sehari dua ni, aku tgk DUKE dari atas rumah tak jammed dah. Kalau sebelum tol naik, kul 7pagi dah jammed teruk (hway pun jammed, baik la kau lalu jalan biasa je).
Tapi, lama kelamaan orang akan bosan terperangkap dengan jammed di jalan biasa, orang akan bosan sbb jadi lambat, orang akan menyampah nak keluar awal dan akan kembali naik highway - lantak la, tak kesah la bayar berapa pun - dan akhirnya orang bising2 tu pun akan akur.. tidak lagi berdaya. Dan seterusnya naik lagi tol.

Kalau tak naik tol, BRIM terpaksa kurang katanya.
Oh begitu. Duit tol lah cover BRIM rupanya.
Tol semua orang bayar, tp BRIM tak semua orang dapat.
Tol bukan semua tempat naik, tp BRIM seluruh tempat ada orang dapat.
Sedih betul rasanya...

******
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kenaikan kadar tol berkuatkuasa 15 Oktober lalu sebagai satu keperluan.

Tegas Najib, kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol, kerana jika langkah itu tidak dilaksana, kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

"Kita terpaksa meningkatkan kos. Kita tiada pilihan. Jikalau tidak naik, pampasan perlu dibayar. Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan. Jadi apabila kita membayar pampasan, peruntukan untuk perkara lain juga berkurangan. Kurang duit untuk BR1M.

"Gerakan mahu saya meningkatkan kadar BR1M. Namun anda perlu pilih, yang mana satu anda mahu kerana kita ada peruntukan yang terhad," tambah Najib dalam ucapan ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan Malaysia di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Link : AstroAwani

16 October 2015

Speak A Good Word



15 October 2015

Gurau Kemudian Perlekeh

Environment selalu camtu kan?
Gurau-gurau lepas tu perlekeh.
Esp office yg ramai lah (a.k.a - gomen).

Takde lah. Kadang cam annoying kan.
Dia yg bergurau. Pastu kita jawab. Pastu dia balik perlekeh kita.
Hek ele. Macam kan kita plak yang mulakan sembang tu.
Entah. Orang camni, bagi aku pemikiran memang sempit!
Malas nak layan.

Biasanya mmg nak elak la tempat 'sempit-dan-tak-boleh-nak-escaped'.
Ko tahu kat mana, kalau kat office ni.
Lif!
Tak tau la mmg aku yang perangai kolot agaknya.
Nasib la office aku tingkat tak banyak.
Kalau mendapat macam tingkat 48 ke, tingkat 60 ke. Naya betul aku nak hadap orang2 yg suka bergurau pastu perlekehkan orang ni.

Tak suka la. Cukup la tegur2 sekadar berbasi basi. 
Takyah la nak melalut.

Kadang menda ni terjadi dalam meeting.
Melalut menda bukan2.
Aku tak tahu dalam meeting org private cemna.
Tapi, kalau meeting kami - mmg lah ada kes melalut.
Esp kalau meeting adhoc nak buat majlis ke apa ke.
Ya hampun... sorry to say, mmg aku meluat.
Kadang smpai bergurau lucah segala. Bayangkan dalam meeting, bergurau jenis lucah2 tu. Boleh hadam? Memang la orang tu tak cakap direct, tapi kita ni bukan bodoh nak tafsir lawak2 lelucon tu. Dia ingat syok agaknya. 
Sorry, orang lain mungkin suka, but not me. Tu kadang mmg aku buat muka seriyes je dlm meeting. Eh. Meeting kot. Yg pegi melalut tah tentu hala macam orang hilang pertimbangan pasai apa. 

Bukan lah aku nak seriyes 24jam, tapi tgk keadaan lah.
Takyah la nak melalut macam hapa je.
Buleh je bergurau, tapi berpada pada kata orang tu.
Kalau dalam meeting pun asyik nak bergurau, asyik nak ketawa, sampai bila plak nak abis meeting nya. Tak pe lah nak gurau pun, tapi jangan lah melalut. Melalut yg mmg jenis kita akan rasa cam apa menda la bergurau mengarut sangat ni. Rasa macam better aku keluar je dari meeting ni. Tapi, kang perlekeh pulak kita. Ingat kita good good bagai. Dah pulak..........
Kadang dah macam mesyuarat JKKK plak. Mesyuarat JKKK pun takde camni.
Itu yang menyebabkan meeting buleh drag 3,4 jam tu.
Hai.. pening tau keadaan camni. 
Nama je duk tgh kota metropolitan, tapi perangai... 

Selalu yg buat perangai tu yg umur pertengahan 40-an. Lps tu dah ada yg baya2 kita (esp lelaki), ngikut juga. Gurau lucah. Hantar whats app berunsurkan sindiran/gurau/lawak lucah. (ini aku pernah buat entry dulu). Eh. Please la wey. Dah nak masuk tahun 2020 dah sket lagi wey, takkan lah hidup asik nak bergurau lucah, bergurau perlekehkan orang ni. Cukup cukup la wey. Jaga la standard tu sket. 

Ye lah, aku faham lah, kalau seriyes 24jam pun buleh stress.
Tapi, tak semestinya nak ilangkan stress tu kau bergurau lucah, kau gurau perlekehkan orang.
Elok stress kau ilang, orang lain plak stress.
Kau nak ilangkan stress pergi bawak2 baca Quran. Pergi bawak2 bercuti kat pantai. Pergi tengok negara orang ke apa. Habis2 pergi bawak anak2 gi Legoland.
Ini duk terperuk je kat ofis - pastu balik rumah. Life boring, patut lah bergurau mengarut2 dengan orang. Sick!

Entah lah. Apa menda tah aku bebel nih.
Orang masuk tahun baru ni cakap yg elok2 je.
Ini aku bebel entah hapa hapa plak.
Mohon maaf zahir batin lah yer.
Komen disable. Hanya untuk membebel. Haha.

13 October 2015

Salam Maal Hijrah 1437



*1 Muharram 1437 = 14 Oktober 2015
*Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun.
*Selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa.
*Semoga kita dapat mempertingkatkan amalan kita.
*Dan selamat bercuti :)

9 October 2015

Allah Knows What Is The Best


Trust in Allah =)


8 October 2015

Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2016

Sumber : Islam.gov.my

Haha.
Advance nau cik kak..
Tahun 2015 pun tak abis lagi.
Hehe.
Tapi  next week dah  nak masuk 1 Muharam 1437 kan.

Senang nak tahu bila 1st Ramadhan tahun 2016.
Senang tak tgk raya tahun 2016 bila.
Senang nak tgk bila raya haji.
Hehe.
Ramadhan tahun 2016 adalah bermula pada 6 Jun 2016
Dan 1Syawal pada 6 Julai 2016.
Jangan ingat jauh lagi ya.. pejam celik pejam celik dah sampai bulan Jun.

Jadi, cecepat lah ganti puasa pada yg belum mula tu.
Cewah! Mementang dia dah settle. Kan?
Tapi, rasanya ramai pun dah settle. Siap tu hari masa bulan Syawal sempat puasa enam lagi.
Tahniah. Ai tu ari pun buat yg wajib je. Sunat hanyutttt......
Lagi satu penting juga pada orang2 yg suka beli tiket flight awal-awal kan.
Jangan terbeli tiket bercuti pada hari raya plak. Hihi =)

7 October 2015

Short Getaway : Avillion Admiral Cove, PD

Short weekend getaway : 3 - 4 October 2015

2nd time being here.
1st time tahun 2010. Kisah nya di sini [link].
Suka pegi sini. Nice view, nice room and also reasonable price.

Kesahnya ni adhoc plan je.
Plan asal - Dept office sepatutnya nak buat family dat kat sini.
Tapi, atas sebab2 tak dapat dielakkan, maka family day cancel.
Being me kan, if menda tu da set, ai mesti nak pergi gak seboleh boleh nya. Haha.

5 hari sebelum pergi baru nak booking.
Tengok2 gak hotel lain. Cam Grand Lexis, Avillion water chalet. Tp Grand Lexis dah pernah pegi. Hibiscus memang baru, tapi harga tu macam buleh pergi Bali. Kalau betul nak, tu hari baik beli masa kat Matta Fair kan. Dapat murah.
Lelain macam tak best la plak. Dah la jerebu bagai kan. Nak rilek2 ni kena yg selesa dan view yang cantik. Kalau nak stay hotel utk tido je, itu takpe yg biasa2 pun.
So, Avillion Admiral Cove je lah yg rasa best.
Naseb baik ada lagi bilik. Kalau tgk kat Agoda, trivago etc semua tu dah takde dah. Sbb dah lewat kan.

Last time we took superior room. Superior pun okay. Bilik lawa. Luas. Tapi tak seaview. Facing bilik orang. Haha. Boleh la nampak laut, tapi kena keluar dari balkoni.
So, this time, ai nak yg sea-facing. Harus.
Yang sea-facing/sea-view ni cuma Straits Studio n Executive Studio.
Tapi, masa tu Straits Studio dah fully booked.
Tinggal lagi Executive Studio. Yang ni memang sea-view. Cuma takde sliding door. Mean takde balkoni.
But.. mujur jugak lah kan. Jerebu teruk masa tu. Kalau buka pintu/tingkap pun tak sesuai.
Syukur sesangat sbb Executive Studio takde sliding door, tapi tingkap yg nampak juga lautan luas.
So, mmg pilihan yang tepat.

Sebenarnya nak pergi utk rehatkan badan je. 
Plan dari check in sampai lah check out nak duk bilik je.
Takde keluar makan ke apa. 
Jadi, pagi tu siap buat nasi lemak dari rumah.
Breakfast dulu kat rumah then bawa bekal.
Nasi lemak sambal udang. Yum Yum.
Gerak dari rumah dalam kul 10pagi. Ingat nak singgah farmasi Health Lane. Ada member's day. Tapi cam malas plak. Terus gerak lah. Suh myDH bawak slow n steady je lah sbb nak check in lambat lagi.



Smpai hotel lagi 5minit kul 1. Terus register. Dia kata dalam kul 1.30 bilik siap, buleh masuk.
So, tunggu jap, pastu buleh masuk. Yey! Terus rasa gumbira.

King bed.
Luas. 
Ada day bed tepi tingkap. Heaven!
Ada mini pantry.
Kalau bilik superior macam besar sket sink dia
Toilet best. Lantai cepat kering. Yang penting ada hose paip
Takde bath tub tapi ada shower air hujan dengan tempat duduk.
Toiletries.
Lunch kami makan nasi lemak dengan pemandangan laut berjerebu. Hehe.



Tapi syiokkkk... heaven betul lah short getaway camni. Makan - rehat - tido.
Lepas makan ingat nak tido je. Tapi duk tgk citer hindustan plak.
Lama tak tgk citer hindustan. Layan la plak smpai kul 5pm.
Dah petang, makan kek plak (kek pun bawa dari rumah. Choc cheese cake order dari ofismate).
Lepas tu lepak2, sebelum maghrib order room service.
Mula macam tamak nak mi bagai. MyDH kata tak payah. Kang tak abis. Since nasi lemak ada sket lagi, dia buleh makan.
So, order pizza ayam n sago gula melaka je.


Okay. Not bad pizza n sago dia.
Sedap la pizza dia. Dah la nipis pastu banyak cheese pastu rangup. Nora suka. Nora bagi 5 bintang. Haha. Pastu sago gula melaka pun best.
Malam memang tak ke mana. Kuasa la nak p nite market ke apa. Kan mmg nak duk bilik je kan.

Pagi tu breakfast cam biasa.
Takde la byk sgt pilihan makanan. Tp okay lah. Boleh la.. boleh la..

Kami turun awal. Kul 7.30pg da turun sbb tahu orang ramai. Ada course la apa lah.
Lepas breakfast gi pantai jap. Takde la nak mandi pun sbb jerebu. Lagi pun laut dia kureng lah. Buleh la plak nampak buyung ni. Kau tahu buyung apa tu. Pepandai lah fikir ya. Memang hilang selera lah nak mandi kan.

Lepak2 amik gambar jap, pergi settle kan bayaran. Nanti terus je drop key. Senang. Orang dah la ramai kan.
Bot bot persendirian. Nak sewa boleh. Nak beli pun boleh. Hehe.

Ada pameran lukisan. Ada bilik seminar juga rasanya area sini.
Swimming pool. Okay lah kan. Cumanya tempat lalu lalang orang. Tapi, boleh je kalau nak mandi.

Pantai yang berhampiran. Sbb tu namanya ada 'cove'.
Jalan kaki sket. Kat sana tu nampak Selesa Beach Resort. 

Lepak bilik jap pastu drop key.
Tgk org main banana boat. Jerebu dah kurang sket
View dari tingkap bilik sambil lepak atas day-bed

Tak gi lunch pun area PD. Malas. Perut still kenyang.
Balik KL baru tapau makan.

Overall, weols puas hati je dengan AAC ni. Nanti nak dtg lagi lah. Nak try Strait Studio plak.
Staff pun okay kali ni. Dulu kurang mesra. Sekarang dah okay.
Proses check in check out pun okay (dia dah ada 2 kaunter - kiri n kanan), so takde apa yg merungsingkan. Ada je ai baca review orang kata kaunter lembap la, pool kecik la apa la. Ek eh, kau nak bagai2 kau pergi duk Grand Lexis ke Hibiscus sana. Pool umah aku lagi besar, tapi takde la plak aku nak compare2 kan camtu.

Kesimpulannya mission ai nak short getaway utk menenangkan diri - accomplished.
Terima kasih Allah. Terima kasih Husband :)

Detail : Avillion Admiral Cove

6 October 2015

Resepi : Kacang Pool

Baru ku tahu asalnya kacang pool adalah dari perkataan "foul"
Terus rasa fool. Hahahaa (T___T).

Aku pun idak la pro benar makan kacang pool ni.
Tu pun baru sekali makan tu hari masa outstation JB. Sedih. Haha.
Tapi, okay lah. Suka je. Buleh lah makan. So, buleh la buat sendiri sementara suka buat roti ni kan.

Okay. Mari kita share resepi kacang pool.
Untung2 tak perlu nak berjalan smpai ke JB nak makan kacang pool.
Tapi, rasa tu idak la mabeles dan superb macam kat JB.
Tapi, buleh la kata orang tu kan. Heheee..
Ai guna resepi yang di campur dari blog-blog. So, thanks to blog rezwati n simply sha

Okay, mari kita tgk apa bahan dan cara yg ai buat tu hari.

Bahan-bahan.
1 tin kacang foul (toskan air dan lenyek2 kasar)
1 tin kacang panggang (baked beans) *saya guna tin kecik sahaja.
200g daging kisar
Bawang (bawang kecik pun buleh, bawang besar pun buleh)
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 setengah sudu besar  serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu cili blender
2 cawan air (agak2 la ikut bahan kita sbb kuah mudah pekat)
Garam 
Gula
Kiub ayam (suku atau separuh sahaja)
Butter / margerine utk menumis (minyak biasa pun buleh saja)
Kalau suka buleh letak 1 sudu teh jintan manis dan 1 sudu teh jintan putih (goreng tanpa minyak dan dikisar) *tapi tu hari saya tak letak

Garnishing :
Telur mata kerbau
Bawang besar - potong dadu
Lada - potong dadu (saya guna cili padi)
Limau kasturi / limau nipis

Cara-caranya :
1. Kisarkan bawang, bawang putih dan halia (dan juga jintan kalau digunakan)
2. Campurkan bahan kisar dengan serbuk kari daging & serbuk ketumbar dan juga cili blender. Masukkan sedikit air dan jadikan pes.
3. Panaskan minyak/butter/margerine dan tumis bahan yg telah menjadi pes sehingga berbau harum.
4. Masukkan daging kisar dan kacau rata. Masak sehingga daging agak masak.
5.Masukkan air dan didihkan kuah.
6. Apabila kuah telah mendidih, masukkan kacang foul yang telah dilenyek dan kacang panggang bersama sos nya.
7. Masak sehingga pekat. Tambah garam dan gula. Kalau letak kiub ayam, jangan letak garam byk sgt sbb kiub da sedikit masin.
8. Kalau suka agak berkuah, cairkan sedikit.

Settle.
Boleh cicah dengan roti bersama telur, bawang, lada dan limau.
Sedap weh.

*Kacang foul adalah kacang parang dalam tin
gambar dari blog CMG
Kalau susah cari, pergi kedai yg menjual barangan/makanan arab. Pasti ada.
Tu ari pergi kedai arab Berkat Madinah kat Ampang tu, mmg melambak. Pelbagai brand lagi ada.

5 October 2015

Jerebu Jerebu Jerebu

Dah 3 bulan eh kita di selubungi jerebu?
Jerebu di sana, jerebu di sana.
Hari Sabtu lepas (3 Okt) mmg nampak teruk jerebu di area rumah.
Dan keesokannya - Ahad - di Shah Alam bacaan dah cecah 300ipu. Fuhhh..
Cemana la kat Indon yg bacaan IPU nya melebihi 1000 tu. Orang sebelah pun kita dah tak nampak gaknya.

Tak tahu la nak buat cemana dah.
Sesama lah kita berdoa agar cuaca kembali elok.
Tahun ni rasanya paling worst dan paling lama.
Antara gambar2 yang diambik waktu jerebu.

Ni baru balik dari kerja.
KLCC tak nampak kelibat dah.

Dari rumah. Teruk masa ni.

Dah teruk, tapi bacaan 106

Ni pun sama teruk gak. Langsung tak nampak apmt belah sana.

2 October 2015

Berkata Baik

Beberapa hari lepas fedtriyahya share something yang agak menarik kat IG dia.
Fedtri share satu tweet dengan gambar. Tweet tu kata "dah la cuti sampai hari ahad ni, apa aku nak buat tah. Nak tidur macam mayat reput la camni" Dengan gambar mayat reput.
Mungkin dah jadi viral pun kat FB kan.
I donno lah sbb ai mmg dah tak aktif kat FB. 
Menda viral laman sosial ni biasa memang ada 2 respond ja.
Satu respond yang cam 'eleh, ini pun nak take serious, memain je kot'
Satu lagi respond - yang mmg berasaskan kematangan berfikir.

Fedtri kata 'sebutkan yang baik2 saja untuk diri'
Ye lah, kata-kata itu kan satu doa.
Buat apa pula cakap (tweet) sampai mayat reput la apa la. Orang cuti lama la best. Dapat spend time ngan famili, dapat tgk wayang, dapat rehat. Dia pula nak tido macam mayat reput. Besok jadi bebetul macam mayat reput cemna?
Yer, aku tahu, dia bergurau. Tapi carik lah gurauan cara lain. Kekadang risau betul tgk BBNU skrg ni. Baik ayat di laman sosial dan cara2 mereka. (T____T)


Sebenarnya aku pun ada cerita berkaitan kata-kata itu satu doa dan doa itu dimakbulkan.
Lama dah menda ni, tapi sampai sekarang aku ingat.

Ada sorang kenalan. Sebelum kawen dia asyik bercakap 'saya nanti memang nak kawen lebih dari satu'. Banyak kali. Cuma kadang ayat tu lain lain lah, tapi maksudnya tetap macam nak kawen banyak.
Yang kita ni, perempuan kan, harus cam tak suka. Macam kan dia nak berbini 2, 3 dan 4 plak.
Tapi, itu dia lah. Lantak dia lah kan.
So, dari tahun ke tahun, dia pun kawen. Sebelum nak kawen pun, masih dia cakap dia mmg nak kawen lebih dari satu.
(sbb tu aku ingat, sbb dia cakap byk kali).
Seterusnya sampai lah pada satu kejadian yang menyayat hati. Isteri meninggal.
Dan tak lama lepas tu dia kawen lain. Dalam tempoh masa pun tak lah lama lepas isteri meninggal.
Secara otomatik terus aku teringat kata-kata dia dulu.
Jadi kenyataan rupanya.
Takde la aku kata dia mendoakan sesuatu yang buruk. Pada dia kawen banyak tu adalah doa terbaik untuk dia sbb dia rasa dia mampu. Cuma rupanya cara dia dapat kawen lebih dari satu lain la dari apa kita fikir. Kita fikir dia nak kawen sekaligus macam Salih Yaakob tu kan. 
Doa dia memang dimakbulkan. Dia dapat kawen kali kedua lepas isteri meninggal dunia. Aku pun dah lost contact ngan dia. Mungkin dia gembira akhirnya doa dimakbulkan. Aku tak pasti samada lepas ni dia masih juga nak kawen lebih dari satu atau pun tidak.  Terpulang lah pada dia. Mungkin pada dia banyak kali kawen dapat banyak pengalaman, kan? Rasa begitu, rasa begini. Heheeee.

Tu lah. Kata kata tu satu doa. 
Jadi, bercakap lah yang bebaik.
Kadang kita ni tercakap "abis la..matik la aku.." "abis la..pitam la" "mampus la aku" etc etc.

Tak baik kan. Cakap yang elok2 je.
Fikir yang elok2 je. Untuk diri sendiri dan orang lain.


Tenangkan Minda.


Lama dah tak berhibernate dan rest kat hotel.
Memang ada pergi hotel. Tapi, itu jaga kursus la apa.
Ni nak pergi tenangkan fikiran sebelum tunggu 'result'.

Nak check in - lepak bilik - makan tidur semua pun dalam bilik - pastu terus check out.
Takmo bersesak carik kedai makan, takmo turun naik kereta jalan2 la apa la.
Nak rest sebetul betul rest.
So, esuk nak pergi rest.

Ad hoc plan. Last Monday baru booking bilik hotel.
Nasib baik bilik ada lagi. Dan harga still reasonable.
Tak jauh dan tak dekat.
Heharap semua berjalan seperti di plan.
Dan harap juga tidak terlalu berjerebu.
Nasib baik bilik takde balkoni. Tapi masih sea-view facing.
Oh. Tazabarrrrr =)

1 October 2015

Welcome October!


Akhirnya, sampai jua kita ke quarter terakhir tahun 2015.
Oktober, November dan Disember.
So, dah 9 bulan berlalu.

Apa pencapaian?
SKT dah settle? Hehe.

Saja la tanya.
Tapi, dari tanya orang baik la tanya diri sendiri ye dok?
Bulan yang agak berdebar ni. Sbb tu tulis keep calm. 
Hehe.

Keep Calm okay. Keep Calm.

**Harga minyak Oktober :
RON95 ialah RM2.05 seliter, 
RON97 pula RM2.45 seliter. 
diesel RM1.90 seliter.

(Ron95 sama harga pada bulan Ogos)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign