Pages

15 October 2015

Gurau Kemudian Perlekeh

Environment selalu camtu kan?
Gurau-gurau lepas tu perlekeh.
Esp office yg ramai lah (a.k.a - gomen).

Takde lah. Kadang cam annoying kan.
Dia yg bergurau. Pastu kita jawab. Pastu dia balik perlekeh kita.
Hek ele. Macam kan kita plak yang mulakan sembang tu.
Entah. Orang camni, bagi aku pemikiran memang sempit!
Malas nak layan.

Biasanya mmg nak elak la tempat 'sempit-dan-tak-boleh-nak-escaped'.
Ko tahu kat mana, kalau kat office ni.
Lif!
Tak tau la mmg aku yang perangai kolot agaknya.
Nasib la office aku tingkat tak banyak.
Kalau mendapat macam tingkat 48 ke, tingkat 60 ke. Naya betul aku nak hadap orang2 yg suka bergurau pastu perlekehkan orang ni.

Tak suka la. Cukup la tegur2 sekadar berbasi basi. 
Takyah la nak melalut.

Kadang menda ni terjadi dalam meeting.
Melalut menda bukan2.
Aku tak tahu dalam meeting org private cemna.
Tapi, kalau meeting kami - mmg lah ada kes melalut.
Esp kalau meeting adhoc nak buat majlis ke apa ke.
Ya hampun... sorry to say, mmg aku meluat.
Kadang smpai bergurau lucah segala. Bayangkan dalam meeting, bergurau jenis lucah2 tu. Boleh hadam? Memang la orang tu tak cakap direct, tapi kita ni bukan bodoh nak tafsir lawak2 lelucon tu. Dia ingat syok agaknya. 
Sorry, orang lain mungkin suka, but not me. Tu kadang mmg aku buat muka seriyes je dlm meeting. Eh. Meeting kot. Yg pegi melalut tah tentu hala macam orang hilang pertimbangan pasai apa. 

Bukan lah aku nak seriyes 24jam, tapi tgk keadaan lah.
Takyah la nak melalut macam hapa je.
Buleh je bergurau, tapi berpada pada kata orang tu.
Kalau dalam meeting pun asyik nak bergurau, asyik nak ketawa, sampai bila plak nak abis meeting nya. Tak pe lah nak gurau pun, tapi jangan lah melalut. Melalut yg mmg jenis kita akan rasa cam apa menda la bergurau mengarut sangat ni. Rasa macam better aku keluar je dari meeting ni. Tapi, kang perlekeh pulak kita. Ingat kita good good bagai. Dah pulak..........
Kadang dah macam mesyuarat JKKK plak. Mesyuarat JKKK pun takde camni.
Itu yang menyebabkan meeting buleh drag 3,4 jam tu.
Hai.. pening tau keadaan camni. 
Nama je duk tgh kota metropolitan, tapi perangai... 

Selalu yg buat perangai tu yg umur pertengahan 40-an. Lps tu dah ada yg baya2 kita (esp lelaki), ngikut juga. Gurau lucah. Hantar whats app berunsurkan sindiran/gurau/lawak lucah. (ini aku pernah buat entry dulu). Eh. Please la wey. Dah nak masuk tahun 2020 dah sket lagi wey, takkan lah hidup asik nak bergurau lucah, bergurau perlekehkan orang ni. Cukup cukup la wey. Jaga la standard tu sket. 

Ye lah, aku faham lah, kalau seriyes 24jam pun buleh stress.
Tapi, tak semestinya nak ilangkan stress tu kau bergurau lucah, kau gurau perlekehkan orang.
Elok stress kau ilang, orang lain plak stress.
Kau nak ilangkan stress pergi bawak2 baca Quran. Pergi bawak2 bercuti kat pantai. Pergi tengok negara orang ke apa. Habis2 pergi bawak anak2 gi Legoland.
Ini duk terperuk je kat ofis - pastu balik rumah. Life boring, patut lah bergurau mengarut2 dengan orang. Sick!

Entah lah. Apa menda tah aku bebel nih.
Orang masuk tahun baru ni cakap yg elok2 je.
Ini aku bebel entah hapa hapa plak.
Mohon maaf zahir batin lah yer.
Komen disable. Hanya untuk membebel. Haha.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign