Pages

7 October 2015

Short Getaway : Avillion Admiral Cove, PD

Short weekend getaway : 3 - 4 October 2015

2nd time being here.
1st time tahun 2010. Kisah nya di sini [link].
Suka pegi sini. Nice view, nice room and also reasonable price.

Kesahnya ni adhoc plan je.
Plan asal - Dept office sepatutnya nak buat family dat kat sini.
Tapi, atas sebab2 tak dapat dielakkan, maka family day cancel.
Being me kan, if menda tu da set, ai mesti nak pergi gak seboleh boleh nya. Haha.

5 hari sebelum pergi baru nak booking.
Tengok2 gak hotel lain. Cam Grand Lexis, Avillion water chalet. Tp Grand Lexis dah pernah pegi. Hibiscus memang baru, tapi harga tu macam buleh pergi Bali. Kalau betul nak, tu hari baik beli masa kat Matta Fair kan. Dapat murah.
Lelain macam tak best la plak. Dah la jerebu bagai kan. Nak rilek2 ni kena yg selesa dan view yang cantik. Kalau nak stay hotel utk tido je, itu takpe yg biasa2 pun.
So, Avillion Admiral Cove je lah yg rasa best.
Naseb baik ada lagi bilik. Kalau tgk kat Agoda, trivago etc semua tu dah takde dah. Sbb dah lewat kan.

Last time we took superior room. Superior pun okay. Bilik lawa. Luas. Tapi tak seaview. Facing bilik orang. Haha. Boleh la nampak laut, tapi kena keluar dari balkoni.
So, this time, ai nak yg sea-facing. Harus.
Yang sea-facing/sea-view ni cuma Straits Studio n Executive Studio.
Tapi, masa tu Straits Studio dah fully booked.
Tinggal lagi Executive Studio. Yang ni memang sea-view. Cuma takde sliding door. Mean takde balkoni.
But.. mujur jugak lah kan. Jerebu teruk masa tu. Kalau buka pintu/tingkap pun tak sesuai.
Syukur sesangat sbb Executive Studio takde sliding door, tapi tingkap yg nampak juga lautan luas.
So, mmg pilihan yang tepat.

Sebenarnya nak pergi utk rehatkan badan je. 
Plan dari check in sampai lah check out nak duk bilik je.
Takde keluar makan ke apa. 
Jadi, pagi tu siap buat nasi lemak dari rumah.
Breakfast dulu kat rumah then bawa bekal.
Nasi lemak sambal udang. Yum Yum.
Gerak dari rumah dalam kul 10pagi. Ingat nak singgah farmasi Health Lane. Ada member's day. Tapi cam malas plak. Terus gerak lah. Suh myDH bawak slow n steady je lah sbb nak check in lambat lagi.



Smpai hotel lagi 5minit kul 1. Terus register. Dia kata dalam kul 1.30 bilik siap, buleh masuk.
So, tunggu jap, pastu buleh masuk. Yey! Terus rasa gumbira.

King bed.
Luas. 
Ada day bed tepi tingkap. Heaven!
Ada mini pantry.
Kalau bilik superior macam besar sket sink dia
Toilet best. Lantai cepat kering. Yang penting ada hose paip
Takde bath tub tapi ada shower air hujan dengan tempat duduk.
Toiletries.
Lunch kami makan nasi lemak dengan pemandangan laut berjerebu. Hehe.



Tapi syiokkkk... heaven betul lah short getaway camni. Makan - rehat - tido.
Lepas makan ingat nak tido je. Tapi duk tgk citer hindustan plak.
Lama tak tgk citer hindustan. Layan la plak smpai kul 5pm.
Dah petang, makan kek plak (kek pun bawa dari rumah. Choc cheese cake order dari ofismate).
Lepas tu lepak2, sebelum maghrib order room service.
Mula macam tamak nak mi bagai. MyDH kata tak payah. Kang tak abis. Since nasi lemak ada sket lagi, dia buleh makan.
So, order pizza ayam n sago gula melaka je.


Okay. Not bad pizza n sago dia.
Sedap la pizza dia. Dah la nipis pastu banyak cheese pastu rangup. Nora suka. Nora bagi 5 bintang. Haha. Pastu sago gula melaka pun best.
Malam memang tak ke mana. Kuasa la nak p nite market ke apa. Kan mmg nak duk bilik je kan.

Pagi tu breakfast cam biasa.
Takde la byk sgt pilihan makanan. Tp okay lah. Boleh la.. boleh la..

Kami turun awal. Kul 7.30pg da turun sbb tahu orang ramai. Ada course la apa lah.
Lepas breakfast gi pantai jap. Takde la nak mandi pun sbb jerebu. Lagi pun laut dia kureng lah. Buleh la plak nampak buyung ni. Kau tahu buyung apa tu. Pepandai lah fikir ya. Memang hilang selera lah nak mandi kan.

Lepak2 amik gambar jap, pergi settle kan bayaran. Nanti terus je drop key. Senang. Orang dah la ramai kan.
Bot bot persendirian. Nak sewa boleh. Nak beli pun boleh. Hehe.

Ada pameran lukisan. Ada bilik seminar juga rasanya area sini.
Swimming pool. Okay lah kan. Cumanya tempat lalu lalang orang. Tapi, boleh je kalau nak mandi.

Pantai yang berhampiran. Sbb tu namanya ada 'cove'.
Jalan kaki sket. Kat sana tu nampak Selesa Beach Resort. 

Lepak bilik jap pastu drop key.
Tgk org main banana boat. Jerebu dah kurang sket
View dari tingkap bilik sambil lepak atas day-bed

Tak gi lunch pun area PD. Malas. Perut still kenyang.
Balik KL baru tapau makan.

Overall, weols puas hati je dengan AAC ni. Nanti nak dtg lagi lah. Nak try Strait Studio plak.
Staff pun okay kali ni. Dulu kurang mesra. Sekarang dah okay.
Proses check in check out pun okay (dia dah ada 2 kaunter - kiri n kanan), so takde apa yg merungsingkan. Ada je ai baca review orang kata kaunter lembap la, pool kecik la apa la. Ek eh, kau nak bagai2 kau pergi duk Grand Lexis ke Hibiscus sana. Pool umah aku lagi besar, tapi takde la plak aku nak compare2 kan camtu.

Kesimpulannya mission ai nak short getaway utk menenangkan diri - accomplished.
Terima kasih Allah. Terima kasih Husband :)

Detail : Avillion Admiral Cove

3 juta komen

bestnya kak! lagi best tmpt ni haha!
kami pun bawak bekal dr umah. nasi arab ha papazakwan masak, hahaha!

my MIL org PD, so i dok hotel kt PD kalo ada program company ja... heheheh...
nxt time kalo turun PD, roger la ya...mana tau i balik umah MIL...

NAD :
Nxt time dtg sini eh.. mmg best utk lepak2
Wah.nasi arab tu...

ST :
hihi.. kami selalu gi PD ni.. tp kadang ada course.. tp kalau gi bercuti, tggu 2,3 tahun sekali le.. gi kerap sgt kang jemu lak. Hihi

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign