Pages

Showing posts with label unit HR. Show all posts
Showing posts with label unit HR. Show all posts

24 January 2017

Kepuasan

Eh. New entry?
Yup. Bkn draft. Fresh entry i told ya.
:)

Apa kepuasan anda dalam kerja?
Untuk orang bekerja lah. 
For me, duduk dalam bidang HR ni, kepuasan bila dapat menolong orang.
Mesti ada yang kata - tak duduk HR pun boleh tolong orang.
Betul lah tu.
Tapi, ini dalam skop kerja kita.

Pertama, rasa puas hati bila dapat tgk orang naik pangkat, hasil dari penat lelah usaha kita untuk dapatkan jawatan tersebut.
Hurm. Susah nak faham kan.
Secara ringkas - jawatan tu takde, tapi kita wujudkan, then ada orang naik pangkat.
Suka!
Walau hakikatnya - kita buat, kita tak naik pangkat pun. Hehe.
Oh. Perlu diingatkan, proses nak dapatkan jawatan tu bukan mudah ya.
Berulang alik ke JPA, buat budget etc etc.
But.. but.. saya puas hati bila orang yang memang patut naik pangkat, naik pangkat.
Dan.
Bukannya orang yang asyik nak jawatan tinggi, tapi lupa semakin tinggi jawatan, semakin bertambah juga tanggungjawab. Orang begini, mohon mereput di tepi tasik. Ke sana sini menjaja suruh wujudkan jawatan naik pangkat. Konon untuk orang lain, padahal untuk diri sendiri.

Then, satu lagi kepuasan bila mempermudahkan kesulitan orang.
Being HR yang jaga pertukaran, memang selalu lah dapat surat orang mohon tukar.
Memasing dengan masalah tersendiri untuk mohon (ehem, guna kabel tu biasa juga. Ehem!)
Tapi, yang betul betul buat hati tersentuh bila ada pemohon yang berjauhan dengan anak.
Ibu yang terpaksa berjauhan dengan anak kecil.
Sedih kan?
Maka, sedaya upaya, dalam meeting, saya akan try propose.
Masa big boss lama dulu, memang kadang sampai kita plak kena marah bila defend orang nak tukar ni. Huhu. Takpe lah. Kita dah buat yang terbaik.

Tapi tu lah.
Kadang orang tak tahu.
Kadang tu, sebelum dapat tukar komain dia call kita gitu gini.
Dah dapat... jumpa dalam toilet pun tak tegur.
Bila kita dah gosip gosip, baru nak "hai kak.."
Kuasa lah aih. 

Tidak lah kata nak mengungkit pula.
Kita pun tidak lah minta segunung emas mahupun McD bagai.
Hanya ucapan terima kasih pun dah cukup buat kita rasa lega dan seronok.
Cam semalam lah.
Ada yang mohon tukar - dapat.
Just say "thank u kak.." Dua kali dia ucapkan.
Memang tarik nafas lega. Senyum sendiri.
Alhamdulillah.
Ibu dan anak dapat disatukan.
Ya. I know. Its hurt. Very much. Bila kita berjauhan dengan anak.
Alangkan antar kaptenrizq sekejap kat babysitter pun rasa cepat cepat nak ambil, apatah lagi dapat bersama dengan anak masa hujung minggu je. Ditambah dengan ada masalah peribadi yang lain.

Tak.
Tak. Bukan saya "kedarah" sangat dengan ucapan terima kasih.
MyDH pun dah pesan "tu kan memang kerja kita"
Ya.
Orang tak ucap pun, saya dah rasa berbesar hati sangat membantu.
Dah rasa puas dalam kerja.

Selain tu, saya kerap juga dapat emel/pm di FB dari jabatan luar. Yang bertanya perihal HR.
Mana semampu, saya akan bantu.
Sebab saya memang seronok untuk membantu. Boleh upgrade skill n knowledge dalam bidang saya ni. Sebab nanti nak sambung Master dalam bidang HR plak. Eh? Hahaha.
Nak tnya JPA macam formal kan?
Feel free to contact me. Mana yang boleh tolong, saya tolong :)

Tahun ke5 di HR.
Ya. Saya seronok dengan kerja saya ini.
Dan sekarang ada boss baru.
Oh. Saya belum bercerita perihal majlis persaraan bos lama.
Bos yang disayangi. Bos yang selalu gado gado (manja). Ko mampu gado ngan bos gred 54? Haha. Pasal ekon pun boleh gaduh. Tu masa pregnant. Sudahnya bila kaptenRizq keluar, dah bebudak opis kata muka cam bos. Hahaha. Nanti kita cerita ya.
Kami raikan secara private di hotel. 
Cea. Private halanya.


3 November 2015

Kursus HR


Hujung-hujung tahun ni ramai yg pulun cukupkan jumlah ber kursus kan.
Ye lah, penjawat awam kan kena ada at least 7 hari berkursus dalam setahun.
Hurm. Masa buat application HLP tu ari pun depa mintak kursus dari tahun 2012-2014.
Mujur lah ai cukup semuanya 7 hari walau terkadang tu seminar sehari ja.

Okay lah.
Esuk course.
Ikut hati malas.
Tapi SYMP lah.
Pergi je lah. 2 malam je pun.

22 October 2015

Kursus Induksi

Ini kejadian last month. Sebulan lebih sudah.
Kalau tak jot down sini, nanti takde rujukan plak.
So, mari cerita.

Berkampung kat The Zone dari 17 till 20 Sept. Kursus Induksi utk staff baru.
Kali ni jadi fasilitator. Ceh.. ye ye oo je. Fasi la sangat kan.. Haha.


Lagi lagi The Zone. Macam kan dah takde tempat lain plak.
Tapi okay The Zone ni. Bilik pun besar. Makanan pun best.
Kat sini dessert dia mmg best.
Aku suka betul sago gula melaka dia.
Hehari aku tibai makan.
Yang best masa depa buat pembentangan kumpulan.


Then, aiols jadi cam ala ala juri lah.
Bagi komen, and bagi soalan secara spontan.
Ala saja suka suka je kan. Tapi ada markah tau....

Makan. Makan dan makan.
Ni malam last. Ada BBQ dan bermacam makanan. Malam minggu mmg ada pakej BBQ kat hotel ni.

Ni plak last day- Hari Ahad.
Hari Ahad mmg ada high-tea kat hotel.
Makanan seme best dan pelbagai.
Itu ai amik laksa, sate dan tak lupa sago. Hehe.


Last day.
Grup photo.

Selamat bekerja lah uols untuk tempoh lebih 30 tahun lagi. Hihi :P

8 July 2015

Dari Unit HR : PP Bil 4 Tahun 2015

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat.



Pekeliling baru rentetan dari pengumuman PM masa perhimpunan hari pekerja bulan Mei lepas. Dan keluar kat web JPA pada 19 Jun 2015.

kredit : utusan

Masa tu PM umumkan juga :

*Program Saringan Kesihatan Percuma bagi pekerja sektor swasta berumur 40 tahun ke atas yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada 2013 diteruskan. 

*Cadangan supaya Perkeso memperluaskan liputan Skim Perlindungan yang ketika ini dihadkan kepada pekerja bergaji RM3,000 ke bawah kepada semua pekerja tempatan dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji dengan siling caruman yang diinsurans ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM4,000.

So, kalau sebelum ini cuti tanpa rekod bagi kematian hanya untuk kematian suami atau isteri, anak-anak serta ibu dan bapa kandung kepada pegawai berkenaan.
Sekarang, dah diperluaskan untuk kepada urusan kematian ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang serta anak angkat (termasuk anak angkat de facto dan anak pelihara) yang sah di sisi undang-undang. 

Kemudahan ini diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk membuat apa-apa urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat itu dan untuk membantu waris-waris jenazah tersebut untuk urusan-urusan lain yang berkaitan; 

Boleh baca Pekeliling [link : PP Bil. 4 Tahun 2015]
Atau tgk FAQ berkaitan [link : FAQ]

 Tarikh kuatkuasa pekeliling - 1 Julai 2015

20 May 2015

Pffft Sangat Perangai Tau

Korang aware tak apa maksud sebenar pfft nih?
Haha.

Tu ari lah. 
Masa dalam bilik intebiu tu. Dah boring2 tu. W.app ngan grup unit. Ni grup mini lah kiranya. Ada 5 orang.
Pastu ter masuk la perkataan "pffft" ni.
Sekali ada adik aku yg luhur pi carik maksud dia.
Haha.
Sbb dia kata 2x kak Ida guna perkataan tu. Gigih dia pergi google.


Tertahan tahan nak gelak dalam bilik intebiu tu tau. 
Hahaha.
Tak tahu plak ada maksud sebenar dia.

Hahaha.
Aku gambar kan pfft tu cam "hek ele sangat perangai"

Atau macam dah annoying giler dah.
Ni dari urban dictionary.
Kira macam bahasa slanga je lah pfft nih.


Dah.
Jangan nak pfft sangat perangai ya.


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign