Pages

Showing posts with label tahun baru. Show all posts
Showing posts with label tahun baru. Show all posts

6 January 2020

Happy New Year 2020

Tak terlambat lagi rasanya utk ucapkan
Selamat Tahun Baru 2020.

Akhirnya, sampai juga kita ke tahun 2020, di mana satu ketika dahulu, kita rasakan jauhnya nak sampai. Tup tup..eh sampai juga. Di mana masa diperkenalkan dgn Wawasan 2020, kira-kira umo masa tu 40 tahun. Pastu macam eh, dah tua.
Tp, bila dah sampai. Takde la tua mana pun. Anak pun baru tadika. Eceh. Hahaha.

So, tahun 2020 disambut dgn satu famili semua tak sihat.
1hb tu kira macam okay ja.
Tup2 petang tu semua tetiba tak sihat.
Kesudahannya, Rizq demam malam tu. Ayah dia pun sama.
Dua2 orang dpt MC.
Dan mak Rizq pun dapat sekali.
Tp, 2hb tu mai jugak ofis kejap sbb ada urusan nak settle.

Ada bebudak baru masuk lapor diri.
Kena lah briefing sket.

3hb, Rizq still tak berapa kebah.
So, sambung cuti. Naseb cuti gantian ada 1 hari lagi.
Suppose Rizq da start school on 2hb tu. Tp sbb demam, tk dpt gi school. Padahal dia paling seronok tak sabar nak pergi sekolah.

Hari ni lah baru pergi.
Tu pun macam lemah je.


Demam tkde dah. Tp macam lemah.
Ingat petang ni nak bawa klinik gak lah.
Macam risau jugak. Tau je lah skrg musim influenza lah apa lah kan.
Minta jauh lah.
Tp rasanya macam dia kurang iron kot.

Masa amik td pun teacher dia kata dia byk diam. Selalu dia paling bising (masa orientasi tu ari yg 2 minggu tu). Dia lah paling aktif pusing sampai ke dapo. Huhu.
Awat ni nak... mak pulak risau aih.

Apa pun, moga tahun ni membawa kegembiraan dan kesihatan untuk kita sefamili.
Banyakkan lagi buat menda yang memberi manfaat kepada orang lain.
Banyakkan membantu orang.
See ya :)


14 January 2019

Selamat Tahun Baru 2019


Dah 2 minggu berada dalam tahun 2019 baru sempat nak wish
"happy new year"

Semoga tahun ini kita dapat menjadi muslim yang lebih baik :)

26 December 2017

Hello 2018!

Haha. Awal mak say hello kat tahun 2018.
Ala.. seminggu je lagi kan kita nak melangkah ke tahun 2018.
Fuh.
Tahun 2018.
2 tahun je lagi ke tahun 2020.
Dulu rasa jauhhhhh sangat tahun 2020.
Siap pikir ada keta terbang bagai *rolled eyes*

Itu tak pe lah lagi.
Dulu rasa umo 40 tu dah tua dah.
Sekarang ha. Ambik kau. Next year udah 39 tahun.
So, apa yang kita lakukan pada tahun 2017 ni.
Anything yang berfaedah? Yang menggembirakan?
Yang baik sebagai khalifah di muka bumi Allah ni?

Tahun 2017.
Rasa macam cepat sangat berlalu nya.
Entry blog paling sikit sepanjang menjadi penulis blog.
Hanya 80 entry setakat ini.
Tak sempat ke tah cemana tah.
Takde la nak kata sejak jadi mak mak ni feel menulis merudum.
Idak pun. Sama je.

Tahun 2017.
Apa yang menarik ya??
Biasa je. Pergi cuti cuti.
Join hari sukan office kat Cherating.
Pasal kerja pun sama je.
Takde apa pun.
Pendek kata takde la wow pun untuk tahun 2017 melainkan melihat anakanda kesayangan semakin cheeky.
Mungkin tahun 2018 ni ada something new.
Who know?
Hehe.
Ye lah weh. I think I need new environment.
Tepu. Plus yada yada yada (membebel lah tu).

Tu je kot.
Nanti kita citer lagi.
Tahun depan ke, tahun ni ke. Tgk keadaan.
Citer Sabah pun tak habis lagi tu.
Kena tulis tu. Kenangan semua tu.
Akhir kalam.. selamat menyambut tahun baru 2018.


3 January 2017

Hai 2017!

Selamat datang tahun 2017,
Dah 3 hari pun dok dalam tahun 2017.
Dan kita pun dah masuk Rabiul Akhir.
Yer. Mak belum ganti puasa.
Huhu.
Sebulan yong. Sebulan.

Takpe. Pelan pelan kayuh.

Banyak btul cerita tertangguh.
Samada nak buat entry pelan pelan.
Atau, langsung tak payah.
Detik kelahiran Rizq Iskandar pun belum cerita lagi.
Memang nak memorikan semua di sini.
Tapi tu lah.
Kekangan masa betul.

Rizq Iskandar dah masuk 7 bulan.
Alhamdulillah dengan rezeki Allah ini.
Semakin banyak akal nya.
Baby yang memang tak banyak ragam.
Alhamdulillah.
Allah permudahkan rezeki kami tang ini.

Ok. Nanti sembang lagi.

1 January 2016

1.1.2016


Selamat Tahun Baru 2016!

13 October 2015

Salam Maal Hijrah 1437



*1 Muharram 1437 = 14 Oktober 2015
*Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun.
*Selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa.
*Semoga kita dapat mempertingkatkan amalan kita.
*Dan selamat bercuti :)

2 January 2014

Edisi Tahun 2014 - Entry Sulung

kredit : Here
2 Januari 2014 - 30 Safar 1435

Entry pertama tahun baru.
Masih dalam mood warming up kiranya kan.
Macam tak tau nak tulis apa lak. Haha.
Sebenarnya tahun ni, antara azam aku adalah;
mahu kurangkan cerita2 di laman sosial termasuk instagram.

Hurm. Mmg rasa agak sukar lah sbb aku mmg 'kaki' instagram (setakat 31.12.2013 gambar telah dimuat naik 1499 - starting awal tahun 2012)
Bak kata orang - instagrammer tegar. Wah. Gitew.
Tapi, azam kan. Kita cuba lah.
Dan mulai malam tadi aku dalam proses men delete gmbr2 yg dirasakan tak perlu.
Belum habis lagi. Maklum la, gmbr dkt 2k dalam tu. Aku nak kurangkan smpai ratus2 ja.
Lepas tu aku akan public kan semula. Dah. Lantak la. Sapa nak follow ke stalk ke apa ke. Silakan lah. Tp mmg amik masa ni. Sbb ada yg dah delete, pun toing...ada balik gmbr tu. Ceh! Buat penat ja.

Tahun lepas pun, aku dah kurangkan entry kat blog.
Hanya 463 entry berbanding tahun 2012 - 682 entry.
Tu tak kata tahun 2011 - 846 entry.
Fuh. Giler la. Amenda la aku repekkan yer.

So, cukup2 la tu kan.
Biar lah orang tak tahu dari tahu.
Sbb kalau tahu banyak sangat pun, banyak yang tak elok dari yang elok.
Maka, mana buleh kita kurangkan - kita kurangkan.
Kalau boleh buat entry berilmiah sket (tp nati kurang reader la kan. SR skrg ni salu nak skodeng cerita cerita life aku ni. Haha. Aaaaaa.... ayok..ayok..)


1 January 2013

Edisi 1.1.2013

Selamat tahun baru 2013.
Permulaan yang tak berapa nak bagus.
Tapi takpe lah.
Memang camtu lah kehidupan kan.

Banyak dugaan yang melanda.
Ingat nak buat entry wrap up, tak sempat dah.
Takpe lah.. biar lah dia duduk dlm draf je.

Apa pun, moga tahun ini mmbawa lebih kebahagiaan  dan kegembiraan.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign