Pages

31 October 2015

Kau Follow Kau Kena Like

Entah hapa hapa entah.
Kita ni kadang ada juga la follow artis2 kat IG kan.
Follow tu maksudnya follow lah.
Ada gambar dia, kita tgk.
Tapi jarang2 la nak like. Atau malas nk like. Tengok je sudah lah.

Tapi, ada juga artis yg nak kita like.
Kalau tak like, nak block.
Blergh..
Kalau kuar statement camni pada artis aku follow - good bye lah.
Aku lebih dahulu unfollow kau. Tak payah susah2 nak block ah.
Dah satu hal pula, follow dan harus like kesetiap gambar mereka.
Atau sekurang kurangnya mesti like pada satu dua gambar mereka.
Sapa tak pernah bagi like - block. Konon mcm yg follow ni sengaja nak stalk depa nya life ke apa.
Fikir macam semua orang ada niat tak baik agaknya.
Tak hadap like katanya, tapi tak suka kalau orang follow gitu je.
E eh. Paksa pulak kita like.
Kuasa noks.

Apa lah salah nya kita follow tanpa like.
Dengan kawan2 aku pun aku jarang2 bagi 'like'.
Begitu juga dengan rakan2 aku kat IG. Sbb aku jarang bagi orang "like" , aku pun jarang lah dapat "like". Haha. 
Lantok. Aku takde heart broken ke, heart feeling ke pasal like tak like ni.
Ko nak like, ko like.
Taknak sudah.
(myDH pun tak pernah "like" gambar aku, tapi kadang tetiba nampak dia like. Tapi bila tanya mesti dia kata "takde lah, mana ada like". Agaknya dia tak perasan tertekan "love" tu. Haha).

Abis cemana pula artis yg ada milion, bilion, trilion follower tu?
Tak hingaq plak kalau million follower depa tak bagi like.
Kita ni kadang suka je tgk tgk. Kadang depa ni ada jual jual. So, suka je nak tgk.
Orang follow, kekadang dia nak membeli gak produk kau. Bukan jenis nak komen2, nak tnya itu ini, nak like. Kadang terus carik produk tu. Kan tu kira satu kaedah promote barang. Now, dah tulis2 nak block la apa la, orang pun dah malas. Elok2 ada follower, makin kurang plak kang.
Kadang2 ada yg bagi macam tazkirah tu. Kita suka je follow.
Tak semestinya tak bagi like tu kita tak suka.

Tapi, sekarang dah kira salah pulak follow tanpa like.
Memacam hal.
Tu hari marah org duk niaga2. Sekarang dah kurang meroyan marah dah.
Sbb tak boleh nak buat apa. Had yg peninggi_pelangsing bagai tu mmg tak makan dek saman. Kau cakap lah cemana pun, tetap orang2 ni akan promote juga produk tinggi kan badan dia tu. Biasanya Indon yg suka promote tu.
Sekarang dah nak orang like plak.
Memacam lah hangpa nih.
Lantak pi hangpa la situ.
Ada million, trillion lagi IG yang boleh difollow tanpa ada do's n don't ni.
Baik follow IG Nala Cat ni.
Lagi best.

1 juta komen:

hahaha...kat blog pon ada gak yg buh comment tuk promote. Sekali sekala i layan gak..kalo selalu, mahap la...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign