Pages

19 October 2015

Tol Naik

Lambat pula aku up berita ni. 
Takpe lah. Nak jot down jugak utk rujukan.
Sbb nanti lupa bila last tol ni naik.
Utk rujukan.
Kredit : Kosmo

Rumah aku boleh dikatakan dekat dgn ofis.
Dekat la kan kalau kurang 10km tu.
Tapi, dari keluar office nak menyampai area rumah adalah kawasan "jammed melekat". Pepaham je lah Jalan Tun Razak tu kan. Sampai IJN - pastu bulatan Pahang yg hazab walau tak masuk bulatan pun, memang akan sesak smpai belakang2 sbb ada orang 'berhati mulia' yang tak kesah perasaan orang yg q. Dia sorang je nak cepat, lps tu potong q, lps tu dah jadi 2,3 lorong dan halang orang nak terus. Sick!
Ditambah pula dengan pembinaan DUKE Fasa 2 sekarang ni. Semak tau area tu. Semak!

Kalau waktu pagi, pergi ofis, tak lalu jalan bertol.
Jammed la jugak. Tapi, kalau cuti sekolah berdesup ja.

Waktu balik, sbb tak tahan jammed jalan Tun Razak arah IJN/HKL tu, maka, myDH guna laluan alternatif. Cea.. alternatif katanya. Jadi kena lalu 2 tol. Bayang la kan, umah 10km naik 2 tol, sebab nak elak jammed. Oh. Kuala Lumpur.... (T_____T).

Lalu tol AKLEH - turun MRR2 - masuk DUKE.
AKLEH : RM2.50, DUKE : RM2.50. Total : RM5/day

AKLEH tu aku rasa sgt melampau bila dia naikkan hingga RM1.
Dari RM1.50 ke 2.50.
Sapa lalu AKLEH tu tahu lah betapa dekat jaraknya. Katakan kau masuk dari jalan Tun Razak, keluar di MRR2. Berapa km je tu.
Itu takpe la gak kan. Ada yg turun Jelatek. Itu lagi tak boleh hadam. Dekat nau nau. Tapi, ada ramai je orang buat gitu. Tak terkesan ke kome? Sampai jammed jugak nak turun Jelatek tu. Abis2 jauh dia masuk dari area jalan Ampang sana. Tu pun idak la jauh nau. Tapi, kalau masuk dari Jln Tun Razak mmg betul la membazir. Dah la nak turun pun jammed. Baik la lalu jalan biasa. 

Entah la. Sampai sini, mesti terasa, apa daya kita. Nak bising, nak bebel pun tiada guna.
Nak cepat, kena lah bayar walau pun rasa sangat tak berbaloi. Kalau taknak, beratur la tersengguk sengguk kat jalan biasa tu.
Itu tak masuk bila DUKE Fasa 2 dah siap. Mahu berapa ringgit plak agaknya dia naik tu.

Ini harga yang kita kena telan bila duk kat bandaraya gah bernama KL ni.
Sehari dua ni, aku tgk DUKE dari atas rumah tak jammed dah. Kalau sebelum tol naik, kul 7pagi dah jammed teruk (hway pun jammed, baik la kau lalu jalan biasa je).
Tapi, lama kelamaan orang akan bosan terperangkap dengan jammed di jalan biasa, orang akan bosan sbb jadi lambat, orang akan menyampah nak keluar awal dan akan kembali naik highway - lantak la, tak kesah la bayar berapa pun - dan akhirnya orang bising2 tu pun akan akur.. tidak lagi berdaya. Dan seterusnya naik lagi tol.

Kalau tak naik tol, BRIM terpaksa kurang katanya.
Oh begitu. Duit tol lah cover BRIM rupanya.
Tol semua orang bayar, tp BRIM tak semua orang dapat.
Tol bukan semua tempat naik, tp BRIM seluruh tempat ada orang dapat.
Sedih betul rasanya...

******
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kenaikan kadar tol berkuatkuasa 15 Oktober lalu sebagai satu keperluan.

Tegas Najib, kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol, kerana jika langkah itu tidak dilaksana, kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

"Kita terpaksa meningkatkan kos. Kita tiada pilihan. Jikalau tidak naik, pampasan perlu dibayar. Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan. Jadi apabila kita membayar pampasan, peruntukan untuk perkara lain juga berkurangan. Kurang duit untuk BR1M.

"Gerakan mahu saya meningkatkan kadar BR1M. Namun anda perlu pilih, yang mana satu anda mahu kerana kita ada peruntukan yang terhad," tambah Najib dalam ucapan ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan Malaysia di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Link : AstroAwani

3 juta komen

Tuler tol naik mendadak.. klau Aini nak balik dr opis lalu gutherie drpd rm1.40 dh jadi rm1.90 dua kali tol lak tu.. Pastu stiap kali nk g KL Aini ikut highway Latar, drpd RM2 dah jadi RM2.50..dua tol gak tu.. pegi dh rm5 klau pegi balik mau rm10.. leh topup minyak tu..Hmmmm

Tol semua orang bayar, tp BRIM tak semua orang dapat.
Tol bukan semua tempat naik, tp BRIM seluruh tempat ada orang dapat.

SETUJU!!!

AINI :
Tu lah..terpaksa akur je kita bila tol naik..


MYA :
Sedih kan.. sobbbbbsss (T___T)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign